download - Lembaga Pembangunan Langkawi

lada.gov.my

download - Lembaga Pembangunan Langkawi

Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

1


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN LADA BIL.1/2011

Pada 12 Januari 2011 bersamaan 7 Safar 1432 Hijrah BSMKP telah menganjurkan

majlis perhimpunan bulanan kali yang pertama bagi tahun 2011 bertempat di

Auditorium Kompleks LADA. Majlis dipengerusikan oleh Puan Mardhiyah Binti

Suhaimy dan dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Shukri Bin Mohamad

Isa. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu

Negeri Kedah.

KURSUS INDUKSI KHUSUS 2010

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

Acara kemuncak pada majlis tersebut

ialah ucapan daripada Timbalan Pengurus Besar Sektor Perancangan dan Pembangunan,

Tuan Haji Hanaffi bin Ahmad. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan

selamat tahun baru 2011 dan menyampaikan salam daripada Pengurus Besar

LADA yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana masih bercuti selepas

menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Selain itu, beliau

turut menegaskan supaya semua kakitangan LADA lebih proaktif dalam melaksanakan

tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam dan melihat semula

pencapaian pada tahun 2010. Majlis perhimpunan bulanan ini diakhiri dengan

nyanyian lagu 1 Malaysia dan lagu LADA. Majlis bersurai pada jam 9.30 pagi.

Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan (BSMKP), LADA telah mengan-

jurkan kursus induksi khusus kepada kakitangan lantikan baru 2010 melalui 3 sesi

iaitu pada:

♦ 09- 12 Oktober 2010 ( Kumpulan Sokongan 2 ) – melibatkan 22 peserta

♦ 20- 25 Oktober 2010 ( Kumpulan PnP dan Sokongan 1)- melibatkan 38 peserta

♦ 23- 28 Disember 2010 ( Kumpulan PnP dan Sokongan 1)- melibatkan 33 peserta

Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya di Kem Seri Negeri, Jalan Batu Asah, Mukim Ulu

Melaka yang melibatkan peringkat Kumpulan Sokongan 2 sehinggalah peringkat Pengurusan

dan Profesional. Kursus Induksi khusus ini adalah merupakan salah satu daripada syarat un-

tuk disahkan di dalam perkhidmatan.

Aktiviti—Aktiviti LADA

2


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

HARI BERTEMU PELANGGAN

Mulai 2 Mac 2010, Unit Khidmat Korporat LADA akan mengadakan pro-

gram Hari Bertemu Pelanggan. Program ini melibatkan jabatan-jabatan

kerajaan, hotel-hotel, penghulu serta imam masjid-masjid sekitar Langkawi.

Program Hari Bertemu Pelanggan LADA telah ditetapkan iaitu pada setiap

hari Selasa minggu pertama pada setiap bulan. Maklumat lanjut, anda bo-

lehlah melayari laman web LADA, iaitu http://www.lada.gov.my.

Program Hari Bertemu Pelanggan diadakan bagi mendapatkan pandangan

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

dan cadangan serta mengetahui masalah-masalah daripada pihak pelanggan mengenai mutu perkhidmatan

yang diberikan oleh pegawai dan kakitangan LADA. Di samping itu juga, program ini dapat meningkatkan

mutu perkhidmatan LADA dari semasa ke semasa.

KAJIAN KEPUASAN PEKERJA

Pihak Pengurusan LADA melalui Unit Pengurusan Kualiti dan Keu-

rusetiaan, BSMKP telah menjalankan kajian kepuasan pekerja di

kalangan pegawai dan kakitangan LADA mengenai aspek kerja di

LADA. Kajian Soal Selidik ini telah dijalankan secara bertulis pada

18 Januari 2010 dan berakhir pada 3 Februari 2010. Hasil analisa

daripada kajian tersebut akan dibentangkan kepada pihak pengu-

rusan LADA untuk penambahbaikan dalam perkhidmatan jabatan

dan kepuasan bekerja di kalangan kakitangan.

Kajian akan memfokuskan kepada persekitaran bekerja, kemudahan, dan hubungan pegawai serta pihak ata-

san daripada aspek penyeliaan dan teman sekerja dengan kepuasan bekerja. Hasil daripada kajian ini diharap

dapat membantu untuk menambah baik perkhidmatan dan urusan kerja seharian.

Aktiviti—Aktiviti LADA

3


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

PERTANDINGAN KECERIAAN PEJABAT

Pertandingan Keceriaan Pejabat ini dianjurkan bertujuan

untuk menarik penyertaan dan inisiatif semua bahagian di LADA untuk

mencantikkan dan memperkemaskan suasana ruang pejabat agar tampak

lebih kemas, selesa, dan menarik. Selain itu, me-

lalui program ini, diharapkan dapat melahirkan

kakitangan yang lebih bertanggungjawab terhadap

persekitaran kerja dan berkomitmen dalam tu-

gasan seharian.

Pertandingan ini juga selaras dengan Pekeliling

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 4 tahun 1991, Garis Panduan

Mengenai Strategi-strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

serta Panduan Amalan 5S Sektor Awam yang dikeluarkan oleh MAMPU. Para pemenang bagi pertandingan ini akan

menerima hadiah yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Azman bin Umar, Pengurus Besar LADA pada Ma-

jlis Perhimpunan Bulanan pada Bulan Februari 2011. Bagi menggerakkan program ini setiap bahagian/unit diperuntukkan

sebanyak RM2,000.00 bagi tujuan menjalankan aktiviti keceriaan pejabat. Sebanyak 13 bahagian/unit telah mengambil

bahagian. Pertandingan keceriaan pejabat ini telah dimenangi oleh Bahagian Kewangan LADA. Tahniah dan syabas diu-

capkan!

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK AIR HANGAT VILLAGE KEPADA LADA

Aktiviti—Aktiviti LADA

Pada 24 Februari 2011, majlis penyerahan projek Air hangat Village kepada LADA telah berlangsung di Air Hangat Village yang meli-

batkan dua buah syarikat yang telah di lantik oleh LADA untuk melakukan pembaikan kemuda-

han dan naik taraf iaitu syarikat Azr Architect Sdn Bhd dan Aliran

permai Engineering Sdn Bhd di Air Hangat Village. Agenda program

tersebut melibatkan majlis menandatangani perakuan penerimaan

projek siap, penyerahan kunci-kunci bangunan oleh kontraktor

kepada LADA dan juga penerangan dan pembentangan oleh pe-

runding melalui kerja – kerja penyelenggaraan landskap dan juga penyelenggaraan dan

operasi sistem jakuzi.

M a j l i s t e r s e b u t dipengerusikan oleh Yang Bhg Dato’ Azman Bin Umar selaku Pen-

gurus Besar, LADA. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengurus Besar sektor Perancangan Dan Pembangunan, Tuan Hj

Hanafi Bin Ahmad, Pengurus Bahagian Teknikal, Encik Zamri Bin Mohd Nor, Pengurus BSMKP Encik Nizam B. Mohd Nasir, Pegawai

Penerangan Unit Khidmat Korporat, Encik Ramizi Bin Hassan dan beberapa orang pegawai dan kakitangan LADA yang lain.

4


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

ANUGERAH INDUSTRI PELANCONGAN 2011

28 Januari 2011: Bahagian Pelancongan telah berjaya menganjurkan Anugerah Industri Pelancongan

peringkat Langkawi yang melibatkan agensi– agensi kerajaan, pihak media, NGO

dan juga para pengusaha industri pelancongan. Majlis tersebut telah dihadiri lebih daripada

400 tetamu dari sektor pelancongan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pelan-

congan Malaysia, YB Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Dalam ucapan beliau, Datuk Seri Ng Yen Yen berharap mutu perkhidmatan industri pe-

lancongan Langkawi perlu ditingkatkan kerana pulau ini menjadi tumpuan pelancong

terutamanya pelancong Eropah. Beliau juga menyentuh mengenai kebersihan tandas

awam serta peri pentingnya amalan kitar semula. Tegas beliau, pihak Kementerian Pe-

lancongan Malaysia sedang giat menjalankan Kempen Malaysia Bersih Malaysia Indah

atau lebih dikenali dengan “1 Malaysia Green & Clean”. Kerjasama di antara semua

agensi amatlah penting dalam merealisasikan agenda tersebut. Justeru beliau menyeru

semua pihak agar sentiasa sensitif mengenai isu-isu semasa berkaitan pelancongan.

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

Anugerah itu diberi sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada pengusaha-pengusaha

industri pelancongan yang telah memperlihatkan daya usaha yang cemerlang dalam memban-

gunkan industri pelancongan negara amnya dan Langkawi khususnya.

Sementara itu, bekas pengurus pelancongan LADA, Megat Shahrul Azman bin Abas dipilih mene-

rima anugerah Tokoh Pelancongan 2011 selama khidmat baktinya dalam industri pelancongan

selama lebih daripada 10 tahun. Anugerah itu adalah antara sebelas kategori utama yang turut

diadakan. The Westin Langkawi Resort & Spa menerima anugerah Hotel Terbaik, manakala Resto-

ran Putumayo menerima anugerah Restoran Terbaik, anugerah Penginapan Bajet dimenangi oleh AB Motel dan Osman Bin Ayob

meraih anugerah pemandu pelancong terbaik.

HBS Evergreen Tour Sdn Bhd memenangi anugerah Pengusaha Bot Terbaik, manakala Sala Travel & Tours Langkawi memenangi

anugerah Agensi Pelancongan Terbaik. Anugerah pengusaha runcit outlet terbaik dimenangi oleh Kompleks Jeti Pelancongan Bebas

Cukai, Kuah dan produk pelancongan terbaik dimenangi oleh Kereta Kabel Langkawi. Four Season Resort Langkawi pula me-

menangi anugerah pengusaha Hotel ‘Hijau ‘ (Green) Langkawi dan tidak ketinggalan anugerah Program Produk Inovatif yang di-

menangi oleh Mardi Agro Park Langkawi. Tahniah dan syabas kami ucapkan!

Acara Pelancongan & Geopark

5


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

SATUN-LANGKAWI INTERNATIONAL PARAMOTOR

CHALLENGE 2010

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

LANGKAWI, 27 Nov -- Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir

Mohamad mencadangkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengguna-

kan Paramotor untuk pengangkutan dan tugasan operasi. Katanya, penggunaan

paramotor lebih mudah dan tidak memerlukan banyak ruang lan-

dasan untuk berlepas dan mendarat. Adalah sesuai ATM menggunakan

paramotor untuk pengangkutan termasuk tugasan operasi serta mencari

dan menyelamat, katanya pada sidang media selepas menyambut keti-

baan paramotor yang menyertai Satun-Langkawi International Paramotor

Challenge 2010 di perkarangan Kompleks Pekan Rabu Kuah.

Seramai sembilan paramotor dari Malaysia selamat tiba yang mengambil masa sejam dengan jarak sejauh 58 kilometer. Mahathir

berkata, pada masa ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara yang menggunakan paramotor untuk tugasan pengangkutan. Pa-

ramotor itu juga boleh digunakan untuk operasi dan meninjau kejadian banjir. Paramotor dengan berat 30 kilogram berharga

RM25,000 hingga RM30,000 serta kelajuan antara 30 hingga 60 kilometer sejam.

Selain itu, Mahathir menyarankan golongan remaja yang berumur 15 tahun ke atas merebut peluang untuk menjadi seorang ahli

paramotor menerusi sukan tersebut untuk membiasakan diri dengan penerbangan.

KEJOHANAN TENIS GEOPARK REMAJA ANTARABANGSA LANGKAWI 2010

LANGKAWI, 14 Dis – Thailand menyapu bersih tiga kejuaraan acara perseorangan yang diper-

tandingkan pada hari terakhir Kejohanan Tenis Geopark Remaja Antarabangsa Langkawi di

Kompleks Sukan Langkawi.

Suetrong Thanthita dari Thailand berjaya mengenepikan cabaran pemain Uzbekistan, Bak-

htiyarova Sofiya 6-7, 6-1 dan 6-1 untuk mengungguli perseorangan wanita bawah 14 tahun.

Pakaro Wijitbanjong turut menyerlah untuk menjuarai perseorangan wanita bawah 12 tahun dengan

mengalahkan Bark Sangbong dari Korea dengan 3-6, 6-3 dan 6-2.Pemain harapan Thailand, Khunjan Nawakarn meraih

kejuaraan perseorangan lelaki bawah 12 tahun setelah mengalahkan rakan sepasukan Pawat Sornlaksup 6-1 dan 6-1.

Malaysia turut meraih dua kejuaraan menerusi Syed Agil Syed Naguib dan Nur Eliza Khairul, masing-masing mengungguli kejuaraan

pada pertandingan akhir perseorangan bawah 16 tahun lelaki dan wanita. Jurucakap penganjur Md Noor Ahmad berkata, semua

perlawanan bergu di batal disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Lebih 200 pemain dari Rusia, Korea Selatan, , Afrika

Selatan, Sri Lanka , Singapura , Thailand, Filipina , Kazakhstan, Turmenistan, Tajikistan, Kyrgzistan, Uzbekistan dan Malaysia menyer-

tai kejohanan itu. Kejohanan itu dianjurkan oleh Persatuan Tenis Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi dan Persatuan Lawan

Tenis Kedah.

Acara Pelancongan & Geopark

6


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

IODA WORLD SAILING CHAMPIONSHIPS

ROYAL LANGKAWI INTERNATIONAL REGATTA 2011

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

LANGKAWI, 30 Dis-- Kejohanan Layar International Optimist Dinghy Association

(IODA) Dunia berlangsung dengan jayanya di Kompleks Latihan Perahu Layar

Kebangsaan di Langkawi.

Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, YB Datuk Dr

James Dawos Mamit dan dalam ucapannya menyebut, penyertaan kali ini disertai

sebanyak 55 negara dengan 232 pelayar dan dianggap antara penyertaan terbanyak

dalam siri Kejohanan tersebut. James Dawos kemudiannya melancarkan Kejohanan

itu dengan acara individu Optimist. Kejohanan itu mempertandingkan kategori optimist

individu dan berpasukan lelaki serta wanita. Beliau berkata, IODA dapat mempromosi

Langkawi ke mata dunia sebagai destinasi terkenal. Beliau menambah IODA

boleh menjadi sukan pelayaran terkemuka bagi menarik ramai pelancong ke negara

ini terutama ke Langkawi, katanya pada sidang media selepas melawat beberapa

tempat tumpuan pelancong di sini hari ini.

Para pelayar yang mengambil bahagian bukan datang seorang, tapi turut membawa keluarga

yang diharap dapat menghebahkan mengenai Langkawi apabila pulang ke negara masingmasing,

katanya. Kejohanan yang bermula pada

30 Disember 2010, berakhir pada 8 Januari 2011.

Langkawi: Lebih Empat puluh kapal layar tempatan dan asing telah mengesahkan penyertaan

mereka dalam 'Royal Langkawi International Regatta 2011' yang berlangsung

sepanjang lima hari, bermula pada 11 Jan 2011 di sini. Ketua jawatankuasa teknikal

kejohanan, Ahmad Zailani Bashah, berkata di antara negara-negara yang mengambil

bahagian adalah Australia, Hong Kong, Jepun, Taiwan, New Zealand, Thailand, Jerman

dan Malaysia.

Acara Pelancongan & Geopark

Apa yang menarik, pada kejohanan kali ini, satu acara baru telah diperkenalkan iaitu

acara dalam kelas Hobie 16 di mana kapal layar bersaiz 16 kaki perlu dikendalikan

oleh dua pelayar. Acara kelas baru ini ditawarkan bagi meningkatkan kompetensi dan

saingan kejohanan. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mendaftarkan tiga kapal untuk perlumbaan, iaitu Tentera Laut 1 bersaing

di kelas Sukan, Zuhrah (Kelas Lumba), dan Musytari (Kelas Keenam).

The Evolution Racing muncul juara untuk kali yang keenam bagi Royal Langkawi International Regatta 2011. Pasukan daripada Australia

ini, yang telah bekerja keras bagi Kejohanan ini sangat berpuas hati kerana usaha gigih mereka akhirnya membuahkan hasil.

"Kami beruntung setiap kali datang ke Langkawi," kata ketua Pasukan, Davis selepas perlumbaan terakhir.

Pasukan Hi Fi memenangi tempat kedua, diikuti oleh EFG Bank Mandrake, Hong Kong bagi kategori Racing Class. Pasukan Katsu,

yang memenangi tempat pertama di kelas IRC1, turut membawa pulang piala pusingan LADA, manakala pasukan Phoenix membawa

pulang hadiah pertama di kelas IRC2. Pasukan Viewpoint, yang dinobatkan sebagai tempat pertama bagi Kategori Sport Boat Class

turut memenangi piala sukan Langkawi. Nina Cabriolet dari Andaman pula memenangi Piala Cabaran Malaysia Multihull.

7


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

LE TOUR DE LANGKAWI 2011

LANGKAWI: Selepas tiga tahun ‘menyepi’, Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) kem-

bali dilangsungkan di bumi Langkawi, Kedah.

Ia ibarat sirih pulang ke gagang selepas kali terakhir kejohanan berprestij di pentas Asia itu diadakan

pada tahun 2007. Situasi itu jelas sekali menggembirakan seluruh peminat sukan tempatan khususnya

warga Langkawi yang selama ini begitu ghairah menantikan kembalinya LTdL di pulau legenda

itu. Berita gembira itu turut dikongsi bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

yang menjadi pencetus idea kepada kejohanan yang telah memasuki edisi ke-16 tahun ini.

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

“Alhamdulillah… saya gembira kerana akhirnya LTdL kembali diadakan di Langkawi. Selepas be-

berapa tahun tidak diadakan di Langkawi, tahun ini LTdL dapat diadakan semula di Langkawi. “Tak

kena kalau LTdL tidak diadakan di Langkawi kerana kejohanan ini sememangnya bermula di Lang-

kawi. “Saya mahu mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur (Kementerian Belian

dan Sukan) kerana kembali mengadakan LTdL di Langkawi,” jelas Mahathir ketika ditemui pem-

berita di Dataran Lang, Langkawi semalam.

Terdahulu, Mahathir sempat meluangkan masa bagi menghadiri majlis memperkenalkan barisan pelumba setiap pasukan yang bertanding

pada saingan LTdL 2011 yang akan membuka tirainya secara rasmi di Dataran Lang hari ini. Antara tujuan utama penganju-

rannya adalah untuk mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan selain menjana ekonomi negara.

SULUH SOTONG LANGKAWI 2011

Langkawi 27 Februari 2011 : Suluh Sotong Langkawi 2011 telah diadakan pada 25 dan 26 Feb-

ruari 2011 di Jeti Nelayan Kuala Cenang, Langkawi Kedah. Acara ini telah mendapat sambutan

yang amat menggalakkan. Sebanyak 50 buah bot telah menyertai pertandingan ini. Acara ini

adalah julung-julung kali dianjurkan oleh Bahagian Pelancongan, Lembaga Pembangunan

Langkawi (LADA) dengan kerjasama Pengurusan Sumber Perikanan Kuala Cenang dan para

pengusaha pelancongan Langkawi.

Objektif acara ini adalah merupakan salah satu usaha untuk mempelbagaikan daya tarikan

pelancongan di Langkawi dan sebagai pemangkin kepada penganjuran acara tahunan Langkawi selain

mempromosikan Pulau Langkawi yang kaya dengan hasil lautnya. Acara ini merupakan kesinambungan

dari acara Sauk Sotong yang pernah diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Majlis Tindakan Pelancongan

Langkawi (MTPL). Kali terakhir Sauk Sotong dianjurkan ialah pada 2009.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah oleh YB Dato’ Wira Mohd Johari Bin Baharom Timbalan Menteri Perta-

nian Dan Asas Tani, serta turut hadir YB Datuk Paduka Abu Bakar Bin Taib Ahli Parlimen Langkawi, dan Dato’ Azman Bin Umar

Pengurus Besar LADA.

Acara Pelancongan & Geopark

8


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

3 RD INDONESIA-MALAYSIA JOINT GEOHERITAGE

CONFERENCE, 6-8 OKTOBER 2010

Usaha pemuliharaan geowarisan yang bersifat global memerlukan ker-

jasama di peringkat global juga. Un-

tuk mencapai matlamat itu, UKM

dengan kerjasama Universitas Pem-

bangunan Nasional “Veteran” Yogya-

karta, Indonesia telah menganjurkan

persidangan ini dengan matlamat

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

membangunkan pemuliharaan ge- owarisan menjurus

kepada pembangunan rantau. Dua orang pegawai Ba-

hagian Geopark Norazizah Abdul Jalil dan Mohamad Zuhri

Abd Rashid telah menyertai persi- dangan tersebut.

Sebanyak enam kertas ucaptama yang disampaikan oleh pakar dari Malaysia dan Indonesia meliputi konsep

pemuliharaan geowarisan, geopelancongan dan pembangunan lestari. Peserta persidangan telah dibawa mela-

wat beberapa kawasan di sekitar Yogyakarta yang berpotensi menjadi calon geopark.

THE 9 TH EUROPEAN CONFERENCE, 1-6 OKTOBER 2010

Persidangan kali ke 9 ini juga merupakan sambutan ulang tahun ke 10 penubuhan

European Geoparks Network yang diadakan di Lesvos Geopark, Greece; salah

satu daripada empat ahli terawal semasa penubuhannya. Persidangan ini telah

dihadiri oleh Cik Rasanubari Asmah Rahmah dan En Khairul Nizam daripada Ba-

hagian Geopark. Sepanjang persidangan ini 110 kertas kerja telah dibentangkan

oleh wakil daripada geopark-geopark dan juga

bakal geopark. Banyak idea-idea menarik dikongsi bersama untuk tujuan

pembangunan geopark-geopark. 11 buah geopark baru telah di terima seba-

gai ahli baru dalam Global Geoparks Network menjadi keseluruhan 77 buah

geopark daripada 25 buah negara. Persidangan ini diakhiri dengan lawatan ke

Lesvos Geopark yang meliputi kawasan seluas 30 hektar yang mempunyai

beberapa taman dengan fosil tumbuhan dan pokok dan Muzium Petrified Forest.

Acara Pelancongan & Geopark

9


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

2 nd WORLD ECOTOURISM CONFERENCE 2010 DAN

GREEN TOURISM INTERNATIONAL MART

Pada 8-11 Julai 2010 berlangsungnya 2 nd World Ecotourism Conference

2010 (WEC2010) di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC), Kuala Lum-

pur. Bahagian Geopark dan Bahagian Pelancongan LADA telah

menghantar wakil untuk menyertai persidangan tersebut yang terdiri

daripada En Megat Shahrul Azman Bin Abas (Pengurus Pelancongan)

dan En Hapiz Bin Manap (Ketua Penolong Pengurus

Geopark) sebagai delegasi. En Jamirulhairi Bin Jamil dan En

Azman Bin Ariffin dari Bahagian Geopark juga menyertai pam-

eran semasa persidangan tersebut berlangsung. Sambutan

juga amat menggalakkan dari peserta-peserta domestik dan

antarabangsa untuk mengetahui Langkawi Geopark dengan lebih

dekat lagi.

‘GEOPARK TO SCHOOL’

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

Pada 2 – 5 Ogos 2010, satu bengkel pembangunan modul pendidikan awam telah diadakan dengan kerjasama

UKM, UPM, UiTM, FRIM, dan Jabatan Perhilitan. Modul Pendidikan Awal mini bertujuan untuk memperku-

kuhkan pemahaman dan pengetahuan mengenai Langkawi Geopark. Pada peringkat awal ini pembinaan modul

dikhususkan kepada pelajar sekolah menengah. Sebanyak lapan modul awal telah dibina yang memberi pene-

kanan kepada geopark, geologi, biologi dan pendidikan secara lestari keseluruhannya. Bengkel ini diikuti den-

gan lawatan tapak pada 27-29 Ogos 2010 di Langkawi. Antara tapak perkhemahan yang dicadangkan di Pantai

Pasir Tengkorak, Lubuk Semilang dan Teluk Mempelam, Kilim. Modul ini

akan diadakan pada awal tahun 2011 dengan pelajar sekolah menengah

di Langkawi sebagai peserta perintis. Modul ini seterusnya akan dibuat

penambahbaikan setelah penilaian dilakukan dan akan dijadikan modul

pendidikan bukan sahaja untuk pelajar sekolah di Langkawi tetapi untuk

pelajar di Malaysia dan daripada geopark-geopark lain.

10

Acara Pelancongan & Geopark


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

PIALA LADA 2010

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

Bermula pada 23 November 2010 dan berakhir pada 2 Januari 2011.Perlawanan ini melibatkan 9 pasukan di

seluruh Langkawi. Perlawanan akhir menyaksikan pasukan Pasir Hitam menentang pasukan Kedawang. Kedua-

dua pasukan menonjolkan aksi yang amat memukau penonton

pada malam tersebut. Akhirnya pasukan Pasir Hitam telah muncul

juara setelah hampir 2 jam perlawanan.

PROGRAM JEJAK PUNCAK MACHINCANG 2010

Program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada warga

LADA terutamanya bagi pegawai-pegawai

yang baru berkhidmat .Program ini adalah baik kerana para pe-

serta telah didedahkan di dalam pelbagai ilmu

serta teknik dalam aktiviti pendakian rentis-rentis hutan yang

mencabar selain mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara

pegawai dan semua kakitangan. Program ini telah diadakan di sekitar

kawasan Machincang Geoforest Park. Program ini berlangsung selama 2

hari 1 malam di kawasan rekreasi air terjun telaga tujuh bermula pada 29

Oktober 2010 sehingga 30 Oktober 2010.Tapak perkhemahan

adalah di sekitar air terjun Telaga Tujuh, kem Tok Ayah manakala

pendakian bermula di rentis ke puncak 701 Machincang. Program ini

telah berjaya diadakan dengan kehadiran 22 peserta bersama 15

orang urusetia ahli- ahli Kelab Sukan dan Kebajikan LADA.

11

Berita Kelab Sukan & Kebajikan


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

LAWATAN RASMI SAMBIL BELAJAR KE BEIJING,

CHINA

Lawatan ini telah berjaya diadakan pada 5 – 10 November 2010

yang melibatkan 40 orang pegawai serta kakitangan LADA sepe-

nuhnya. Lawatan ini merupakan lawatan sambil belajar ke tempat

-tempat bersejarah dan bandar-bandar

utama di Beijing antaranya ialah Tianament Square yang meru-

pakan dataran terluas dan terbesar di Dunia.

Forbidden City juga menjadi tempat persinggahan yang mem-

punyai reka bentuk istana yang unik. Tempat– tempat lain yang

dilawati adalah Tembok Besar China, Summer Palace ( Istana

Musim Panas ), Stadium Sarang Burung dan juga kedai pen-

jualan jade, sutera dan kristal.

KAYAK MUHIBBAH 2010

Program ini telah pun berjaya diadakan dengan jayanya pada 6

Disember 2010 sehingga 8 Disember 2010 di kawasan Kilim Ge-

forest park yang melibatkan secara keseluruhannya kakitan-

gan LADA seramai 40 orang. Peserta memulakan berkayak

dari hole in the wall sehingga ke Telok Mempelam. Peserta

telah didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan kayak. Program

seperti ini juga dilihat mampu menguji ketahanan fizikal dan mental

peserta selain mampu meningkatkan daya keyakinan diri.

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

12

Berita Kelab Sukan & Kebajikan


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

MAJLIS PERPISAHAN

Timbalan Pengurus Besar II

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

Majlis ini telah diadakan di Burau Bay Resort memandangkan tempoh

perkhidmatan Datuk Haji Ismail Bin Said telah tamat pada 31 Oktober 2010.

Beliau telah dipinjamkan dari Kerajaan Negeri Kedah pada Januari 2009 se-

bagai Pegawai Pinjaman untuk mengisi jawatan Timbalan Pengurus Besar II

di LADA.

Datuk Haji Ismail telah bertukar ke Pejabat Daerah Sik sebagai Pegawai

Daerah di sana berkuat kuasa pada 1 November 2010. Namun demikian, LADA telah menerima Timbalan Pen-

gurus Besar ( Pengurusan ) yang baru iaitu Tuan Haji A.Rahman Bin Zainol.

Pengurus Pelancongan

Pada 31 Januari yang lepas, LADA telah kehilangan seorang lagi pegawai

apabila Encik Megat Shahrul Azman Bin Abas, Pengurus Pelancongan LADA

telah meletak jawatan setelah mendapat tawaran kerja di Syarikat

Prasarana Negara Berhad. Majlis perpisahan En Megat Shahrul Azman yang

juga merupakan Tokoh Pelancongan Langkawi 2011 telah diadakan di Muti-

ara Burau Bay Resort yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan

LADA. Beliau telah bersama LADA sejak 15 Mac 2007 sehingga 31 Januari 2011. sepanjang penglibatan beliau

sebagai Pengurus Pelancongan LADA beliau telah telah banyak menyumbangkan ilmu serta idea ke arah men-

transformasikan industri pelancongan di Langkawi. Encik Megat Shahrul Azman Bin Abas telah memulakan

kerjayanya sebagai Pengurus Pelaburan, Prasarana Negara Berhad pada Februari 2011. Semoga beliau terus

berjaya dalam semua bidang yang diceburinya.

13

Warna Kehidupan


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

SELAMAT DATANG KAKITANGAN LANTIKAN BARU

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

Pada tahun 2011, seramai 5 orang pegawai dan kakitangan yang telah dilantik. Pegawai dan kakitangan yang dimaksudkan adalah

seperti senarai berikut:

Selamat datang kami ucapkan. Semoga kehadiran anda semua dapat membantu dalam meningkatkan mutu serta kualiti perhidmatan

jabatan.

TAKZIAH Kepada Keluarga Nor Hazizi

Langkawi 31 Julai 2010 : Pemergian buat selamanya Allahyarham Nor Hazizi Bin Che Mat dari Unit Pentadbiran Am,

bukan sahaja satu kehilangan besar kepada keluarganya malah turut dirasai oleh seluruh warga Lembaga Pembangunan

Langkawi (LADA). Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 31 Julai 2010 jam 9.10 malam di rumahnya

sendiri di alamat No. 263 Kg Kelibang, Mukim Kuah, Langkawi kerana serangan penyakit jantung. Berusia 41 tahun,

Arwahyarham telah meninggalkan seorang isteri berserta 3 orang anak ( 2 perempuan, 1 lelaki ) dalam lingkungan

umur 10 — 16 tahun. Arwahyarham mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 15 Julai 1997 secara kontrak

dan diserap secara tetap pada 3 Ogos 2008. Arwahyarham sangat dikenali dengan sikapnya yang mudah bekerjasama

dan selalu memberi senyuman.

Kepada keluarganya, warga LADA mengucapkan takziah dan semoga tabah dalam menghadapi ujian Allah dan sama-sama

kita berdoa semoga arwahyarham di tempatkan di kalangan orang– orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah

Pegawai Bahagian / Unit

Encik Ikhwan Bin Mohd Said Pegawai Penerangan S41 Bahagian Geopark

Cik Sarah Binti Mohamad Arsad Penolong Pegawai Penerangan S27 Bahagian

Geopark

Encik Mohamad Izdzuan Bin Mohamad Khair Penolong Pegawai Pertanian G27 Bahagian

Peancangan dan Pembangunan

Cik Nor Azlina Binti Mohd Zin Pegawai Khidmat Pelanggan N17 Unit

Pentabiran Am

Cik Shariffah Aemee Dianna Binti Syed Mohamed Pegawai Penerangan S41

Unit Khidmat Korporat

14

Warna Kehidupan


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

SENARAI KAKITANGAN LADA YANG BARU

MENDIRIKAN RUMAH TANGGA

SENARAI KAKITANGAN LADA YANG BARU MENDAPAT CAHAYA MATA

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

BIL NAMA PASANGAN TARIKH

1 MOHD AMIRAN BIN AMIR NORADISMA BT IDRIS 05 . 02.2011

2 NOOR HAYATI BT ABD RAH-

MAN

SATILA AZRAL B. SAAD 26.11.2010

3 NUR SHUHADA BT SABRI ASMAWI BIN ISMAIL 25.11.2010

4 FAZEIAN BT FADHIL MOHD NUR AMIN B.ABD RAH-

MAN

BIL NAMA ANAK TARIKH

1 MOHD SHAHRUL NIZAM BIN

AWANG

02.10.2010

5 ASHIMAH BT SHUKOR SHAHRIN NIZAM B. ABD LATIF 12.09.2010

KELAHIRAN

MUHAMMAD ALIFF IMRAN 31.10.2010

2 HASHIM BIN RAMLI MUHAMAD ADAM HAFIY 21.10.2010

3 SAIFUL RIZAM BIN SUPERI MUHAMMAD ADAM

ZAQWAN

4 MUHAMMAD ZUHRI BIN ABD

RASHID

07.09.2010

MOHAMAD SYAZWI ZAFRI 03.08.2010

5 SHARIZA BT SOBRI NUR ALYA AMANI 06.08.2010

6 NORAZIZAH BT ABDUL JALIL MUHAMMAD SYAKIR IZZ 01.05.2010

15

Warna Kehidupan


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

11 BUAH GEOPARK BARU DIIKTIRAF UNESCO

11 buah kawasan dengan keindahan landskap dan ke-

pentingan saintifik daripada sungai subterranean di China

hinggalah landskap yang terbentuk semasa Zaman Ais di

Finland telah menjadi ahli Global Network of National

Geoparks di bawah naungan UNESCO.

Kawasan-kawasan daripada 9 buah negara ini telah diu-

mumkan semasa Persidangan Geopark Eropah ke 9 di Les-

vos, Greece pada bulan Oktober yang lalu menjadikan jum-

lah keseluruhan 77 buah geopark di 24 buah negara dalam

Global Network.

Ahli baru termasuklah Basque Coast di Sepanyol, Dong Van

Karst Plateau di Vietnam, Pulau Jeju, Korea.

Kawasan lain di Asia termasuklah dua geopark daripada

China, Leye Fangshan dan Ningde dan juga San’in Kaigan di

Jepun.

Dua buah geopark baru daripada Itali iaitu, Cilento & Vallo

di Diano dan Tuscan Mining Park. Geopark lain daripada

Eropah adalah Vikos-Aoos dari Greece, Rokua, Finland; dan

Stonehammer Geopark daripada Canada.

Untuk sesebuah kawasan menjadi geopark, kriteria yang

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

perlu ada ialah warisan geologi dengan kepentingan dari segi saintifik dan pendidikan, kejarangan dan kecanti-

kan. Kawasan tersebut juga perlu mempunyai struktur pengurusan yang berkesan, sempadan yang jelas dan

kawasan yang cukup untuk membenarkan pembangunan ekonomi secara lestari terutama-

nya melalui pelancongan.

(Sumber – UNESCO News)

Info Menarik

16


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

SUDUT CELIK IT

Edisi 1/2011 – Mengenali Sejarah Komputer

Tahu kah anda bahawa komputer yang anda gunakan pada hari ini telah berkembang teknologinya sejak 6

dekad yang lepas, bahkan pada ianya dicipta, anda mungkin belum dilahirkan lagi. Sejarah perkembangan

komputer telah lama bermula iaitu sejak tahun 1940 dan dapat dibahagikan kepada 5 generasi dari menggunakan

elektronik sepenuhnya sehinggalah kepada penggunaan mikrokomputer. Mari Kita Lihat

Perkembangan Generasi Komputer Yang Telah Dihuraikan Oleh Pengkaji-Pengkaji Bidang Ini.

GENERASI PERTAMA (1940-1959)

Komputer dihasilkan adalah elektronik sepenuhnya. Saiznya agak besar (hampir menyamai sebuah

bilik tidur) dan dikategorikan kepada kerangka utama (Mainframe), ia menggunakan tiub vakum untuk memproses dan

menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil yang cepat panas dan mudah terbakar.

Jumlah tiub vakum yang diperlukan amat banyak agar tidak menjejaskan keupayaan komputer. Ia Juga

menggunakan tenaga elektrik dengan banyak.

GENERASI KEDUA (1959-1964)

Transistor dan diod digunakan bagi menggantikan tiub vakum walaupun ia mudah terbakar. Cara baru untuk

menyimpan ingatan iaitu teras magnetik diperkenalkan. ia menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litar

elektrik. Keupayaannya memproses lebih besar.

GENERASI KETIGA (1964-1980)

Ia bermula apabila IBM (International Business Machine) memperkenalkan Sistem/360 iaitu Kerangka

Utama yang mengandungi alatan-alatan yang lengkap bagi memenuhi semua keperluan pengaturcaraan

pada masa tersebut.

GENERASI KEEMPAT (1980-sekarang)

Penyelidikan mikroelektronik telah berjaya menghasilkan Litar Bersepadu/Terkamir atau Cip di mana beribu

transistor dipadatkan didalam kepingan empat segi silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale

Integration). Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer.

GENERASI KELIMA (sekarang-masa depan)

Arus kemodenan komputer diteruskan lagi dengan penemuan microprocessor dan juga semi conductor.

Kemajuan ini diteruskan lagi dengan teknologi LSI (Large Scale Integration) iaitu pemadatan ribuan microprocessor

ke dalam sebuah microprocessor sahaja untuk menjadikan komputer lebih kecil, padat dan

berkelajuan tinggi.

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

Info Menarik

17


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

RENUNGAN BERSAMA

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan

tekun.' (Riwayat Abu Daud).

Menurut hadis ini, apabila seseorang Muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna peker-

jaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah s.w.t.

Bersungguh-Sungguh

Allah Swt sukakan Muslim yang bersungguh-sungguh membuat kerja yang baik, apatah lagi, kalau pekerjaan itu terkait dengan urusan

dakwah Islam, menyebarkan kefahaman Islam. Ketekunan berceramah, menulis dan mengarang bahan-bahan ilmiah akan menyebab-

kan umat itu terlepas bebas daripada belitan tipu daya orang yang sombong dan zalim.

4 kunci untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah iaitu:

Ikhlas – laksanakan tugasan atau kerja dengan keikhlasan.

Menjaga hubungan dengan ALLAH – segala kerja yang lakukan mestilah berhubung dengan Allah. Buat sesuatu kerja kerana Allah

dengan keikhlasan hati. " Barang siapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungan-Nya

dengan orang tersebut."(HR. Hakim)

Muadjaddah – Buat sesuatu kerja mestilah bersungguh-sungguh. Ikhlas melaksanakan kerja dengan kesungguhan dan amanah

demi Allah.

Muhasabah – menilai/meneliti kembali kerja yang dilakukan untuk mendapat keberkatan dari Allah. Mungkin pada masa ini kita

ada melakukan kesalahan sesama manusia, mohon maaf kepada mereka yang kita lukai ataupun kerja yang kita buat mestilah mengi-

kut tempoh yang dah ditetapkan dan jika kita menggunakan masa tersebut pastikan kita menggantikan semula supaya kita mendapat

keberkatan dari Allah.

Info Menarik

Semoga kita memperbaiki diri kita untuk mendapat keberkatan Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah, hubungan kita sesama manusia

dan membuat amal dan kerja dengan keikhlasan di hati demi Allah.

18


Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority

e-Buletin LADA - EDISI 01/2011

19

Kalendar Acara Langkawi 2011

More magazines by this user
Similar magazines