13.07.2015 Views

Hamil Dan Sendirian - Women's Aid Organisation

Hamil Dan Sendirian - Women's Aid Organisation

Hamil Dan Sendirian - Women's Aid Organisation

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Hamil Dan SendirianApakah Pilihan Saya?1

KANDUNGANPERTUBUHAN PERTOLONGAN WANITAWanita Hamil TunggalBAHAGIAN 1 / Pengenalan / ms3BAHAGIAN 2 / Mendapat tahu tentang kehamilan / ms4Sewaktu mengandung• Trimester pertama• Trimester kedua• Trimester terakhirBAHAGIAN 3 / Kekal Positif & Menjauhkan Diri dari Kemurungan / ms6BAHAGIAN 4 / Merancang & Memulakan Persiapan Kelahiran / ms7BAHAGIAN 5 / Pilihan Anda / ms8• Pengangkatan Anak• Membesarkan anak• Pengguguran• Apakan hak-hak anda sebagai ibu tunggal?BAHAGIAN 6 / Melahirkan Anak / ms13• Selepas Melahirkan Anak• Bagaimana cara untuk mendaftarkan sijil kelahiran anak anda?BAHAGIAN 7 / Senarai Agensi-agensi & Organisasi-organisasiyang menawarkan bantuan / ms15Hamil Dan SendirianApakah Pilihan Saya?2

BAHAGIAN 1 :PengenalanOrang A: Ada tak awak terbaca di dalamsurat khabar semalam? Ada seorangbayi yang baru lahir ditemui di tempatsampah, dalam keadaan masihberlumuran darah.Orang B: Ya, ada. Nasib baik ada orangyang menemui bayi itu sebelum apa-apayang buruk terjadi.Orang A: Apa agaknya yang terjadi pada ibu bayi itu?Macam mana dia boleh tinggalkan anaknya yang baru sahaja lahir macam itu saja?Orang B: Ibunya saja ke?? Macam mana dengan ayah bayi itu?Orang A: Betul juga. Kedua-duanya sama-sama bertanggungjawab ke atas bayi itu.Orang B: C, Eh, kenapa awak diam betul hari ini?Orang A: Muka awak agak pucat. Awak tak sihat ke?Orang C: Saya ada sesuatu yang saya perlu beritahu kamu berdua.Orang A: Kenapa? Cakaplah..Orang C: Saya... Saya mengandung.Orang B: Awak pasti ke??Orang C: Ya... Saya tak tahu, saya tak tahu... Apa yang saya nak buat sekarang?!Orang B: Okey, sabar... Bertenang. Jangan risau. Pasti ada jalan penyelesaian untuksemua ini.Hamil Dan SendirianApakah Pilihan Saya?3

BAHAGIAN 2 :Mendapat tahu tentang kehamilanAdakah kitaran haid anda tidak datang baru-baru ini? Merasa mual dan muntahmuntahpada awal pagi? Buah dada anda membengkak? Terasa letih dan kepenatan?Ada melakukan seks dalam tempoh terdekat dan tidak mengamalkan sebarang kaedahperancangan keluarga? Atau telah mengambil ujian kehamilan yang membuktikankepada anda perkara yang paling anda takuti?Anda baru sahaja menyedari tentang kehamilan anda, perkara yang sedang terlintasdi fikiran anda?• Tidak percaya• Terkejut.• Takut.• Cakap-cakap belakang dan pandangan sinis orang-orang di sekeliling.• Dipandang tidak bermoral.• Dipinggirkan oleh ahli keluarga.• Ayah kepada bayi di dalam kandungan anda enggan mengaku mahupunbertanggunggjawab.• Merasa kecewa, malu dan mungkin juga merasakan seolah-olah ingin mengambilnyawa sendiri.• Merasa keseorangan.• Anda takut anda akan dihukum.Usah takut! Berikut adalah berita BAIKKehamilan anda boleh jadi mendatangkan kebahagiaan dan juga ketakutan pada masayang sama. Tetapi anda tidak keseorangan. Perkara yang pertama yang anda perlubuat ialah mendapatkan sokongan dari rakan-rakan dan ahli keluarga. Anda juga bolehmendapatkan nasihat dan kaunselling daripada pelbagai pertubuhan wanita (rujuk kemukasurat 15 bagi senarai pertubuhan-pertubuhan yang boleh membantu).Hamil Dan SendirianApakah Pilihan Saya?4

Sewaktu MengandungSetiap kehamilan akan melalui 3 trimester.Trimester yang pertama berlangsung selama 3 setengahbulan pertama kehamilan. Sepanjang tempoh ini, andaakan merasa loya dan ingin muntah sepanjang hari, sakitatau ketegangan pada buah dada, serta mengalami kekerapanmembuang air kecil yang bertambah. Kebanyakan keguguranterjadi sewaktu trimester yang pertama, jadi anda perlu lebihprihatin terhadap sebarang perubahan yang abnormal.Trimester kedua pula sehingga bulan ke-enam dalam kehamilan dan biasanya merupakanperingkat yang paling mudah bagi wanita hamil. Perut anda akan semakin membesar tapipada masa yang sama anda akan mendapat tenaga anda semula. Rasa loya dan muntahmuntahyang dialami selalunya akan hilang atau berkurangan.Sewaktu mengalami trimester terakhir, anda mungkin akan merasa lebih sensitif,emosional dan cemas. Peningkatan saiz dan berat bayi dalam rahim pula akan meningkatkanlagi ketidakselesaan, dan menyumbang kepadasimptom seperti pengawalan pundi kencingSewaktu mengandung,yang lemah, kekejangan kaki dan sakit belakanganda sedang makan untuk 2yang teruk. Sentiasa mengambil langkah lebihorang. Oleh itu, makanlah denganberjaga-jaga. Angkat kaki ke atas sewaktu tidurbanyak makanan yang berzatdan berehat sekiranya kaki anda membengkak.seperti sayur-sayuran, buahbuahan,roti berserat tinggi, bijirinPerbanyakkan tidur, berehat, dan melakukansenaman yang ringan. Memakai kasut yang selesa. dan produk tenusu.Tidur di sebelah kiri anda, untuk melancarkanpengaliran darah. Dan letakkan bantal di antaralutut anda atau di bawah perut anda untuk menambahkan keselesaan.Elakkan daripada meminum minuman berkarbonat kerana ianya boleh menyebabkankekejangan. Alkohol dan kaffein adalah tidak dibenarkan sama sekali. Cubalah beberapajenis urutan yang boleh melegakan kaki yanglenguh dan badan yang kepenatan bagi wanitamengandung. Dan sentiasa berbincang denganTahu tak bahawa apabila andadoktor anda walau betapa kecil pun kebimbanganmengandung, suhu badan andaanda.meningkat? Oleh itu, pakai pakaianyang nipis dan selesa untukmenambahkan keselesaan.Hamil Dan SendirianApakah Pilihan Saya?5

BAHAGIAN 3 :Kekal Positif & MenjauhkanDiri dari KemurunganApa saja faktor-faktor yang membawa anda Pada satu malam, sayake status kehamilan anda adalah tidak sedang menonton sebuahpenting. Hanya setelah anda mengenalpastifikiran-fikiran negatif, barulah anda bolehperlawanan bola sepak di tv.Sebuah iklan ditayangkan danmenggantikannya dengan pemikiran yang iklan itu menceritakan tentangpositif. Berhenti hidup di masa yang lalu. Fokuskepada langkah-langkah positif yang anda bolehambil mulai sekarang. Masa depan anda masihlagi panjang.kegembiraan yang dirasai apabilamenjadi seorang ayah. Sayatersungkur dan menangis. Mulaisaat itu saya memutuskan untukbertanggungjawab ke atas anak1) Keyakinan dirisaya. – Tidak bernamaJangan lupa, “anda TIDAK melakukan apaapakesalahan. Walau apa sekalipun yangdikatakan oleh orang lain, usah khuatir. Anda tidak boleh didakwa atau dikenakantindakan undang-undang kerana mengandung”2) Memperbaiki masa laluAnda boleh mencuba untuk memperbaiki mana-mana hubungan yang telah terputusatau yang berhadapan dengan masalah. Tapi anda juga harus bersedia untukberhadapan dengan kemungkinan bahawa niat baik anda tidak akan dihiraukan danditolak. Sekurang-kurangnya, anda boleh mendapatkan keyakinan dan kepuasanbahawa anda telah mencuba yang terbaik.3) RealisasiIni merupakan perubahan yang besar di dalam hidup anda. Umpama kata orang,kasih ibu melimpah dari saat ibu itu membelai anaknya di dalam pangkuannya. Tapibagi kebanyakan ibu, perasaan itu bermula dari saat anak itu masih lagi di dalamkandungan.Hamil Dan SendirianApakah Pilihan Saya?64) Menerima bantuanUsah takut untuk mendapatkan bantuan, baik dari ahli keluarga, mahupun pelbagaipertubuhan dan organisasi sokongan yang sedia membantu. Pada mulanya, andamungkin merasa segan ataupun malu, namun setelah masa berlalu, anda akan mulamerasa tenang, selesa dan juga berterima kasih di atas pertolongan yang diterima.5) Anda boleh melakukannya!Ramai wanita yang telah berhadapan dengan situasi yang sama seperti anda, dankembali muncul lebih kuat dari sebelumnya.

BAHAGIAN 4 :Merancang & MemulakanPersiapan KelahiranBerikut merupakan beberapa langkah yang bolehanda ambil untuk memastikan bahawa anda sudahbersiap-sedia untuk kelahiran anak:• Kerap mendapatkan pemeriksaan prenatal.Wanita mengandung adalah dinasihatkan untukmenjalankan pemeriksaan setiap 2 minggusekiranya sudah 7 bulan mengandung, dansetiap 1 minggu sekiranya sudah memasuki8 bulan. Pemeriksaan ini amatlah pentingkerana ianya boleh menyelamatkannyawa anda dan bayi di dalam kandungansekiranya terdapat sebarang komplikasi.Pemeriksaan prenatal dan postnatalboleh didapati secara PERCUMA di semua klinikkerajaan tanpa mengambil kira status perkahwinan anda.Oleh itu, jangan takut untuk mendapatkan pemeriksaan.• Rancang dimana anda akan melahirkan anak. SETIAP wanita berhak untukmelahirkan anak di hospital kerajaan pada kos yang minimal. Namun begitu,sesetengah hospital memerlukan pembayaran deposit, dan sesetengah pula tidak.• Merancang masa depan. Membuat perancangan masa hadapan bagi anda dan jugabayi anda. Anda perlu menentukan samada anda ingin membesarkan bayi ini, ataumemberikannya untuk diambil sebagai anak angkat.• Mendapatkan sokongan. Adalah amat penting untuk anda dikelilingi oleh orang-orangyang anda sayangi yang turut mengambil berat dan menyayangi diri anda. Janganmerasa segan untuk menerima bantuan samada dari segi kewangan, emosional, ataudalam apa-apa bentuk bantuan sekalipun.• Rancang kewangan anda. Wang merupakan aspek yang amat penting. Jangan lupa,anda akan menanggung perbelanjaan untuk 2 orang tidak lama lagi.Hamil Dan SendirianApakah Pilihan Saya?7

BAHAGIAN 5 :Pilihan AndaSesukar mana sekalipun situasi yang sedang andahadapi, anda perlulah memikirkan secara tenang danmendalam tentang bagaimana setiap satu pilihan iniakan mempengaruhi hidup anda, bagi membuat pilihanyang sebaiknya. Berikut merupakan pilihan-pilhannya:1) Pengangkatan AnakMemberikan bayi untuk diambil sebagai anak angkat merupakan perkara yang amatsukar untuk dilakukan. Ingatlah bahawa anda adalah orangnya yang akan meneruskankehamilan ini, melahirkan anak dan seterusnya menyerahkannya kepada orang lain.Bolehkah anda menerima hakikat bahawa anak itu akan dibesarkan oleh orang lain,dan berdepan dengan kemungkinan bahawa anda tidak akan melihat anak itu lagi? Inimerupakan perkara-perkara yang anda perlu pertimbangkan.Terdapat 2 kaedah pengambilan anak angkat:i) Mengikut Akta Pengangkatan 1952 (Akta 253)(kegunaan orang bukan Islam sahaja):Kedua ibu bapa angkat (yang bukan beragama Islam) boleh menfailkan petisyen kemahkamah sesyen atau mahkamah tinggi selepas tiga bulan anak itu berada di bawahpenjagaan mereka. Melalui kaedah ini, sijil kelahiran anak ini akan diperbaharuidengan memasukkan nama ibu bapa angkat sebagai ibu bapa anak itu. Ibu kandungnyapula secara automatik akan kehilangan semua hak-haknya ke atas anak itu.ii) Mengikut Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 257)(kegunaan orang Islam & bukan Islam):Ibu bapa angkat itu hendaklah telah membesarkan anak itu, dan memiliki buktipenjagaan, pemeliharaan dan pendidikan anak itu untuk tempoh minima 2 tahun.Selepas 2 tahun, pengangkatan itu boleh didaftarkan. Ibu bapa angkat itu bolehlahmemohon kepada mahkamah untuk mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negarauntuk memperbaharui sijil kelahiran anak itu dengan memasukkan nama ibu bapaangkatnya. Ibu kandungnya pula secara automatik akan kehilangan semua hakhaknyake atas anak itu.Hamil Dan SendirianApakah Pilihan Saya?8

Apa yang perlu anda tahu jika anda ingin memberikan anak untuk pengangkatananak:• Sekiranya anda ingin mengambil kembali anak anda selepas memberikannyauntuk pengangkatan dan ianya telahpun diluluskan, anda TIDAK akan bolehmendapatkan anak itu kembali melainkan pengangkatan anak yang berdaftaritu dibatalkan oleh perintah mahkamah terlebih dahulu.• Sebarang kemungkinan untuk anda menemui anak anda di masa hadapanadalah tertakluk kepada sebarang perjanjian antara anda dan keluarga angkatitu sendiri. Tidak ada sebarang undang-undang yang mewajibkan keluargaangkat itu untuk memberikan kebenaran untuk anda bertemu dengan anakanda.• Sebarang permohonan untuk pengangkatan bolehlah dilakukan melaluiJabatan Kebajikan Masyarakat, atau Pegawai Kerja Sosial Perubatan daripadahospital-hospital yang berkenaan.• Seringkali, Pegawai Kebajikan ataupun Pegawai Kerja Sosial Perubatan akanmenemubual ibu kandung serta keluarga angkat terlebih dahulu.• Anda boleh memilih samada ingin bertemu dengan keluarga yang inginmengambil anak anda sebagai anak angkat atau tidak.Berhadapan dengan pengangkatan anak.Kemungkinan besar terdapat pelbagai faktoryang mempengaruhi keputusan anda untukmeletakkan anak anda untuk proses pengambilananak angkat. Seringkali seseorang ibu itu tidakmahu melepaskan anaknya, namun kekurangansistem sokongan, situasi kewangan yang tidakstabil, serta keengganan memberitahu ahlikeluarga tentang kehamilan dan sebagainyamemaksa mereka untuk menempatkan anakuntuk pengangkatan.Sebagai seorang ibu, sayamerasakan bahawa memilihuntuk meletakkan bayi yang sayasendiri tidak mampu membesarkanuntuk pengangkatan anakmerupakan pengorbanan yang palingbesar yang seorang ibu bolehlakukan untuk anaknya.- Tidak bernamaSelepas pengangkatan, anda akan mengalami emosi yang bercampur-aduk. Anda mungkinakan merasa marah, sedih atau sakit hati kerana tidak dapat membesarkan dan membinahubungan dengan anak anda, ataupun merasa lega, tenang dan positif tentang keputusanyang telah anda ambil dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Tetapi hampir setiapibu akan merasa curiga akan keadaan anak mereka apabila anak itu mencecah umuryang penting seperti memulakan atau menamatkan persekolahan, berkahwin mahupunmendapatkan anak mereka sendiri.Hamil Dan SendirianApakah Pilihan Saya?9

Apakah yang boleh anda lakukan untuk merasa lebih baik?• Mendapatkan kaunseling• Bercakap dengan ahli keluarga atau rakan• Menuliskan perasaan di dalam diari• Menulis surat kepada anak anda walaupun surat itu tidak akan diposkan.Ini antara contoh kaedah-kaedah yang positif untuk berhadapan denganperpisahan ini.Membesarkan anakSeandainya anda merasakan bahawapengangkatan anak bukanlah pilihan yang sesuai,anda juga boleh memilih untuk membesarkananak anda.Bersiap sedia dengan cabaran-cabaran yangterpaksa anda hadapi. Masyarakat masih lagimempunyai persepsi yang serong terhadap wanitatunggal yang hamil. Pandangan serong, kritikandan pemulauan ini amatlah menyedihkan, tetapiia juga merupakan hakikat sebenar buat masa ini.Anda perlulah menyiapkan diri, tetapi pada masayang sama anda tidak perlu sama sekali merasabersalah mahupun meminta maaf .Sebelum anda membuatkeputusan, tanya diri andasoalan-soalan ini…1) Mampukah anda membesarkanseorang bayi?2) Bersediakah anda dari segifizikal, emosional, dan kewangan?3) Bolehkah anda membesarkananak ini sekiranya ayah kepadaanak anda telah meninggalkan/enggan bertanggungjawab/ataumungkin juga telah menyeranganda?Apabila kehamilan sayadiketahui oleh ibu saya, beliauterus menghalau saya keluardari rumah. Pada masa itu sayamerasa amat keseorangan. Tetapi,setiap kali saya merasa putusasa, saya akan menatap wajahanak, dan saya akan merasa kembalibertenaga.Bersiap sedia juga untuk saat-saat anak andamembesar, melalui kehidupan, menghadiripersekolahan, berkahwin dan seterusnyamendapatkan anak mereka sendiri, bahawamereka juga mungkin terpaksa berhadapandengan pandangan serong masyarakat. Sebagaiseorang ibu, anda perlulah bersedia dan berhatihatidalam menangani kemarahan dan persoalananak anda dengan sebaiknya.Hamil Dan SendirianApakah Pilihan Saya?10Dan sebaliknya juga, anda mungkin antaraindividu yang bertuah. Ibu bapa anda boleh jadiamat gembira dengan kedatangan cucu dan sudimenjaga anak anda sementara anda pergi kerja/belajar. Jiran tetangga dan rakan-rakan anda pulasentiasa memberikan sokongan.

Oleh itu, sekiranya menjadi seorang ibu merupakan sebahagian daripada agenda hidupanda pada masa ini, jangan sesekali membiarkan orang lain meyakinkan anda bahawaanda tidak mungkin atau tidak layak melakukannya. Dan sekiranya anda memilih untukmembesarkan anak anda sendiri, yakinlah bahawa ramai lagi ibu tunggal yang cekal dandengan berbekalkan semangat yang kuat, akhirnya berjaya menemui kebahagiaan dalamhidup mereka.Berikut merupakan antara bentuk-bentuk yang bantuan yang terdapat untukibu tunggal (juga rujuk ke mukasurat 15 ):• Rumah kanak-kanak - Terdapat pelbagai rumah kanak-kanak di seluruhMalaysia yang boleh anda menempatkan anak sementara anda menyesuaikandiri.• Pertubuhan-pertubuhan ibu/bapa tunggal - Terdapat pelbagai pertubuhanpertubuhanyang menawarkan bermacam-macam bentuk bantuan daripadabantuan kewangan, peluang pekerjaan, kepada barang-barang keperluanrumah khas kepada ibu/ayah tunggal.• Rumah perlindungan wanita - Rumah perlindungan ini dapat menyediakantempat tinggal untuk anda sementara anda menanti kelahiran bayi dan jugabeberapa ketika selepas kelahiran bayi itu. Selepas beberapa masa, anda harusjuga keluar dan mencari tempat tinggal sendiri.PengguguranTerdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membuatkeputusan. Pengguguran tidak semestinya penyelesaian yang terbaik bagi setiap individu.Walau apa sekalipun pilihan anda, pastikan bahawa ianya merupakan keputusan andasendiri tanpa desakan orang lain. Sekiranya anda masih lagi tidak dapat membuatkeputusan, telefonlah mana-mana organisasi yang tersenarai di belakang dan bercakapdengan kaunselor yang sedia membantu. Pengguguran dibenarkan oleh pengecualian dibawah Seksyen 312 Kanun Keseksaan, asalkan ianya dilakukan oleh seorang doktor yangberdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 apabila adanya situasi-situasi berikut:1) Terdapat risiko kecederaan terhadap kesihatan fizikal dan nyawa wanita mengandung.2) Terdapat risiko kecederaan terhadap kesihatanmental wanita mengandung.Tempoh masa yang optimum untuk mendapatkanpengguguran adalah sebelum kandungan itumencecah 9 minggu. Tetapi, seperti dalam manamanaprosedur perubatan yang lain, risikonyatetap wujud, dan risiko itu akan meningkatsemakin lewat anda menjalankan pengguguran.Oleh itu, pastikan bahawa anda mendapatkanperkhidmatan daripada doktor yang bertauliahatau anda mungkin akan membahayakannyawa sendiri.Jika anda mengalami :· Pendarahan teruk selama 3 hingga5 minggu· Demam panas melebihi 48 jam· Tidak ada tindakbalas terhadapmana-mana ubat tahan sakit· Darah dalam air kencingAnda mesti berjumpa doctorsecepat mungkin.Hamil Dan SendirianApakah Pilihan Saya?11

Sekiranya anda memilih untuk melakukan pengguguran, anda tidak keseorangan.Kebanyakan wanita akan merasai pelbagai jenis emosi seperti sedih, gembira, kehilangan,tenang, lega atau mungkin juga bersalah. Perasaan yang dirasai adalah berbeza untuksetiap individu, dan akan berubah dengan peredaran masa. Tidak perlu terburu-buru,dan ambil seberapa masa yang perlu untuk anda berdepan dengan emosi-emosi yangsedang anda hadapi.Sekiranya anda baru sahaja melakukan pengguguran, berikut merupakanbeberapa perkara yang perlu anda ingat dan lakukan:• Mencari jalan atau cara untuk meluahkan perasaan anda kepada seseorangyang sudi mendengar dan memahami. Sekiranya anda tidak mempunyaisesiapa yang anda boleh bercakap, telefonlah mana-mana talian bantuan yangterdapat di belakang buku ini.• Menjaga kesihatan diri, fizikal dan juga emosi.• Mendapatkan tidur dan makan yang secukupnya, dan melakukan aktivitiaktivitiyang anda gemari.Apakan hak-hak anda sebagai ibu tunggal?Adakah anda kenal bapa kepada bayi anda? Dan anda ingin memaksa dia untuk turutmemikul tanggungjawab bagi menyara anak anda, berikut adalah apa yang anda bolehlakukan.Bagi ibu tunggal yang bukan beragama Islam, mengikut undang-undang, anda perlulahterlebih dahulu membuktikan bahawa lelaki itu adalah bapa kepada bayi anda samadamelalui ujian DNA atau sebarang bukti yang anda miliki. Sekiranya bapa kepada bayianda enggan menjalankan ujian DNA, anda bolehlah memohon kepada mahkamah untukmemaksa lelaki itu untuk mengambil ujian itu. Menggunakan bukti-bukti yang anda miliki,anda boleh memohon kepada mahkamah untuk mewajibkan si bapa untuk membayar kospembiayaan anak itu pada jumlah yang berpatutan.Bagi ibu tunggal yang beragama Islam, malangnyaundang-undang tidak ada menawarkan hakyang sama.Hamil Dan SendirianApakah Pilihan Saya?12Tetapi, anda harus ingat bahawa sekiranyaanda tidak mampu untuk menyara ataumembiayai anak itu, anda bolehlah berhubungdengan jabatan kebajikan masyarakat untukmendapatkan bantuan.

Perubahan peringkat hormon akan seringkalinya membuatkan anda merasaseperti ingin menangis, marah, murung, dan lemah atau rendah diri dan emosionalantara tiga hingga lima hari selepas bersalin. Tempoh masa ini dikenali sebagai‘baby blues’, dan dipercayai disebabkan oleh perubahan hormon yang mendadakdan hanya akan dialami selama beberapa hari sahaja. Kemurungan selepas bersalinatau ‘post-partum depression’ pula selalunya bertahan lebih lama dan lebih parah.Sekiranya ‘baby blues’ anda masih lagi tidak pulih selepas 2 minggu, dapatkanlahkhidmat nasihat dari seorang doktor.Bagaimana cara untuk mendaftarkan kelahiran anak anda?Pendaftaran kelahiran adalah percuma dan hak setiap bayi yang lahir. Anda akanmenerima borang untuk pendaftaran kelahiran daripada hospital di mana andabersalin. Menggunakan borang itu, anda boleh pergi mendaftarkan kelahiran anakanda di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Anak anda PASTI akan menerima sijil kelahiran. Nama anda pula akan didaftarkansecara automatik di dalam sijil kelahiran itu sebagai ibu kepada anak anda.Bagi seorang bayi yang dilahirkan oleh ibu tunggal mengandung bukan Islam,berdasarkan undang-undang, jika mana bapa kepada bayi itu hadir pada masapendaftaran kelahiran, tanpa mengambil kira samada kedua ibu bapa bayi itu telahberkahwin atau tidak, nama bapa itu boleh dimasukkan ke dalam sijil kelahiranbayi itu.Bagi seorang bayi yang dilahirkan oleh ibu tunggal mengandung beragama Islampula, berdasarkan undang-undang, kedua ibu bapa bayi itu WAJIB memiliki sijilperkahwinan yang membuktikan bahawa mereka sudah berkahwin sekurangkurangnya6 bulan sebelum kelahiran bayi itu. Oleh itu, tidak kira samada bapakepada bayi itu hadir atau tidak sewaktu proses pendaftaran, nama bapa tetap akandidaftarkan sekiranya ada sijil perkahwinan. Dan sebaliknya juga, nama bapa bayiitu tetap tidak boleh didaftarkan jika tidak ada sijil perkahwinan sekalipun beliauhadir sewaktu proses pendaftaran.Hamil Dan SendirianApakah Pilihan Saya?14Dalam kes di mana nama bapa tidak didaftarkan, ruang bagi nama bapa di dalam sijilkelahiran akan dibiarkan kosong.

BAHAGIAN 7 :Senarai Agensi-agensi & Organisasiorganisasiyang menawarkan bantuanBerikut merupakan senarai organisasi dan agensi yang menawarkan kaunselingdan/atau perlindungan untuk wanita tunggal yang hamil.Women’s Aid Organisation (WAO)P.O. Box 493, Jalan Sultan46760 Petaling Jaya, SelangorTel: 03-7956 3488Email: wao@po.jaring.myWebsite: www.wao.org.myWomen’s Centre for Change (WCC)24-D, Jalan Jones,10250 Pulau PinangTel: 04-2280 342Fax: 04-2285 784Email: wcc@wccpenang.orgDarul Saadah Pusat Pertolongan WanitaKg. Delima, Jalan Jambu LautKg. Batu Lima, Jalan Ipoh51200 Kuala LumpurTel: 03-6257 0960Pusat Kebahagiaan Wanita & Remaja(KEWAJA)19, Jalan SG5/4, Taman Seri Gombak68100 Batu Caves, SelangorTel: 03-4025 4755Email: kewaja@gmail.comGood Shepherd Sisters (RGS)Good Shepherd Convent4, Jalan Canning Estate, Canning Garden31400 Ipoh, PerakTel: 05-5472 085Fax: 05-5488 749Rujukan• Gallion, Mari. The Single Women’s Guide to a Happy Pregnancy. South Carolina:BookSurge Publishing, 2006.• Soll, Joe. Adoption Healing…A Path to Recovery. New York: GateWay Press Inc, 2000.• Mohd., Azizah. Illigitimate Child; An Analysis: Comparative Study Between Civil &Muslim Law. Dissertation for Master of Comparative Laws, International IslamicUniversity, 1995.• Franklin, Donald Joseph. The Legal Status & Issues of Abortion in Malaysia. 19thCongress of the Obstetrical & Gynecological Society of Malaysia. Sabah: June 2009.• Bandolier Extra: Evidence Based Healthcare Newsletter. Healthy Post-natal Care.December 2001.• http://www.womenshealth.gov The Federal Government Source for Women’s Health.• http://www.sistersinislam.org.my Sisters in Islam• http://standupgirl.com Stand Up GirlHamil Dan SendirianApakah Pilihan Saya?15

Konsep oleh Shoba AiyarDiedit oleh Annie VargheseKajian & tulisan oleh Noor Diyana YahayaDikoordinasikan & diedit oleh Ivy Josiah & jutaan penghargaandan terima kasih kepada semua Pegawai Sosial di PertubuhanPertolongan Wanita (WAO) di atas sumbangan yang tidak terkira.WOMEN’S AID ORGANISATIONPERTUBUHAN PERTOLONGAN WANITADENGAN SOKONGANHamil Dan SendirianApakah Pilihan Saya?16WAOPO BOX 493, Jalan Sultan, 46760 Petaling Jaya, Selangor, MalaysiaTel : 603-79575636 Fax : 603-79563237 Emel : wao@po.jaring.mywww.wao.org.my

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!