12.07.2015 Views

KAJIAN-KAJIAN INTERAKSI LISAN DALAM PENGAJARAN DAN ...

KAJIAN-KAJIAN INTERAKSI LISAN DALAM PENGAJARAN DAN ...

KAJIAN-KAJIAN INTERAKSI LISAN DALAM PENGAJARAN DAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2Sementara itu, kajian Roselan (2001) yang meneliti perspektif dan amalanpelaksanaan interaksi lisan pengajaran penulisan bahasa Melayu di sekolahberasrama penuh adalah berasaskan teori Vygotsky yang banyak digunakanoleh pengkaji-pengkaji lain seperti McCarthy dan Raphael 1992; Wells danChang-Wells 1992; Tharp dan Gallimore 1994; Raphael dan Hiebert 1996;Heijen 2001; Bacalarski 2001; Miller 2001; Subbotsky 2001; Krauss 2001; danWardekker 2001. Dengan menggunakan pendekatan psikologi, Roselan dalamkajiannya menghuraikan interaksi lisan pengajaran yang digunakan dalamproses pengajaran penulisan bahasa Melayu pada peringkat prapenulisan diempat buah sekolah menengah berasrama penuh. Selain itu, kajian itu jugabertujuan untuk memahami rasional responden terhadap persepsi dan amalanmereka dalam melaksanakan interaksi lisan pengajaran tersebut.Kajian Roselan (2001) menggunakan pendekatan kajian kes kualitatif pelbagaitempat dengan pemerhatian, temu bual retrospektif mendalam, rakamanaudio dan analisis dokumen sebagai alat pengumpulan data. Sementarapenganalisisan data dijalankan semasa dan selepas penyelidikan danpembinaan rumusan dilakukan dengan meneliti tema, meneliti perkaitanantara pemboleh ubah, membina rantaian bukti logik dan pembinaanpertautan teoritis. Roselan telah memfokuskan kajiannya berdasarkan duasoalan kajian. Pertamanya, memfokuskan kepada perspektif guru tentangpengajaran penulisan dan interaksi lisan pengajaran penulisan, dan rasionalyang mendasari perspektif mereka tentang hal-hal yang berkaitan. Keduanya,untuk mengenal pasti strategi yang digunakan dalam melaksanakan prosesinteraksi lisan untuk mencapai matlamat pengajaran.Kajian Roselan (2001) telah menghasilkan perspektif baru yang dianggapbertentangan dengan perspektif Vygotskian yang telah mengemukakanZon Perkembangan Terdekat (ZPT) atau Zone of “Proximal Development”.Responden menyatakan mereka yakin dengan pengetahuan dan kemahiranmereka serta mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk mengajarkanpenulisan bahasa Melayu dengan berkesan. Mereka menganggap pengajaransebagai proses pemindahan informasi, pengetahuan dan kemahiran penulisankepada pelajar untuk keperluan peperiksaan. Untuk memastikan pengajarandan penerangan berjalan lancar, guru menekankan kepentingan disiplin dalampengajaran mereka. Kepentingan disiplin begitu ketara kerana mereka percayapelajar yang mencapai kejayaan yang cemerlang ialah pelajar yang berdisiplin.Guru yang tidak mementingkan disiplin atau gagal mengawal disiplin pelajarsemasa mengajar dianggap guru yang kurang cekap dan tidak berwibawa. Bagiinteraksi lisan pengajaran, responden menganggap interaksi lisan pengajaransebagai medium pengajaran (Roselan 2001). Interaksi lisan membolehkanresponden memindahkan pengetahuan dan kemahiran penulisan kepadapelajar. Tanpa interaksi lisan, pembelajaran tidak akan berlaku keranaresponden tidak mempunyai saluran untuk menyalurkan pengetahuan dankemahiran penulisan mereka kepada pelajar.117

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!