Pengecualian Daripada Arahan Perbendaharaan 100(a) dan 100(b)

lada.gov.my

Pengecualian Daripada Arahan Perbendaharaan 100(a) dan 100(b)

KK/BP/WA1/10/459/22/81 Jld.5 sk.2/2010KEMENTERIAN KEWANGANSURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2010Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamPeguam Negara MalaysiaPENGECUALIAN DARIPADA ARAHAN PERBENDAHARAAN 100(a) DAN 100(b)- KEBENARAN UNTUK MENGEMUKAKAN DUA TUNTUTAN ELAUN PERJALANANKENDERAAN ATAU TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM DIBUAT BAGI SATU-SATU BULANTUJUAN1. Surat Pekeliling Perbendaharaan ini (“SPP ini”) bertujuan untuk memberipengecualian daripada Arahan Perbendaharaan (AP) 100(a) dan 100(b) kepadaJabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Peguam Negara (JPN).2. Pengecualian ini memberi kebenaran kepada JPA dan JPN untukmengemukakan dua tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan atau TambangPengangkutan Awam boleh dibuat bagi satu-satu bulan.LATAR BELAKANG3. Mengikut AP 100(a), tuntutan perjalanan mengikut Peraturan-peraturanPerkhidmatan Awam dan Pekeliling Perbendaharaan hendaklah dikemukakan tidaklewat daripada 10 hari bulan dalam bulan yang berikutnya. Manakala mengikut AP100(b), hanya satu tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang PengangkutanAwam boleh dibuat bagi satu-satu bulan sahaja.4. Berdasarkan permohonan daripada JPA dan JPN serta bagi tujuanmenambahbaikkan sistem penyampaian awam, Perbendaharaan Malaysia bersetujusupaya dua tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awamboleh dibuat bagi satu-satu bulan.1


5. Sebagai projek perintis, SPP ini hanya akan dilaksanakan di JPA dan JPN bagitempoh percubaan selama enam bulan bermula dari tarikh permulaan kuat kuasa SPPini sebelum pelaksanaannya diperluas kepada Jabatan Kerajaan lain.KAEDAH PELAKSANAAN6. Melalui SPP ini, JPA dan JPN boleh mengemukakan dua tuntutan ElaunPerjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam dibuat bagi satu-satu bulanseperti yang berikut:-(a)(b)Tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang PengangkutanAwam bagi tempoh 1 hari bulan hingga 15 hari bulan dalam satu-satubulan boleh dikemukakan tidak lewat daripada 25 hari bulan dalam bulanberkenaan, danTuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang PengangkutanAwam bagi tempoh 16 Hari bulan hingga 30 atau 31 hari bulan (kecualibagi bulan Februari) hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 10 haribulan dalam bulan yang berikutnya.7. Bagi tujuan menilai keberkesanan kaedah pelaksanaan ini, JPA dan JPNhendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai kemajuan pelaksanaan projekperintis ini (“Laporan”) kepada Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan KhidmatPengurusan, Perbendaharaan Malaysia.8. Laporan itu hendaklah menyatakan syor penambahbaikan pelaksanaan projekperintis ini.9. Laporan itu hendaklah dikemukakan setiap tiga bulan iaitu tidak lewat daripada10 September 2010 dan 10 Disember 2010.10. Semua pekeliling berkaitan dengan kadar dan syarat tuntutan elaun, kemudahandan bayaran kepada pegawai perkhidmatan awam kerana menjalankan tugas rasmiatau semasa berkursus yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3Tahun 2003, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005 dan PekelilingPerbendaharaan Bil. 2 Tahun 2006 hendaklah dipatuhi sepenuhnya.2

More magazines by this user