Mempamerkan Nombor Aduan Talian Bebas Tol dan Sistem - SPAD

spad.gov.my
  • No tags were found...

Mempamerkan Nombor Aduan Talian Bebas Tol dan Sistem - SPAD

KEMENTERIANJABATANPEMBANGUNANPERDANAUSAHAWAN DANKOPERASIMENTERIKERAJAAN MALAYSIALPKPPEKELILING LEMBAGA PELESENANKENDERAAN PERDAGANGANBIL. 12 TAHUN 2009_____________________________MEMPAMERKAN NOMBOR ADUAN TALIAN BEBAS TOL DANSISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) BARU LPKP DI BADANKENDERAAN PERDAGANGANLEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGANSEMENANJUNG MALAYSIATARIKH: 2 DISEMBER 20091


PEKELILING LEMBAGA PELESENAN KENDERAANPERDAGANGAN BIL.12 TAHUN 2009Semua Persatuan Teksi, Kereta SewaSemua Persatuan Bas Ekspres, Bas Berhenti-henti, Bas SekolahSemua Pengusaha Teksi, Kereta Sewa, Teksi Lapangan Terbang, TeksiMewah / Limosin, Kereta Sewa PanduSemua Pengusaha Bas Ekspres, Bas Berhenti-henti, Bas Sekolah, BasCatar, Bas Pekerja, Bas PengantaraSemua Pengusaha Pembawa A / CPersatuan Pengangkutan Kontena Malaysia (CHAM)Semua LPKP Wilayah, Semenanjung MalaysiaMEMPAMERKAN NOMBOR ADUAN TALIAN BEBAS TOL DANSISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) BARU LPKP DI BADANKENDERAAN PERDAGANGANTUJUAN1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada parapengusaha kenderaan perdagangan (pengangkutan awam danbarangan) mengenai garis panduan baru yang telah ditetapkan olehLembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untukmempamerkan nombor aduan talian bebas tol dan SMS baru LPKP dibadan kenderaan perdagangan.2


PERKARA-PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN2. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telahmengeluarkan Pekeliling LPKP Bil. 10/2009 : Mempamerkan NomborAduan Talian Bebas Tol dan SMS baru LPKP di Badan KenderaanPerdagangan pada 2 September 2009 .3. Mesyuarat Perwakilan Kuasa LPKP Kepada JawatankuasaLembaga, Pengerusi / Timbalan Pengerusi dan Pegawai LembagaBilangan 2 Tahun 2009 pada 30 Oktober 2009 telah memutuskanarahan di para 4.2, Pekeliling LPKP Bil. 10 Tahun 2009 tidak terpakaike atas kelas lesen kereta sewa dan pandu. Ini bermaksud keretasewa dan pandu tidak perlu mempamerkan nombor aduan talian bebastol dan SMS baru LPKP di badan kenderaan.GARIS PANDUAN BARU PENGGUNAAN NOMBOR ADUAN LPKP4. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telahmenetapkan garis panduan baru penggunaan nombor aduan LPKPadalah seperti berikut:4.1 Nombor aduan LPKP ini hendaklah ditampal denganmenggunakan pelekat atau disembur dengan menggunakancat dibahagian belakang badan kenderaan. Bagikenderaan yang tidak mempunyai ruang belakang yangmencukupi (seperti lori), nombor aduan ini hendaklahditampal di bahagian belakang atau tepi badan kenderaan.3


4.2 Saiz dan bentuk label pelekat nombor aduan LPKP bagikenderaan teksi, kereta sewa, teksi lapangan terbang danteksi mewah / limosin yang perlu dipatuhi oleh parapengusaha adalah seperti di Lampiran A. Pengecualiandiberikan kepada lesen kereta sewa dan pandu sahaja.4.3 Saiz dan bentuk label pelekat nombor aduan LPKP bagikenderaan bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, bascatar, bas pekerja, bas pengantara, lori Pembawa ’A’ / KAdan ’C’ yang perlu dipatuhi oleh para pengusaha adalahseperti di Lampiran B. Kenderaan bersaiz kecil bagi kelaslesen seperti yang dinyatakan di atas hendaklahmenggunakan label pelekat seperti di Lampiran A.TEMPOH KUAT KUASA5. Tempoh kuat kuasa penampalan pelekat nombor aduan baru LPKPadalah seperti berikut:Bil. KELAS PERKHIDMATAN TEMPOH KUAT KUASA1. Teksi / Kereta Sewa Sehingga 15 September 20092. Bas Sehingga 15 September 20093. Pembawa A / C Sehingga 31 Oktober 2009PEMAKAIAN6. Selaras dengan garis panduan yang ditetapkan ini, semua pejabatWilayah LPKP dikehendaki memastikan semua pengusaha kenderaan4


perdagangan mematuhi arahan dan garis panduan mempamerkannombor aduan LPKP di bahagian belakang badan kenderaanperdagangan.TARIKH KUATKUASA7. Arahan Surat Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianyadikeluarkan.PEMBATALAN8. Pekeliling LPKP Bil. 5 Tahun 2003 bertarikh 30 Oktober 2003 danPekeliling LPKP Bil. 10 Tahun 2009 bertarikh 2 September 2009,Mempamerkan Nombor Aduan Talian Bebas Tol dan SMS LPKP diBadan Kenderaan Perdagangan adalah dibatalkan.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”(DATIN NAIMAH BINTI RAMLI)PengarahLembaga Pelesenan Kenderaan PerdaganganSemenanjung MalaysiaJabatan Perdana Menteri2 DISEMBER 20095


Salinan Kepada:Ketua PengarahJabatan Pengangkutan Jalan,Aras 1-5, Blok D-4, Kompleks D,62502 PUTRAJAYA.Ketua Polis TrafikCawangan TrafikPolis Diraja MalaysiaBukit Aman50560 KUALA LUMPURKetua Pegawai Eksekutifi PUSPAKOMWisma DRB HICOMNo. 2, Jalan Usahawan U1/8Seksyen U140150 Shah AlamSELANGOR DARUL EHSANEdaran Dalaman:Pengerusi LPKPPengarah LPKP Wilayah TengahPengarah LPKP Wilayah TimurPengarah LPKP Wilayah UtaraSila tampal pekeliling ini padapapan kenyataan di pejabatLPKP WilayahPengarah LPKP Wilayah SelatanKPPK (D)KPP (L)KPP (K)PPK (A)6

More magazines by this user
Similar magazines