Bekas Ketua Akaun Alcatel Terima Hukuman Penjara Dua Tahun ...

sprm.gov.my
  • No tags were found...

Bekas Ketua Akaun Alcatel Terima Hukuman Penjara Dua Tahun ...

KENYATAAN MEDIASPRMTarikh : 28 FEBRUARI 2013 (KHAMIS)Alamat : Unit Komunikasi Korporat, Aras 7,Ibu Pejabat SPRM, Blok D6,Kompleks D, Pusat PentadbiranKerajaan Persekutuan,62007 Putrajaya.No. Tel : 03-8886 7018 Faks: 03-8888 9528E-melWeb: komunikasi@sprm.gov.my: www.sprm.gov.my /SPRMMalaysia(twitter)Bekas Ketua Akaun Alcatel terima hukuman penjara dua tahun dan dendaRM 125,000.00KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Akaun Pelanggan Serantau Alcatel Network Systems (M) SdnBhd, menerima hukuman penjara dua tahun dan denda RM 125,000.00 selepas disabitkanbersalah memberi rasuah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini.WEBLINKS / MAKLUM-BALAS BERHUBUNG:www.sprm.gov.mywww.youtube.com/odvmaccRadziah Ani, 51 disabitkan pada kesalahan yang dilakukan dibawah Seksyen 10(b)(bb) AktaPencegahan Rasuah 1997 apabila cuba menyogok seorang pegawai Telekom MalaysiaBerhad (TM) tujuh tahun lalu.Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 8, Rozillah Salleh memutuskan bahawa keterangan pihakpembelaan gagal manakala kenyataan tertuduh adalah berbentuk penafian semata-mata,tidak konsisten dan tidak munasabah.Beliau berpendapat bahawa hujah pihak pembelaan bahawa saksi Roslan Aziz saksi Mohd Asriberkonspirasi untuk melet adalah tidak berasas dan mahkamah berpendapat ianya tidakmunasabah.Katanya, dakwaan tersebut hanya dibangkitkan oleh tertuduh di peringkat pembelaan dantidak direkod dalam kenyataan tertuduh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysiadan tertuduh juga tidak membuat aduan pada mana-mana pihak tentang perkara tersebut.NOTA KEPADAPENGARANG:Mahkamah tidak menerima pembelaan tertuduh bahawa beliau adalah mangsa dan turutmeletakkan kesalahan kepada majikannya, syarikat telekomunikasi Alcatel serta amalanpemberian rasuah yang diamalkan oleh syarikat tersebut adalah tidak relevan.Malah menurut Rozillah, ianya menguatkan lagi pendakwaan bahawa amalan Alcatelmembayar rasuah kepada pegawai TM.Terdahulu pada 19 Julai 2011, tertuduh didakwa tuduhan dibawah Seksyen 10(b)(bb) AktaPencegahan Rasuah 1997 apabila 17 Februari 2006, cuba memberi suapan berbentuk cekkepada RM 25,000.00 kepada Penolong Pengurus Bahagian Perolehan TM Mohd Asri Idris.Ianya sebagai upah bagi pembekalan maklumat tender "Wideband Code Division MultipleAccess (WDCMA) Mobile Communication System and The Provision of Works Phase II"Radziah mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan keatasnya dan dibicarakan.PEGAWAI UNTUKDIHUBUNGI:1) Zulfikri Manaf (013-3877389)2) Maizatul Akmal (019-6996907)Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan sebuah agensi penguatkuasaan yangditubuhkan melalui penggubalan Akta SPRM 2009 (Akta 694) bagi meningkatkan keberkesanan dankecekapan dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia serta untuk memperbaiki persepsi kebebasandan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi SPRM. SPRM turut disokong oleh mekanisme check andbalance dalam memastikan SPRM bertindak selaras dengan kehendak perundangan negara dan aspirasimasyarakat. Suruhanjaya ini dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).1Anda Boleh Lakukan Perubahan: PERANGI Rasuah


Pada 14 Ogos tahun lalu,di Mahkamah Sesyen yang sama, hakim memerintahkan tertuduhmembela diri bagi kesalahan tersebut setelah mendapati pihak pendakwaan berjayamembuktikan kes prima facie.Timbalan Pendakwaraya Zulqarnain b. Hassan dalam hujahannya yang disampaikan olehPegawai Pendakwa SPRM Wan Ahmad Nizam Wan Omar menyatakan bahawa kesalahanyang dilakukan tertuduh adalah serius, dimana tertuduh turut menikmati insentif dan bonushasil kejayaan mendapatkan tender tersebut sedangkan Mohd Asri diberhentikan.WEBLINKS / MAKLUM-BALAS BERHUBUNG:www.sprm.gov.mywww.youtube.com/odvmaccKatanya amalan pemberian rasuah oleh tertuduh memberi imej yang buruk kepada syarikatswasta terutama pada syarikat -syarikat antarabangsa seterusnya ia akan beri kesan kepadapersepsi syarikat antarabangsa kepada Malaysia.Tertuduh yang diwakili Penguambelanya Dato' Seri Shafee Abdullah memohon penangguhanhukuman penjara dan denda kepada mahkamah.Hakim membenarkan penangguhan hukuman penjara dan bayaran denda sehingga Jumaatminggu hadapan manakala wang jaminan dinaikkan kepada RM 15,000.00 dengan duapenjamin.Tertuduh kini berkerja dengan sebuah syarikat telekomunikasi.Seramai sembilan orang saksi pendakwaan dan sembilan saksi pembelaan memberiketerangan sepanjang perbicaraan berlangsung.TAMAT.2Anda Boleh Lakukan Perubahan: PERANGI Rasuah

More magazines by this user
Similar magazines