30.07.2015 Views

Ulasan Pementasan: 'Muzikal Tun Mahathir' Musim ... - Wacana Seni

Ulasan Pementasan: 'Muzikal Tun Mahathir' Musim ... - Wacana Seni

Ulasan Pementasan: 'Muzikal Tun Mahathir' Musim ... - Wacana Seni

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

103Nur Afifah Vanitha Abdullahterkesan secara emosi serta intelektual. Namun dalam konteks MTMmp, teater ini kurangberjaya menjentik emosi serta intelektual penontonnya. Ketokohan, sumbangan danpengorbanan <strong>Tun</strong> Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri yang memacu Malaysia ke arahnegara membangun kurang terserlah. Hal ini menyebabkan watak <strong>Tun</strong> Dr. Mahathir sebagainegarawan ulung dalam teater ini kurang dirasai.Masalah utama skrip MTMmp adalah pada genrenya. Ia tidak layak dikategorikan sebagaigenre komedi mahupun melodrama kerana protagonisnya, <strong>Tun</strong> Dr. Mahathir, inginditampilkan sebagai seorang tokoh negarawan yang ulung yang banyak mengharungipengorbanan dan rintangan untuk mencapai matlamatnya. Disebabkan ciri ini maka skripMTMmp sesuai bergenre tragedi. Ciri protagonis dalam sebuah skrip bergenre tragedilazimnya adalah seorang yang terkenal dalam kalangan masyarakatnya dengan pencapaianyang unggul (Banham 1990: 1002). Protagonis dalam skrip drama bergenre tragedi harusditonjolkan dengan satu kelemahan dalam bentuk keinginan, impian, cita-cita, matlamat,tabiat atau sikap berlebihan yang mempengaruhi segala tindakannya (aksi) bagi mencapaimatlamat utama watak tersebut. Kelemahan ini harus menjadi hambatan kepada protagonisdalam mencapai matlamatnya, dari awal sehingga akhir plot. Hambatan-hambatan iniakan wujud sebagai krisis-krisis kecil yang seterusnya melahirkan satu krisis besar padatahap klimaks plot, dan akhirnya menyebabkan perubahan nasib pada watak protagonis(Ommanney 1960: 91). Krisis-krisis kecil dan besar yang dihadapi oleh protagonis ini amatpenting dalam menonjolkan keunggulan watak utamanya.Keinginan, impian, cita-cita, matlamat, tabiat atau sikap ini boleh sahaja dalam bentuk positifataupun negatif untuk genre tragedi. Apa yang penting adalah, ia harus bersifat keterlaluansehingga mengancam pencapaian matlamat utama protagonis. Pada peringkat klimaks,apabila protagonis berhadapan dengan krisis utama, watak ini akan menghadapi kekalahandan seterusnya mengalami perubahan nasib pada penghujung plot (peringkat peleraian plot).

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!