Rancangan Tempatan adalah satu rancangan ... - JPBD Selangor

jpbdselangor.gov.my

Rancangan Tempatan adalah satu rancangan ... - JPBD Selangor

Rancangan Tempatan adalah satu rancangan jangka panjang yangmenentukan tujuarah dan corak pembangunan akan datang bagi sesebuahkawasan.Rancangan Tempatan merupakan satu rancangan statutori yang disediakandi bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172.Penyediaan dan pelaksanaan Rancangan Tempatan adalah di bawahtanggungjawab pihak berkuasa perancang tempatan samada pihakberkuasa tempatan atau Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri.Rancangan Tempatan menterjemahkan Rancangan Struktur Negeri dandasar-dasar kerajaan yang lain dalam bentuk fizikal di peringkattempatan.Rancangan Tempatan menyelaras perancangan ekonomi, sosial dan alamsekitar ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan.Rancangan Tempatan mengandungi Peta Cadangan Gunatanah yangdisokong oleh keterangan-keterangan dan panduan-panduanpembangunan.Rancangan Tempatan menentukan jenis gunatanah dan aktiviti-aktiviti yangdibenarkan berserta dengan syarat-syarat pembangunan bagi setiap lot.Rancangan Tempatan mengenalpasti keperluan-keperluan kemudahan awam,infrastruktur dan pengangkutan untuk masa akan datang.Rancangan Tempatan menjadi asas bagi pihak berkuasa perancangtempatan dalam memandu dan mengawal pembangunan khususnyadalam mempertimbangkan kebenaran merancang.Rancangan Tempatan seharusnya menjadi rujukan semua pihak yangterlibat dalam aktiviti pemajuan tidak kira agensi kerajaan, syarikat swastamahupun orang perseorangan.


Rancangan Struktur Negeri (RSN)Penyataan dasar, cadanganam pemajuan danpenggunaan tanah sebagaiasas perancanganpenyediaan RT.Publisiti Awal Rancangan Tempatan(Seksyen 12A, Akta 172)Maklum balas orang ramaimengenai objektif, tujuan danperkara-perkara yang terkandungdalam Rancangan Tempatan.Menerima pakai dasar-dasarRSN.Publisiti Draf Rancangan Tempatan(Seksyen 13, Akta 172)Pemeriksaan Draf RancanganTempatan oleh awam.Tempoh pemeriksaan tidakkurang empat minggu.Siasatan Tempatan danPendengaran Awam BerkenaanDraf Rancangan Tempatan(Subseksyen 14(1), Akta 172)Bantahan orang awamdidengar dan diputuskanoleh satu jawatankuasa khas(JawatankuasaPendengaran Awam/Jawatankuasa SiasatanTempatan) yang dilantik olehJawatankuasa PerancangNegeri (JPN).Draf Rancangan TempatanMengandungi Peta Cadangan danPenyataan Bertulis yang menepatidasar/cadangan RSN SelangorDisokong oleh cadangan-cadangankhusus dan garispanduangarispanduanyang memanduperancangan dan pembangunanKelulusan Draf Rancangan Tempatan(Subseksyen 15(1), Akta 172)Kelulusan Draf RancanganTempatan oleh JawatankuasaPerancang Negeri setelahmemberi pertimbangankepada syor JawatankuasaPendengaran Awam/Jawatankuasa SiasatanTempatan dan menepati RSN.Kelulusan diberi secara keseluruhan atausebahagian daripadanya tanpa atau denganpengubahsuaian atau menolaknya.Mewarta Rancangan TempatanPBPT mewartakan hakikatpersetujuan RT oleh PihakBerkuasa Negeri tentangpenerimapakaian RT.Disiarkan dalam wartanegeri dan sekurangkurangnya2 buah akhbar.Pindaan, pemansuhan dan penggantiandibuat pada bila-bila masa sekiranya perlu(Subseksyen 16(1) Akta 172)Pemberitahuan KepadaPihak Berkuasa Negeri(Subseksyen 15(1), Akta 172)JawatankuasaPerancang Negerimemberitahu PihakBerkuasa Negeriuntuk mendapatkanpersetujuan dankuatkuasa DrafRancanganTempatan


PERAKPAHANGSABAK BERNAMHULU SELANGORKUALA SELANGORGOMBAKWP KUALA LUMPURKLANGPETALINGHULU LANGATWP PUTRAJAYAKAWASAN RANCANGANTEMPATANKUALA LANGATSEPANGNEGERISEMBILANMeliputi seluruh Daerah Sepang di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang.Terdiri daripada 3 mukim iaitu Mukim Dengkil, Mukim Labu dan Mukim Sepang.Bersempadanan dengan Daerah Petaling di utara dan Port Dickson, Negeri Sembilandi selatan.Kawasan Rancangan Tempatan seluas 56,150.00 hektar.Anggaran penduduk pada tahun 2005 seramai 155,120 orang atau 3.0% daripadapenduduk negeri Selangor.Dijangkakan menjelang tahun 2015, penduduk kawasan rancangan tempatan akanmeningkat kepada 315,540 orang.Guna tanah utama didominasikan oleh guna tanah pertanian sebanyak 47.23%daripada keluasan kawasan rancangan tempatan.Mengalami tekanan pembangunan limpahan pembangunan mega Putrajaya,Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur serta pembangunanbersempadanan daerah Petaling.

More magazines by this user
Similar magazines