13.07.2015 Views

1 Januari 2011 (Sabtu) - Jabatan Audit Negara

1 Januari 2011 (Sabtu) - Jabatan Audit Negara

1 Januari 2011 (Sabtu) - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2 8 <strong>Januari</strong> 2 011 (Jumaat)Najib jumpa semua menteri nilai KPIOleh Johari Ibrahim, Norfatimah Ahmad, Magendran Rajagopal dan Haika Khazibhnews@bharian.com.myPM mahu kesinambungan sistem penyampaianKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengadakan pertemuan tertutup dengansemua jemaah menteri di kediaman rasminya di Putrajaya bagi menilai Petunjuk Prestasi Utama(KPI) setiap menteri dan kementerian masing-masing sepanjang tahun lalu. Pada pertemuan itu,Perdana Menteri mahu meneruskan pelaksanaan KPI selaras gagasan 1 Malaysia, RakyatDidahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sesi taklimat yang bermula jam 1 0 pagi itu diikutidengan pecahan kluster apabila beberapa menteri diberi peluang mengemukakan pandanganberhubung pencapaian kementerian lain. Seterusnya, Perdana Menteri membuat kesimpulan danmemberi pandangan mengenai setiap kementerian sebelum majlis diakhiri dengan minumpetang. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yangdihubungi berkata pertemuan itu membolehkan setiap menteri berkongsi maklumat mengenaipencapaian KPI kementerian masing-masing. “Pada masa sama, ia boleh membantumemperbaiki kelemahan apabila kita mengamalkan budaya keterbukaan,” katanya.Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata perjumpaan itu bolehmengurangkan kerenah birokrasi dalam urusan membabitkan kementerian berlainan denganmewujudkan kerjasama bagi memastikan kesinambungan dalam sistem penyampaian. “Kitamendapat penjelasan mengenai perancangan terkini setiap kementerian, selain memaklumkanapa yang dilakukan kementerian bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan rakyat dengankerajaan selain memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik,” katanya. Menteri di<strong>Jabatan</strong> Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata sesi pertemuan itumembolehkan menteri bertukar-tukar fikiran atau memberi pandangan masing-masing. “Sayamisalnya mencadangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya menyediakan ruang untuksurau dalam bangunan di kawasan pembangunan baru di bandar raya untuk menyelesaikanmasalah kekurangan tanah untuk pembinaan masjid,” katanya ketika dihubungi. MenteriWilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pulaberkata, pertemuan itu berlangsung dalam suasana persahabatan, selain mendapat nasihat panelantarabangsa yang berpengaruh.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!