Muat Turun Borang Penyertaan Geohunt - Lembaga Pembangunan ...

lada.gov.my
  • No tags were found...

Muat Turun Borang Penyertaan Geohunt - Lembaga Pembangunan ...

BORANG PENYERTAANNama Kumpulan :Kategori : KERETA / MOTOSIKALBil. Nama Ahli : No. Kad PengenalanCop Rasmi Lada :SALINAN 1 (UTK SIMPANAN PESERTA)SALINAN 2 (UTK SIMPANAN LADA)Nama Kumpulan :Kategori : KERETA / MOTOSIKALBil. Nama Ahli : No. Kad PengenalanTanda Tangan Peserta :


PERATURAN PERTANDINGAN GEOHUNT 20131.0 NAMA1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Geohunt 2013. Ia akan dijalankan pada 21 April 2013 di sekitar Pulau Langkawi.2.0 KELAYAKAN DAN YURAN PENYERTAAN2.1 Terbuka kepada semua orang (penduduk tempatan serta pelancong).2.2 Penyertaan adalah terhad kepada 50 (KUMPULAN) penyertaan terawal sahaja;2.3 Kenderaan yang menyertai adalah kenderaan berenjin dan mempunyai empat (4) roda (kereta dan 4WD) dan dua (2) roda (motorsikal) yangmempunyai cukai jalan serta insuran yang sah pada hari tersebut. Pihak penganjur tidak menyediakan kenderaan, para peserta hendaklahmenggunakan kenderaan sendiri dan pihak penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan ke atas kenderaan tersebut.2.4 Setiap penyertaan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu pasangan (motosikal) dan berkumpulan (kereta). Setiap Pasukan (berpasangan /berkumpulan) yang menyertai pertandingan ini mesti mempunyai minimum dua (2) orang (pemandu dan penunjuk arah “Navigator”) dan tidakmelebihi 4 org (berkumpulan). Pemandu dan penunjuk arah dalam setiap pasukan mestilah mempunyai lesen memandu yang sah pada tarikhpertandingan;3.0 PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT3.1 Setiap pasukan hendaklah mengisi borang pendaftaran dan menandatangani pangakuan penyertaan. Borang penyertaan yang telah lengkaphendaklah dihantar kepada pihak penganjur sebelum 18 April 2013.3.2 Sekurang-kurangnya seorang ahli pasukan perlu hadir pada sesi pendaftaran dan taklimat yang dijadualkan pada tarikh dan tempat seperti berikut:Tarikh : 18 April 2013Masa: 3.00 PetangTempat: Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Langkawi.4.0 FORMAT ACARA4.1 Semua pasukan diingatkan untuk mematuhi syarat-syarat dan undang-undang trafik semasa di jalanraya pada setiap masa sepanjang pertandinganini berlangsung;4.2 Arah tuju pemanduan adalah berpandukan penunjuk arah dan soalan yang akan diberi di permulaan acara dan tempat-tempat yang ditetapkan pihakpenganjur;4.3 Semua peserta perlu hadir di tempat pelepasan (Kompleks Pekan Rabu)pada jam 8.30pagi. Pelepasan akan bermula pada jam 9.00 pagi, 21 April2013.4.4 Setiap penyertaan perlu menyediakan kamera(digital). Setiap jawapan perlu disertakan dengan gambar sebagai bukti dan hendaklahdiserahkan kepada pegawai petugas di“Finish Control” di perkarangan Jeti Kilim bersama-sama“harta karun” yang dikumpul dan kad akuantugasan pada pukul 1.00 petang, pada hari yang sama.5.0 SISTEM PEMBERIAN MARKAH DAN PENENTUAN PEMENANG5.1 Markah akan diberi kepada setiap jawapan yang betul dan tepat berserta gambar, barang-barang harta karun dan kad akuan tugasan yangdiserahkan di garisan penamat;5.2 Penalti akan dikenakan kepada mana-mana pasukan yang melakukan perkara-perkara berikut :5.2.1 Gagal menjalankan mana-mana tugasan dengan sempurna (setiap kegagalan tugasan ditolak 5 markah).5.2.2 Pasukan yang lewat sampai ke garisan penamat selepas waktu yang ditetapkan ( ditolak 1 markah untuk setiap 5 minit)5.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan markah tertinggi setelah di tolak markah panalti (jika ada). Jika keputusan seri, pemenang akan ditentukanberdasarkan kertas jawapan yang diserahkan dahulu kepada pihak penganjur dan juga berdasarkan pengiraan masa terawal sampai ke mejapenganjur.5.4 Keputusan pertandingan yang diumumkan oleh Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad. Sebarang bentuk protes tidak akan dilayan.6.0 HAL-HAL LAIN6.1 Penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau penggunaan kereta, menunda atau membatalkan acara ini pada bila-bila masa jika perlu.6.2 Semua kenderaan yang mengambil bahagian akan diperiksa oleh petugas Pertandingan Geohunt 2013 sebelum acara dimulakan;6.3 Penganjur berhak tanpa memberi sebab:6.3.1 Membatal, menunda acara mengikut keperluan;6.3.2 Menolak sebarang penyertaan sama ada sebelum atau selepas menerima permohonan;6.3.3 Melarang atau membatalkan mana-mana ahli pasukan menyertai mana-mana pasukan;6.3.4 Tidak melayakkan dan/atau mengenakan (denda markah) keatas mana-mana pasukan yang didapati bersalah:6.3.4.1 Melanggar peraturan acara, undang-undang jalanraya dan trafik;6.3.4.2 Berpakat untuk menipu dalam apa cara;6.3.4.3 Memberi maklumat tidak tepat/tipu;6.3.4.4 Gagal menyempurnakan acara dalam tempoh masa yang ditetapkan.6.3.5 Peraturan-peraturan ini boleh ditambah atau dipinda mengikut budi bicara Jawatankuasa Penganjur. Peraturan atau syarattambahan atau pindaan akan dimaklumkan oleh pihak penganjur semasa taklimat sebelum perlepasan. Interpretasi serta keputusanmengenai acara adalah hak penganjur dan peserta adalah tertakluk kepada keputusan tersebut;6.3.6 Pihak penganjur tidak bertanggung jawab terhadap risiko seperti kemalangan, saman trafik, kerugian dan sebagainya kepadamana-mana peserta semasa, sebelum atau selepas pertandingan ini atau disebabkan pertandingan ini;6.3.7 Pihak penganjur tidak menyediakan insuran kemalangan kepada peserta. Para peserta adalah digalakkan mengambil insuransendiri.7.0 BORANG PENYERTAAN7.1 Boleh didapati :Laman web rasmi LADA : www.lada.gov.my dan kaunter pertanyaan di bangunan Kompleks LADA7.2 Penyerahan borang penyertaan :Di Bahagian Perancangan PembangunanTingkat 4, Kompleks LADA

More magazines by this user
Similar magazines