sidang redaksi 2007 fokus - UTHM Library - Universiti Tun Hussein ...

lms.uthm.edu.my

sidang redaksi 2007 fokus - UTHM Library - Universiti Tun Hussein ...

ARTIKEL PILIHANKunci Kejayaan Jangka PanjangDipetik Oleh: Md. Hafiz Abu BakarJudul Majalah : al-IslamPenerbit : Kuala Lumpur: Utusan Karya Sdn. Bhd.No. Panggilan : BP1 .A4Judul Artikel : Kunci kejayaan jangka panjangMuka Surat : 53Jilid : November 2006Ramai yang menyangka latar belakang keluarga, pendidikan, kepandaian, kenalan yangmempunyai pengaruh adalah antara faktor penting untuk mencapai kejayaan. Tetapibenarkah begitu? Adakah mereka yang berjaya datang daripada keluarga kaya, berpendidikantinggi dan mempunyai ramai kenalan yang berkuasa?Seorang pakar sosiologi dari Universiti Harvard, Dr. Edward Banfield dalam kajian¬nya mengenaiorang-orang yang berjaya mendapati, sebab utama seseorang berjaya dalam hidupnyaadalah sikap mindanya. Fikiran mereka dilatih untuk melihat sesuatu daripada perspektif jangkapanjang.Menurutnya, lelaki dan wanita yang paling berjaya dalam hidup dan besar kemungkinan mencapaistatus ekonomi yang baik adalah mereka yang membuat penilaian masa depan dalamsetiap keputusan yang mereka ambil sekarang. Mereka merancang dan bertindak sekarang,dengan mengambil kira kehidupan masa hadapan. Dengan kata lain, mereka bukan sekadarmelakukan sesuatu hari ini, untuk hari ini sahaja.Menentukan keutamaan dalam perancangan serta tindakan adalah kunci kejayaan, dan jugadikatakan perspektif jangka panjang. Anda boleh menilai kepentingan sesuatu perkara sekarang,dengan mengambil kira potensi kesannya kepada kehidupan anda pada masa hadapan.Contohnya, jika anda memilih untuk bermesra dengan anak-anak dan isteri/suami setelah pulang kerja, bukan sekadar bersandar menontontelevisyen atau membaca surat khabar, anda sebenarnya bertindak mengikut perspektif jangka panjang. Dengan memperuntukkanmasa berkualiti untuk kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga, anda sebenarnya telah meletakkan keutamaan dalam penggunaanmasa. Potensi kesan masa depan bagi penggunaan masa berkualiti itu juga amat tinggi.Logiknya memang mudah; jika hari ini seseorang lebih senang membazirkan masa dengan melepak dan melakukan kerja-kerja tidakberfaedah, besar kemungkinan dia tidak akan berjaya di dalam hidupnya berbanding seorang yang menggunakan masanya denganmempertingkatkan ilmu dan kemahiran agar dapat melangkah lebih jauh ke hadapan. Contohnya, salah satu sebab seorang doktorpakar menjadi antara orang yang dihormati adalah disebabkan dia telah melabur banyak masa serta tenaga untuk belajar dan bekerja,sebelum dapat mengamalkan ilmu perubatannya. Dia mungkin menikmati hasil usahanya itu setelah hampir berusia 30 tahun. Laluanyang perlu ditempuh bukan mudah, tetapi mereka gigih menempuhnya kerana memikirkan perspektif jangka panjang.Sesetengah ahli ekonomi berpandangan, punca utama seseorang menghadapi kegagalan ekonomi dan peribadi adalah ketidakmampuannyauntuk menahan nafsu. Secara fitrah, individu cenderung membelanjakan pendapatan mereka, malah ada kalanya melebihipendapatan yang diperolehi, dan sukakan hiburan, perkara-perkara mudah serta menyeronokkan. Sebaiknya anda belajar mendisiplinkandiri melakukan perkara betul dan penting. Sungguhpun sukar dilakukan, inilah sebenarnya jalan untuk meningkatkan martabatdiri, harga diri dan kepuasan peribadi. Percayalah, semua pengorbanan anda hari ini, mempunyai ganjaran berganda pada masahadapan.Ada beberapa langkah yang boleh diambil segera untuk menjayakan idea-idea ini. Pertama, berfikir dari segi jangka panjang. Dudukdan tulis gambar kehidupan ideal anda 10 atau 20 tahun akan datang. Ini secara automatik akan mengembangkan perspektif jangkapanjang. Kedua, bagi setiap perkara yang anda lakukan, lihatlah kesan jangka panjangnya ke atas hidup anda. Lakukan lebih banyakperkara yang mempunyai nilai jangka panjang kepada diri anda. Ketiga, bina tabiat menahan nafsu walaupun dalam perkara-perkarakecil, dalam berbelanja atau berseronok agar anda boleh menikmati ganjaran dan kepuasan lebih besar di masa hadapan.muka surat05

More magazines by this user
Similar magazines