SPP Bil. 7/2010 - Treasury

lada.gov.my

SPP Bil. 7/2010 - Treasury

KK/BP/DS(S)10/656/2/3(SK. 1/2010)(3)KEMENTERIAN KEWANGANSURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2010Semua Ketua Setiausaha KementerianSemua Ketua Jabatan PersekutuanPENJELASAN MENGENAI PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN2009 - PERATURAN MENGENAI KEMUDAHAN ALAT KOMUNIKASIMUDAH ALIHTUJUANSurat Pekeliling ini bertujuan untuk memperjelaskan mengenai peraturan dansyarat di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2009 (PP4/09) iaituPeraturan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih.LATAR BELAKANG2. Perbendaharaan telah mengeluarkan PP4/09 berkuat kuasa mulai 1Februari 2009. Pekeliling tersebut menetapkan peraturan, syarat dan kadarkelayakan bagi kemudahan alat komunikasi mudah alih. Selaras denganperkembangan teknologi telekomunikasi semasa dan keperluan jabatanmenggunakan pelbagai perkhidmatan telekomunikasi mudah alih, adalahwajar penjelasan ke atas kemudahan tersebut dikeluarkan.PENDAFTARAN TALIAN3. Semua talian yang layak mendapat kemudahan di bawah pekelilingPP4/09 dan Surat Pekeliling ini hendaklah didaftarkan atas namakementerian/ jabatan. Kos pendaftaran bagi mendapatkan talian inihendaklah ditanggung oleh kementerian/ jabatan termasuklah kos penukaranatas nama individu kepada nama kementerian/ jabatan. Walaubagaimanapun, Kerajaan tidak akan menanggung kos bayaran denda yangdikenakan atas sebab pelanggaran kontrak dengan syarikat telekomunikasi,tunggakan bayaran sebelumnya atau bayaran-bayaran lain yang menjaditanggungjawab pegawai untuk menyelesaikannya.


CAJ PANGGILAN BULANAN4. Bayaran caj panggilan yang ditanggung oleh Kerajaan bagi pegawaiyang layak mendapat kemudahan alat komunikasi mudah alih (termasukperkhidmatan Blackberry) adalah terhad kepada had maksimum kelayakan diperenggan 7.3, PP4/09. Caj panggilan adalah termasuk caj panggilan suara,caj penggunaan data (mengakses internet, muat turun dan seumpamanya),penggunaan emel, SMS, MMS dan bayaran bulanan perkhidmatanBlackberry (BES/ BIS).5. Kerajaan akan membayar caj panggilan mengikut kadar kelayakanmaksimum pegawai bagi bil bulan semasa sahaja. Caj panggilan yangmelebihi kelayakan bagi bulan semasa (setelah mengambil tindakan diperenggan 7.5, PP4/09, jika berkaitan) hendaklah dijelaskan oleh pegawaidan ianya tidak boleh dibayar dan diselaraskan untuk bil bulan berikutnya.6. Bergantung kepada keperluan, kementerian/ jabatan bolehmengadakan peraturan dalaman supaya pegawai yang benar-benar perludalam menjalankan tugas rasmi sahaja diluluskan menggunakan talianperkhidmatan Blackberry.BAYARAN LALUAN7. Kerajaan hanya menanggung bayaran laluan, jika ada, bagi talianyang didaftarkan atas nama kementerian/ jabatan dan bukan atas namaindividu. Bayaran laluan bermaksud bayaran yang dikenakan secara tetapkadarnya setiap bulan sebagai sewa bulanan untuk talian tersebut.CAJ TAMBAHAN8. Kerajaan akan menanggung caj-caj tambahan yang dikenakan olehsyarikat telekomunikasi bagi talian yang didaftarkan atas nama kementerian/jabatan seperti pengaktifan perayauan antarabangsa (international roaming),value added services (call waiting, voice telemanager, Calling LineIndentification Restriction (CLIR), call divert dan seumpamanya), bilterperinci, duti setem dan cukai perkhidmatan.HAL-HAL LAIN9. Kementerian/ jabatan tidak dibenarkan untuk membayar apa-apa cajyang berkaitan dengan perolehan/ pembelian alat komunikasi mudah alihseperti bayaran pendahuluan, bayaran ansuran pembelian alat, caj tambahanbagi pakej alat komunikasi mudah alih bersekali dengan talian dan insuransmemandangkan Kerajaan telahpun memberi bantuan pembelian alatkomunikasi mudah alih kepada pegawai.2


PEMAKAIAN .%10. Surat Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan AwamNegeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatantertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing.TARIKH KUAT KUASA11. Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2010."BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"(Tan Sri Dr. Wan Abdul ~ z i e Abdullah) nKetua Setiausaha PerbendaharaanKementerian Kewangan MalaysiaPutrajayaKetua Setiausaha NegaraKetua Audit NegaraAkauntan Negara MalaysiaSemua YB Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Ketua Eksekutif Badan Berkanun PersekutuanSemua Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan

More magazines by this user
Similar magazines