12.07.2015 Views

Memantapkan Budaya Keusahawanan Di Kalangan ... - IslamGRID

Memantapkan Budaya Keusahawanan Di Kalangan ... - IslamGRID

Memantapkan Budaya Keusahawanan Di Kalangan ... - IslamGRID

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

MEMANTAPKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI KALANGAN GENERASIBARU MELALUI SISTEM PENDIDIKAN NASIONAL DAN PENGAJIAN AGAMA:GAGASAN DAN CABARAN MEREALISASIKANNYA.DATO’ HAJI ALIMUDDIN B. HAJI MOHD DOMKetua Pengarah Pelajaran MalaysiaDibentangkan oleh Y.Bhg. Dr. Haili B. Dolhan,Timbalan Ketua Pengarah Jab. Pelajaran Malaysia)“Syarat-syarat ikhtiar hidup dan kejayaan mengalami perubahanzaman berzaman, tetapi sekarang proses perubahannya berlakubegitu pantas sekali. Percayalah kita bakal berhadapan denganzaman yang paling mencabar. Kita bukan saja perlu mengendalidan membuat penyesuaian, kita mesti berjaya menempuhperubahan. Namun dengan keyakinan dan keazaman, kita akanterus mampu bertahan. Jika tetap komited dan berusaha sedayaupaya, jika kita menjunjung tahap kecemerlangan yang palingtinggi, nescaya kita akan berjaya”Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.(Dipetik daripada buku: “Abdullah: Memperkasa Malaysia”)1. PendahuluanSelaras dengan perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam sistemekonomi di peringkat global, Malaysia sebagai sebuah negara membangun turutberhadapan dengan cabaran dan tekanan besar dalam mendepani persainganabad ke-21 ini. Persaingan daripada negara-negara lain menuntut kita melakukansatu anjakan besar untuk melangkah ke peringkat pembangunan seterusnya danmencapai matlamat Wawasan 2020. Demi untuk mencapai matlamat tersebut,negara kita memerlukan satu peningkatan tahap produktiviti dan daya saing. Olehitu, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah mengenalpasti pembangunan modal insan sebagai salah satu teras utama dalam membawatransformasi negara kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.1

Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya,ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunanmodal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktivitinegara. Bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran semasa dan masahadapan, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapatmeningkatkan bina daya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenagaterlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negarapada tahun 2020.Pendekatan kepada pembangunan modal insan harus dibuat secara holistik,menekankan kepada peningkatan penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran danmodal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan. Seiringdengan penekanan kepada ilmu, tumpuan juga perlu diberi kepada pembudayaansikap progresif dan memupuk masyarakat yang memiliki kekuatan nilai dan moral.Kegagalan untuk membentuk modal insan yang berkeupayaan, profesional, inovatifdan memiliki nilai moral yang tinggi boleh menyebabkan pendidikan terpinggir dariarus pembangunan ekonomi.2. Gagasan Sistem Pendidikan Kebangsaan dan Pengajian Agama.Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modalinsan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadianmulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negaramaju. Tugas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk menyediakangenerasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang bagi memperkembangkanpotensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-cirikeperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam hidupdan mampu memajukan lagi negara selari dengan hasrat Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK);2

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonisdari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) berdasarkankepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkanrakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1986.Dengan ruang lingkup atau weltenshauung yang sebegini penting, membangunkanmodal insan perlu diselaraskan dengan pembangunan insan. Pembangunan insanini pula tentunya, berada dalam situasi yang selaras dengan keimanan. Hasilnyaialah membangun modal insan ini adalah sama seperti yang dikehendaki dalamajaran Islam. Seterusnya, dengan matlamat pembangunan modal insan yanglengkap seperti hasrat FPK, maka dapatlah ditentukan langkah-langkah yangsewajarnya diambil. Antaranya adalah:i. Pastikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diajar, digabungkanjuga dengan aspek kebertanggungjawaban dan keamanahan, atau umatyang seimbang (ummatan wasata‟);ii. Mengajak setiap insan bergabung dan bekerjasama bukan sahaja demipembangunan material, tetapi juga kemanusiaan (ummatan wahidah);iii. Memastikan ilmu adalah untuk masyarakat dan alam sekitar (ad-din);iv. Menjelaskan aplikasi ilmu adalah untuk menjadi pemimpin atau pentadbiryang adil (khalifah); danv. Sentiasa berwaspada pada aspek kesan yang berkebajikan (amarmaaruf nahi mungkar).Sehubungan dengan langkah-langkah yang disarankan itu, ianya akan dapatdizahirkan melalui pengajian agama. Pada asasnya, konsep pengajian agamamerujuk kepada amalan agama yang menekankan soal ketamadunan,3

pembangunan dan kemajuan yang bersifat komprehensif dan seimbang. Inimerujuk kepada keperluan untuk menggabungkan kecemerlangan aspek fizikaldan spiritual, duniawi dan ukhrawi, dan kejayaan peribadi serta kesejahteraanmasyarakat. Aspek penguasaan ilmu merupakan salah satu asas utama dalampengajian agama. Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara bersepaduboleh menjadikan umat Islam memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai danbersifat semasa agar kecemerlangan intelektual mampu dikembangkan. Proses iniperlu bagi mengembangkan potensi melahirkan insan seimbang dan harmonisseperti yang tercatat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Inibertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yangbermaksud:“... Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orangyang diberikan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan Ingatlah AllahMaha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.”Islam mendorong umatnya mencari bukan sekadar ilmu, melainkan ilmu yangbermanfaat, kerana pencarian intelektual tidak dapat dipisahkan daripada etika dania harus ditempatkan dalam arus kehidupan spiritual. Beberapa ilmu tidaklahsecara langsung berkaitan dengan ilmu agama sahaja. Bahkan ilmu-ilmukeduniaan yang masih belum diterokai atau dikaji juga memerlukan jawapankepada permasalahan yang timbul. Realiti ini memerlukan satu ijtihad yang mampumemecahkan persoalan-persoalan yang baru itu. Dalam hal ini Nabi Muhammads.a.w pernah bersabda yang bermaksud:“Kamu lebih mengetahui urusan-urusan dunia daripada aku.”(Riwayat Muslim)3. Cabaran-Cabaran Alaf Baru dan Pembudayaan KeusahawananKetibaan alaf baru hari ini akan terus menawarkan cabaran teknologi dan informasiyang bercirikan globalisasi. Kesinambungan ciri tamadun abad lalu pada alaf ini4

pada hakikatnya tidak menjanjikan sebarang perubahan, bahkan ia akan terusmendominasi struktur dan asas ketamadunan umat manusia. Cita-cita yangberteraskan materialisme, sekularisme dan penguasaan empayar tidakmenggambarkan suatu hala tuju yang jelas melainkan pada sesuatu yang bersifatduniawi semata-mata. Ini adalah disebabkan arus globalisasi yang menyelubungiarus perdana masa kini didominasi oleh dunia barat. Justeru perkiraan agama danapa yang berkaitan dengannya terus terpinggir dalam arus ini.a. GlobalisasiGlobalisasi membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan.Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan kepadasemua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi,politik, budaya dan pendidikan. Proses globalisasi dianggap sebagai sesuatu yangtidak dapat dielakkan dan sesiapa yang tidak turut serta akan ketinggalan. Prosesglobalisasi ini berlaku dalam tiga bentuk utama iaitu teknologi, ekonomi danideologi. Ketiga-tiga bentuk ini saling berkaitan antara satu sama lain danmempunyai hubungan secara langsung dengan dunia pendidikan.b. Kemelesetan Ekonomi DuniaSeterusnya cabaran yang terkini datang daripada keadaan ekonomi antarabangsa.Ekonomi global mengalami kemelesetan akibat krisis kewangan global yangsemakin meruncing. Ia turut menyumbang kepada keadaan tidak menentu dalamsistem kewangan dan ekonomi global. Keadaan tersebut sedikit sebanyak turutmenyumbang kesannya kepada dunia pendidikan. Kemelut kemelesetan ekonomidunia juga turut mengundang agensi antarabangsa seperti UNICEF untukmengadakan persidangan rantau Asia bagi membincangkan impak krisis ekonomike atas kanak-kanak. Persidangan „The Impact of the Economic Crisis on Children‟diadakan mulai 6 hingga 7 Januari 2009 di Singapura. Isu-isu utama berkaitankanak-kanak kesan krisis ekonomi adalah meliputi kesihatan dan pemakanan,pendidikan, dan buruh kanak-kanak. KPM sebagai agensi kerajaan yangbertanggungjawab ke atas pendidikan turut dilibatkan secara langsung dalam5

membincangkan isu-isu pendidikan yang dihadapi kesan daripada krisis ekonomiglobal.Sehubungan cabaran globalisasi dan kemelesetan ekonomi dunia secara luaran,terdapat juga cabaran secara dalaman iaitu pembudayaan keusahawanan. Agendamembangunkan usahawan adalah agenda penting kepada pembangunan negarakerana usahawan adalah penggerak dan penjana utama ekonomi dalam negarayang mengamalkan sistem „free market‟ ekonomi. Negara atau masyarakat yangmemiliki budaya keusahawanan yang tinggi akan menjadi lebih makmur daripadanegara yang kurang budaya keusahawanan. Cabaran keusahawanan yangdominan adalah pada sistem nilai masyarakat, di mana masyarakat perlumeletakkan keusahawanan sebagai kerjaya dan aktiviti mulia, tinggi dan penting.Keusahawanan perlu diberikan penghargaan yang tinggi dalam masyarakat, sabdaRasullah S.A.W bahawa “orang yang paling baik antara kamu ialah orang palingbanyak memberi manfaat”. Oleh itu menjadikan agenda keusahawanan sebagaiwasilah atau jalan untuk kita menyebarkan manfaat atau memakmurkan ummahdan negara.Jelaslah kepada kita cabaran-cabaran tersebut memberikan kesan jangka pendekdan jangka panjang kepada pembudayaan keusahawanan. KPM telah merangkabeberapa pelan strategik dalam usaha memantapkan dan merealisasikanpembudayaan keusahawanan menerusi Sistem Pendidikan Kebangsaan.4. Usaha-Usaha Memantapkan dan Merealisasikan Budaya KeusahawananSejak mula manusia mengetahui kepentingan hidup bermasyarakat, bidangkeusahawanan telah menjadi tonggak kepada pembangunan dan pertumbuhanekonomi sesebuah negara. Bidang keusahawanan merupakan suatu bidang yangdapat menjana pertumbuhan ekonomi negara. Dalam menuju ke arah eraglobalisasi, di Malaysia, rakyatnya tidak lagi boleh hanya bergantung kepadakerajaan untuk menyediakan pekerjaan. Budaya pekerjaan di Malaysia sekaranglebih mengarah kepada bekerja dengan pihak swasta atau bekerja sendiri. Oleh itu,6

setiap individu perlu bijak dalam merebut peluang terutamanya dalam bidangperniagaan. Sabda nabi Muhammad s.a.w bermaksud “Orang beriman seperti satubinaan yang saling kuat menguatkan antara mereka”.Memandangkan betapa pentingnya bidang perniagaan ini dan selaras denganmatlamat Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) yang bertujuan untuk menyusun semulamasyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera, maka kerajaan telahcampur tangan dalam urusan pembentukan budaya usahawan. Lantaran itu, KPMtelah melaksanakan Program Pembudayaan Keusahawanan melalui kurikulum dankokurikulum di sekolah. Beberapa sukatan pelajaran berkaitan dengankeusahawanan seperti Prinsip Akaun, Perdagangan, Pengajian Perniagaan,Kemahiran Hidup, Mata Pelajaran Vokasional, Ekonomi asas, Ekonomi RumahTangga dan sebagainya telah dibentuk. Manakala dari segi kokurikulum pulaaktiviti seperti Program Perintis Usahawan, Program Usahawan Muda, PengusahaMuda Malaysia, Pengusaha Muda ESSO, Program Tunas Bestari dan Koperasitelah diadakan.Dalam usaha untuk melakukan penambahbaikan pendidikan, KPM akanmelaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkankualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid. Transformasitersebut akan melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistempeperiksaan sekolah. Perubahan yang akan dilakukan adalah dari segi kandungankurikulum supaya ia menjadi lebih menarik serta menyeronokkan dan lebihmenekankan aspek praktikal. Budaya keusahawanan turut diserapkan melaluimata pelajaran-mata pelajaran lain secara merentas kurikulum. Langkah-langkahstrategik transformasi pendidikan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh KPMadalah seperti berikut:-i. Transformasi KurikulumKPM telah mula mengorak langkah dalam usaha penambahbaikan kurikulummenerusi transformasi kurikulum sekolah rendah dan kurikulum Pendidikan Islam.Penekanan utama dalam transformasi tersebut adalah penekanan kepada aspek7

praktikal dan akademik berbanding akademik semata-mata sebelum ini. Elemenkeusahawanan untuk peringkat pendidikan rendah dan menengah telahdimantapkan dengan menjadikannya sebagai salah satu komponen dalam matapelajaran tertentu. Terdapat badan-badan profesional perakaunan seperti ACCA,LCCI, CIMA dan MICPA pada dasarnya mengiktiraf mata pelajaran PrinsipPerakaunan di peringkat SPM untuk mendapatkan pengecualian mengambil kertasasas perakaunan di bawah ACCA, LCCI dan CIMA dalam Program Dua PensijilanMata Pelajaran Aliran Teknikal-Prinsip Perakaunan.ii. Latihan kemahiran (Skill Training) - Kemahiran dan VokasionalSeterusnya transformasi pendidikan turut menekankan latihan kemahiran (skilltraining) dan perkara ini dilaksanakan melalui tindakan-tindakan memperkasakanPendidikan Teknik dan Vokasional. Salah satu daripada tindakan tersebut adalahmeningkatkan nilai keusahawanan. Ia dilakukan dengan mendapatkan khidmatnasihat dan kerjasama badan profesional perakaunan bagi memperkasa kurikulumkeusahawanan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Di samping menekankankepentingan dan pelaksanaan nilai keusahawanan melalui program „SchoolEnterprise (SE)‟. Tindakan memperluaskan aliran vokasional dan kemahiran jugadiambil dengan mewujudkan kembali Sekolah Menengah Vokasional bagimeningkatkan aspek latihan kemahiran. Seterusnya tindakan untuk meningkatkankeberkesanan latihan kemahiran adalah melalui pelaksanaan pembelajaranberteraskan kompetensi. Ia dilaksanakan melalui penglibatan pelajar dalam latihanindustri.Contoh program yang dilaksanakan di peringkat sekolah dalam usahamemantapkan budaya keusahawanan.a. Program Perintis UsahawanProgram Perintis Usahawan (PPU) merupakan satu pendekatan bagimembudayakan keusahawanan kepada murid-murid sekolah rendah. Dari segipelaksanaan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berperanan8

sebagai penyelaras dengan merangka dasar, menyediakan peruntukan dan garispanduan pelaksanaan. Sekretariat pelaksana ditempatkan di PerbadananKemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan dianggotai oleh Jabatan Pelajaran Negeridan Jabatan Agama Islam Negeri. Objektif pelaksanaan PPU ini adalah untuk:- Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dalam kalanganmurid sekolah rendah. Menyediakan peluang pembelajaran keusahawanan melaluipengalaman. Menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan untuk masahadapan.Dari segi kaedah pelaksanaannya, murid-murid yang menjadi kumpulan sasaranpelaksanaan PPU adalah murid Tahap 2 (Tahun Empat, Tahun Lima dan TahunEnam) di seluruh negara. Murid-murid ini akan mengikuti modul PPU yangditetapkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengankerjasama KPM. Modul PPU tersebut mengandungi 3 tahap iaitu Tahap 1 -Pembudayaan Keusahawanan, Tahap 2 – Persediaan Sebagai Usahawan, danTahap 3 – Pelaksanaan Idea Perniagaan. Aktiviti-aktiviti yang terkandung dalamkomponen modul berkenaan adalah terdiri daripada kuiz dan „business game‟, harikeusahawanan dan lawatan sambil belajar ke syarikat dan industri.Sebagai kesimpulannya, melalui pelaksanaan PPU di peringkat yang lebih awaliaitu di sekolah rendah, adalah diharapkan ia dapat membentuk murid untukmenjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan dan seterusnya dapatmelahirkan golongan usahawan yang berkualiti di masa hadapan yang mampubersaing di pasaran dalam dan luar negara.b. Program Usahawan MudaPada masa ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengankerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan ProgramUsahawan Muda (PUM) di sekolah-sekolah menengah di seluruh negeri. Program9

tersebut merupakan satu kesinambungan pendekatan pembudayaankeusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah pula. Program ini telahdimulakan sejak tahun 1989 dan penyertaan sekolah menengah juga telahmeningkat kepada 560 buah. Program ini bermatlamat untuk:-i. Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajarsekolah supaya menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.ii. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk memulakan danmelaksanakan perniagaan dengan berkesan.iii. Menyediakan peluang pembelajaran latihan keusahawanan secara praktikal(hands-on).Dari segi pelaksanaan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasiberperanan sebagai penyelaras dengan merangka dasar, menyediakan peruntukandan garis panduan pelaksanaan. Sekretariat pelaksana ditempatkan di PerbadananKemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan dianggotai oleh Jabatan Pelajaran Negeri,Jabatan Agama Islam Negeri serta MARA. Sekolah-sekolah yang terlibat adalahSekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Berasrama Penuh, SekolahMenengah Agama, Sekolah Menengah Teknik dan Maktab Rendah Sains MARA.Dalam pemilihan pelajar, faktor-faktor yang diambil kira adalah minat pelajar,jurusan, tingkatan dan prestasi akademik pelajar. Pelajar-pelajar dari Tingkatan 2dan Tingkatan 4 diberi keutamaan untuk menyertai program ini. Pelajar yangmenyertai PUM perlu menubuhkan „Syarikat Sendirian Berhad‟ dan menyumbangsaham sebagai modal syarikat. Mereka seterusnya melantik anggota pengurusanyang terdiri daripada Pengurus Besar, Pengurus Kewangan, PengurusPentadbiran, Pengurus Pengeluaran dan Pengurus Pemasaran yang jugamerupakan Ahli Lembaga Pengarah. Operasi syarikat PUM dijalankan selamasembilan bulan di mana pelajar didedahkan kepada tiga peringkat operasi iaitupenubuhan, pengurusan dan pembubaran. Penganugerahan kepada syarikatsyarikatyang diwujudkan oleh PUM sekolah yang berjaya dibuat setiap tahun.Penganugerahan ini dibuat melalui Konvensyen Negeri dan diikuti dengan10

Konvensyen Peringkat Nasional untuk lapan kategori anugerah yangdipertandingkan.Sehingga kini terdapat dua buah syarikat/institusi yang turut sama bagimenjayakan program PUM ini bagi membudayakan keusahawanan kepada parapelajar di sekolah menengah iaitu:-i. Exxon Mobil – Program Usahawan Muda ExxonMobil (ExxonMobil YoungEntrepreneur).ii. American Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM) - ProgramUsahawan Muda (Young Entrepreneur Programme).5. KesimpulanKejayaan negara melaksanakan dasar-dasar dan program-program pendidikanyang terbaik mengikut acuan kita sendiri adalah kejayaan kepada bangsa Malaysiadan ummah secara keseluruhannya. Sikap bergantung kepada pekerjaan di sektorawam dan kurang minat kepada bidang keusahawanan sebenarnyamenjerumuskan seseorang itu di dalam situasi yang tidak menentu seperti yangberlaku sekarang ini. Aspek-aspek pendidikan dalam usaha pembudayaankeusahawanan yang berasaskan meningkatkan keupayaan pengetahuan, praktikaldan inovasi mampu sedikit sebanyaknya merintis laluan untuk mengatasi masalahyang berpunca daripada krisis ekonomi global. Memperkasa ekonomi ummahadalah satu daripada sunah Nabi Muhammad s.a.w yang perlu diberikan perhatianoleh masyarakat Islam dan selaras dengan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkanoleh Tarmizi; “Sembilan daripada sepuluh rezeki itu adalah daripada perniagaan”.11

RujukanAl attas, S.M. Naguib. 1980. The Concept of Education in Islam: A frameworkfor an Islamic philosophy of education. Kuala Lumpur: ABIM.Islam Hadhari (atas talian) http://www.islamhadhari.net. 19 Disember 2008.Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan2010-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.Lim Kok Wing. 2008. Abdullah: Memperkasa Malaysia. Cyberjaya: LimkokwingIntegrated Sdn. Bhd.Mohamed Khaled Nordin. 2007. Ucapan Perasmian Forum Memperkasa KualitiModal Insan Gerakan Koperasi Dalam Era K- Ekonomi. 1 Mac 2007, HotelMarriot, Putrajaya.Shahrin Awaludin dan Kamarulzaman Abdul Ghani. Sekolah Agama RakyatDalam Era Globalisasi. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.(atas talian) http://www.geocities.com/pendislam/global. 19 Disember 2008.Sodri Ariffin. 2007. Ucap Utama Ketua Projek Tunas Mekar di NationalConference on Marketing. (atas talian) http://www.uitm.edu.my/hep/ppusa.16 Disember 2008.Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Islam dan Modal Insan. (atas talian)http://www.yadim.com.my/sosial. 16 Disember 2008.12

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!