13.07.2015 Views

ucapan menteri pengajian tinggi datuk seri mohamed khaled nordin ...

ucapan menteri pengajian tinggi datuk seri mohamed khaled nordin ...

ucapan menteri pengajian tinggi datuk seri mohamed khaled nordin ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

UCAPANMENTERI PENGAJIAN TINGGIDATUK SERI MOHAMED KHALED NORDINMAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI15 JUN 2010, PICC.Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,Yang dihormati tuan pengerusi majlis,Yang Berhormat, Dr. Hou Kok Chung,Yang Berhormat, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan-timbalan Menteri,Yang Berbahagia,Tan Sri Dr. Zulkifli A. Hassan, Ketua Setiausaha KPTYang Berbahagia, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha KPT,Naib-naib Canselor IPTA dan IPTSKetua-ketua Pengarah Politeknik dan Kolej Komuntii,Tetamu-tetamu kehormat,Pegawai-pegawai kanan KPT,Seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.Page | 1

seluruh negara. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerimaanugerah kerana telah menunjukkan komitmen dan dedikasi yang boleh menjadicontoh kepada semua warga Kementerian Pengajian Tinggi yang lain. Sayaamat berharap pengiktirafan yang diberikan ini akan menjadi titik tolakkepada perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi pada tahun-tahun hadapandan seterusnya menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan sekerjayang lain untuk sama-sama menakhodakan kecemerlangan dan berprestasitinggi dalam Kementerian Pengajian Tinggi.Hadirin dan hadirat sekalian,(Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe 10 dan Kementerian PengajianTinggi)3. Tanggal 10 Jun yang lalu, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe 10) telahpun dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri kita, Datuk Seri Mohd Najib TunRazak. RMKe 10 ini merupakan satu perancangan kerajaan bagi mencapaistatus negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Selaku wargakementerian, kita amat berbesar hati dan mengucapkan setinggi penghargaankepada Perdana Menteri kerana mengiktiraf peranan dan sumbangan sektorpengajian tinggi sebagai faktor kritikal dalam menjayakan RancanganMalaysia Kesepuluh terutama melalui Teras 4 iaitu Membangun danPage | 3

Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia. Cadangan kerajaan untukmenambahkan kepentingan pembangunan bukan fizikal atau intelektualkepada 40 peratus (40%) dalam RMKe 10 berbanding 21.8 peratus (21.8%)dalam RMKe 9 sebenarnya telah menambah keupayaan negarakhususnya untuk memupuk tahap inovasi yang lebihmemberangsangkan selain membangun dan mengekalkan modal insanterbaik untuk negara. Sehubungan dengan itu, kita mendapati menerusiRMKe 10, tiada cadangan untuk menambah bilangan IPTA di negaraberbanding 3 buah universiti awam baru yang telah kita tubuhkan dalamRMKe 9. Perkembangan ini juga sebenarnya selari dengan pendekatankementerian dalam merangka pembangunan RMKe 10. Malah, sewaktuberucap merasmikan Seminar Perancangan RMKe 10 KPT pada bulanOktober tahun lalu, saya telah menegaskan bahawa pembangunan intelektualmenjadi keutamaan kementerian dalam usaha merancakkan inovasi yangmenjadi teras kepada pembangunan negara ke tahap yang lebih tinggi.4. Dalam perkembangan yang sama, peranan Institut Pengajian Tinggi (IPT)sebagai pemain utama yang menggerakkan aktiviti penyelidikan,pembangunan, pengkomersialan dan penyumbang kepada inovasidiiktiraf kerajaan apabila bilangan universiti penyelidikan ditambahdengan pemilihan Universiti Teknologi Malaysia atau UTM baru-baru ini.Page | 4

Saya percaya pemilihan UTM akan merancakkan lagi aktiviti penyelidikansekaligus menyumbang kepada inovasi yang menjadi tonggak kepadapembangunan dan kemajuan negara khususnya dalam menjayakan ModelEkonomi Baharu (MBE). Saya berharap status baru UTM ini akan terusmemperkukuhkan usaha dan peranan cemerlang mereka selama ini untukmempergiatkan usaha penyelidikan dan inovasi. Sebagai sebuah universitipenyelidikan, saya percaya UTM akan bakal menerima penambahan darisegi geran atau dana penyelidikan dan dengan itu, kita mengharapkanpulangan yang berimpak lebih tinggi daripada UTM khususnya dari segipengkomersialan, paten dan sebagainya.5. Selain itu, usaha kementerian melaksanakan programkebolehpasaran graduan termasuk yang terbaharu, menganjurkanKarnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan atau K3G bulan laluternyata menjadi perkiraan penting kerajaan dalam usaha membangundan mengekalkan modan insan yang berkualiti. Buktinya, untukmeningkatkan kompetensi graduan, kebolehpasaran graduan akandijadikan satu daripada Petunjuk Prestasi Utama atau KPI universiti. Sayapercaya cadangan ini pastinya memberi cabaran yang besar kepada universitiuntuk memastikan graduan mereka mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.Perkembangan ini sebenarnya selari dengan pencapaian universiti-universitiPage | 5

terbaik luar negara malah, melalui pertemuan saya dengan Michael SuenMin-Yeung, Setiausaha Pelajaran Hong Kong baru-baru ini, beliaumendedahkan bahawa Universiti Hong Kong yang merupakan universititerbaik Asia mempunyai 99 peratus (99%) graduannya memperolehpekerjaan selepas enam bulan sahaja menamatkan pengajian mereka.Hadirin dan hadirat sekalian,(RMKe 10 dan Penyediaan Iklim Baik dan Kondusif untuk Sektor PengajianTinggi Negara)6. Tidak dapat dinafikan bahawa RMKe 10 telah menyediakan iklim yangbaik dan kondusif untuk sektor pengajian tinggi negara. Antaranya ialah :a. Pertamanya, ia telah mewujudkan persaingan yang sihat antara IPT.Ini dapat dilhat menerusi cadangan mensyaratkan penyediaanperuntukan kewangan kepada universiti bergantung kepada sejauhmana mereka mencapai KPI yang ditetapkan. Saya percaya langkah iniakan mewujudkan persaingan antara universiti untuk merekamencapai KPI masing-masing.b. Kedua, ia telah memperkukuhkan budaya berprestasi tinggi apabilakerajaan akan memberi autonomi kepada mereka secara berperingkatPage | 6

agi mengukuhkan peranan dan prestasi mereka. Ini selaras denganamalan universiti termaju di dunia dan ia berupaya menggalakkanahli-ahli akademik supaya lebih berinovasi dan kreatif. Konsepautonomi yang dipertanggungjawabkan akan memperkuatkan iltizamdan usaha mereka untuk menaikkan kedudukan universiti-universititempatan ke tahap yang lebih baik lagi;c. Ketiga, ia telah mengarusperdanakan pengajian teknikal dan latihanvokasional untuk mempertingkatkan kemahiran rakyat khususnyatenaga kerja dalam negara;d. Keempat, ia telah membina Ekosistem Baharu Dunia Pendidikanmelalui projek jalur lebar berkelajuan tinggi. Dengan adanya jalurlebar berkelajuan tinggi ini, program pengajian dan kursus-kursusboleh dijalankan secara atas talian dan pengajian jarah jauh.Perkembangan ini selaras dengan usaha KPT mengarusperdanakanPembelajaran Sepanjang Hayat dalam mempertingkatkan ilmu dankemahiran rakyat supaya tahap pendidikan mereka tidak hanya ditahap SPM sahaja dane. Kelima, ia telah mengiktiraf sumbangan komuniti akademia melaluipenubuhan Majlis Profesor Negara (MPN), penambahbaikan skimperkhidmatan profesor iaitu pengwujudan jawatan Profesor Kanandengan diletakkan di bawah tangga gaji Gred Turus dan pemerkasaanPage | 7

gelaran Profesor Di Raja yang sedia ada dengan pakej remunerationyang lebih setimpal dengan wibawa pemegang gelaran ini. Usaha inipastinya akan melonjakkan lagi sumbangan ahli akademik bukansahaja sebagai ahli fikir tetapi intelektual awam yang menyumbangkepada pembangunan masyarakat dan negara. Pendek kata, RMKe 10telah memberi upaya kepada ahli akademik untuk menyumbangsecara lebih efektif.Hadirin dan hadirat sekalian,(Transformasi meningkatkan kompetensi penjawat awam)7. Seperti yang kita sedia maklum, proses transformasi negara menuntutkepada transformasi jentera kerajaan bagi menyokong agenda negara sepertiFalsafah Induk 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), RMKe 10mahupun Model Ekonomi Baharu. Ini termasuk memupuk empat nilai asasyang dikehendaki iaitu membudayakan kreativiti dan inovasi,mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan, nilai untukwang dan nilai integriti. Dalam konteks Kementerian Pengajian Tinggi,pelaksanaan terhadap empat nilai asas tersebut amat penting terutama dalamusaha kita menakhodakan kecemerlangan dan budaya berprestasi tinggi dikalangan kakitangan kita selari dengan peranan kritikal yang kita dukungi iaituPage | 8

mengupaya dan memperkasa modal insan negara. Dalam masa yang samajuga, kerajaan akan memastikan pembangunan modal insan khususnyadalam 12 Aktiviti Utama Ekonomi Nasional atau NKEA akan terusdiperkasakan supaya ia dapat menyumbang kepada kecemerlangansumber manusia. Untuk itu, rangka kerja pengurusan sumber manusiadan pembangunan kerjaya akan ditambah baik. Malah, dalam hal ini,penjawat-penjawat awam digalakkan untuk menambah ilmu denganmelanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi supaya kepakaranmereka dapat diperluaskan. Seiring dengan komitmen kementerian terhadapPembelajaran Sepanjang Hayat, saya menyeru kepada seluruh wargakementerian mengambil peluang untuk menambahkan ilmu dan kemahiranmereka masing-masing. Saya percaya ia bukan sahaja dapat meningkatkantahap kompetensi dan mutu perkhidmatan, sebaliknya turut membantukerajaan menjayakan semua usaha transformasi yang hendak dilaksanakan iniuntuk kemajuan dan pembangunan negara.Hadirin dan hadirat yang dihormati,8. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada 999 orangpenerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009. Kepada pegawai dankakitangan yang lain, saya percaya tuan-tuan dan puan-puan juga layak untukPage | 9

menerima anugerah ini berdasarkan banyak pencapaian yang telah kita capaipada tahun lalu. Namun begitu, oleh kerana kuota terhad yang telah ditetapkanoleh kerajaan, kita terpaksa akur dan saya yakin giliran tuan-tuan dan puan-puanakan tiba kelak asalkan kita teruskan kecemerlangan dalam kerja dan tugasyang diamanahkan. Apa yang lebih penting, kita bersedia untuk terusberkhidmat dan memberikan yang terbaik. Di hadapan kita, pelbagaicabaran yang bakal mendatang, malah dalam tempoh yang sama RMKe 10,kita juga bakal menempuh Fasa 2 iaitu Fasa Peningkatan dan PemerkasaanPSPTN mulai tahun hadapan dan kita menjangka ia bakal memperkukuhkanlagi asas dan landasan yang telah kita bina selama ini.9. Dengan kata-kata itu, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepadasemua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakanmajlis pada pagi ini. Semoga kualiti dan kecemerlangan menjadi terus menjaditeras kepada budaya kerja kita. Sekian wabillahi taufiq walhidayahwassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Page | 10

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!