12.07.2015 Views

1 DASAR PERLINDUNGAN KANAK-KANAK BAGI RUMAH ... - kpwkm

1 DASAR PERLINDUNGAN KANAK-KANAK BAGI RUMAH ... - kpwkm

1 DASAR PERLINDUNGAN KANAK-KANAK BAGI RUMAH ... - kpwkm

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

DASAR PERLINDUNGAN KANAK-KANAK BAGIRUMAH KANAK-KANAK JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT1. PERNYATAAN VISI DAN MISI DASAR PERLINDUNGANKANAK-KANAKVisi : Rumah Kanak-Kanak (RKK) bertujuan untukmemberi perlindungan dan pemeliharaan yangmenggalakkan perkembangan jasmani, mental danemosi yang sihat secara holistik kepada kanakkanakyang berada di RKK.Misi : Bagi mencapai visi di atas, RKK mestilahmewujudkan persekitaran yang mesra kanak-kanakiaitu suasana yang kondusif/terancang dan selamatuntuk perkembangan, perlindungan dankeselamatan kanak-kanak.2. PENYATAAN KOMITMEN2.1 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) komited untukmemastikan kebajikan kanak-kanak di bawah RKK dijagadengan baik selaras dengan fungsi RKK yang memberikanperlindungan dan pemeliharaan kepada kanak-kanak yangberada di RKK.2.2 JKM komited untuk memastikan kanak-kanak di bawahjagaan RKK mendapat perlindungan dan pemeliharaan1

yang terbaik serta membantu perkembangan menyeluruhuntuk tumbesaran kanak-kanak dalam suasana yangmerangsang pembangunan individu cemerlang.2.3 RKK akan memastikan semua kanak-kanak, tanpamengira umur, budaya, bangsa, kecacatan, gender,bahasa dan agama mempunyai hak untuk dilindungidaripada penderaan atau sebarang bentuk unsurpenderaan sepanjang berada di RKK.2.4 RKK akan memastikan semua bentuk tuduhan ataupengaduan melibatkan kes penderaan atau sebarang kesyang mengandungi kebarangkalian unsur-unsurpenderaan diberi perhatian dan diambil tindakan segeradan bersesuaian.2.5 RKK komited untuk melaksanakan dan memelihara hak,kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak seperti yangtermaktub di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (AKK 2001),Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC),Peraturan-Peraturan Tempat Selamat 2006, Akta PusatJagaan 1993 dan Akta TASKA 1984 di RKK.2.6 DEFINISI PENDERAAN KANAK-KANAK:2.6.1 Penderaan Fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan darisegi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihatpada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat2

kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakankepada tubuh kanak-kanak itu.2.6.2 Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan darisegi emosi yang menyebabkan gangguan yang bolehdilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak ituseperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan,kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.2.6.3 Penderaan seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001adalah apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segiseks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagaipeserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yangberunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seksoleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seksorang itu atau orang lain.2.6.4 Pengabaian merujuk kepada kegagalan secaraberterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asasfizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan,pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempatperlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanakkanak.Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanakkepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancamnyawa mereka.3

3. PROTOKOL KELAKUAN3.1 Semua kakitangan (termasuk kakitangan tetap,sementara, kontrak dan bekerja secara sukarela), ahliLembaga Pelawat, pelawat, sukarelawan mestilahmemberi keutamaan kepada kebajikan kanak-kanak danmenghormati hak-hak mereka.3.2 Semua kakitangan, ahli Lembaga Pelawat, pelawat dansukarelawan mesti mengetahui mengenai DasarPerlindungan Kanak-kanak (DPKK), memahaminya sertabekerjasama untuk melaksanakannya dengan berkesan.3.3 Semua kakitangan, ahli Lembaga Pelawat, pelawat dansukarelawan perlu diberi latihan untuk membiasakan diridengan DPKK.3.4 Semua kakitangan, ahli Lembaga Pelawat, pelawat dansukarelawan tidak dibenarkan mengambil gambar kanakkanakmelainkan setelah mendapat kebenaran KetuaPengarah Kebajikan Masyarakat dan mematuhi syaratsyaratpengambilan gambar kanak-kanak.3.5 Semua kakitangan, ahli Lembaga Pelawat, pelawat dansukarelawan tidak dibenarkan berada bersendirianbersama kanak-kanak di tempat yang sunyi dan tidakboleh dilihat oleh orang lain.4

3.6 Amalan-amalan baik yang mesti digalakkan dandipraktikkan:• mewujudkan perhubungan yang positif dan selamatdengan kanak-kanak berasaskan kepadakepercayaan di antara satu sama lain;• menggalakkan kanak-kanak terlibat bersama dalammembuat keputusan;• menyedari keperluan perkembangan kanak-kanakdan kemampuan mereka dalam melaksanakansesuatu aktiviti/tugasan;• menentukan aktiviti adalah menyeronokkan serta adildan memberi manfaat kepada kanak-kanak;• sentiasa memberi maklum balas yang membina dantidak menghukum;• menentukan tiada orang dewasa berada di bilikkanak-kanak melainkan mereka yang sedangbertugas;• dalam keadaan di mana kanak-kanak lelaki danperempuan dibawa keluar, mereka mestilah sebolehbolehnyadiiringi oleh kakitangan lelaki danperempuan;5

• kakitangan tidak boleh membawa balik kanak-kanakke rumah/bilik mereka; dan• pakaian hendaklah bersesuaian, peka kepadakehendak keagamaan dan kebudayaan dan tidakmenjolok mata.3.7 Amalan yang dilarang:• tidak dibenarkan merokok di hadapan kanak-kanak/dalam kawasan RKK;• tidak dibenarkan bermain secara kasar dan terlibatdalam permainan yang mempunyai unsur-unsur lucahdan judi;• tidak dibenarkan menggunakan bahasa yang tidakbersesuaian apabila bersama kanak-kanak;• tidak dibenarkan membuat komen yang berbaur lucahwalaupun secara gurauan; dan• tidak dibenarkan melakukan sebarang bentuksentuhan yang tidak bersesuaian.3.8 Jika perkara seperti di bawah ini berlaku, ia hendaklahdilaporkan dengan segera kepada Pengetua/TimbalanPengetua:6

• kanak-kanak mendapat cedera secara fizikal;• kanak-kanak tercedera secara tidak sengaja olehanda;• kanak-kanak nampak susah hati/murung;• kanak-kanak salah faham atau salah anggap tindakanyang anda lakukan; dan• kanak-kanak melaporkan apa-apa bentukpenderaan/penganiayaan.3.9 Sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang bentukpenderaan yang disyaki (termasuk yang disyaki, yangsebenar atau penderaan yang dilaporkan oleh pihakketiga) kepada Pengetua dan memastikan keselamatanserta kesejahteraan kanak-kanak. Jika Pengetuamerupakan orang yang disyaki, laporan hendaklah dibuatkepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.3.10 Menyediakan persekitaran yang selamat, diyakini dancakna supaya kanak-kanak sedia mengadu, melaporkandan semakin mempunyai keyakinan untuk menyuarakanidea, perasaan dan pendapat mereka.3.11 Segala usaha hendaklah diambil untuk menentukankerahsiaan maklumat dipatuhi. Maklumat hanya boleh7

diberikan kepada pihak yang relevan dan dimaklumkanatas dasar ‘perlu tahu’ sahaja. Maklumat hendaklahdisimpan di tempat yang selamat dan boleh diperolehi olehpihak-pihak tertentu sahaja.3.12 Jika terdapat apa-apa pelanggaran terhadap DPKK ini, iaperlu dilaporkan kepada Pengetua atau PengarahKebajikan Masyarakat Negeri yang akan menentukantindakan yang perlu diambil.4. PENGAMBILAN KAKITANGAN DAN PENAPISAN4.1 Segala tindakan perlu diambil untuk menentukan hanyamereka yang sesuai sahaja diambil untuk bekerja dengankanak-kanak.4.2 Kakitangan dan sukarelawan yang bekerja di RKK akandinilai dalam temu duga pengambilan yang akanmenyemak dan menentukan:(i) Borang permohonan telah dipenuhi yang mana antaralain mengandungi maklumat latar belakang, rekodjenayah (jika ada) khususnya berkaitan penderaanterhadap kanak-kanak dan nama 2 orang refereeyang mesti dihubungi untuk pengesahan.(ii) Kelulusan adalah mengikut ketetapan yang dibuatoleh JKM.8

(iii) Tugas dan tanggungjawab perlu dijelaskan.(iv) DPKK dijelaskan, difahami dan diteliti.(v) Latihan yang diperlukan, dijelaskan.4.3 Di mana sesuai, semakan polis akan dilaksanakan.4.4 Individu yang datang bekerja dalam kerja-kerja kontrak diRKK akan dimaklumkan mengenai DPKK dan akandiminta mematuhi protokol kelakuan yang terdapat dalamDasar tersebut.5. PROSEDUR MENGURUSKAN TUDUHAN PENDERAAN5.1 Semua kakitangan, Lembaga Pelawat dan sukarelawandigalakkan untuk mempunyai sikap terbuka dalammembincangkan isu-isu penderaan yang berlaku di RKK.5.2 Jika mendapat aduan penderaan daripada kanak-kanak :(i) Beri perhatian dan dengar dengan teliti.(ii) Jangan menolak/menidakkan apa-apa aduandaripada kanak-kanak tanpa menjalankan siasatanterlebih dahulu.9

(iii) Jangan soal siasat kanak-kanak tersebut tetapisebaliknya bertanya dengan tenang tanpa memberitekanan kepada mereka.(iv) Jangan cuba meletakkan perkataan dalampercakapan kanak-kanak tersebut.(v) Rekod maklumat penting (apa, siapa, bila, di mana)dalam Borang Aduan Kanak-Kanak.(vi) Pentingkan kerahsiaan.(vii) Lapor kepada Pengetua.(viii) Pengetua akan melaporkan kepada PengarahKebajikan Masyarakat Negeri untuk menentukantindakan seterusnya.5.3 Jika terdapat tuduhan terhadap kakitangan, Pengetuaperlu membuat siasatan awal dan melaporkan (dalamBorang Tuduhan Terhadap Kakitangan) kepada PengarahKebajikan Masyarakat Negeri untuk menentukan tindakanseterusnya.5.4 Kerahsiaan perlu diberi keutamaan dalam semua siasatanterhadap aduan dan tuduhan yang dibuat.10

6. KOMUNIKASI DENGAN DAN BERKAITAN KANAK-KANAK6.1 Maklumat mengenai kanak-kanak khususnya mengenaipenderaan terhadap mereka dan latar belakang merekatidak boleh didedahkan kepada orang ramai, hanya perludiketahui oleh pihak yang berkuasa.6.2 Gambar yang diambil tidak boleh menggambarkan merekasebagai mangsa, tidak mencemarkan maruah merekaserta melindungi identiti mereka.6.3 Laporan dan penyiaran media mengenai kanak-kanakadalah tertakluk kepada Seksyen 15 AKK 2001.7. LATIHAN, PENILAIAN DAN PEMANTAUAN7.1 Semua kakitangan, Lembaga Pelawat dan pekerjasukarela akan mengikuti latihan bagi tujuan:• menilai kefahaman dan amalan mereka dalammengamalkan DPKK;• menentukan amalan mereka dapat melindungimereka daripada tuduhan-tuduhan palsu;• mengenal pasti tanggungjawab mereka danmelaporkan apa-apa kebimbangan terhadap amalantidak baik dan penderaan; dan11

• boleh bekerja secara berkesan dan selamat dengankanak-kanak.7.2 JKM dengan pihak pengurusan RKK akan sentiasa menilaidan memantau pelaksanaan DPKK.7.3 DPKK akan disemak setiap tahun bagi tujuanpenambahbaikan dan dikemas kini untuk menjadikannyarelevan dan berkesan.12

DEKLARASI MENGENAI KOMITMEN TERHADAP DASARPERLINDUNGAN KANAK-KANAKSaya ____________________________________ telah membacadan memahami Dasar Perlindungan Kanak-Kanak dan akanmenentukan saya mematuhi segala piawaian dan garis panduanyang ditetapkan.Tandatangan___________________Nama : ______________________________________No. KP : ______________________________________Alamat : ____________________________________________________________________________Status di RKK : ______________________________________Tarikh : ______________________________________SAKSITandatangan : ______________________________________Nama : ______________________________________Status di RKK : ______________________________________Tarikh : ______________________________________13

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!