30.07.2015 Views

smk iskandar shah - Program Persediaan Universiti SMK Seri ...

smk iskandar shah - Program Persediaan Universiti SMK Seri ...

smk iskandar shah - Program Persediaan Universiti SMK Seri ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH 77000JASIN, MELAKA.PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNANTINGKATAN 6 ATAS (2011)“ISU KEGIATAN PONTENG KOKURIKULUM DALAMKALANGAN PELAJAR DI <strong>SMK</strong> ISKANDAR SHAH”NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD ZULHIELMIE BIN ISHAK KHAIRUL KHAZUAN BIN KASIM NIRMANI A/P GOBAL SERVAI AINUR ASHIKIN BT ZAINUL ABIDINGURU PENASIHAT: PN. BADARIAH BTE JANTAN


ISI KANDUNGANPenghargaan 1Abstrak 2Pengenalan 3Objektif Kajian 4Tujuan Kajian 4Skop Kajian 4Persoalan Kajian 5-6Batasan Kajian 7Hasil Kajian 8-14i. Punca-punca pelajar ponteng kokurikulumii.iii.Cara-cara mengatasi kegiatan ponteng kokurikulumKesan-kesan kegiatan ponteng kokurikulumKesimpulan 15-16Lampiran 1 17Lampiran 2 18-19Lampiran 3 20-30Saranan Kajian 31Bibliografi 32i


PENGHARGAANAlhamdulillah,bersyukurkita ke hadrat Allah s.w.t kerana akhirnya kamidapat menyiapkantugas kami iaitu penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagaikajian untuk murid tingkatan 6 atas(2011) dalam jangka masa yang ditetapkan.Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkanribuanterimakasihkepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan moraldanbantuan kewangan bagi membolehkan kami melaksanakan tugasan ini.Kamijuga mengucapkan terima kasih kepada Guru Penolong Kanantingkatan 6 iaitu EncikJalaludin bin Ahmad dan juga kepada guru penasihat kajian kami iaituPuan Badariah bte Jantan yangtelah memberi tunjuk ajar kepada kami untuk mendapatkanmaklumat dan menyiapkan kajian ini.Ucapan terima kasih juga kepada pengetua sekolah iaitu Encik Zolkaply bin Yunuskerana telahmenyediakan bahan-bahan rujukan seperti buku-bukuilmiah,jurnal dan memberi kebenaranuntukmenggunakan perkhidmatan internet di PusatSumber Sekolah.Kami juga ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada rakan kelaskami yang memberisokongan moral dan idea untuk menyiapkan kajian ini.Akhir sekali kami juga menyampaikan setinggitinggipenghargaan kepadapihak Majlis PeperiksaanMalaysia kerana memberi peluang untukmenjalankan penyelidikanbagi mendapatkan maklumat untuk hasil kajian kami.1


ABSTRAKGejala ponteng aktiviti kokurikulum memberikan kesan negative secara langsungkepadapelajar, sekolah dan masyarakat umumnya. Sekiranya seseorang pelajar ponteng kokurikulum,mereka akan rugi dari segi akademik dan markah merit kokurikulum kerana tidak dapat mengikutipengajaran dan aktiviti kokurikulum di bilik darjah dan di luar bilik darjah. Imej sekolah juga akanterjejas dari segi pencapaian dalam keputusan akademik dan kokurikulum disebabkan masalah ini.Manakala masyarakat pula akan berhadapan dengan pelbagai masalah social seperti berjudi, merokok,mengambil dadah, melepak dan sebagainya yang akan memberikan bebanan kepada masyarakat.Tujuan kajian kes ini adalah untuk melihat fenomena ponteng kokurikulum dalam kalanganpelajar di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH 77000, JASIN MELAKA.Subjek kajian adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 6 yang segelintir dari mereka seringmelakukan keguatan ponteng aktiviti kokurikulum.Melalui kajian ini, kami mengkaji punca-punca darisegi individu, keluarga, sekolah dan persekitaran di samping mengkaji arah aliran ponteng kegiatankokurikulum di <strong>SMK</strong> ISKANDAR SHAH. Kami berharap agar hasil kajian ini dapat digunakansebagai panduan dan rujukan oleh pihak sekolah, ibubapa, Jabatan Pendidikan dan mana-manaindividu yang berminat untuk mengkaji isu ini dalam membanteras gejala kegiatan pontengkokurikulum.2


PENGENALANPonteng berlaku di semua peringkat sama ada peringkat sekolah rendah, sekolah menengahdan peringkat universiti. Ponteng kokurikulum merupakan perlakuan yang menyalahiperaturan sekolah,jika pelajar dibiarkan dengan ponteng kokurikulum, hal ini boleh menyebabkan menjadi satu amalanatau tabiat dan ianya boleh membawa kepada kesan negative terhadap diri pelajar sendiri danjugasekolah. Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkanseseorang pelajar hilang sifatbertanggungjawab dan akan melibatkan diri dengankegiatan-kegiatan negatif.Aktiviti kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yangterancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalambilikdarjah dan diluar bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluangkepada pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dannilai–nilai yang telah dipelajarinya. Gerak kerja kokurikulum ini dikelompokkan kepada tigakumpulan iaitu unit badan beruniform, persatuan/kelab, dan sukan/permainan.3


OBJEKTIF KAJIAN• Mengenal pasti punca berlakunya kegiatan ponteng kokurikulum di sekolah.• Mengkaji cara-cara untuk mengatasi kegiatan ponteng kokurikulum di sekolah• Menyedarkan para pelajar tentang kepentingan mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah.• Mengenal pasti kesan yang berlaku apabila terjebak dengan kegiatan ponteng kokurikulumTUJUAN KAJIANKami melakukan kajian ini untuk mengenal pasti punca-punca para pelajar melakukankegiatanponteng kokurikulum, kesan-kesan yang berlaku, dan cara-cara untuk mengatasi masalah ini. Selain itu,kajian ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar supaya tidak terlibat dengankegiatan yang tidak berfaedah ini.SKOP KAJIANSkop kajian kami tertumpu kepada para pelajar di <strong>SMK</strong> Iskandar Shah, Jasin dari pelajartingkatan satu hingga enam.Responden kami terdiri daripada 135 orang pelajar iaitu 58 orang pelajarlelaki dan 77 orang pelajar perempuan.4


PERSOALAN KAJIANPersoalan yang diajukan berdasarkan kajian kami iaitu isu ponteng kokurikulum yangmempengaruhi pelajar di <strong>SMK</strong>Iskandar Shah.Hal ini berlaku kerana pelbagai faktor yangmempengaruhi seperti faktor keluarga,faktor persekolahan dan faktor persekitaran.Darisegi faktor individu ianya berlaku disebabkan oleh pelajar itu sendiri seperti mempunyaimotivasi yang rendah, mempunyai sikap yang negatif terhadap kokurikulum, tidak memberikanperhatian tentang aktiviti kokurikulum dan tidak mengambil tahu atau bahagian dalam aktivitikokurikulum.Dari segi faktor keluarga yang telah berlaku beberapa persoalan ialah factor keluargayang tidak mengambil berat tentang prestasi akademik dan aktiviti kokurikulum anak-anakmereka. Selain itu, terdapat faktor sosio-ekonomi, dimana anak-anak sepatutnya menghadiriaktiviti kokurikulum tetapi terpaksa membantu ibu bapa mereka bagi tujuan menyara keluarga.Kesan-kesan emosi juga boleh menyebabkan ponteng boleh berlaku seperti keluarga yang porakperanda menyebabkan anak-anak menjadi risau dan tidak tenteram dan tidak mahu hadir sekolahuntuk menjalankan aktiviti disekolah seperti aktiviti kokurikulum.Faktor keadaan disekolah memainkan peranan yang penting dalam isu pontengkokurikulum ini berlaku. Faktor persekolahan yang kurang memberangsangkan adalah penyebabkepada pelajar ponteng dalam kegiatan aktiviti kokurikulum. Contohnya, sekolah yangmempunyai peraturan yang terlalu ketat menyebabkan pelajar berasa takut untuk hadir kesekolah. Tambahan lagi, hubungan diantara murid dan guru yang kurang mesra, kurang tenagapengajar yang mempunyai kemahiran dan lain-lain mengenai aktiviti kokurikulum yangmenyebabkan pelajar ponteng.5


Selain itu, keadaan persekitaran seperti rakan sebaya juga boleh mempengaruhi pontengini berlaku. Masalah seperti pengangkutan juga mempengaruhi ponteng ini berlaku keranakebanyakkan pelajar tinggal berjauhan dengan kawasan sekolah. Pelajar perlu pulang kerumahdengan lebih awal kerana mereka tiada pengangkutan untuk pulang ke rumah.6


BATASAN KAJIANSemasa kajian dijalankan, terdapat pelbagai halangan yang membataskan pelaksanaankajian kami.Antara halangan yang terpaksa kami hadapi adalah apabila mengedarkan borang soalselidik yang perlu dipenuhi oleh responden.Terdapat responden yang tidak memberikan kerjasamaketika kami melakukan soal selidik di sekitar Bandar Jasin. Hal ini mempengaruhi masa untukpelaksanaan kajian kami. Selain itu, tempoh yang diberikan adalah selama 5 bulan menyebabkan kamimencuba sedaya upayat memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk.menyiapkan kajian ini.Kekurangan ahli kumpulan juga merupakan salah satu sebab yang menjadi batasan kajian kami.7


HASIL KAJIANPunca-punca pelajar ponteng kokurikulum.Dalam kajian kami,terdapat beberapa faktor atau punca yang menyebabkan pelajar diS.M.K.Iskandar Shah terlibat dalam gejala ponteng kokurikulum. Kami mendapati bahawa kegiatanponteng kokurikulum ini di pengaruhi dalam faktor individu dan keluarga. Ini merupakanpendapat yang sama yang didapati melalui soalselidik kepada pelajar. Dengan ini faktor individudan keluarga merupakan faktor menyebabkan pelajar ponteng kokurikulum berdasarkan kajiankami di S.M.K. Iskandar Shah ialah faktor individu iaitu pelajar menganggap aktivitikokurikulum ini tidak penting bagi dirinya sendiri. Buktinya, pada lampiran 3 di bahagian (b)seramai 123 orang pelajar mengakui atau bersetuju termasuk pelajar tingkatan 6 bahawa aktivitikokurikulum ini tidak penting bagi mereka.Hal ini berlaku disebabkan kebanyakkan pelajar di S.M.K. Iskandar Shah tidaksukamengikuti aktiviti kokurikulum ini kerana aktiviti yang dijalankan oleh pelajar itu sendiriyang kurang menarik. Guru merupakan pembimbing terhadap anak-anak muridnya untukmenjayakan aktiviti yang dirancangkan. Jika aktiviti yang dirancang menarik maka mereka akanberasa seronok. Contohnya mengadakan aktiviti menarik seperti kuiz, kawad kaki, danmengadakan perlawanan aktiviti sukan.Selain itu, faktor keluarga juga menyebabkan pelajar di<strong>SMK</strong> Iskandar Shah ponteng kokurikulum. Masalah ini mencatatkan seramai 110 orang pelajaryang tidak dipedulikan oleh ibu bapa mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum dalam kajiankami. Buktinya boleh dilihat pada lampiran 3 di bahagian b.8


Hal ini dikaitkan kerana terdapat segelintir ibu bapa tidak memperdulikan anak-anakmereka sama ada menyertai aktiviti kokurikulum ataupun tidak. Ibu bapa mereka hanyamementingkan pencapaian akademik berbanding kokurikulum.Punca-punca lain pelajar ponteng mengikut kajian:Bil PUNCA-PUNCA 5 4 3 2 11 Pelajar tidak suka pulang lambat kerumah. 18 9 23 34 512 Pelajar berasa penat ketika menyertai aktivitikokurikulum.11 29 26 37 323 Pelajar tidak suka menyertai aktiviti lasak. 55 26 32 12 104 Pelajar tidak suka aktiviti kokurikulum. 29 34 45 18 95 Pelajar malas menyertai aktiviti kokurikulum 20 28 44 19 146 Guru penasihat sentiasa marah-marah 50 43 27 9 67 Masalah pengangkutan 44 38 19 10 248 Pengaruh rakan mengajak ponteng kokurikulum. 54 29 27 14 119 Pelajar menganggap aktiviti kokurikulum membuangmasa47 36 38 12 29


CARTA PAI MENUNJUKKAN FAKTORBERLAKUNYA KEGIATAN PONTENGKOKURIKULUM DI <strong>SMK</strong> ISKANDAR SHAH28%11%61%INDIVIDUKELUARGALAIN-LAINCarta pai di atas menunjukkan peratus factor-faktor berlakunya kegiatan ponteng kokurikulum di <strong>SMK</strong>Iskandar Shah.Kegiatan ponteng kokurikulum berlaku berpunca daripada individu adalah sebanyak61%.Bagi masalah yang berpunca daripada keluarga adalah sebanyak 11% manakala bagi punca lainlainadalah sebanyak 28%.10


Cara-cara mengatasi kegiatan ponteng kokurikulum.Berdasarkan kajian yang dijalankan di S.M.K Iskandar Shah, masalah ponteng kokurikulum inikerap berlaku disebabkan sikap pelajar yang tidak mengendahkan langsung aktiviti kokurikulum ini.Bagi mengatasi masalah ponteng ini dari terus berlaku, terdapat beberapa langkah yang perlu diambiluntuk mengelakkan pelajar ponteng aktiviti kokurikulum. Antara langkah paling sesuai yang perludijalankan adalah :1. Menguatkuasakan peraturan sekolah berkaitan dengan kokurikulum.• Penguatkuasaan peraturan sekolah berkaitan dengan kokurikulum perlu dijalankankerana kokurikulum adalah bidang yang penting untuk melanjutkan pelajaran ke<strong>Universiti</strong>. Contohnya, pelajar yang terlibat dengan kegiatan ponteng kokurikulum iniperlu diberi hukuman yang sesuai seperti membersihkan kawasan persekitaransekolah. Sekiranya langkah ini berhasil, ini boleh menimbulkan perasaan takut dalamkalangan pelajar untuk ponteng kokurikulum.2. Pihak Kaunseling perlu mengadakan program motivasi terhadap pelajar yang ponteng.• Pihak kaunseling merupakan badan yang amat penting disekolah untuk memberikhidmat kaunseling atau motivasi dan tunjuk ajar terhadap yang melakukankesalahan sepertiponteng sekolah dan ponteng kokurikulum. Pemberian kaunselingyang berkesan terhadap pelajar yang bermasalah boleh meningkatkan daya pemikiranmereka tentang pentingnya aktiviti kokurikulum terhadap mereka.11


3. Peranan ibu bapa memberikan galakan supaya anak-anak mereka melibatkan diri dalamaktiviti kokurikulum.• Peranan Ibu bapa adalah penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadapanak-anak mereka. Ibu bapa mestilah mengetahui pergerakan anak-anak merekasupaya tidak terlibat dalam gejala ponteng. Selain itu, ibu bapa juga perlumeluangkan masadengan anak-anak untuk mengetahui perkembangan tentangakademik dan kokurikulum anak-anak mereka.4. Persatuan PIBG perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah ponteng kokurikulum ini.• Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang pentinguntukmengelakkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng kokurikulum. Merekaperlulah membuat perjumpaan yang lebih kerap diantara ibu bapa, pelajar dan guruuntuk membincangkan tentang prestasi anak-anak mereka dari segi akademikmahupun aktiviti kokurikulum.5. Peranan masyarakat yang bekerjasama dapat mengatasi masalah ponteng kokurikulum ini.• Masyarakat adalah orang yang selalu melihat gejala ponteng kokurikulum iniberlakudalam kalangan pelajar di kawasan-kawasan tertentu. Contohnya di kawasanpusat membelibelah, kedai komputer dan rumah-rumah kosong. Sekiranya,masyarakat melihat gejala ponteng kokurikulum ini berlaku dimana-manatempat,mereka perlulah bersikap prihatin supaya melaporkan kejadian ponteng kokurikulumini kepada pihak sekolah.12


Kesan-kesan kegiatan ponteng kokurikulumPonteng kokurikulum sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan keseronokan kepadapelajar. Malah, ia mendatangkan keburukan pada diri pelajar itu sendiri. Antara kesan-kesan negatifyang timbul ialah seperti berikut:1. Pembaziran masa dan tenaga• Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng kokurikulum adalah merugikan masa merekasendiri. Masa yang dibazirkan tidak akan dipulangkan ataupun dikembalikan. Jika merekadapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng aktiviti kokurikulumdan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang dankejayaanya dapat memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi akan datang.2. Masyarakat memandang serong terhadap pelajar• Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah kepada merekayangterlibat dengan ponteng dan ini secara tidak langsung mereka akan memalukanmaruah keluarga. Sebagai contoh,apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar sedangponteng sekolah ataupun kokurikulum, satu-satunya tanggapan mereka terhadap pelajartersebut adalah mereka ponteng. Masyarakat juga akan menyalahkan ibu bapa dan gurumereka kerana merekatidakdapat mendidik anak-anaknya dengan baik dan mengabaikantanggungjawab mereka sebagai penjaga dan pendidik.13


3. Masa Depan tidak terjamin• Kesan lain yang akan dihadapi oleh pelajar tersebut adalah mereka akanditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajarini akan hancur kerana mereka tidak lagi dipercayai oleh masyarakat dan negara.negara juga bakal menghadapi kekurangan bakal peneraju yang berwawasan padamasa akan datang.4. Menjejaskan markah kokurikulum kepada pelajar• Walaupun sudah dinyatakan kesan serta akibat daripada gejala ponteng kokurikulumini namun, masalah ponteng kokurikulum ini terus berlaku dalam kalangan pelajar.Risiko yang perlu ditanggung oleh pelajar disebabkan gejala ponteng kokurikulumlebih ditekankan kepada peratus kedatangan pelajar. Kedatanagn amat penting untukmemperoleh markah yang baik dalam kegiatan kokurikulum. Lazimnya para pelajaryang kerap ponteng dalam aktiviti kokurikulum dengan sendirinya turut menjejaskanrekod kehadiran kokurikulumnya. Markah penuh hanya boleh diberi untuk kehadiranmanakala aktiviti yang lain tidak akan mendapat markah penuh kecuali merekaterlibat dengan pertandingan antarabangsa dan mencapai johan dalam keseluruhansukan dan permainan. Hal ini boleh dirujuk pada lampiran 1.Kesannya lebihmerunsingkan sekiranya kehadiran pelajar terbabit tidak memuaskan, pemarkahankokurikulum mereka akan berkurangan dan tidak layak untuk meneruskan pelajaranke universiti.14


KesimpulanBanyak faedah yang diperoleh jika seseorang pelajar itu melibatkan diri dalamkegiatankokurikulum. Namun begitu,banyak pelajar yang tidak berminat untuk melibatkan diridalamkegiatan kokurikulum. Mereka menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalahmembuangmasa dan boleh dikatakan kebanyakan ibu bapa tidak rasa bersalah jika anak-anakmerekaponteng aktiviti kokurikulum. Para pelajar akan memanfaatkan waktu senggang merekadenganberfaedah jika melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Dengan menyertaikegiatankokurikulum, sikap berdisiplin juga dapat ditanam dalam diri pelajar-pelajar sekolah.Kegiatan kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru. Hal inisemestinya juga akan dapat memupuk sikap bekerjasama dan toleransi dalamkalangan pelajar.Perpaduan kaum penting untuk membentuk sebuah Negara yang amandamai,supaya rusuhankaum 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Lebih penting lagi, para pelajardapat meluaskan ilmupengetahuan melalui penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum.Dengan menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum, seorang pelajar dapat menyihatkan badandan mencerdaskan otak serta dapat membina keyakinan diri dalam mengharungikehidupan danini juga secara tidak langsung akan mengurangkan berlaku gejala sosial yangmelibatkan pelajarkerana masa lapang pelajar telah diisi dengan aktiviti yang berfaedah.15


Ponteng aktiviti kokurikulum.Ponteng diluar kawasan sekolah.16


LAMPIRAN 1PANDUAN PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM.ASPEK PENILAIANPenilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid/pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang disertaiadalah berdasarkan kepada empat aspek yang memperuntukkan markah seperti berikut:ASPEK PENILAIAN PERATUS MARKAHKehadiran 50Jawatan disandang 10Penglibatan 20Pencapaian 20JUMLAH 10017


LAMPIRAN 2Kelab/ Persatuan/ Sukan/ Seni bela diri:JAWATANPengerusi/ Presiden/ Kapten Pasukan/ Ketua Pasukan sukan/Permainan/ Ketua rumahMARKAHTimbalan Pengerusi/ Naib Pengerusi 8Setiausaha/ Bendahari 7Penolong Setiausaha/ Penolong Bendahari 6Ahli Jawatankuasa 5Ahli Aktif 4Ahli Biasa 110Markah aspek penglibatan(20%):PERINGKAT PENGLIBATANMARKAHSekolah 8Zon/ Daerah/ Bahagian 11Negeri 14Kebangsaan 17Antarabangsa 2018


Markah Aspek Pencapaian (20%)PERINGKAT PERTANDINGANMARKAHJohan Naib johan KetigaSekolah 8 7 6Zon/ Daerah/ Bahagian 11 10 9Negeri 14 13 12Kebangsaan 17 16 15Antarabangsa 20 19 1819


LAMPIRAN 3ANALISIS DATABahagian A1) JUMLAH PELAJAR YANG DISOAL SELIDIK :TINGKATANPELAJAR(ORANG)1 02 293 304 285 146 3440JUMLAH PELAJAR3530252015JUMLAH PELAJAR1050TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 TINGKATAN 620


2)MENGIKUT JANTINA:JANTINAPELAJAR (ORANG)PEREMPUAN 77LELAKI 58JUMLAH 13590JANTINA8070605040JANTINA3020100LELAKIPEREMPUAN21


3) MENGIKUT KETURUNAN:KETURUNANPELAJAR (ORANG)MELAYU 82CINA 22INDIA 31JUMLAH 13590KETURUNAN807060504030KETURUNAN20100MELAYU CINA INDIA22


4)PEKERJAAN IBU BAPA/PENJAGA:JENIS PEKERJAANIBU BAPA/PENJAGA (ORANG)KAKITANGAN KERAJAAN 72BEKERJA SENDIRI 63JUMLAH 13574PEKERJAAN IBU BAPA7270686664PEKERJAAN IBU BAPA626058KAKITANGAN KERAJAANBEKERJA SENDIRI23


5)JARAK ANTARA RUMAH DENGAN SEKOLAH:JARAK (KM)PELAJAR (ORANG)BAWAH 1 142-4 185-6 187-8 20LEBIH DARI 10 65JUMLAH 13570JARAK ANTARA RUMAH DENGAN SEKOLAH60504030JARAK ANTARA RUMAHDENGAN SEKOLAH20100BAWAH 1KM 2-4 KM 5-6 KM 7-8 KM LEBIH 10 KM24


7)JIKA TIDAK HADIR KE KOKURIKULUM DI MANAKAH ANDA BERADA?TEMPATPELAJAR (ORANG)DI RUMAH 105DI KOMPLEKS BELI-BELAH 2DI STESYEN BAS 2DI PONDOK 0BERSAMA KAWAN DI26TEMPAT LAINJUMLAH 135120JIKA TIDAK HADIR KE KOKURIKULUM DIMANAKAH ANDA BERADA?10080604020JIKA TIDAK HADIR KEKOKURIKULUM DI MANAKAHANDA BERADA?0RUMAHKOMPLEKS STESEN BAS PONDOKBELI BELAHTEMPATLAIN26


Bahagian BSkala :1 : sangat setuju2 : setuju3 : kurang setuju4 : tidak setuju5 : sangat tidak setujuBil. Soalan 5 4 3 2 18. Saya bosan menyertai aktiviti 29 24 44 22 16kokurikulum9. Saya tidak suka aktiviti kokurikulum 29 34 45 18 910. Saya malas menyertai aktiviti 20 28 44 19 14kokurikulum11. Aktiviti kokurikulum tidak penting 52 42 29 10 2bagi saya12. Aktiviti yang dilakukan tidak menarik 29 30 38 19 1913. Aktiviti kokurikulum membazirkan 47 36 38 12 2waktu14. Guru penasihat sentiasa marah 50 43 27 9 615. Pengangkutan masalah utama bagi saya 44 38 19 10 24menyertai kokurikulum16. Ibu bapa tidak peduli saya menyertai 62 22 26 8 17aktiviti kokurikulum atau tidak17. Rakan-rakan mengajak saya ponteng 54 29 27 14 11kokurikulum18. Ponteng akan menjejaskan markah 12 6 11 31 75kokurikulum19. Saya tidak suka balik lambat ke rumah 18 9 23 24 5120. Saya berasa penat apabila menyertai 11 29 26 37 32kokurikulum21. Saya tidak suka menyertai aktiviti lasak 55 26 32 12 1022. Saya akan bersembunyi apabila tiba 86 20 18 7 4waktu kokurikulum23. Saya melepak di pusat beli belah jika 113 12 5 1 4tidak hadir kokurikulum24. Saya dipaksa menghadiri kokurikulum 38 30 35 16 625. Membantu ibu bapa di rumah lebihbaik daripada sertai kokurikulum28 19 48 13 2727


GRAF SKALA MENGIKUT SOALAN YANG DISEDIAKAN6050403020sangat setujusetujukurang setujutidak setujusangat tidak setuju100Soalan 8 Soalan 9 Soalan 10 Soalan 116050403020sangat setujusetujukurang setujutidak setujusangat tidak setuju100Soalan 12 Soalan 13 Soalan 14 Soalan 1528


80706050403020sangat setujusetujukurang setujutidak setujusangat tidak setuju100Soalan 16 Soalan 17 Soalan 18 Soalan 19120100806040sangat setujusetujukurang setujutidak setujusangat tidak setuju200Soalan 20 Soalan 21 Soalan 22 Soalan 2329


6050403020sangat setujusetujukurang setujutidak setujusangat tidak setuju100Soalan 24 Soalan 2530


SARANAN KAJIANKami melakukan kajian ini untuk menyedarkan semua pihak tentang masalah ini. Pihaksekolahseharusnya lebih memainkan peranan mereka membanteras masalah ini. Peranan ibu bapa jugapenting dalam mengatasi masalah ini yang dilihat semakin menular dalam kalangan remaja. Pendidikanmoral dan sahsiah diri perlu diterapkan di dalam pembelajaran semasa di sekolah untuk membentukdiri para remaja.31


Bibliografi• Ghazali. (2011). Ponteng Kokurikulum.http://arghazali.blogspot.com• Teck Chong, (2010) Pearson Malaysia, Sdn Bhd. BahasaMalaysia Kertas 2. Aktiviti Kokurikulum. M/S 67.• Lohan (2011). Kokurikulum Sekolah.http://lohanranau.blogspot.com• Vendy (2011). http://studyworld.blogspot.com• Aiziz Yahaya (Januari 2011), Jurnal Teknologi, 54 (SainsSosial), Jan 2011 : 25-50. <strong>Universiti</strong> teknologi Malaysia.www.penerbit.utm.com.my/onlinejournal/54/S/JT54SS_Jan2011_02.pdf32

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!