Tioman - lukisan terbaik alam - Jabatan Taman Laut Malaysia

nre.gov.my

Tioman - lukisan terbaik alam - Jabatan Taman Laut Malaysia

Tioman - lukisan terbaik alamOleh Syanty Octavia Amrysoctavia@hmetro.com.myWARNA ALAM...panorama indah pada waktu petang di Pulau Tioman yang memukau.TERSENARAI antara 10 pulau paling cantik di dunia, keindahan pasir pantainya yang memutihdan kebiruan lautnya menggamit pelancong berkunjung ke Pulau Tioman.Terletak 55.6 kilometer (km) nautika dari Pahang, Pulau Tioman bukan saja menjanjikankeindahan lautan yang terbentang luas tetapi juga terumbu karang yang masih terpelihara sertadestinasi penyu bertelur.ANEKA...ikan pelbagai warna dan jenis boleh di lihat di perairan Tioman.


UNTUK MAKLUMAT...Pusat Taman Laut dibuka kepada orang ramai.PANTAU...penguat kuasa JTLM melakukan rondaan pada waktu malam di perairanTioman.


MAKLUMAT...sudut penyu untuk tatapan pengunjung.NYAMAN...suasana menyenangkan di kawasan resort Kampung Genting.


CENDERAMATA...pelbagai barangan kenangan Tioman dijual di sini.SNORKEL...antara aktiviti sukan air utama jadi pilihan pelancong.


DAMAI...air laut yang membiru dengan cuaca yang cerah mendamaikan jiwa.MERCU TANDA...monumen burung tiong yang melambangkan Pulau Tioman.Selain itu, daya tarikan pulau itu adalah hutan tropika seluas 12,000 hektar yang dihuni 45spesies mamalia dan 138 spesies burung terlindung.Puas bermandi-manda di lautan yang membiru, pengunjung boleh merasai kesejukan air terjunyang terkenal di pulau ini iaitu air terjun Mukut dan air terjun Asah.Keindahan semula jadinya menjadikan ia tempat percutian yang sesuai untuk semua peringkattermasuk pengantin baru yang ingin berbulan madu atau mereka yang gemar aktiviti lasak.


Untuk penginapan, terdapat beberapa resort di sini seperti di Kampung Tekek dan KampungJuara manakala di bahagian timur pulau pula terdapat di Kampung Salang dan Ayer Batang.Resort terkenal, Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa (BTBGS) di Kampung Tekek adalah resortterbesar di Tioman.Resort yang memuatkan 350 calet pelbagai saiz itu menyediakan aktiviti secara kumpulanseperti bina semangat di The Challenger Park, kegiatan meredah hutan dan aktiviti sukan airseperti bersnorkel di Pulau Rengis.Penginapan lain termasuk Salang Sayang Resort di Kampung Salang, Island Reef Resort danSun Beach Resort di Kampung Tekek.Bagi mereka yang gemarkan kelainan, menginap di resort sekitar Kampung Salang pastinyamemberikan pengalaman baru kerana penggunaan air adalah berasaskan air yang disedut daridalam tanah.Dalam pada itu, suasana persisiran pantai yang tenang dan mendamaikan pastinya menjadikeinginan setiap orang yang datang ke sini. Justeru, usaha memantapkan lagi keindahan pulauini agar tidak tercemar terus menerus dilakukan.Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) bertanggungjawab memantau bagi memastikan PusatTaman Laut yang diwujudkan sejak 1994 itu selamat daripada pencerobohan.Bagi memantapkan usaha penguatkuasaan, satu kapal baru yang diberi nama kapal 1 Permatadilancarkan bagi memulihara terumbu karang dan hasil laut.Pengalaman menaiki kapal 1 Permata dan merasai sendiri aktiviti operasi penguatkuasaan diperairan pada waktu malam benar-benar mengujakan dan menguji kesabaran.Apatah lagi keadaan yang gelap pada waktu malam membuatkan penulis hampir terlenadengan tiupan angin laut yang bagi sesetengah orang boleh menyebabkan mabuk laut.Melihat tugas mereka, tidak semudah yang disangka dengan keadaan yang gelap, ia lebihmemeritkan lagi apabila hujan lebat serta diganggu dengan pelbagai perkara aneh sudahmenjadi kebiasaan dalam rutin harian.Hampir dua jam di laut, dua kapal ditahan dan diperiksa untuk memastikan mereka bukanpenceroboh dan nyata masing-masing adalah nelayan tempatan.

More magazines by this user
Similar magazines