bahagian i - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my
  • No tags were found...

bahagian i - Jabatan Audit Negara

8.5.3.3. Kemasukan Pungutan Ke BankArahan Perbendaharaan telah menetapkan peraturan mengenai kemasukan wangpungutan ke bank bagi memastikan ketepatan dan keselamatan wang berkenaan.Antaranya adalah mengenai penetapan tempoh memasukkan wang ke bank; kawalankeselamatan penghantaran wang dan penyelenggaraan rekod mengenainya; semakanoleh pegawai bertanggungjawab terhadap slip kemasukan wang ke bank dankeselamatan wang yang tidak sempat dimasukkan ke bank.8.5.3.4. Kawalan Perakaunan Terimaan/HasilBagi memastikan peraturan mengenai perakaunan terimaan/hasil yang ditetapkan dalamAP dipatuhi, semakan Audit telah dijalankan terhadap penyerahan Akaun Tunai Bulanankepada Pejabat Kewangan Negeri; ketepatan penyediaan Penyata Penyesuaian HasilBulanan dan ketepatan Buku Tunai.8.5.3.5. Akaun Belum TerimaDasar dan tatacara bagi penyelenggaraan serta pelaporan Akaun Belum Terima (ABT)ditetapkan oleh Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2008 danbeberapa AP. Antara peraturan yang ditetapkan mengenai pengurusan ABT adalahpenyediaan Penyata Tunggakan Hasil atau Penyata Akaun Belum Terima yang lengkapdan kemas kini; penyerahan Penyata Akaun Belum Terima kepada Pejabat KewanganNegeri dalam tempoh ditetapkan dan tindakan susulan diambil terhadap jumlahterimaan/hasil yang tertunggak.8.5.4. Kawalan PerbelanjaanBagi menentukan sama ada semua perbelanjaan mengurus dan pembangunan telah dibuatmengikut peraturan yang ditetapkan dan diperakaunkan dengan tepat, semakan Audit telahdijalankan terhadap 3 aspek utama kawalan perbelanjaan iaitu perakaunan, pengurusanperolehan dan pengurusan bayaran seperti berikut:8.5.4.1. PerakaunanSemakan Audit dijalankan bagi menentukan Buku Vot dan Penyata PenyesuaianPerbelanjaan diselenggarakan oleh Jabatan/Agensi Negeri adalah mengikut peraturanyang ditetapkan oleh Pekeliling dan AP yang berkaitan.8.5.4.2. Pengurusan PerolehanSetiap tahun, Jabatan/Agensi Negeri membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuanperolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja. Bagi menentukan pengurusan perolehanJabatan/Agensi Negeri telah mematuhi peraturan yang berkaitan, semakan Audit dibuatterhadap pengurusan pembelian terus, sebut harga, tender, kontrak dan kontrak pusat.55

More magazines by this user
Similar magazines