kenyataan media kp berkenaan adab berpilihanraya - Jabatan ...

islam.gov.my

kenyataan media kp berkenaan adab berpilihanraya - Jabatan ...

KENYATAAN MEDIAKETUA PENGARAHJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)BERKENAANETIKA DAN ADAB KETIKA KEMPEN PILIHANRAYA____________________________________________________Bersempena dengan tempoh penamaan calon dan berkempen dalamPilihanraya Umum ke-13 kali ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia inginmenasihatkan kepada semua pihak supaya sentiasa menjaga akhlak danadab seperti yang digariskan oleh agama Islam.Kepada calon-calon, parti-parti politik yang bertanding termasuk parapenyokong masing-masing adalah dinasihatkan supaya berkempenmengikut kaedah yang selaras dengan prinsip agama.Semua pihak adalah diingatkan supaya tidak berkempen dengan kaedahserta cara yang bercanggah dengan nilai dan prinsip Islam seperti memakihamun, mencemuh sesama sendiri, menghasut, membuat fitnah,mendedah keaiban peribadi dan seumpamanya. Jadikanlah pilihanrayaumum pada kali ini sebagai pilihanraya yang harmoni dan aman tanpamenimbulkan apa juga provokasi dan sentimen yang boleh memecahbelahkanperpaduan dan keharmonian negara.Seorang ahli politik yang baik akan sentiasa berkata jujur, menyantunikawan dan pesaing, mempunyai integriti, menghargai orang lain, bersifatprihatin dan tidak memperlekehkan orang lain. Begitu juga sebuah partiyang baik akan sentiasa mengingatkan pemimpin, pendokong danpenyokongnya akan berusaha menjauhi fitnah, cercaan dan mencetus


provokasi yang akhirnya hanya akan menyebabkan marah, dendam danpergaduhan. Bahkan sikap merendah diri dan mendahulukan permohonanmaaf bukanlah akan merendahkan diri seseorang sebaliknya akanmemberi imej cerminan sesebuah parti.Disamping itu, suka saya mengambil kesempatan untuk menasihatkansemua pihak supaya tidak menjadikan institusi masjid dan surau sebagaigelanggang untuk menimbulkan sebarang bibit perpecahan danpermusuhan antara umat. Institusi masjid dan surau hendaklahdipertahankan kesuciannya sebagai tempat ibadah yang juga merupakaninstitusi perpaduan dan persepakatan umat Islam.Semua parti politik hendaklah menhormati institusi masjid dan surausebagai sebagai zon bebas daripada pemasangan bendera bagi manamanaparti, bebas dari kempen kepartian yang berbentuk hasutan danprovokasi sebaliknya ambillah semangat keharmonian dan keamananmasjid sesuai dengan surahUntuk memastikan tempoh berkempen berjalan dengan lancar, semuapihak adalah dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang danperaturan semasa yang telah ditetapkan oleh badan yang berautoriti dalamnegara. Dalam pada masa yang sama, semua pihak hendaklahmemberikan kepercayaan penuh serta kerjasama erat kepada agensi yangtelah diberikan kuasa dan tanggungjawab untuk mengendalikan pilihanrayadalam Negara.Semoga semua parti akan sentiasa memberi penekanan kepada etikaadab dalam berpolitik dalam berkempen kerana tugas politik ini lebihkepada satu usaha dakwah.


Sehubungan itu, atas jasa baik pihak media dalam memberi publisiti danmakluman akan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapanterima kasih.Sekian, terima kasih.‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’Saya Yang Menurut Perintah,DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA19 April 2013

More magazines by this user
Similar magazines