Wanita: Hala Tuju dan Cabaran dalam Dakwah - Jabatan Kemajuan ...

islam.gov.my
  • No tags were found...

Wanita: Hala Tuju dan Cabaran dalam Dakwah - Jabatan Kemajuan ...

WANITA: HALA TUJU DAN CABARAN DALAM DAKWAHDr. Haslina IbrahimTimbalan PengarahMasjid Sultan Haji Ahmad ShahUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)haslina@iium.edu.myTel: 603-61965902Fax: 603:61965204AbstrakPenglibatan kaum wanita dan gerakerja dakwah di negara adalah ini sangatmemberangsangkan. Bahkan banyak isu dan kemelut masyarakat yang telahmendapat sentuhan golongan pendakwah wanita. Kaum wanita juga pada hari iniamat multi-tasking dan ini menuntut mereka untuk menyeimbangkan tanggungjawabsebagai isteri, ibu, pekerja (bagi yang berkerjaya) dan juga pendakwah.Cabaran dan isu yang pelbagai juga menuntut mereka untuk mempunyaipersediaan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan lapangan dakwah yangdiceburi. Kertas kerja ini berhasrat mengupas isu-isu yang realistik dan strategikdemi memperkasakan gerakerja dakwah kaum wanita masa kini.PENDAHULUANPerkembangan mutakhir ini menyaksikan terbentuknya pelbagai organisasi bukan kerajaan,badan kemanusiaan dan persatuan Islam yang memperjuangkan isu-isu kemasyarakatan. Dalammasa yang sama, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan juga bergerak aktif dalam lapangandakwah. Sebahagian daripada agensi-agensi tersebut digerakkan secara bersama oleh kaumAdam dengan kaum Hawa menjadi sayap kirinya, dan ada juga yang digerakkan sepenuhnyaoleh kaum Hawa. Kepelbagaian ini perlulah diraikan. Kita sewajarnya bersyukur keranawujudnya kesedaran dan usaha-usaha murni pelbagai pihak dan agensi dakwah dalammemastikan kelangsungan hidup masyarakat Islam yang makmur dan diberkati Ilahi.Merenung sejenak usaha gigih gerakerja dakwah wanita hari ini, penulis berpendapat bahawamasih ada lagi ruang penambahbaikan yang boleh diusahakan. Di samping itu, kita mungkinperlu menilai semula isu-isu strategik, tumpuan dan sasaran dakwah agar tidak berlakupertindanan yang merugikan, keciciran isu dan salah langkah di dalam menangani permasalahanmasyarakat. Hal ini perlu dielakkan lebih-lebih lagi di zaman ini di mana agama Islam menjadi1


mangsa pertuduhan golongan liberalis sekular yang menolak kehidupan beragama sebagai suatucara hidup. 1Wanita Dan Hala Tuju DakwahWujudnya pelbagai agensi dakwah sememangnya memberi rahmat kepada masyarakat. Namunkepelbagaian ini juga boleh menimbulkan beberapa isu berhubung hala tuju dakwah khususnyadakwah wanita di negara ini. Apakah penglibatan wanita bersifat ad-hoc atau sekadar mengisiruang yang dirasakan kosong. Bolehkah kita memastikan agar objektif dan modus operandidakwah pada hari ini lebih bersifat mencegah daripada mengubat. Mahukah kita turut beriltizamuntuk memperbaiki metod dan pendekatan dakwah sejajar dengan cabaran semasa. Apakah kaumwanita yang terlibat di dalam dakwah turut prihatin dengan kelangsungan usaha dakwah merekadaripada perspektif sumber dan dana serta ilmu dan kemahiran. Persoalan-persoalan inisewajarnya diperdebatkan bagi memperkemaskan lagi penglibatan kaum wanita di dalamgerakerja dakwah di negara ini.Merujuk kepada isu-isu strategik dakwah, apakah kita telah menetapkan prioritinya (awlawiyat)berdasarkan kekuatan ilmu dan kemahiran yang kita ada? Sudahkan kita mempunyai calon-calonpendakwah yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang diiktiraf? Apakah perancangan kitaterhadap itu? Mungkinkah juga kita perlukan suatu analisa seumpama risk management yangmenganalisa pendekatan dakwah pada hari ini dan masa akan datang? Persoalan-persoalan inibukanlah bertujuan untuk merendah-rendahkan usaha dakwah yang dilakukan oleh sebahagianbesar daripada kita. Sebaliknya ia mengajak kita berfikir untuk merancang hala tuju, pendekatandan modus operandi dakwah dengan lebih berhikmah.Wanita Dan Cabaran Dakwah MasakiniKaum wanita di negara ini rata-ratanya berpendidikan. Sebahagian besar daripadanya berkerjayadan berkeluarga. Walaupun tiada kajian statistik dilakukan, namun secara kasarnya, kebanyakan1 Golongan ini tidak putus asa mempromosikan fahaman sekular sebagai suatu cara hidup di Malaysia sehinggatergamak mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama yang disebut di dalam perlembagaan.http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/arguing-for-a-secular-state-ahmad-farouk-musa/2


mereka yang melibatkan diri di dalam gerakerja dakwah adalah terdiri daripada mereka yangberpendidikan, berkerjaya dan juga berkeluarga. Terdapat juga di antara wanita ini yangmenjadikan dakwah sebagai karier professional mereka. Apapun juga pilihan kaum wanita, tidakdapat dinafikan bahawa bagi yang telah berkeluarga, mereka juga terikat dengan tanggungjawabasasi sebagai isteri dan ibu. Hal ini sememangnya menjadi cabaran utama para pendakwahwanita dan ianya diakui sendiri oleh mereka. 2 Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan parapendakwah wanita memikul tanggungjawab yang pelbagai (multitasking) dan ini sedikitsebanyak memberi kekangan terhadap gerakerja dakwah mereka.Cabaran seterusnya ialah cabaran ilmu dan kemahiran. Tidak dapat dinafikan, bahawa fitrahkaum wanita lebih mudah tersentuh dengan fenomena kebejatan moral yang berlaku disekelilingnya. Masalah pembuangan bayi, penderaaan kanak-kanak, kandungan luar nikah, rogol,sumbang mahram, penderaan isteri, kecurangan perkahwinan dan seumpamanya, lebih memberikesan terhadap jiwa kaum wanita. Oleh yang demikian, ramai di antara pendakwah wanitamerasa terpanggil untuk menyediakan bantuan yang bersifat segera seperti pusat perlindungan,khidmat nasihat dan kaunseling serta apa jua yang dirasakan boleh membantu golongan kanakkanakdan wanita yang malang. Semangat ini amatlah mulia. Namun, perlu diingati bahawa,semangat tanpa ilmu dan kemahiran boleh membantutkan niat dan usaha murni dakwah. Kitamendapati, sebahagian pusat perlindungan berhadapan dengan masalah kewangan, tenaga kerjayang mempunyai kemahiran yang diperlukan seperti psikologi, kaunseling dan perundangan.Kekangan seumpama ini tentunya menjadi bebanan yang tidak sepatutnya kepada kerja-kerjadakwah. Sememangnya tidak ada kerja dakwah yang mudah namun tidak bermakna bahawakerja dakwah mesti dilakukan dengan penuh kekurangan dan ketidaksempurnaan. Sehubungandengan itu, penulis menyarankan agar agensi kerajaan membantu dalam usaha membekalkanilmu dan kemahiran yang diperlukan kepada penggiat-penggiat dakwah yang terbabit. Hal ini2 Hal ini telah dikupas oleh di dalam beberapa siri temuramah dengan pendakwah wanita terkenaldi Malaysia antaranya Siti Norbahyah Mahmood dan Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati SyedIsmail al-Qudsi. Kedua-dua mereka mengakui bahawa wujudnya kekangan terhadap pendakwahwanita namun ianya boleh dikurangkan dengan adanya kerjasama daripada pasangan di sampingpengurusan masa yang betul. Norbani Ismail, Muslim Women and Religious Authorities in theMass Media in Malaysia” 38th Annual Conference of the Association of Muslim Social Scientistsof North America (AMSS), The University of Virginia USA, September 25& 26 2009.3


antarabangsa. 4 Amat ironi sekali kerana para pendakwah wanita boleh sahaja menggunakanpeluang berdakwah di alam siber tanpa perlu keluar daripada rumah. Penulis dengan ini menyeruagar hal ini diberi perhatian serius oleh para pendakwah wanita dan organisasi yang terbabit.Akhir sekali, cabaran paling utama dalam dakwah wanita pada hari ini ialah untukmemperkenalkan Islam sebagai alternatif terbaik. Ianya tidak cukup dengan slogan Islamsebagai cara hidup semata-mata. Dakwah yang proaktif sifatnya bermula dengan diripendakwah itu sendiri sebagai qudwah hasanah. Para pendakwah perlu menjadi contoh ikutanyang baik daripada segi akhlak, personaliti bahkan juga keluarga. Seluruh ahli keluargapendakwah sebenarnya adalah sasaran dakwah yang pertama. Inilah jihad awal individupendakwah. Hal ini mungkin ringan bagi sebahagian daripada kita. Tetapi inilah sunnahRasulullah s.a.w. Baginda berdakwah dengan saudara terdekat sebelum melebarkan sayapdakwah kepada kaumnya. Cabaran para pendakwah wanita ialah untuk memastikan agar suamidan anak-anaknya juga mengamalkan Islam sebagai cara hidup agar tidak berlaku apa yangdisebut sebagai kera di hutan disusukan, ayam di kepuk mati kelaparan atau kuman seberanglaut nampak tetapi tidak gajah di depan mata.PENUTUPMemandangkan kekangan yang dihadapi oleh pendakwah wanita, dan realiti hari ini masalahdatang silih berganti, penulis menyarankan agar dianjurkan pertemuan yang lebih kerap diperingkat kebangsaan yang mempertemukan para pendakwah wanita daripada pelbagaiorganisasi dakwah. Pertemuan ini boleh dijadikan platform untuk berkongsi ilmu, pengalamandan maklumat, mencapai kesepakatan dan kesatuan pemikiran berkaitan gerakerja dakwah.Penulis juga mencadangkan agar setiap badan dakwah kerajaan dan bukan kerajaan bergandingbahu dengan pusat pengajian tinggi untuk melakukan penyelidikan terhadap isu-isu yang4 Antara laman web dakwah antarabangsa yang sarat dengan maklumat dan ilmu ialah http://www.islamicity.com/yang diusahakan oleh Human Assistance & Development International (HADI) yang berpusat di USA. Antara lamanweb badan dakwah di Malaysia yang boleh dicontohi ialah h p://www.ismaweb.net/v4/ yang diusahakan olehIkatan Muslimin Malaysia.6

More magazines by this user
Similar magazines