file pdf - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

sprm.gov.my

file pdf - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

SPRMSPRMSPRMSPRMSekretariat PencegahanRasuah di InstitutPendidikan GuruMenerap sikap benci rasuahdari peringkat sekolahMuhammad Yusof BahirBagi memastikan kesinambungan ini dapat dilaksanakan, makmal GTP 2.0 mencadangkansupaya ditubuhkan Sekretariat Pencegahan Rasuah di Institut-institut Pendidikan Guru(SPR IPG), bagi memberi kefahaman kepada tenaga pengajar agar mesej berkaitan apa iturasuah dan bahaya rasuah dapat disampaikan kepada generasi akan datang dengan lebihberkesan.Pendidikan adalah kaedah terbaikke arah membentuk masyarakatbermoral, beretika, kukuh dari seginilai-nilai agama dan berintegriti tinggi.Pendekatan ini mampu mendidik generasipelajar mengenai nilai murni dan etika sebagaiasas pembangunan minda, khususnyadalam membentuk sikap membencirasuah. Justeru, golongan ini perlu diberiperhatian kerana merekalah yang akanmencorakkan pembangunan dan masadepan negara.Atas sebab itu, generasi pelajar harus diberipendedahan awal mengenai rasuahsebagai satu jenayah dengan menimbulkankesedaran, seterusnya mengekalkanpenghayatan dalam diri mereka terhadapkesan buruk jenayah itu.Kajian yang dilakukan Universiti KebangsaanMalaysia pada tahun 2002 dan 2007mendapati, terdapat sebilangan pelajar diinstitut pengajian tinggi mengatakan bahawamenerima dan memberi rasuah tidaksalah. Kenyataan mereka ini amat membimbangkanmemandangkan mereka yangberada di peringkat pengajian tinggi punmasih tidak sedar bahawa rasuah adalahsatu jenayah.Ini bermakna, generasi pelajar pada hari iniperlu dididik dan diajar supaya membenci,memusuhi seterusnya menghindari amalanrasuah. Melalui mata pelajaran sivik, moral,agama atau aktiviti kokurikulum, merekawajib diterapkan nilai-nilai murni bermuladari peringkat pra sekolah, sekolah rendahdan berterusan di sekolah menengah danpengajian tinggi.Malah misi mendidik keesedaran ini sepatutnyadiperluas dan dipraktikkan terutamadalam Program Latihan Khidmat Negara,Institut-institut Pendidikan tajaan MARA,institut kemahiran atau yang seumpamanya.Pendidikan integriti dan pemahamanterhadap gejala buruk rasuah amat pentingdan menyeluruh supaya pelajar sentiasapeka terhadap perubahan dan wujud perasaaningin tahu terhadap perkembangansemasa, khususnya kesan jenayah rasuahkepada pembangunan negara dan masadepan generasi akan datang.Bagi memastikan kesinambungan ini dapatdilaksanakan, makmal GTP 2.0 mencadangkansupaya ditubuhkan SekretariatPencegahan Rasuah di Institut-institutPendidikan Guru (SPR IPG), bagi memberikefahaman kepada tenaga pengajar agarmesej berkaitan apa itu rasuah dan bahayarasuah dapat disampaikan kepada generasiakan datang dengan lebih berkesan.Susulan dari cadangan yang dipengerusikanTimbalan Perdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin pada 21 Mei 2012 itu,Kementerian Pelajaran dan SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)mengambil inisiatif menubuhkan sekretariatberkenaan di 27 Institut PendidikanGuru seluruh negara,Menerusi sekretariat, guru sebagai pendidikmerupakan golongan penting dan palinghampir untuk memartabatkan integriti.Guru menjadi penentu dalam mencorakmasa depan dan modal insan yang bebasrasuah di kalangan generasi pelajar. Malahsebagai rakan baik, guru akan membantuSPRM menyebarkan mesej di sekolah denganmenerapkan nilai anti rasuah melaluikokurikulum, sebagai langkah melahirkangenerasi berintegriti dan bermoral ke arahmewujudkan anggota masyarakat yangbebas dari jenayah rasuah pada masa hadapan,seterusnya merealisasikan cabarankeempat Wawasan 2020.6Namun sebelum menyampaikannya kepadamurid dan masyarakat, bakal gurudi IPG ini perlu dimantapkan denganilmu, kesedaran dan aktiviti berhubungpencegahan rasuah. Di sekolah, guru akanmenjadi contoh teladan yang membawanilai baik dan kepimpinan berintegriti sekaligus menjadikan mereka lebih bersedia untukmenyemai nilai-nilai baik ke dalam hatipelajar-pelajarnya.Melalui bengkel “Training of Trainers” selamatiga hari di Akademi PencegahanRasuah, bakal guru didedahkan kepadaprogram pencegahan rasuah melalui aktivitikemasyarakatan, menjadi penyampaimesej anti rasuah kepada pelajar, danditingkatkan kesedaran mereka terhadapnilai-nilai integriti semasa menjalankan tugas.Dengan pengetahuan ini guru bukansahaja menjadi rakan baik SPRM dalammemberi pendidikan dan kesedaran, tetapiberpotensi untuk menyalurkan maklumatberkaitan jenayah rasuah yang berlaku disekelilingmerekaDengan peruntukan RM3,200.00 bagi setiapIPG, selain menyampaikan mesejanti rasuah di sekolah, sekretariat akanmenyelaras program pencegahan rasuahsama ada yang dianjurkan bersama SPRMatau badan-badan pertubuhan pelajar.Dilancarkan penubuhannya pada 22 Januarilepas di Institut Integriti Malaysia olehTimbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd.Puad Zarkashi, program menekankan kefahamandan kesedaran kepada pelajarmengenai ancaman rasuah menerusi SPRIPG, diharap akan menjadi wadah untukmenjamin kesenambungan kecemerlangandalam segala aspek kehidupan melaluipenerapan nilai-nilai murni dan anti rasuahke arah mewujudkan masyarakat Malaysiayang bebas daripada rasuah.

More magazines by this user
Similar magazines