Nota Penerangan BE 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

hasil.gov.my

Nota Penerangan BE 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Nota Penerangan Borang BESistem Taksir Sendiri(c) Persaraan itu berlaku apabila mencapai umur wajib bersara di bawah satu kontrak penggajian atau perjanjiankolektif pada umur 50 tahun tetapi sebelum 55 tahun dan telah berkhidmat selama 10 tahun dengan majikanyang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama.Amaun yang dikecualikan adalah RM6,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan dalam penggajian itu.2. Ganjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awamGanjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam apabila bersara daripada penggajian dibawah mana-mana undang-undang bertulis.3. Ganjaran yang dibayar kepada pegawai kontrakGanjaran yang dibayar daripada kumpulan wang awam kepada pegawai kontrak apabila perkhidmatan kontraknyatamat (walaupun kontraknya diperbaharui).4. Ganjaran kematianWang yang diterima sebagai ganjaran kematian.Elaun CukaiCukai yang ditanggung oleh majikan adalah Elaun Cukai yang dikenakan cukai mengikut perutukan perenggan13(1)(a) ACP 1967. Rujuk Helaian Kerja HK-2.3 dan Lampiran B2 untuk pengiraan.Manfaat Berupa Barangan (MBB)Nilai tahunan manfaat berupa barangan yang disediakan oleh majikan seperti kereta, minyak, pemandu, kelengkapanrumah, telefon bimbit, hiburan dan kelab rekreasi. Rujuk Helaian Kerja HK-2.4 dan Lampiran B3 untuk pengiraan.Nilai Tempat KediamanNilai tempat kediaman yang disediakan oleh majikan di Malaysia. Rujuk Helaian Kerja HK-2.5 dan Lampiran B4untuk pengiraan.Bayaran Balik Daripada Skim Pencen Yang Tidak DiluluskanAmaun yang dicarum oleh majikan kepada tabung pencen atau kewangan yang tidak diluluskan yang diterima olehpekerja sebelum atau selepas tamat penggajian. Rujuk Helaian Kerja HK-2.6 untuk pengiraan.PampasanPampasan adalah bayaran yang dibuat oleh majikan kepada pekerja disebabkan kehilangan pekerjaan atau sebabsebablain. Pampasan berikut dikecualikan dari cukai pendapatan:(i) Pampasan yang diterima akibat kehilangan pekerjaan disebabkan oleh keuzuran.(ii) Pampasan yang diterima atas sebab-sebab lain. Pampasan yang dikecualikan adalah RM6,000 bagi setiaptahun genap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama.Rujuk Helaian Kerja HK-2.7 dan Lampiran B5 untuk pengiraan.Yuran Kepada Badan ProfesionalYuran kepada badan profesional berhubung keahlian yang wajib untuk mengekalkan kedudukan profesion berkaitandan menjalankan pekerjaan dibenarkan sebagai tolakan. Misalnya bayaran profesion perubatan atau guaman.C2hinggaC6DIVIDENSekiranya tuan/puan mempunyai pendapatan berpunca dari dividen dan layak menuntut pembayaran balik, silasertakan baucar dividen asal dan Helaian Kerja HK-3 bersama Borang BE.Amaun C(iii) dari Helaian Kerja HK-3FAEDAHSemua faedah dikenakan cukai KECUALI:(i) Faedah/bonus daripada Bank Simpanan Nasional atau Lembaga Tabung Haji.(ii) Faedah/laba atas deposit sehingga RM100,000 dalam akaun simpanan dengan bank-bank/syarikat kewangandi bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, Akta Bank Islam 1983, Bank Pertanian Malaysia,Malaysia Building Society Bhd., Borneo Housing Mortgage Finance Bhd. dan koperasi berdaftar dan institusilain diluluskan oleh Menteri.(iii) Faedah/laba atas deposit sehingga RM100,000 dalam simpanan tetap/akaun pelaburan bagi tempoh tidakmelebihi 12 bulan dengan institusi/bank-bank di perenggan (ii).(iv) Faedah/laba atas deposit dalam simpanan tetap/akaun pelaburan selama 12 bulan atau lebih dengan institusi/bank-bank di perenggan (ii).Bagi individu pemastautin, faedah yang dikenakan cukai pegangan sebanyak 5% tidak perlu dilaporkan.Amaun E dari Helaian Kerja HK-5DISKAUNPendapatan diskaun berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan.SEWAPenerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain.Amaun D dari Helaian Kerja HK-4Nota Penerangan - 3


Nota Penerangan Borang BESistem Taksir SendiriROYALTIPenerimaan dari penggunaan hakcipta/paten yang melebihi had pengecualian seperti berikut dikenakan cukai:Jenis RoyaltiPengecualian (RM)(i) Penerimaan dari penerbitan hasil seni/rakaman pita/cakera 6,000(ii) Penerimaan hasil penterjemahan buku/karya kesusasteraan 12,000(iii) Penerimaan hasil penerbitan karya kesusasteraan/lukisan asli/penggubahan muzik 20,000Amaun H dari Helaian Kerja HK-5PENCENPencen yang diterima dari Malaysia dikecualikan daripada cukai pendapatan jika bersara pada umur 55 tahun ataupada umur persaraan yang wajib di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau persaraan atas sebab keuzuran.Di mana seseorang mendapat lebih daripada satu pencen, hanya pencen yang tertinggi dikecualikan. Pencen yanglain hendaklah dilaporkan.ANUITIJumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau pelaburan wang yang melayakkan waris atau pelaburmenerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.BAYARAN BERKALA LAINBayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAINPendapatan lain seperti bayaran sekali sekala untuk penyiaran, syarahan, tulisan atau sebagainya yang terbitdaripada usaha/pekerjaan sampingan atau sambilan dan juga pengagihan pendapatan daripada Amanah PelaburanHarta Tanah (REIT) atau Tabung Amanah Harta (PTF). Helaian Kerja HK-6 dan baucar asal perlu dikemukakansemasa pengembalian borang sekiranya tuan/puan mempunyai pendapatan berpunca dari REIT atau PTF dan layakmenuntut pembayaran balik.C8hinggaC13DERMA DAN HADIAHHADIAH WANG KEPADA KERAJAAN / KERAJAAN TEMPATAN ATAU INSTITUSI YANG DILULUSKANHadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan, mana-mana institusi atau organisasi yangdiluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. Subseksyen 44(6)HADIAH ARTIFAK, MANUSKRIP ATAU LUKISANHadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Ketua PengarahMuzium Negara atau Ketua Pengarah Arkib Negara. Subseksyen 44(6A)HADIAH WANG UNTUK KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN ATAU KEPADA PERPUSTAKAANSumbangan wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaansekolah/institusi pendidikan tinggi. Subseksyen 44(8)HADIAH WANG ATAU SUMBANGAN MANFAAT BERUPA BARANGAN (MBB) BAGI MENYEDIAKAN KEMUDAHAN DITEMPAT AWAM UNTUK ORANG YANG HILANG UPAYAHadiah wang atau sumbangan MBB yang diberikan oleh individu bagi menyediakan kemudahan di tempat awam untukmanfaat orang yang hilang upaya berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Subseksyen44(9)HADIAH WANG ATAU KOS PERALATAN PERUBATAN KEPADA MANA-MANA BADAN RAWATAN KESIHATANHadiah wang atau kos peralatan perubatan tidak melebihi RM20,000 yang diberikan kepada mana-mana badan rawatankesihatan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Subseksyen 44(10)HADIAH LUKISAN KEPADA BALAI SENI LUKIS NEGARA ATAU BALAI SENI LUKIS NEGERIHadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan pada nilai yangditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri. Subseksyen 44(11)C16hinggaC17bBagi Borang BE suami / isteri yang pendapatannya ditaksir di bawah nama pasangan, beliau perlu mengisi “0”di ruangan C16. Ruang-ruang C17a dan C17b perlu diisi. Bayaran ansuran atau potongan cukai yang telah dibuatdi atas nama beliau perlu dipindahkan ke ruang F3 Borang B/BE pasangan yang dikenakan cukai.C18ahinggaC18cPENDAPATAN BAGI TAKSIRAN BERSAMABahagian ini perlu diisi oleh individu di mana taksiran bersama dikeluarkan atas namanya.Nota Penerangan - 4


Nota Penerangan Borang BESistem Taksir SendiriBAHAGIAN D:PELEPASAN DAN PENDAPATAN BERCUKAID1hinggaD20INDIVIDU DAN SAUDARA TANGGUNGANPelepasan diri berjumlah RM8,000 untuk diri sendiri dan saudara tanggungan diberi secara automatik. Perenggan46(1)(a)PERUBATAN IBU BAPAPerubatan ibu bapa terhad kepada RM5,000. Perenggan 46(1)(c)PERALATAN SOKONGAN ASASPembelian alat sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami, isteri, anak atau ibu bapa yang hilang upaya dihadkankepada RM5,000. Perenggan 46(1)(d)INDIVIDU YANG HILANG UPAYAPelepasan tambahan RM6,000 diberi kepada individu yang hilang upaya. Perenggan 46(1)(e)YURAN PENDIDIKAN DALAM BIDANG YANG DILULUSKAN (SENDIRI)Bayaran yuran tahunan terhad kepada RM5,000 dibenarkan sebagai potongan untuk kursus pembelajaran sehinggake peringkat tinggi (sehingga ke peringkat lepasan ijazah) di mana-mana institusi di Malaysia yang diiktiraf olehKerajaan Malaysia bagi maksud meningkatkan kemahiran atau kelayakan dalam bidang teknikal, vokasional, industri,saintifik atau teknologi maklumat. Perenggan 46(1)(f)PERUBATAN BAGI PENYAKIT YANG SUKAR DIUBATIPerbelanjaan perubatan bagi penyakit yang sukar diubati bermaksud rawatan dibuat ke atas penyakit seperti sindromkurang daya tahan (AIDS), sindrom Parkinson, barah, penyakit buah pinggang, leukaemia dan lain-lain penyakit yangserupa yang lain. ‘Lain-lain penyakit yang serupa’ termasuk serangan jantung, pulmonary hypertension, penyakit hatikronik, fulminant viral hepatitis, trauma kepala dengan defisit nurologikal, ketumbuhan otak dan kecacatan kepadapembuluh darah, melupuh dan melecur yang keterlaluan, pemindahan organ, pemotongan kaki dan/atau tangan.Perbelanjaan ini dihadkan kepada RM5,000 untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak. Perenggan 46(1)(g)PEMERIKSAAN PERUBATAN PENUHPemeriksaan perubatan penuh bermaksud pemeriksaan secara menyeluruh dibenarkan sebagai potongan terhadkepada RM500 untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak tetapi jumlah pelepasan untuk D6 dan D7 adalah terhadkepada RM5,000. Perenggan 46(1)(h)PEMBELIAN BUKU/MAJALAHPerbelanjaan pembelian mana-mana buku, majalah, jurnal atau penerbitan (selain dari surat khabar atau bahanbacaan yang terlarang) untuk individu, suami / isteri atau anak dibenarkan sebagai potongan terhad kepada RM700.Perenggan 46(1)(i)FAEDAH PINJAMAN PERUMAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN SEKSYEN 46APelepasan faedah pinjaman perumahan bagi perjanjian jual beli yang ditandatangani dalam tempoh 01.06.2003 –31.05.2004 bagi pembelian rumah kediaman milikan pertama individu daripada pemaju perumahan, badan berkanunatau badan koperasi berharga tidak kurang daripada RM100,000 dan tidak melebihi RM180,000 untuk dijadikan tempattinggal sendiri. Potongan yang diberikan adalah terhad kepada RM2,000 bagi tahun taksiran 2005. Seksyen 46AJika sekiranya terdapat:❑ Dua atau lebih individu berhak menuntut potongan faedah yang dibelanjakan atas rumah kediaman yang samadalam tahun berkenaan, dan❑ Jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu terlibat adalah melebihi daripada amaun faedah yangdibenarkan dalam tahun berkenaan, maka setiap individu yang terlibat berhak menuntut potongan faedah bagisetiap tahun berkenaan mengikut pengiraan berikut:Amaun faedah dibenarkandalam sesuatu tahun berkenaanXJumlah faedah yang dibelanjakanoleh individu berkenaanJumlah faedah yang dibelanjakanoleh kesemua individu berkenaanNota Penerangan - 5


Nota Penerangan Borang BESistem Taksir SendiriISTERIPelepasan diberi sebanyak RM3,000 bagi isteri yang tinggal bersama dalam tahun asas, isteri tiada pendapatan/jumlahpendapatan atau isteri memilih taksiran bersama. Perenggan 47(1)(a)BAYARAN ALIMONI KEPADA BEKAS ISTERIBayaran nafkah kepada bekas isteri layak untuk pelepasan tetapi jumlah pelepasan untuk D10 dan D11 adalah terhadkepada RM3,000. Bayaran nafkah secara sukarela kepada bekas isteri di bawah perjanjian bersama tanpa sebarangperjanjian rasmi tidak layak dituntut sebagai potongan. Subseksyen 47(2) dan 47(3)SUAMIPelepasan diberi sebanyak RM3,000 bagi suami yang tidak mempunyai jumlah pendapatan atau suami memilih taksiranbersama. Seksyen 45ASUAMI / ISTERI YANG HILANG UPAYAPelepasan tambahan sebanyak RM3,500 diberi kepada seorang suami / isteri yang hilang upaya. Perenggan 47(1)(b)dan seksyen 45AANAKRujuk Helaian Kerja HK-13 untuk pengiraan.Kelayakan 100%Ruang ini untuk diisi oleh individu yang layak menuntut potongan anak sepenuhnya.Kelayakan 50%Ruang ini untuk diisi di mana dua atau lebih individu (bukan suami isteri yang tinggal bersama) layak menuntutpotongan ke atas bayaran yang dibuat ke atas anak yang sama dan setiap individu tersebut layak menuntut separuhdari potongan yang dibenarkan.Subseksyen 48(4)ANAK - DI BAWAH UMUR 18 TAHUNPelepasan anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun dalam tahun semasa adalah sebanyakRM1,000. Perenggan 48(1)(a) & 48(2)(a)ANAK - 18 TAHUN DAN KE ATAS YANG MASIH BELAJAR❑❑❑Pelepasan anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikansepenuh masa adalah sebanyak RM1,000. Perenggan 48(1)(b) & 48(2)(a)Pelepasan anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan lanjutandi dalam Malaysia adalah terhad kepada RM4,000* (tidak termasuk kursus berbentuk matrikulasi/persediaan).Subperenggan 48(3)(a)(i)Pelepasan anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas menerima pendidikan lanjutandi luar Malaysia dan mula belajar dalam tempoh-tempoh berikut:-(i) 01.01.1994 – 16.10.1997 RM2,000*Subperenggan 48(3)(a)(iii)(ii) 17.10.1997 dan seterusnyaRM1,000Perenggan 48(1)(b) & 48(2)(a)*Jika amaun yang dibelanjakan melebihi amaun kelayakan, amaun yang dituntut hendaklah dihadkan kepadaamaun kelayakan sahaja.ANAK - HILANG UPAYAPelepasan untuk anak yang hilang upaya dibenarkan sebanyak RM5,000. Perenggan 48(1)(d)INSURANS NYAWA DAN KWSPRujuk Helaian Kerja HK-14 untuk pengiraan.❑ Premium insurans yang dibayar atas polisi yang menjamin nyawa individu, suami atau isteri dibenarkanpelepasan cukai. Premium insurans atas nyawa anak tidak dibenarkan pelepasan.❑ Caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau kumpulan wang lain yang diluluskan oleh KetuaPengarah Hasil Dalam Negeri.❑ Jumlah pelepasan untuk premium insurans nyawa dan caruman kepada KWSP atau kumpulan wang lain yangdiluluskan adalah terhad kepada RM6,000 untuk individu dan RM6,000 untuk isteri yang mempunyai puncapendapatan. Sekiranya suami atau isteri memilih taksiran bersama premium insurans dan KWSP adalah terhadkepada RM6,000. Perenggan 49(1)(a), 49(1)(b), 49(1)(c), Subseksyen 49(1A)Nota Penerangan - 6


Nota Penerangan Borang BESistem Taksir SendiriContoh:Premium insurans dibayar oleh suami RM300 dan isteri RM6,500 dan pembayar cukai memilih taksiran bersama.Jumlah dibenarkan adalah terhad kepada RM6,000 dan bukannya RM6,800. Dalam keadaan suami tidak mempunyaijumlah pendapatan, isteri akan ditaksir berasingan sebagai individu dan apa-apa perbelanjaan premium insurans olehsuami dianggap dibayar oleh isteri dan tuntutan potongan dibenarkan kepada jumlah terhad sahaja.Walau bagaimanapun bagi caruman KWSP yang dibuat oleh suami dan suami tiada jumlah pendapatan, potongan bagicaruman KWSP tersebut tidak boleh dibenarkan ke atas pendapatan isteri. Begitu juga sekiranya isteri tidak mempunyaijumlah pendapatan. Subseksyen 50(2) dan 50(3)INSURANS PENDIDIKAN DAN PERUBATANPelepasan tidak melebihi RM3,000 bagi premium insurans yang dibayar atas polisi pendidikan atau faedah perubatanuntuk individu, suami, isteri atau anak. Subseksyen 49(1B). Rujuk Helaian Kerja HK-14 untuk pengiraan.PREMIUM ANUITI KWSPPelepasan berasingan untuk premium anuiti sehingga RM1,000 kepada individu yang membeli anuiti melalui skimanuiti KWSP. Subseksyen 49(1C). Rujuk Helaian Kerja HK-14 untuk pengiraan.BAHAGIAN E:CUKAI KENA DIBAYARE1hinggaE17CARA PENGIRAAN CUKAICukai ke atas yang pertamaSesuaikan amaun di E1 Borang BE (pendapatan bercukai) dengan banjaran pendapatan bercukai yang disediakan didalam jadual cukai. (muka surat 10 nota penerangan ini)Cukai ke atas bakiContoh:Pendapatan bercukai di E1:RM5,500Guna pengiraan di kategori C jadual cukai seperti berikut:Cukai ke atas RM 5,000 yang pertama RM 25.00Cukai ke atas baki RM 500 @ 3% RM 15.00Jumlah cukai pendapatan RM 40.00Masukkan di ruang E2a, E2b dan E3 dalam Borang BE seperti berikut:E2aE2bE3Cukai ke atasyang pertamaCukai ke atasbaki!!!!!!!!!!, , 5,0 0 0!!!!!!!!!!!!, , ,2 5.0 0!!!!!!!!!!, , ,JUMLAH CUKAI PENDAPATAN ( E2a + E2b )Atas Kadar (%)!!E3!!!!!!!!!!!!, , , .5 0 0 3 1 5 0 0!!!!!!!!!!!!, , ,4 0.0 0REBAT CUKAI INDIVIDURebat cukai individu adalah sebanyak RM350 bagi pendapatan bercukai yang tidak melebihi RM35,000. Perenggan6A(2)(a)REBAT CUKAI SUAMI / ISTERIRebat cukai suami / isteri adalah sebanyak RM350 bagi pendapatan bercukai yang tidak melebihi RM35,000 dan telahdibenarkan pelepasan suami / isteri sebanyak RM3,000. Perenggan 6A(2)(b) / Perenggan 6A(2)(c)Nota Penerangan - 7


Nota Penerangan Borang BESistem Taksir SendiriZAKAT ATAU FITRAHBayaran zakat atau fitrah yang dibuat dalam tahun asas. Subseksyen 6A(3)PEMBELIAN KOMPUTER PERIBADIRebat sebanyak RM500 diberikan kepada individu pemastautin yang membeli komputer peribadi. Rebat diberikansekali dalam tempoh 5 tahun. Tiada rebat diberi jika komputer peribadi dibeli untuk digunakan bagi maksud perniagaanatau jika rebat telah diberikan kepada isteri atau suami. Subseksyen 6A(3A)FI (LEVI)Rebat diberi bagi fi yang telah dibayar oleh pemegang pas penggajian, pas lawatan (kerja sementara) atau pas kerjamenurut mana-mana perintah yang dibuat di bawah Akta Fi 1951. Seksyen 6cTOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (DIVIDEN)Sertakan baucar dividen asal bersama pengiraan di Helaian Kerja HK-3 sekiranya tuan/puan layak menuntut pembayaranbalik seperti di ruang E17 Borang BE.Amaun D dari Helaian Kerja HK-3TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain-lain pendapatan sepertifaedah, royalti, pendapatan seksyen 4A, pendapatan daripada badan amanah dan juga pengagihan pendapatan daripadaAmanah Pelaburan Harta Tanah (REIT) atau Tabung Amanah Harta (PTF). Sertakan dokumen berkenaan bersamaHelaian Kerja HK-6 sekiranya tuan/puan layak menuntut pembayaran balik.Amaun B dari Helaian Kerja HK-6PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luarMalaysia. Rujuk Lampiran F Buku Panduan BE untuk menentukan negara-negara yang memetrai perjanjian pengelakanpencukaian dua kali dengan Malaysia. Rujuk Jadual 7 ACP dan Helaian Kerja HK-8 untuk membuat pengiraan kredit.PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luarMalaysia. Negara-negara ini tidak memetrai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia. Rujuk Jadual7 ACP dan Helaian Kerja HK-9 untuk membuat pengiraan kredit.BAHAGIAN F:RUMUSAN CUKAI DAN BAYARANF1hinggaF5CUKAI KENA DIBAYARAmaun dari E16. Bayaran tidak perlu dibuat sekiranya cukai kena dibayar ruang (E16) adalah kurang daripadaRM25.00 kerana cukai tersebut dilepaskan mengikut subseksyen 95(1) ACP 1967.Sila isi “0” dalam ruang ini jika:(i) E16 kurang daripada RM25.00; atau(ii) layak mendapat bayaran balik seperti di ruang E17ANSURAN/POTONGAN CUKAI BERJADUAL YANG TELAH DIJELASKAN - SENDIRIGuna Helaian Kerja HK-10 untuk membuat pengiraan. Bayaran ini tidak termasuk amaun tunggakan di manaamaun tersebut akan diambil kira untuk cukai tahun taksiran kebelakangan.Pindahkan amaun E dari Helaian Kerja HK-10 ke ruang ini.ANSURAN/POTONGAN CUKAI BERJADUAL YANG TELAH DIJELASKAN - SUAMI / ISTERIAmaun dari ruang C33b Borang B atau C17b Borang BE suami / isteri (jika berkenaan).BAKI CUKAI KENA DIBAYARJelaskan baki ini dalam tempoh yang ditetapkan. Gunakan Slip Pengiriman Bayaran (CP501) yang dilampirkanbersama borang apabila membuat bayaran di kaunter bayaran LHDNM atau menggunakan slip bayaran yangdisediakan oleh pihak bank sekiranya membuat bayaran di kaunter Bumiputra-Commerce Bank Berhad (BCB) danPublic Bank Berhad (PBB). Jika jumlah F2 dan F3 melebihi F1, isikan “0” di ruang ini.CUKAI TERLEBIH BAYARAmaun F2 campur F3 tolak F1Nota Penerangan - 8


Nota Penerangan Borang BESistem Taksir SendiriBAHAGIAN G:PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKANG1hinggaG3Pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belumdilaporkan. Contoh: bayaran tunggakan gaji/bonus.Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidakmencukupi.BAHAGIAN H: PELUPUSAN SYER DALAM SYARIKAT HARTA TANAH DAN PELUPUSAN HARTATERTAKLUK KEPADA PERUNTUKAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAHH1hinggaH2Sekiranya pelupusan syer/tanah/bangunan belum dilaporkan kepadaLHDNM, sila hubungi Unit Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dicawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan/puan.BAHAGIAN J:MAKLUMAT PENTADBIR HARTA PUSAKAJ1hinggaJ6Isikan maklumat yang berkenaan sahaja.AKUANBorang nyata yang tidak diperakui dan ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan akandikembalikan semula kepada tuan/puan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalammengembalikan semula borang nyata ini kepada LHDNM.MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANGMENYEDIAKAN BORANG NYATA INIBahagian ini perlu diisi, diperakui dan ditandatangani oleh ejen/wakil cukai yang menyediakan borangnyata ini.Nota Penerangan - 9


Nota Penerangan Borang BESistem Taksir SendiriJADUAL CUKAIBANJARAN PENGIRAAN KADAR CUKAIKATEGORI PENDAPATAN RM % RMBERCUKAI(a) (b) (c) (d)A 0 - 2,500 2,500 pertama 0 0B 2,501 - 5,000 2,500 berikutnya 1 25C 5,001 - 10,000 5,000 pertama 255,000 berikutnya 3 150D 10,001 - 20,000 10,000 pertama 17510,000 berikutnya 3 300E 20,001 - 35,000 20,000 pertama 47515,000 berikutnya 7 1,050F 35,001 - 50,000 35,000 pertama 1,52515,000 berikutnya 13 1,950G 50,001 - 70,000 50,000 pertama 3,47520,000 berikutnya 19 3,800H 70,001 - 100,000 70,000 pertama 7,27530,000 berikutnya 24 7,200I 100,001 - 150,000 100,000 pertama 14,47550,000 berikutnya 27 13,500J 150,001 - 250,000 150,000 pertama 27,975100,000 berikutnya 27 27,000K Lebih 250,000 250,000 pertama 54,975setiap ringgit berikutnya 28 ...........KOD NEGARASebahagian negara-negara yang dikenalpasti. Tuan / Puan boleh merujuk kepada Lampiran E Buku Panduan BorangBE untuk mendapatkan senarai lengkap.Bil. Nama Negara Kod Negara1 Australia AU2 Bangladesh BD3 Brunei BN4 Cambodia KH5 Canada CA6 China CN7 Denmark DK8 Hong Kong HK9 India IN10 Indonesia IDBil. Nama Negara Kod Negara11 Iran (Islamic R.O.) IR12 Iraq IQ13 Japan JP14 Korea, D.P.R. KP15 Korea, R.O. KR16 Laos, D.P.R. LA17 Malaysia MY18 Myanmar MM19 New Zealand NZ20 Pakistan PKBil. Nama Negara Kod Negara21 Philippines PH22 Saudi Arabia SA23 Singapore SG24 South Africa ZA25 Sri Lanka LK26 Taiwan TW27 Thailand TH28 United Kingdom GB29 United States US30 Vietnam VNNota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic ofNota Penerangan - 10


Buku Panduan Borang BSistem Taksir SendiriHK-3:TOLAKAN CUKAI DI BAWAH SEKSYEN 110 (DIVIDEN)NamaNo. Rujukan CukaiNo. K/PNo. Pendaftaran PerniagaanTahun TaksiranA. Senarai pendapatan dividenBil.TarikhBayaranNo. Waran /No. SiriNama SyarikatDividen KasarCukai DipotongRM RM senDividenBersih12345678910JumlahJumlah Dikasar SemulaXYB. Pengiraan dividen dikasarkan dan cukai dipotong.Jika kadar cukai dipotong mengikut baucar/sijil dividen yang diterima berlainan dengan kadar cukai tahun taksiransemasa, sila gunakan formula berikut untuk mendapatkan jumlah dividen yang dikasarkan semula dan cukai dianggaptelah dipotong.(i) Dividen dikasar semula (X) = Dividen bersih x [1/(1-Z*)]Masukkan hasil pengiraan ke bahagian X ruang Dividen Kasar(ii) Cukai dianggap telah dipotong (Y) = X x Z** Di mana Z ialah kadar cukai tahun taksiran semasa syarikat.


Buku Panduan Borang BC. Pengiraan Pendapatan Berkanun DividenSistem Taksir Sendiri(i) Dividen Kasar (X)Tolak:(ii) Faedah atas pinjaman yang dilakukan semata-matadalam menghasilkan pendapatan dividen tersebut(iii) Pendapatan BerkanunD. Tolakan cukai seksyen 110 (Dividen)(amaun Y di atas)Kemukakan Helaian Kerja ini bersama-sama baucar dividen yang asaljika tuan layak menuntut bayaran balik

More magazines by this user
Similar magazines