bahagian i - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my
  • No tags were found...

bahagian i - Jabatan Audit Negara

2.2. Pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen dijalankan secaraberterusan sepanjang tahun 2010. Pemerhatian Audit mengenainya telah dibangkitkandengan pihak Pejabat Kewangan Negeri Sembilan dan Jabatan-jabatan Negeri melalui suratpengurusan sebaik sahaja sesuatu pengauditan selesai dijalankan.3. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BAGITAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 20103.1. Pengauditan Penyata Kewangan telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 danberpandukan piawaian pengauditan yang diluluskan. Akta dan piawaian tersebutmenghendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan bagi mendapat kepastian yangmunasabah sama ada Penyata Kewangan adalah bebas daripada kesilapan dan ketinggalanyang ketara.3.2. Pengauditan penyata kewangan termasuk memeriksa rekod secara semak uji,menyemak bukti yang menyokong angka dan memastikan penzahiran yang mencukupidalam penyampaian Penyata Kewangan. Pada Pendapat Audit, Penyata KewanganKerajaan Negeri Sembilan pada keseluruhannya menunjukkan gambaran yang benardan saksama tentang kedudukan kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31Disember 2010 dan rekod perakaunannya telah diselenggarakan dengan teratur dankemas kini. Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yangdisertakan bersama dengan Lembaran Imbangan, Penyata Penerimaan Dan PembayaranWang Tunai, Penyata Akaun Memorandum, Penyata Akaun Hasil Disatukan dan NotaKepada Penyata Kewangan adalah seperti di Lampiran I hingga Lampiran VI.4

More magazines by this user
Similar magazines