bahagian i - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my
  • No tags were found...

bahagian i - Jabatan Audit Negara

8.5.1.1. Struktur OrganisasiBagi mewujudkan suatu struktur organisasi yang berkesan, Jabatan/Agensi Negerihendaklah memastikan:a. Carta organisasi disediakan dengan lengkap dan kemas kini sepertimana yangditetapkan di Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991.b. Surat penurunan kuasa disediakan dengan lengkap dan sentiasa dikemaskinikan.Had-had kuasa dan tugas-tugas pegawai yang menjalankan tanggungjawab perludinyatakan dengan jelas. Seksyen 15A(2), Akta Tatacara Kewangan, ArahanPerbendaharaan (AP) 11, AP 69 dan AP 101 adalah berkaitan.c. Kehendak Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991 dipatuhi.Pekeliling tersebut menetapkan Senarai Tugas bagi setiap pegawai perlu disediakandengan lengkap dan jelas menunjukkan hubung kait antara penyelia dengan pegawaibawahan serta rakan sejawat dalam organisasi yang sama. Senarai tugas ini jugaperlu sentiasa dikemaskinikan.d. Kehendak Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 dipatuhi. Selaras denganpekeliling tersebut, perancangan dan pelaksanaan pusingan kerja mengikut tempohyang sesuai dalam pelbagai bidang tugas perlu dilaksanakan bagi melahirkan sumbermanusia berpotensi serta berupaya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi.8.5.1.2. Sistem Dan ProsedurBagi memastikan sistem dan prosedur yang teratur telah diwujudkan, Jabatan/AgensiNegeri hendaklah memastikan:a. Manual Prosedur Kerja disediakan dengan lengkap, kemas kini dan dikaji semulasecara berterusan. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991 adalahberkaitan.b. Fail Meja bagi setiap jawatan disediakan dengan lengkap, kemas kini dan memilikikesemua 14 ciri-ciri asas Fail Meja yang ditetapkan. Pekeliling Kemajuan PentadbiranAwam Bil. 8 Tahun 1991 adalah berkaitan.c. Pemeriksaan mengejut (seperti yang ditetapkan di bawah AP 309) dijalankan secaraberkala (tidak kurang dari sekali dalam tempoh 6 bulan) terhadap peti besi, peti wangtunai, laci atau bekas-bekas lain yang diguna bagi menyimpan wang, setem ataubarang-barang lain yang berharga. Hasil pemeriksaan itu hendaklah direkodkandengan lengkap untuk memudahkan rujukan.8.5.1.3. Jawatankuasa Kewangan Dan Unit Audit DalamKerajaan menetapkan pelbagai jawatankuasa berkaitan hal kewangan ditubuhkan diperingkat Jabatan/Agensi Negeri. Fungsi dan tanggungjawab jawatankuasa tersebut telahditetapkan melalui surat pekeliling, arahan dan garis panduan yang dikeluarkan darisemasa ke semasa. Bagi memastikan pelbagai jawatankuasa yang telah diwujudkanberfungsi dengan berkesan, Kerajaan juga telah mengeluarkan Panduan Pengurusan51

More magazines by this user
Similar magazines