bahagian i - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my
  • No tags were found...

bahagian i - Jabatan Audit Negara

dan mengemas kini akaun serta memastikan pindah peruntukan dikemaskinikan dalamBuku Vot supaya kawalan perbelanjaan dapat diurus dengan berkesan. Peraturan jugamenetapkan pindahan kepada butiran yang telah dikurangkan melalui pindah peruntukanatau pengurangan kepada butiran yang telah ditambah melalui pindah peruntukan adalahtidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan daripada Pegawai Kewangan Negeriterlebih dahulu.8.5.2.4. Pemantauan Kemajuan/Pencapaian ProjekPeraturan kewangan menghendaki Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan memantaupelaksanaan projek pembangunan dengan rapi bagi memastikan ia dilaksanakanmengikut jadual. Bagi tujuan ini, Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan hendaklahmemastikan data mengenai peruntukan dan perbelanjaan projek bagi setiap tahun diisidan sentiasa dikemas kini dalam Sistem Pemantauan Projek II atau kaedah lain yangditerima pakai, impak setiap aktiviti dinilai sekurang-kurangnya sekali dalam masa 5 tahundan memastikan perbelanjaan tidak melebihi peruntukan yang telah diluluskan.8.5.2.5. PelaporanPegawai Pengawal dikehendaki menyediakan beberapa jenis laporan seperti LaporanPerbelanjaan Dan Tanggungan serta laporan untuk Buku Anggaran Belanjawan ProgramDan Prestasi. Laporan-laporan ini perlu dikemukakan kepada Pegawai Kewangan Negeridalam tempoh yang ditetapkan. Pegawai Pengawal juga dikehendaki mengemukakanlaporan mengenai keperluan aliran wang tunai yang disahkan olehnya kepada PegawaiKewangan Negeri. Bagi Ketua Jabatan yang bukan Pegawai Pengawal, laporan-laporanberkenaan akan dikemukakan kepada Pegawai Pengawal berkenaan untuk disatukan.8.5.3. Kawalan TerimaanBagi menentukan sama ada segala terimaan telah dikendalikan mengikut peraturan dandiakaunkan dengan sempurna, semakan Audit telah dijalankan terhadap 5 aspek utamakawalan terimaan yang meliputi kawalan borang hasil, penerimaan wang, kemasukanpungutan ke bank, kawalan perakaunan terimaan/hasil dan penyediaan Akaun BelumTerima seperti berikut:8.5.3.1. Kawalan Borang HasilKawalan terhadap pelbagai borang hasil seperti buku resit adalah penting bagimemastikan ia tidak disalahgunakan.8.5.3.2. Penerimaan WangSetiap Jabatan/Agensi Negeri perlu memastikan pegawai yang bertanggungjawabdengan urusan penerimaan wang mematuhi peraturan kewangan yang berkaitan.Semakan Audit telah dijalankan terhadap 4 aspek kawalan dalaman yang ditetapkan olehAP bagi penerimaan wang iaitu dari segi kebenaran/ kelulusan menerima kutipan,kawalan penerimaan melalui mel dan penerimaan wang di kaunter.54

More magazines by this user
Similar magazines