Siri Ketiga: Menjawab Salah faham Asaari Muhammad Terhadap ...

islam.gov.my

Siri Ketiga: Menjawab Salah faham Asaari Muhammad Terhadap ...

Perlu disedari bahawa semua bangsa Arab ketika itu memang tidak mempunyaikemahiran membaca dan menulis. Demikianlah kedudukan tamadun mereka tetapi masihtetap ada individu yang boleh membaca dan menulis. Malah Rasulullah ρ sendirimengarahkan Zaid bin Thabit τ belajar membaca dan menulis bahasa Yahudi daripadaorang Yahudi. 4 Malah, Rasulullah mengarahkan semua tawanan Badar mengajar anakanakMuslimin membaca dan menulis. Mereka tidak pernah merasa bodoh kerana tidaktahu membaca dan menulis. Malah, mereka lebih hebat lagi kerana kaedahpengembangan ilmu dibuat melalui lisan. Mereka menghafal dari lisan ke lisan.Terdapat satu lagi hadith penting yang menyokong hujah ini. Dari Ibn Umarberkata bahawa Rasulullah bersabda:" ": Maksudnya: Kami adalah kaum yang buta huruf iaitu tidak boleh menulisdan tidak boleh mengira. 5Para ulama hadith seperti Imam Nawawi, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan lain-lainlagi berkata bahawa maksud ummiy ialah tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Ituadalah tafsiran sebenar tanpa perlu ditakwilkan dengan maksud yang lain. Kenyataan initidak pernah membawa maksud mereka menghina Nabi, kerana Nabi sendiri yangmenerangkan apakah maksud ummiy tersebut.al-Hafiz Ibn Hajar pula menyatakan perkataan ummiy dinisbahkan kepada bangsa Arabsebagai masyarakat yang ummiy kerana penulisan sukar didapati pada zaman itu.Walaupun begitu terdapat juga orang yang boleh membaca dan menulis. Apa yangdimaksudkan sebagai pengiraan dalam hadith di atas ialah kiraan bintang-bintang danperjalanannya yang orang mengetahuinya terlalu sedikit. 6 Imam Nawawi dalam SyarahSahih Muslim pula berkata, ummiy itu bermaksud mereka yang kekal dalam keadaanmereka ketika dilahirkan iaitu tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Dan di antaramereka ialah Nabi Muhammad al-Ummiy. Selain itu, ummiy juga dinisbahkan kepada‘ibu’ kerana kebanyakan wanita ketika itu tidak tahu membaca dan menulis. 7 DalamKitab Syarah Hadith Imam Tirmizi, Tuhfah al-Ahwazi, juga menyatakan bahawa ummiyialah mereka yang tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Persoalannya di sini,adakah semua Imam Ahli Al-Sunnah ini menghina Rasulullah?Seterusnya, Imam al-Shawkani menegaskan bahawa Rasulullah ρ tidak tahu membaca,tidak tahu menulis dan tidak tahu bersyair kerana untuk menyempurnakan hujah dan4 Hadith Riwayat Zaid bin Thabit; al-Bukahri, op. cit., No. hadith: 7195, hlm. 1509.5 Muhammmad bin Ismail Abu Abdullah al-Bukhari, op. cit., Beirut: Dar Ibn Kahtir, Jil. 2, hlm. 675, No.hadith: 1814.6 Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar al-Syafie, op. cit., jil. 4, hlm. 127.7 Abu Zakaria Yahya Ibn Sharaf Ibn Musri al-Nawawi, 1392H, Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim,Beirut: Dar Ihya’ al-Turath, cetakan 2, jil. 7, hlm. 192.


Ini bermakna, para ulama mewariskan ilmu yang datangnya dari Nabi ρ daripada ulamadari satu generasi kepada generasi berikutnya. Penolakan seseorang terhadap ilmu yangdiwarisi daripada ulama silam pada hakikatnya telah mencemarkan sumber agama Islamyang suci ini. Lebih-lebih lagi jika orang itu mendakwa dia mendapat ilmu secaralangsung dari Allah Ι. Sebenarnya, secara tidak sedar, dia telah mengingkari hadith diatas. Pada hakikatnya, bukan semua ulama yang menolak ajaran Haji Asaari belajardaripada orang bukan Islam. Jika wujud sebahagian ilmuan Islam pada masa kini yangbelajar dari orang bukan Islam, ia hanyalah bersifat kajian lanjutan sahaja dan bukanmempelajari teras ilmu agama Islam.

More magazines by this user
Similar magazines