Tioman - lukisan terbaik alam - Jabatan Taman Laut Malaysia

nre.gov.my

Tioman - lukisan terbaik alam - Jabatan Taman Laut Malaysia

Untuk penginapan, terdapat beberapa resort di sini seperti di Kampung Tekek dan KampungJuara manakala di bahagian timur pulau pula terdapat di Kampung Salang dan Ayer Batang.Resort terkenal, Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa (BTBGS) di Kampung Tekek adalah resortterbesar di Tioman.Resort yang memuatkan 350 calet pelbagai saiz itu menyediakan aktiviti secara kumpulanseperti bina semangat di The Challenger Park, kegiatan meredah hutan dan aktiviti sukan airseperti bersnorkel di Pulau Rengis.Penginapan lain termasuk Salang Sayang Resort di Kampung Salang, Island Reef Resort danSun Beach Resort di Kampung Tekek.Bagi mereka yang gemarkan kelainan, menginap di resort sekitar Kampung Salang pastinyamemberikan pengalaman baru kerana penggunaan air adalah berasaskan air yang disedut daridalam tanah.Dalam pada itu, suasana persisiran pantai yang tenang dan mendamaikan pastinya menjadikeinginan setiap orang yang datang ke sini. Justeru, usaha memantapkan lagi keindahan pulauini agar tidak tercemar terus menerus dilakukan.Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) bertanggungjawab memantau bagi memastikan PusatTaman Laut yang diwujudkan sejak 1994 itu selamat daripada pencerobohan.Bagi memantapkan usaha penguatkuasaan, satu kapal baru yang diberi nama kapal 1 Permatadilancarkan bagi memulihara terumbu karang dan hasil laut.Pengalaman menaiki kapal 1 Permata dan merasai sendiri aktiviti operasi penguatkuasaan diperairan pada waktu malam benar-benar mengujakan dan menguji kesabaran.Apatah lagi keadaan yang gelap pada waktu malam membuatkan penulis hampir terlenadengan tiupan angin laut yang bagi sesetengah orang boleh menyebabkan mabuk laut.Melihat tugas mereka, tidak semudah yang disangka dengan keadaan yang gelap, ia lebihmemeritkan lagi apabila hujan lebat serta diganggu dengan pelbagai perkara aneh sudahmenjadi kebiasaan dalam rutin harian.Hampir dua jam di laut, dua kapal ditahan dan diperiksa untuk memastikan mereka bukanpenceroboh dan nyata masing-masing adalah nelayan tempatan.

More magazines by this user
Similar magazines