Garis Panduan Penggunaan Lesen Baru Teksi - SPAD

spad.gov.my
  • No tags were found...

Garis Panduan Penggunaan Lesen Baru Teksi - SPAD

KEMENTERIANPEMBANGUNANUSAHAWANKERAJAAN MALAYSIALPKPPEKELILING LEMBAGA PELESENANKENDERAAN PERDAGANGANBIL. 2 TAHUN 2009_____________________________GARIS PANDUAN PENGGUNAAN LESEN BARU TEKSI(INDIVIDU)LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGANSEMENANJUNG MALAYSIATARIKH: 27 MAC 20091


Semua Persatuan Teksi Semenanjung Malaysia.Semua Pengusaha Teksi Semenanjung Malaysia.GARIS PANDUAN PENGGUNAAN LESEN BARU TEKSI (INDIVIDU)TUJUAN1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penetapangaris panduan penggunaan lesen baru teksi (individu).GARIS PANDUAN PENGGUNAAN LESEN TEKSI (INDIVIDU)2. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telahmenetapkan garis panduan penggunaan lesen baru teksi (individu) adalahseperti berikut:-2.1 Spesifikasi teksi bajet (individu)(i) Seorang pemegang lesen teksi bajet (individu)hendaklah menggunakan kenderaan yang mematuhispesifikasi, pembinaan dan penggunaan kenderaanperkhidmatan awam sebagaimana yang ditetapkandalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaandan Penggunaan) 1959 [P.N. 170/1959].(ii)menggunakan kenderaan berkeupayaan enjin 1,450 c.cke atas dari jenis saloon dan kenderaan nasional.(iii)ruang bagasi / muatan barangan tidak kurang daripada0.35 meter persegi pada belakang kenderaan.2


(iv)mempunyai jumlah tempat duduk tidak melebihi limaorang termasuk pemandu bagi kenderaan jenis saloonseperti Proton Iswara, Wira, Waja atau Saga BLM.(v)berwarna biru (Reflex Blue 11334; nexa autocolour) danmerah (Chili Red A0158; ICI Paint) seperti di Lampiran A.(vi)bagi kenderaan sedia ada, pengecualian diberikankepada kenderaan yang sedang dimiliki dengan syarathad usia tidak melebihi 10 tahun. Selepas tempohtersebut, kenderaan yang hendak diganti mestilah tidakmelebihi tiga (3) tahun dari tarikh pendaftarankenderaan.(vii)Tempoh lesen bagi kenderaan sedia ada adalah sepertiberikut:Usia KenderaanDari TahunDiluluskan1 tahun2 tahun3 tahun4 tahun5 tahun6 tahun7 tahun8 tahun9 tahunTempoh Lesen Diberi7 tahun pertama + 2 tahun tempoh lanjutan7 tahun pertama + 1 tahun tempoh lanjutan7 tahun pertama6 tahun pertama5 tahun pertama4 tahun pertama3 tahun pertama2 tahun pertama1 tahun pertama3


(viii) Bagi kenderaan baru, tempoh lesen yang pertamaialah 7 tahun. Setelah tamat tempoh tersebut,pelanjutan diberikan untuk tempoh 3 tahun lagi.Contohnya seperti berikut:-Usia KenderaanDari TahunDiluluskan1 tahun2 tahun3 tahunTempoh Lesen Diberi7 tahun pertama + 2 tahun tempoh lanjutan7 tahun pertama + 1 tahun tempoh lanjutan7 tahun pertama(ix)Digunakan untuk membawa penumpang dan bagasisahaja.(x)Pemasangan ‘penanda’ teksi bagi menunjukkansamada meter teksi sedang beroperasi atau tidak.(xi)Tanda nama (body marking) teksi serta namaindividu pada kedua-dua pintu hadapan. Contoh:AHMAD BIN MUHAMAD4


2.2 Perkhidmatan yang disediakan oleh teksi bajet(individu)2.2.1 Suatu teksi bajet (individu) hendaklah menyediakandan memberikan perkhidmatan seperti berikut:(a) alat hawa dingin yang berfungsi dengan baik;(b) menggunakan meter beresit, manakala ditempat-tempat yang ada sistem kuponmenggunakan kupon;(c) beroperasi mengikut zon teksi yangdibenarkan seperti di Lembah Kelang, JohorBahru, Pulau Pinang, Melaka Tengah danKuala Terengganu (sepertimana yangdinyatakan dalam syarat lesen).2.2.2 Tiada pemandu teksi yang dipasang meter teksiboleh membawa mana-mana penumpang dalamkenderaannya apabila penanda meter teksi beradadalam keadaan “UNTUK DISEWA”.2.3 Kadar tambang teksi bajet (individu)2.3.1 Pemegang lesen teksi bajet (individu) hendaklahmengenakan kadar tambang sebagaimana yangditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah LembagaPelesenan Kenderaan Perdagangan (KadarTambang) 2000 [P.U. (A) 242/2000].5


2.3.2 Kadar tambang yang diguna pakai ialah mengikutjarak RM2.00 bagi 1 kilometer atau sebahagiannyadan 10 sen bagi setiap 150 meter berikutnyamanakala mengikut masa RM2.00 bagi 2 minitpertama atau sebahagiannya dan 10 sen bagi 45saat berikutnya atau sebahagian daripadanya.2.4 Meter Teksi2.4.1 Meter perlu mempunyai spesifikasi untuk mencetakresit secara automatik sebaik sahaja butang berhentiditekan (i.e. tiada pilihan untuk mencetak atau tidakmencetak).2.4.2 Spesifikasi meter boleh dikalibrasikan (calibrate)secara digital (tidak secara manual).2.5 Pakaian seragam pemandu teksi bajet (individu)2.5.1 Pemandu teksi bajet (individu) diwajibkanberpakaian seragam seperti berikut:(i)(ii)(iii)menggunakan pakaian kemeja berwarnaputih;menggunakan seluar panjang (slacks)berwarna gelap;memakai kasut bertutup warna hitam.2.5.2 Pemandu diwajibkan menggunakan pakaianseragam yang ditetapkan semasa beroperasi.6


2.6 Pengiklanan di badan teksi bajet (individu)2.6.1 Garis panduan pengiklanan yang dibenarkan padabadan teksi adalah seperti berikut:(i)Pameran iklan hanya dibenarkan di tepi pintupenumpang, di bahagian belakang, di akhirbelakang bahagian tepi kereta, di atasbumbung dan di bahagian dalam teksi iaitudibelakang tempat duduk pemandu danpenumpang.(ii)Pameran iklan di atas bumbung teksi hendaklahdibuat dengan struktur panel seperti yangditetapkan dalam Kaedah-Kaedah KenderaanMotor (Pembinaan dan Penggunaan 1959).(iii)Pameran iklan di bahagian belakang teksihendaklah tidak menghalang lampu belakangkenderaan dan nombor aduan LPKP.(iv)Iklan hendaklah dalam Bahasa Malaysia danboleh diterjemahkan ke bahasa-bahasa laindengan syarat huruf-huruf bagi perkataan dalamBahasa Malaysia hendaklah lebih jelas dan duakali lebih besar daripada bahasa-bahasa lain.(v)Pameran iklan di semua cermin teksi tidakdibenarkan.7


(vi) Iklan yang telah tamat tempoh kelulusanhendaklah ditanggalkan dan menukar kembaliwarna kenderaan kepada warna asal.(vii)Jenis-jenis iklan yang tidak dibenarkan ialah:(a) Iklan-iklan yang mengandungi bahanbahanmengghairahkan dan bolehmerosakkan moral serta fikiran ataumenimbulkan perasaan marah di kalanganorang ramai;(b)Kenyataan-kenyataan yang tidak betul dantidak benar, mengelirukan orang ramai danbertentangan dengan kehendak kaedahkaedahatau undang-undang negara yangdiamalkan;(c)Iklan ubat-ubatan yang tidak diluluskanoleh Kementerian Kesihatan;(d)Iklan-iklan yang mempamerkan gambargambarlucah, kurang sopan dan ganas(Nota: sekiranya terdapat percanggahanmengenai takrif lucah dan kurang sopanmaka iklan tersebut akan dirujuk kepadaKementerian Dalam Negeri);8


(e)Iklan-iklan minuman keras dan rokok samaada ditonjolkan secara langsung atau tidaklangsung;(f)Iklan-iklan perjudian;(g)Iklan-iklan yang berunsur keagamaan; dan(h)Jenis iklan lain yang akan ditentukan darisemasa ke semasa oleh PengarahLembaga Pelesenan KenderaanPerdagangan atas nasihat danperundingan dengan pihak-pihak yangberkaitan.(viii) Perkara-perkara yang berikut akan dirujukkepada Jabatan/Agensi yang berkaitan iaitu:(a) Takrif lucah, kurang sopan dan ganas –Kementerian Dalam Negeri(b) Perkataan-perkataan sensitif dankeagamaan yang ditegah - Polis DirajaMalaysia(ix)Pameran iklan ubat-ubatan(a)Iklan-iklan yang dipamerkan hendaklahmematuhi kehendak-kehendak Akta Ubat(Iklan dan Penjualan) 1956. No. SiriKelulusan K.K.L.I.U mestilah ditunjukkan9


dengan jelas di dalam iklan-iklan tersebutyang dikeluarkan oleh Lembaga Iklan Ubat(Kementerian Kesihatan).2.7 Tempoh Peralihan Teksi Bajet (individu) kepada TeksiEksekutif2.7.1 Kementerian telah membuat ketetapan hala tujuperkhidmatan teksi dengan mengubah dasarpengeluaran lesen teksi yang pelbagai kelas, jenisperkhidmatan dan kadar tambang kepada hanya satukelas lesen iaitu teksi eksekutif supaya tidakmenimbulkan kekeliruan seterusnya dapatmeningkatkan kualiti perkhidmatan.2.7.2 Ke arah itu, pengeluaran lesen teksi yang baru kepadaindividu adalah mengikut kategori kelas perkhidmatanteksi bajet. Walau bagaimanapun, pengusaha perlumengganti kepada kenderaan yang berspesifikasi teksieksekutif apabila tempoh lesen tamat selepas 10 tahun.2.7.3 Sekiranya pengusaha tidak membuat pilihan tersebutmereka akan dilanjutkan tempoh lesen selama 10 tahunlagi atas kategori yang sama dengan menggunakankenderaan baru. Bagaimanapun, selepas tempohtersebut mereka dikehendaki menukar kenderaankepada kenderaan spesifikasi teksi eksekutif.2.7.4 Ini bermakna dalam tempoh 20 tahun lagi kualitiperkhidmatan teksi akan meningkat dan lebih selesa.10


Kaedah ini tidak membebankan pengusaha keranaianya dilaksanakan secara berperingkat.PEMAKAIAN3. Selaras dengan dasar yang telah ditetapkan ini, semua pengusahateksi Semenanjung Malaysia dikehendaki mengikut garis panduan danprosedur semasa pengeluaran lesen dan penggunaan kenderaan (teksi).4. Garis panduan ini terpakai untuk kelas lesen teksi bajet individu barusahaja.5. Peraturan ini tidak termasuk kelas lesen Teksi, Kereta Sewa, TeksiMewah/ Limosin, Teksi Lapangan Terbang dan Kereta Sewa dan Panduyang sedia ada.TARIKH KUATKUASA6. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai daripada tarikh ia dikeluarkan.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“KEUSAHAWAN KERJAYA PILIHAN”(DATIN NAIMAH BINTI RAMLI)PengarahLembaga Pelesenan Kenderaan PerdaganganSemenanjung Malaysia,Kementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiMAC 200911


Salinan:Ketua PengarahJabatan Pengangkutan Jalan,Aras 1-5, Blok D-4, Kompleks D,62502 PUTRAJAYA.Pengarah JPJ Negeri/ WilayahKetua Polis TrafikCawangan TrafikPolis Diraja MalaysiaBukit Aman50560 KUALA LUMPURKetua Operasi PUSPAKOMWisma DRB HICOMNo. 2, Jalan Usahawan U1/8Seksyen U140150 Shah AlamSELANGOR DARUL EHSANEdaran Dalaman:Y. Bhg. Dato’ KSUY.Bhg Dato Pengerusi LPKPTKSU (P)Pengarah (LPKP) Wilayah TengahPengarah (LPKP) Wilayah TimurPengarah (LPKP) Wilayah UtaraSila tampal pekeliling inipada papan kenyataandi pejabat LPKP Wilayah.Pengarah (LPKP) Wilayah SelatanKPP (LPKP) 1KPP (LPKP) 212


KPP (LPKP) 313

More magazines by this user
Similar magazines