smka sultan muhammad

ppusmkst.files.wordpress.com

smka sultan muhammad

ABSTRAKKajian ini menggunakan metod kualitatif. Kualitatif bermaksud lebih tertumpu kepadakualiti dan lebih bersifat deskriptif iaitu menghuraikan makna terhadap perkara yang dikaji. Iamemerlukan penakkulan yang mendalam terhadap kajian. Bagi tujuan tersebut, kami telahmenggunakan kaedah borang kaji selidik yang diedarkan kepada 45 orang respondanmerangkumi lelaki dan perempuan sebagai sampel kajian yang terdiri daripada penduduk melayukampung Solok Gaung, Ayer Molek, Melaka. Mereka juga terdiri daripada pelbagai peringkatumur iaitu berumur 16 hingga 45 tahun dan ke atas.Hasil daripada kajian ini, kami telah mendapati sebanyak 36 peratus orang lelaki dan 49peratus orang perempuan mengetahui mengenai jualan tempah. Manakala sebanyak 7 peratusbagi lelaki dan 4 peratus bagi perempuan tidak mengetahui mengenai jualan tempah ini. Selainitu, kami telah mendapati bahawa ada dikalangan mereka yang membuat tempahan kepada orangislam, bukan islam, dan kedua-duanya. Tempahan yang dibuat oleh respondan kepada orangislam sebanyak 83%, bagi respondan yang berurusan dengan orang bukan islam pula ialahsebanyak 4%, dan bagi yang membuat tempahan kepada orang islam serta bukan islam ialahsebanyak 4% juga. Tambahan pula, kebanyakan responden tidak mengetahui hukum jual tempahiaitu sebanyak 27% bagi kaum lelaki dan 38% bagi kaum perempuan.Secara konklusinya, masyarakat Islam sering melakukan jualan tempah sertakebanyakannya tidak mengetahui tentang hukum jual beli menurut islam dan kebiasaannnyamereka melakukannya dengan orang islam.1


PENGHARGAANBismillahirrahmanirrahim, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya dan inayah -Nya dapat kami siapkan tugasan yang diberi oleh guru kami. Kami juga merakamkan jutaanterima kasih kepada guru kami yang telah memberikan segala tunjuk ajar dalam menyiapkantugasan ini iaitu En.Mohd Nizam Bin Mokhtar dan Puan Salwani Binti Daud. Tidak lupa jugakami tujukan khas kepada kedua ibu bapa kami yang telah memberikan kebenaran keluar ,rakan- rakan seperjuangan, dan juga responden di Kg.Solok Gaung, Ayer Molek, Melaka yangturut memberikan kerjasama untuk melengkapkan tugasan ini. Kami juga berterima kasih kepadapihak sekolah yang telah memberi kepercayaan dan komitmen yang tinggi kepada kami untukmelakukan kajian ini.Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalamtugasan kami ini, segala kekurangan harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allahdan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri.Sekian,Terima kasih.2


PENGENALANSecara keseluruhannya, terdapat beberapa jenis jual beli yang dilakukan di kalangan masyarakatmelayu. Antaranya ialah jual beli tempah yang sering dilakukan dalam masyarakat melayuwalaupun mereka sendiri tidak mengetahui hukum sebenarnya.Maksud jual beli salam atau tempah menurut buku pengantar Fiqh yang dikarang oleh Ustaz Abd.Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali:Jual beli salam atau tempah ialah menjual barangan yang belum ada dihadapan, tetapidinyatakan sifat, kadar dan jenisnya. Menurut pengertian istilah syarak yang lebih luas ialah jualbeli yang dilakukan terhadap sesuatu barangan yang belum wujud pada waktu akad dilakukan,tetapi ia sudah ditentukan jenis, kadar harga dan sifatnya. Dalam keadaan lain juga, jual salamjuga dikenali juga dengan jual beli secara tempahan.Tempahan sesuatu barang seperti menempah sepasang baju, sebuah rumah, sebuah katil, dansebagainya. Ia merupakan satu prinsip kontrak jual beli yang diterima pakai sejak zamanRasulullah S.A.W dan para sahabat Baginda sehinggalah kini.Institut al-Qayyim dalam laman webnya al-qayim.net melalui artikelnya yang bertajuk Bai' al-Salamjual beli tempah ialah, Al-Salam dari sudut bahasa ‏(اللغة)‏ ialah al-Salaf ‏(السلف)‏ yang bermaksud ‏(التقديم)‏ iaitupendahuluan atau mendahulukan. Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’e,Bai’ al-Salam didefinasikan sebagai : Menjual sesuatu yang dinyatakan sifat-sifatnya dalam tanggungandengan lafaz al-Salam atau al-Salaf. Di dalam al-Fiqh ‘ala Mazahib al-‘Arba’ah menyatakan al-Salamialah bahasa penduduk Hijaz, manakala al-Salaf ialah bahasa penduduk Iraq.Sayyid Saabiq di dalam bukunya Fiqh al-Sunnah menyebut al-Salam dinamakan juga sebagai al-Salaf. Ianya penjualan sesuatu dengan dinyatakan sifat-sifatnya dalam tanggungan denganbayaran segera. Di bahagian nota kakinya disebut, (al-Salam yang dinamakan juga al-Salaf)diambil dari perkataan al-Taslif ‏(التسليف)‏ iaitu al-Taqdiim التقديم)‏ - Pendahuluan) kerana harganyadidahulukan kepada penjual.Di dalam buku Fiqh dan Perundangan Islam, Bai’ al-Salam didefinasikan sebagai menjualsesuatu yang bertangguh dengan yang segera, ataupun menjual suatu yang disifatkan dalam3


tanggungan, iaitu dengan mendahulukan harga dan menangguhkan barangan untuk ke suatutempoh. Dengan perkataan lain, ia menyerahkan tukaran yang ada untuk tukaran yang ditetapkansifatnya dalam tanggungan sehingga ke suatu tempoh.Ulama mazhab Syafie dan Hanbali mendefinasikannya sebagai satu akad ke atas suatu perkarayang disifatkan dalam tanggungan serta bertangguh dengan harganya diterima di dalam majlis‘akad berkenaan. Ulama Maliki pula mendefinasikan sebagai “jualan yang didahulukan hargadan ditangguhkan barangan ke suatu tempoh.”Para fuqaha’ ‏(الفقھاء)‏ menamakan juga Bai’ al-Salam ini sebagai al-Mahaawiij المحاويج)‏ – Barangbarangyang diperlukan), kerana ia adalah jualan sesuatu yang tidak ada ‏(غائب)‏ di dalam majlisjual-beli, dimana kedua-dua pihak yang melakukan jual beli memerlukan antara satu sama lain.صاحب ( barang ) memerlukan barang jualan, manakala pemilik صاح ب رأس المال ( wang Pemilikmemerlukan wang. Maka ini termasuk dalam maslahat keperluan. Pembeli disebut sebagai ‏(السلعةal-Muslim ‏(المسلم)‏ atau pemilik al-Salam السلم)‏ ‏(رب iaitu yang menyerahkan bayaran, dan penjualdisebut sebagai al-Muslam ‘Alai عليه)‏ ‏,(المُسلمُ‏ dan barang yang dijual disebut sebagai al-Muslam‏.(رأس مال السلم)‏ dan harganya disebut sebagai Ra’su Maal al-Salam ‏,(المسلم فيه)‏ fiihMaka Bai’ al-Salam atau al-Salaf adalah jual beli secara tempahan, dimana pembeli menempahbarang dan melunaskan harganya. Manakala penjual menerima bayaran dan barangan yangditempah akan diserahkan kepada pembeli dalam suatu tempoh tertentu.LATAR BELAKANG KAJIANKami mendapati kefahaman masyarakat di Kampung solok Gaung mengenai jual beli tempahmenurut Al-istihsan dapat dilihat melalui aktiviti ilmiah yang sering diamalkan seperti ceramahagama , kelas mengaji, usrah dan lain-lain lagi. Kami juga mendapati kebanyakan pendudukdisitu sering melakukan jual beli tempah dalam kehidupan seharian . Ini menunjukkan pendudukmengetahui kaedah jual beli secara tempahan.PENYATAAN MASALAHJualan secara tempah sering dilakukan dalam masyarakat pada hari ini. Namun begitu ramaitidak mengetahui hukum sebenar jualan tempah berdasarkan rukun islam. Hal ini disebabkanmereka kurang pendidikan tentang teknik jualan berasaskan islam. Selain itu, mereka juga4


kurang berminat meningkatkan ilmu berkaitan dengan muamalat dalam kehidupan seharian sertakurang pendedahan tentang agama terutamanya dalam pendidikan usul fiqh.OBJEKTIF KAJIANKajian ini dilakukan untuk mengetahui penerimaan jual beli tempah menurut al-istihsan dalamkalangan masyarakat melayu di kampung Solok Gaung Ayer Molek, Melaka. Kajian ini jugasebagai usaha dalam meningkatkan pemahaman tentang jual beli tempah berdasarkan al-Istihsan(sesuatu yang baik) dalam masyarakat melayu Solok GaungKEPENTINGAN KAJIANKajian ini untuk melahirkan masyarakat yang mengetahui hal-hal yang berkaitan tentang UsulFeqah secara tafsili. Dengan terhasilnya kajian ini dapat menyebarkan fahaman tentang jual belitempah berdasarkan konsep Al-Istihsan dengan lebih terperinci. Seterusnya diharapkan dapatmembantu masyarakat dalam memahami konsep jual beli dengan lebih mendalam.SKOP KAJIANKajian ini dilaksanakan disebuah kampung yang melibatkan 45 orang responden di KampungSolok Gaung, Ayer Molek, Melaka untuk mengetahui penerimaan Jual Beli Salam secaratempahan menurut Al-Istihsan dalam kalangan masyarakat kampung itu. Kajian ini juga sebagaiusaha dalam meningkatkan pemahaman tentang Jual Beli Salam secara tempahan menurut Al-Istihsan.KAJIAN LITERATUREDaripada laman web usulfiqh1.blogspot.com, dalam entrinya yang bertajuk Al-Istihsan, Al-Istihsan dari sudut bahasa ialah menganggap sesuatu itu baik atau sesuatu yang disukai olehseseorang serta cenderung ke arahnya sekalipun dipandang buruk ( tidak disukai ) oleh orang5


lain. (Hassan Ahmad 1998:300). Al-Istihsan dari segi istilah juga dapat dibahagi kepadabeberapa pandangan mengikut mazhab.1) Menurut Mazhab Hanafi terdapat dua pengertian (Hassan Ahmad 1998:299) iaitu :a) Qiyas yang tersembunyi illahnya kerana sukar untuk memahaminya dan berlaku di dalamkeadaan berlawanan dengan qiyas yang jelas illahnya kerana bersegeranya dan cepat untukmemahaminya pada peringkat permulaan.b) Dikecualikan masalah juz’iyyah daripada konsep menyeluruh atau kaedah umum keranaada dalil khusus yang mengkehendaki pengecualian itu sama ada dalil khusus itu terdiri daripadanas, darurah, urf, maslahah atau lainnya.2) Menurut Mazhab Maliki al-istihsan ialah :Cenderung untuk meninggalkan sesuatu dalil dan membolehkan dalil itu menyalahinya keranaada dalil lain yang bertentangan sebahagian daripada kehendak asal sesuatu hukum. Iaituberpaling di dalam menghukum sesuatu masalah daripada masalah-masalah yang sebandingdengannya kerana ada dalil yang khusus terdiri dari Al-Quran atau Sunnah.(Hassan Ahmad1998:303)Rumusannya, al-istihsan ialah beralih daripada hukum yang diistinbatkan melalui qiyas jaliyykepada hukum yang dikeluarkan melalui qiyas khafiyy atau pengecualian satu-satu masalahjuz’iyyah daripada kaedah yang berbentuk kulliyy kerana terdapat dalil lain yang lebih disenangioleh seseorang mujtahid untuk berbuat demikian.Contohnya ialah pada masalah seseorang yang masuk bilik air dengan menjelaskan bayaran yangtertentu tetapi air dan masa tidak ditentukan kadarnya dan bayaran yang dikenakan adalah sama.Kaedah asalnya menyatakan tidak harus kerana tidak diketahui kadar air yang digunakan danmasa yang diperuntukkan untuk berada di dalam bilik air tersebut. Ia akan merosakkan aqad.Namun demikian, ulama mujtahid menggunakan kaedah al-istihsan dengan urf iaitu denganmelihat kepada sudah menjadi kebiasaan. ( Hasan bin Ahmad 2002 : 306)6


Menurut buku pengantar Usul Fiqh karya Ustaz Abd Latif Muda dan isterinya Dr.Rosmawati Ali, al-Istihsan dari segi bahasa ialah sesuatu dalil yang bertentangan dengan al-Qiyas al-Jaliy dan menganggap sesuatu itu baik.Menurut pengertian istilah , istihsan bermaksud sesuatu perkara yang diingini oleh seseorang dalamsesuatu perkara walaupun ia tidak disukai orang lain. Iaitu sesuatu perkara yang dikira baik yanglahir hasil dari pemikiran ulamak mujtahid dalam perkara yang bertentangan dengan hukum alqiyasterang . Walaupun begitu ia juga mempunyai sandaran yang berupa al-Quran atau hadis,ijmak atau al-qiyas yang tidak jelas atau disebabkan keadaan yang memerlukannya.Menurut istilah ulamak usul fiqh pula, istihsan ialah menukarkan pengambilan al-qiyas yangnyata kepada yang tidak nyata ataupun menukarkan sesuatu hukum kulliy iaiti umum kepadahukum yanag pengecualian iaitu istithna’ atau juga dari dalil kulliy kepada hukum takhsis ekoranterdapat dalil yang menyebabkan mujtahit memindahkannya.METODOLOGI KAJIANKajian ini menggunakan metod kualitatif iaitu menggunakan kaedah borang kaji selidik yangdiedarkan kepada 45 orang respondan merangkumi lelaki dan perempuan sebagai sampel kajianyang terdiri daripada penduduk melayu kampung Solok Gaung, Ayer Molek, Melaka. Merekajuga terdiri daripada pelbagai peringkat umur iaitu berumur 16 hingga 45 tahun dan ke atas.Borang kaji selidik terbahagi daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.Bahagian A menerangkan tentang latar belakang responden yang mengandungi umur, jantina dansektor pekerjaan. Bahagian B pula mengandungi sebanyak tujuh soalan. Soalan pertamamengenai pengetahuan responden tentang jualan tempah. Soalan kedua pula berkaitan tentangaktiviti responden samada pernah melakukan jualan tempah ataupun tidak manakala soalanketiga pula mengenai kekerapan responden melakukan jualan tempah. Soalan keempat pulaberkaitan tentang pihak yang berurusan dengan responden samada beragama islam, bukan islamataupun kedua-duanya. Manakala soalan kelima menerangkan tempoh masa yang diambil olehpeniaga untuk menyiapkan tempahan reponden. Soalan keenam mengkaji tentang kepuasan7


esponden terhadap barang yang telah ditempah. Tentang hukum jualan tempah pula, kaminyatakan dalam soalan yang ketujuh.DAPATAN KAJIANBahagian A :Bahagian ini mengenai latar belakang responden. Ia merangkumi jantina,umur dan jugapekerjaan.Jadual Menunjukkan Bilangan Respoden Mengikut JantinaJantina Bilangan Responden(orang)PeratusLelaki 20 44.4Perempuan 25 55.6Jadual di atas menunjukkan seramai 45 orang bilangan responden mengikut jantina yangmana secara keseluruhannya kami telah mengedarkan sebanyak 45 borang kaji selidikkepada penduduk kampung solok gaung yang terdiri daripada 20 orang responden lelaki danselebihnya terdiri daripada kaum perempuan.8


Jadual menunjukkan bilangan responden mengikut umurUmurBilangan responden(orang)Peratus (%)16-25 15 3326-35 12 2736-45 5 1146 dan ke atas 13 29Jadual di atas menunjukkan bilangan responden mengikut kategori umur. Kami telahmengedarkan borang kaji selidik kepada 45 orang responden yang mana seramai 15 orangresponden terdiri daripada lingkungan umur 16-25 tahun, 12 orang responden terdiri daripadalingkungan umur 26-35 tahun, 5 orang responden terdiri daripada lingkungan umur 36-45 tahundan seramai 13 orang responden terdiri daripada lingkungan umur 46 tahun dan ke atas.9


Jadual Menunjukkan Bilangan Responden Mengikut Sektor PekerjaanJantinaLelaki Peratus(%) Perempuan Peratus(%)SektorSwasta 4 9 1 2Kerajaan 9 20 5 11Sendiri 7 16 10 22Tidak bekerja - - 5 11Pelajar - - 4 9Jumlah 20 45 25 55Jadual menunjukkan seramai 45 orang responden yang terlibat mengikut sektor pekerjaan. Hasildaripada kajian ini, kami telah mendapati seramai 5 orang responden yang terdiri daripada 4 oranglelaki dan seorang perempuan bekerja dalam sektor swasta manakala bagi sektor kerajaan, seramai14 orang responden yang terlibat yang mana terdiri daripada 9 orang responden lelaki dan 5 orangbagi responden perempuan. Selain itu, kami juga mendapati terdapat responden kami yang bekerjasendiri iaitu seramai 17 orang yang terdiri daripada 7 orang lelaki dan selebihnya terdiri daripadaresponden perempuan. Semasa menjalankan kajian ini, kami juga telah mendapati ada di kalanganresponden kami yang tidak bekerja iaitu seramai 5 orang yang kesemuanya terdiri daripadaresponden perempuan. Tambahan pula, responden kami juga terdiri daripada kalangan pelajar yangkesemuanya ialah responden perempuan yang mana jumlahnya ialah seramai 4 orang .10


Bahagian B:Bahagian ini merangkumi pelbagai jenis soalan. Antaranya adalah mengenai kefahamanresponden mengenai hukum jualan tempah dalam erti kata sebenar yakni mengikut hukum islam.Selain itu, ia juga merangkumi mengenai soalan-soalan berkaitan dengan tempoh masa yangdiambil oleh seorang penerima tempahan untuk menyiapkan barangan yang ditempah olehpelanggan mereka. Pada bahagian ini juga, merupakan intipati serta hasil kajian kepadapenyelidikan kami.Soalan 1 : Adakah Anda Mengetahui Tentang Jualan Tempah?ResponYa Peratus (%) Tidak Peratus (%)JantinaLelaki 16 36 3 7Perempuan 22 49 2 4Jumlah 38 85 5 11Hasil daripada kajian ini, kami mendapati seramai 20 orang responden lelaki yang mana seramau16 orang daripada mereka mengatakan bahawa mereka mengetahui tentang jualan tempah danselebihnyatidak mengetahuinya. Bagi responden perempuan pula, kami telah mendapati seramai22 daripada 25 orang responden perempuan yang mengetahui tentang jualan tempah ini.11


Soalan 2 : Adakah Anda Pernah Membuat Jualan Tempah?ResponYa Peratus(%) Tidak Peratus(%)JantinaLelaki 13 29 7 16Perempuan 22 49 3 7Jumlah 35 78 10 23Hasil daripada soalan ke-2 ini, kami mendapati seramai 13 orang daripada 20 orang respondenlelaki yang mengatakan bahawa mereka pernah membuat jualan tempah. Bagi respondenperempuan pula seramai 3 daripada 25 orang responden yang mengatakan bahawa mereka tidakpernah membuat jualan tempah dan selebihnya sebaliknya.12


Soalan 3 : Adakah Anda Selalu Melakukan Jualan Tempah?ResponYa Peratus(%) Tidak Peratus(%)JantinaLelaki 8 18 12 27Perempuan 24 53 10 22Jumlah 32 71 22 49Soalan ketiga kami merujuk kepada kekerapan responden kami melakukan jualan tempah. Hasildaripada kajian ini, kami telah mendapati seramai 8 daripada 20 orang responden lelaki kerapmelakukan jualan tempah manakala selebihnya tdak. Bagi responden perempuan pulamajoritinya kerap melakukan jualan tempah iaitu terdiri daripda 24 orang.13


Soalan 4 : Dengan siapakah anda berurusan dalam jualan tempah ini?JantinaLelaki Peratus(%) Perempuan Peratus (%)AgamaIslam 16 36 21 47Bukan Islam 1 2 1 2Keduaduanya0 0 2 4Jumlah 17 38 24 53Bagi soalan ke-4 merujuk kepada responden dengan pihak peniaga tempahan. Respondenberkecenderungan melakukan urusan jual tempah dengan peniaga yang beragama islam iaituterdiri daripada 16 orang responden lelaki dan 21 orang responden perempuan. Manakala urusanmereka dengan peniaga yang bukan islam hanya seorang bagi kedua-dua jantina. Selain itu,hanya 2 orang responden yang melakukan urus niaga dengan peniaga yang beragama islam danbukan islam.14


Soalan 5 : Berapa Lamakah Masa Yang Diambil Oleh Peniaga Jual Tempah UntukMenyiapkan Barangan Tempahan Anda?JantinaLelaki Peratus (%) Perempuan Peratus (%)Tempoh masa3 Hari 3 7 6 13Seminggu 3 7 8 18Lebih 8 18 8 18semingguJumlah 14 31 22 49Soalan ke-5 merujuk kepada jangka masa yang diambil oleh peniaga yang menjalankan jualantempah bagi menyiapkan tempahan responden. Hasil daripada kajian ini, kami mendapatiseramai 3 orang responden lelaki dan 6 orang responden perempuan yang mendapat barangtempahan mereka selepas 3 hari. Selain itu, seramai 11 orang yang terdiri daripada 3 orangresponden lelaki dan 8 orang responden perempuan yang mendapatkan tempahan mereka selepasseminggu. Seramai 16 orang responden yang terdiri daripada 8 orang responden lelaki dan 8orang responden perempuan yang menerima barang tempahan mereka lebih daripada seminggu.15


Soalan 6 : Adakah Anda Berpuas Hati Dengan Hasil Jualan Yang Anda Tempah?ResponYa Peratus(%) Tidak Peratus(%)JantinaLelaki 12 27 3 7Perempuan 21 47 1 2Jumlah 33 74 4 9Jadual di atas menunjukkan reaksi sama ada responden berpuas hati dengan hasil yang di tempahataupun tidak. Seramai 12 orang responden lelaki yang berpuas hati dengan hasil tempahan yangdibuat. Namun demikian, seramai 3 responden lelaki berpendapat sebaliknya. Bagi respondenperempuan pula, seramai 21 daripada 25 orang responden yang berpuas hati dengan hasil yangdiperolehi daripada tempahan yang dibuat.16


Soalan 7 : Adakah Anda Tahu Hukum Jualan Tempah?JantinaLelaki Peratus (%) Perempuan Peratus (%)ResponYa 8 18 8 18Tidak 12 27 17 38Jumlah 20 45 25 56Jadual ini merujuk kepada reaksi responden kami mengenai pengetahuan mereka tentanghukum jualan tempah berdasarkan konsep al-istihsan. Seramai 8 daripada 20 orangresponden lelaki kami yang mengetahui tentang hukum jualan tempah. Bagi repondenperempuan pula, seramai 17 daripada 25 orang yang tidak mengetahui tentang hukumjualan tempah.17


RUMUSAN DAN CADANGANSecara konklusinya, masyarakat Islam sering melakukan jualan tempah serta kebanyakannyatidak mengetahui tentang hukum jual beli menurut islam dan kebiasaannnya merekamelakukannya dengan orang islam.Kami mencadangkan supaya mewujudkan kursus motivasi secara percuma kepadagolongan belia dan kanak-kanak bagi memberikan fahaman dengan lebih jelas tentang hukumhukumyang terdapat dalam islam terutamanya jual beli salam atau tempah. Selain itu, pihakkerajan negeri atau persekutuan haruslah mewujudkan perpustakaan yang mengandungi pelbagaijenis buku agama agama terutamanya buku yang berkaitan usul fiqh. Tambahan lagi, ketua-ketuakampung perlu mewujudkan kelas-kelas usrah yang mengajar tentang pendidikan usul fiqhkhasnya jual beli tempah.RUJUKANa. BukuUstaz Abd. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali (2010). Pengantar Usul Fiqh. KualaLumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.Ustaz Abd. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali (1997). Pengantar Fiqh. Kuala Lumpur :Pustaka Salam Sdn. Bhd.b. Internet atau Laman Webhttp://usulfiqh1.blogspot.comal-qayyim.net18


LAMPIRANBorang Kaji Selidik19


Surat kebenaran21


Gambar-gambarSesi Pengedaran Borang KajiSesi taklimat mengenai hukumjualan tempahKawasan Kajian22

More magazines by this user
Similar magazines