07.06.2016 Views

Jan-Mac 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ISI KANDUNGAN

Mutiara Kata

Kita perlu melakukan tanggungjawab

dengan sempurna. Saya mahu anda

semua berfikir bahawa setiap hari adalah hari

yang baru. Setiap hari perlu ada pembaharuan

dan peningkatan dari segi kualiti

perkhidmatan. Saya selalu pesan kepada

kakitangan saya “quality is not a destination,

its a journey”. Kita tidak akan sampai pada

titik akhir kualiti disebabkan oleh perubahan

yang berlaku pada persekitaran kita.

Dunia pada hari ini perlu pantas bergerak dan

cepat bertindak. Jika kita tunggu, kita akan

ketinggalan.

YB Dato’ Mohd Amin Bin Ahmad Ahya

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

SIDANG REDAKSI

Penaung

Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Penasihat

Noor Asdiana binti Abd Kadir

Ketua Editor

Nurul Haizan binti Haji Rais

Sidang Editorial

Nooraini binti Jailani

Nor Fariza binti Daud

Sahidah binti Mohamad Sofi

Fotografi

Ahmad Fadhli bin Yahya

Istiadat Angkat Sumpah dan Pengurniaan Watikah Pelantikan

Majlis Angkat Sumpah YB SUK

Majlis Taklimat Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri

Sesi Perjumpaan YB SUK Bersama

Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Selangor

Perhimpunan Bulanan Bersama Jabatan-Jabatan Kerajaan yang di hoskan

oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Sesi Serah Surat Lantikan Pegawai-Pegawai Kanan

Pentadbiran Negeri Selangor

Majlis Makan Malam Penghargaan & Jasamu Dikenang

Mantan Setiausaha Kerajaan

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan

(AADK)

Kunjungan Hormat Daripada Pengarah Biro Tatanegara Negeri Selangor

Kunjungan Hormat Oleh

YAM Putera Dr. Bandar Bin Salman Bin Muhammad AlSaud –

Pengerusi Majlis Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU)

Lawatan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia

Y. Bhg. Datuk Ir. Adanan bin Mohammed Hussain

Temubual Eksklusif Bersama YB Dato’ Mohd Amin Bin Ahmad Ahya

Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat

Dewan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas

Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat

Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri

Selangor Yang Ke-13

Istiadat Menjunjung Duli Dan Istiadat Pemasyhuran Gelaran

Majlis Pelancaran E–Pelelong Negeri Selangor

5S Green Day

Zon 5S Pejabat SUK Selangor

HeForShe

Mesyuarat Penyelarasan Pentadbiran Pejabat Daerah/ Tanah

Dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Bil 1/2016

Roadshow 1PP Zon Tengah

Majlis Sambutan Rumah Terbuka

Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor tahun 2016

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya

Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor

Program Hand-Holding Kewangan dan Perkhidmatan

Bersama Pegawai dan Kakitangan Pejabat MMKN

3

4

5

5

6

6

7

8

8

9

9

10

12

13

14

15

16

16

17

17

18

18

19

19

2

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Istiadat Angkat Sumpah dan

Pengurniaan Watikah Pelantikan

Tarikh : 11.01.2016

Tempat : Istana Bukit Kayangan, Shah Alam

D

i hari yang bersejarah ini bertempat di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya telah

mengangkat sumpah dan dikurniakan watikah pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor oleh DYMM

Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Semoga dengan

pelantikan ini, kepimpinan baru yang diterajui oleh Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya akan menjadikan Negeri Selangor

lebih baik di masa hadapan.

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

3

Majlis Angkat Sumpah

simpan rahsia rasmi

Tarikh : 06.01.2016

Tempat : Bilik Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)

Di Bilik Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Selangor telah berlangsung sebuah majlis angkat

sumpah YB SUK yang baharu, Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya dan telah disaksikan oleh barisan EXCO

kerajaan Negeri Selangor. YB SUK juga telah menandatangani surat akur janji untuk mencurahkan sepenuh taat

setia kepada pemerintah dan memberi yang terbaik dalam pentadbiran negeri Selangor.

BIODATA YB SETIAUSAHA KERAJAAN

NEGERI SELANGOR

Nama :

Dato’ Mohd Amin Bin Ahmad Ahya

D.P.M.S., B.C.M., B.K.T., P.J.K.

Tarikh Lahir :

11 November 1961

Tempat Lahir :

Sg. Lang, Banting

Status :

Berkahwin

Kelulusan Akademik :

Tahun 1987

Sarjana Muda Sastera dan

Sains Sosial (Kepujian) Universiti Malaya

Tahun 1989

Diploma Pengurusan Awam, INTAN

Nama Isteri :

Datin Hajjah Habbulmatain Binti Maliki

Bilangan Anak :

4 orang (1 lelaki & 3 perempuan)

Bil Agensi Jawatan Tahun

1 Unit Perancang Ekonomi

Negeri, Melaka

2 Pejabat Daerah/ Tanah

Alor Gajah, Melaka

3 Jabatan Kewangan dan

Perbendaharaan, Melaka

4 Pejabat Daerah Sibu,

Sarawak

5 Bahagian Pembangunan

Kementerian Dalam

Negeri, Putrajaya

6 Kementerian Hal Ehwal

Dalam Negeri

7 Kementerian Hal Ehwal

Dalam Negeri

8 Pejabat Daerah/ Tanah

Sepang

9 Pejabat Daerah/ Tanah

Sepang

10 Pejabat Daerah/ Tanah

Hulu Langat

11 Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri

Selangor

12 Pejabat Tanah Dan

Galian Negeri Selangor

Penolong Pengarah 1.8.1989

Penolong Pegawai

Daerah

1.6.1992

Penolong Setiausaha 1.12.1998

Pegawai Tadbir (SAO) 29.5.2000

Ketua Penolong

Setiausaha

Setiausaha Bahagian

Pembangunan

Setiausaha Bahagian

Perolehan

Ketua Penolong Pegawai

Daerah

29.5.2002

1.8.2004

1.4.2005

1.2.2006

Pegawai Daerah 1.3.2007

Pegawai Daerah 3.9.2012-

30.9.2014

Timbalan Setiausaha

Kerajaan (Pengurusan)

1.10.2014

Pengarah 2.1.2016

4

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Majlis Taklimat Bersama

YB Setiausaha Kerajaan Negeri

Tarikh : 04.01.2016

Setelah dilantik menjadi YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu, Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya telah

mempengerusikan mesyuarat dan taklimat yang dihadiri oleh semua ketua-ketua jabatan di dalam pentadbiran Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Taklimat ini telah dilaksanakan bagi membincangkan hala tuju perkhidmatan awam di

Negeri Selangor selepas bertukar tampuk kepimpinan yang baru.

Sesi Perjumpaan YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

Bersama Ketua–Ketua Jabatan Kerajaan

Negeri Selangor

Tarikh : 11.01.2016

Tempat : Bilik Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi

Selangor (MTES)

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

5

Perhimpunan

Bulanan Bersama

Jabatan-Jabatan

Kerajaan yang

di hoskan oleh

Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri

Selangor

Tarikh : 18.01.2016

Tempat : Grand Ballroom

Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS

SESI SERAH SURAT

LANTIKAN

PEGAWAI-PEGAWAI

KANAN PENTADBIRAN

NEGERI SELANGOR

Penerima : Sahibus Samahah Dr. Anhar Bin Opir

Jawatan Baharu : Timbalan Mufti Jabatan Mufti Negeri Selangor

Tarikh Kuatkuasa : 1 Januari 2016

Penerima :

Jawatan :

Baharu

Tarikh :

Kuatkuasa

Tuan Haji Muhamad Ridzuan Bin Arshad

Pengarah Jabatan Perancangan

Bandar dan Desa Negeri Selangor

16 Februari 2016

Penerima :

Jawatan :

Baharu

Tarikh :

Kuatkuasa

Tuan Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian

Negeri Selangor

16 Februari 2016

Penerima :

Jawatan :

Baharu

Tarikh :

Kuatkuasa

Tuan Khairul Azam Bin Saroni

P. Ketua Penolong Pengarah Lembaga

Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor

4 Januari 2016

6

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Majlis

Makan Malam Penghargaan & Jasamu Dikenang

mantan setiausaha kerajaan

Tarikh : 06.01.2016

Tempat : The Saujana Hotel, Kuala Lumpur

Yang datang kan pergi. Begitulah

lumrah kehidupan yang dipenuhi

dengan pertemuan dan perpisahan.

Setelah hampir lima tahun mengetuai

perkhidmatan awam di Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,

kini tibalah masa untuk YB Dato’

Setia Haji Mohammed Khusrin bin Hj.

Munawi untuk melabuhkan tirai dalam

mencurahkan jasa dan bakti beliau

kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan

Negeri Selangor. Banyak

perubahan dan penambah

baikkan yang telah terlaksana

sepanjang Dato’ mengetuai

perkhidmatan awam di Negeri

Selangor ini. Majlis malam

penghargaan ini telah dihadiri

oleh YAB Dato’ Menteri Besar,

Dato’ Seri Mohamad Azmin

bin Ali, barisan ECXO, pucuk

kepimpinan Pejabat SUK Negeri

Selangor, ketua-ketua jabatan dan wakilwakil

dari agensi negeri dan persekutuan.

Pada malam tersebut, ketua-ketua

jabatan dari setiap bahagian dalam

pentadbiran SUK Negeri Selangor telah

memberi cenderamata kepada YB Dato’

Setia Hj Mohammed Khusrin sebagai

tanda penghargaan dan apresiasi ke

atas semua jasa yang telah dicurahkan

demi kelangsungan ke arah pentadbiran

negeri Selangor yang lebih sistematik.

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

7

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Tarikh : 17.02.2016

Tempat : Bilik Mesyuarat Sidang Video,

Pejabat YB Dato’ SUK, Bangunan SSAAS

YBhg. Dato’ Suhaimi bin

Abdullah, Ketua Pengarah

Agensi Anti Dadah Kebangsaan

(AADK) telah mengadakan

kunjungan hormat ke Pejabat YB

Selangor untuk membincangkan

halatuju Negeri Selangor

dalam memerangi jenayah

penyalahgunaan dadah.

Kunjungan hormat daripada pengarah biro tatanegara

negeri selangor Tarikh : 19.02.2016

Tempat : Bilik Mesyuarat Sidang Video,

Pejabat YB Dato’ SUK, Bangunan SSAAS

Pada 19 Januari 2016, YB SUK telah menerima kunjungan

hormat dari Biro Tatanegara, Negeri Selangor di pejabat

beliau. Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk

merapatkan lagi hubungan dua hala diantara pejabat

pentadbiran Negeri Selangor dengan Jabatan Perdana

Menteri di Putrajaya.

8

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Kunjungan Hormat Oleh

Y.A.M Putera Dr. Bandar Bin Salman Bin Muhammad AlSaud

Pengerusi Majlis Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU)

Tarikh : 09.03.2016

Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat MB,

Bangunan SSAAS

Lawatan

Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia

YBhg. Datuk Ir. Adanan bin Mohammed Hussain

Setelah sebulan menerajui tampuk kepimpinan Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya menerima

kunjungan hormat dari Y. Bhg. Datuk Ir. Adanan bin Mohammed Hussain,

Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Tarikh : 11.02.16

Tempat : Pejabat YB Dato’ SUK,

Bangunan SSAAS

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

9

Temubual Eksklusif Bersama

YB DATO’ MOHD AMIN BIN AHMAD AHYA

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Apakah cabaran YB Dato’

sepanjang bergelar penjawat

awam?

Cabaran utama adalah untuk

memberikan perkhidmatan

yang terbaik kepada rakyat

di mana penjawat awam dari

dulu telah dianggap sebagai

perkhidmatan yang agak lambat

dan mempunyai birokrasi yang

banyak untuk sesuatu proses dan

ini menyebabkan ketidakpuasan

hati kepada masyarakat dan juga

pihak swasta untuk mendapatkan

perkhidmatan. Sebenarnya semua

sistem yang ada di pejabat ataupun

di pihak kerajaan telah tersedia.

Cuma yang saya lihat, perubahan

perlu dibuat dari segi mentaliti

penjawat awam. Mereka perlu

tahu bahawa tugas mereka adalah

menggalas tanggungjawab kerajaan

untuk memberikan perkhidmatan

yang terbaik kepada masyarakat.

Dan selalunya pegawai-pegawai

kerajaan ini merasakan mereka

berada dalam zon selesa di

mana kurang memikirkan tentang

perubahan ataupun peningkatan

kualiti perkhidmatan yang perlu

dibuat. Bagi saya usaha untuk

mencapai atau menaikkan kualiti

adalah satu usaha yang berterusan.

Jadi kita sentiasa perlu melihat

tahap kualiti perkhidmatan yang

kita tawarkan adalah seiring dengan

perubahan masa, persekitaran dan

kehendak masyarakat serta stake

holder.

Negeri Selangor merupakan

sebuah negeri yang maju segi

ekonomi dan juga aktivitiaktiviti

pembangunan dan

ianya menjadikan negeri

ini sebagai negeri tumpuan

penduduk Malaysia. Penduduk

di Malaysia adalah sebanyak

lebih kurang 30juta dan Negeri

Selangor mempunyai penduduk

sebanyak lebih kurang 5.9 juta atau

menghampiri 6 juta.

Ini bermakna 1/5 penduduk di

Malaysia adalah bermastautin di

negeri ini. Dari sudut sumbangan

ekonomi negara, Selangor telah

menyumbangkan sebanyak 1/4

daripada keluaran dalam negara

kasar produk di Malaysia. Jadi

bila tumpuan ekonomi dan

tumpuan penduduk berlaku disini,

sudah tentunya penjawat awam

di negeri Selangor mempunyai

tanggungjawab yang lebih besar

berbanding dengan negeri-negeri

lain untuk memastikan bahawa

negeri Selangor akan tetap menjadi

penyumbang utama kepada

ekonomi Malaysia. Sekiranya

sesuatu yang tidak diingini berlaku

di Selangor, ia akan memberi kesan

yang menyeluruh kepada negara.

Sebab itu kita sebagai penjawat

awam perlu sentiasa memikirkan

tentang kualiti perkhidmatan dan

penambahbaikan dari segi kos dan

penyampaian perkhidmatan.

10

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bagaimanakah Dato’ melihat

peranan dan imej penjawat

awam pada masa kini dan adalah

mereka bersedia menghadapi

cabaran dunia global dan aspirasi

YAB Dato’ Menteri Besar?

Sama ada penjawat awam

bersedia atau tidak, mereka

perlu berubah dan perubahan perlu

selaras dengan kehendak semasa.

Dahulu, sesuatu maklumat lambat

untuk disampaikan disebabkan

kekangan dari sistem komunikasi.

Sekarang, dalam beberapa saat

kita boleh menyampaikan dan

mendapat pelbagai maklumat.

Dan itulah perubahan yang perlu

ada pada setiap penjawat awam di

negeri Selangor untuk mengaplikasi

kemudahan sistem yang sedia ada

masa kini dalam kerja seharian.

Kalau kita tengok dulu kita

memerlukan kawasan yang besar

untuk pembangunan, kemungkinan

akan datang kita tidak memerlukan

kawasan yang besar. Mungkin

bangunan Pejabat SUK yang

sebesar ini sudah tidak diperlukan

lagi disebabkan kerja-kerja boleh

dilaksanakan secara atas talian.

Akan datang, komunikasi secara

atas talian, menjadi medium utama

bagi pelaksanaan urusan seharian

dan kita perlu menghadapi dan

menerima perubahan ini.

Kerajaan negeri memerlukan

kakitangan yang sedia berubah

dan mahu berubah untuk menerajui

pentadbiran ini dengan pendekatan

baharu daripada YAB Dato’ Menteri

Besar iaitu SmartSelangor. Setiap

perkhidmatan yang ditawarkan

perlu dilaksanakan dengan pantas

mengikuti arus permodenan dengan

menggunakan teknologi terkini.

Apakah pandangan Dato

mengenai Gagasan “Smart

Selangor” dan adakah ianya satu

cabaran bagi kepimpinan Dato’

untuk merialisasikan “Smart

Selangor”

Bagi merialisasikan apa

jua perkara memerlukan

kerjasama dari semua pihak

sama ada dari pengurusan

tertinggi, professional sehinggalah

kumpulan sokongan. Semua

komponen ini perlu diintegrasikan

agar kita dapat manfaat yg lebih

besar. Gagasan Smart Selangor

adalah untuk meningkatkan

kecekapan perkhidmatan dengan

menggunakan kemudahan

teknologi bagi meningkatkan kualiti

kehidupan rakyat. Pendekatan ini

lebih memudahkan masyarakat

untuk mendapatkan perkhidmatan

di mana hanya menggunakan

kemudahan atas talian untuk

mendapatkan maklumat dan

perkhidmatan daripada pihak

kerajaan. Melalui kaedah ini dilihat

dapat menjimatkan kos dan

masa. Dengan perubahan dunia

teknologi kini, kita perlu menerima

dan mengikuti perubahan tersebut

agar kita tidak ketinggalan dek

arus permodenan dan sekaligus

menjadikan Negeri Selangor

sebagai negeri yang termaju dan

membangun.

Bagaimana kerajaan negeri

mampu mengurangkan dan

mengatasi pelbagai teguran

dan aduan daripada masyarakat

mengenai perkhidmatan yang

diberikan?

Seperti yang telah saya

maklumkan, negeri Selangor ini

adalah sebuah negeri yang maju dan

penduduknya mempunyai tahap

pendidikan dan tahap intelektual

yang tinggi serta celik teknologi,

menjadikan kehendak dan

keperluan mereka juga lebih tinggi.

Kenyataan ini harus kita hadapi

dan tidak boleh lari. Kedua, tahap

penggunaan internet di Selangor

adalah tinggi jadi mudah bagi

mereka menyampaikan pandangan

dan aduan tentang sesuatu

perkhidmatan yang diberikan

jabatan kerajaan. Ini juga peluang

yang baik bagi penjawat awam di

negeri Selangor memperbaiki kualiti

perkhidmatan, dengan bertindak

balas secara interaktif dengan

cara yang tepat, berkesan dan

proaktif melalui penyelesaian pintar

bersepadu.

Bagi meningkatkan mutu

perkhidmatan, Pejabat SUK setiap

tahun menganjurkan Program

Inovatif dan Kreatif , dan saya juga

telah mewajibkan semua Pejabat

Daerah dan PBT untuk turut serta

supaya dapat meningkatkan kualiti

perkhidmatan dengan pemikiran

kreatif dan inovatif.

Melalui sistem aduan kita dapat

menilai, dan memberi teguran dan

pandangan pada jabatan untuk

mengatasi masalah aduan yang

dihadapi. Semua jabatan perlu

menyediakan SOP bagi semua

proses permohonan dan penetapan

tempoh pelaksanaan sesuatu

permohonan dan membuat audit

agar SOP ini dipatuhi.

Apakah harapan Dato

kepada penjawat

awam di SUK ini?

arapan saya dan juga

Hkerajaan negeri ialah

semua pegawai dan

kakitangan responsive

terhadap apa jua dasar

dan polisi yang ditetapkan

kerajaan. Saya pasti semua

pegawai dan kakitangan

mempunyai komitmen dan

kefahaman yang tinggi

terhadap penyediaan

perkhidmatan terbaik

kepada masyarakat. Kita

telah diletakkan sebagai

negeri yang maju, jadi

penjawat awam disini

juga harus relevan dengan

kedudukan kita sebagai

penjawat awam yang

berkhidmat di negeri yang

maju ini.

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

11

ISTIADAT PEMBUKAAN PERSIDANGAN PENGGAL KEEMPAT DEWAN

NEGERI SELANGOR YANG KETIGA BELAS

12

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Majlis Makan Malam Sempena

Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal

Keempat Dewan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas

Tarikh : 28 Mac 2016

Tempat : Hotel Concorde Shah Alam

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

13

ISTIADAT MENJUNJUNG DULI DAN

ISTIADAT PEMASYhURAN GELARAN

Tarikh : 20.02.2016 & 27.02.2016

Tempat : Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang

Pengisytiharan Pemasyhuran Gelaran Orang-

Orang Besar / Istiadat Menjunjung Duli Sempena

Pengisytiharan Pemasyhuran Gelaran Orang Besar

Bergelar, Orang-Orang Besar Istana, Orang Besar

Daerah dan Dato’ DiRaja Selangor

Pengurniaan gelaran kepada orang-orang tertentu yang

telah menyumbang khidmat bakti kepada Sultan dan

Negeri Selangor telah tercatat sejak zaman berzaman

lagi, walaupun sesetengan gelaran yang dikurniakan

dalam kerana keturunan sebagai penyandang jawatan

turun temurun.

Istiadat Menjunjung Duli bermula daripada era semasa

Raja Lumu Ibni Daeng Chelak ditabalkan secara adat

Melayu oleh Sultan Perak (Ke-16) Sultan Mahmud

Shah (Raja Kimas), sebagai Sultan Selangor pertama

dengan gelaran Sultan Salehuddin pada 1 Disember

1766. Baginda telah dikurniakan dengan Alat-Alat

Kebesaran Nobat DiRaja yang masih kekal digunakan

di dalam adat istiadat sehingga hari ini. Adat istiadat ini

diamalkan turun temurun yang mewujudkan Pangkat

Gelaran dan Jawatan kepada Putera-Putera, Kerabat

DiRaja para Pembesar Negeri serta rakyat yang

layak.

Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli ini

berterusan dan kali terakhir diadakan pada tahun 2005

sewaktu pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah

Alhaj.

Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli

pada 20 Februari 2016 ini dilakukan oleh Orang-Orang

Besar Bergelar, Orang Besar Istana, Orang Besar

Daerah dan Dato’ DiRaja Selangor.

Mereka dikehendaki mengangkat sumpah di hadapan

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan menjalani

Istiadat Menjunjung Duli mengikut pergerakanpergerakan

yang telah ditetapkan sebelum menerima

Keris Panjang (bagi Orang-Orang Besar Bergelar Islam)

atau Pedang (bagi Dato’ DiRaja Selangor bukan Islam)

Mengikut adat istiadat, mereka akan meninggalkan

Negeri Selangor selama tujuh (7) hari selepas istiadat

dan kembali melakukan Istiadat Menjunjung Duli bagi

menyempurnakan Istiadat pada 27 Februari 2016.

14

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Majlis Pelancaran

E–Pelelong Negeri SelangoR

Tarikh : 12.01.2016

Tempat : Grand Ballroom Dewan Jubli Perak,

Bangunan SSAAS

Sistem E-Pelelong Selangor diberi nafas baru bagi memudahkan

pelanggan mendapat kerja yang saksama. Dengan adanya

pelelong seramai 353 orang yang dilantik, Dato’ Mohd Amin

bin Ahmad Ahya, Setiausaha Kerajaan Negeri mengharapkan

agar inisiatif ini dapat memudahkan proses pelelongan dan

semua urusan boleh dilakukan secara atas talian atau online.

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

15

5S Green Day

Tarikh : 04.03.2016

Tempat : Dewan Annex, SUK Selangor

ZON 5S

PEJABAT

SUK

SELANGOR

16

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

HeForShe

Tarikh : 02.02.16

Tempat : De Palma Hotel, Shah Alam

Pada 2 Februari 2016, Kempen HeForShe peringkat Negeri Selangor telah dilancarkan bertempat di De Palma Hotel Shah

Alam. Kempen HeForShe ini merupakan kempen solidariti ke arah kesaksamaan gender dengan penglibatan kaum lelaki

sebagai stakeholder dan sebagai satu langkah advokasi bagi menyuarakan dan bertindak bersama-sama untuk mencapai

kesaksamaan gender.

Mesyuarat PENYELARASAN PENTADBIRAN

PEJABAT DAERAH/ TANAH DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

NEGERI selangor bil 1/2016

Tarikh : 17.02.2016

Tempat : Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

17

Roadshow 1PP Zon Tengah

Tarikh : 15.03.2016

Tempat : Dewan Jubli Perak, SUK Selangor

Majlis Sambutan Rumah Terbuka

Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor

tahun 2016

Tarikh : 20.02.2016

Tempat : Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya,

Petaling Jaya

18

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Majlis Pelancaran

Kempen Keselamatan Jalan Raya Jabatan Kerja Raya

Negeri Selangor

Tarikh : 04.02.16

Tempat: Kawasan RnR Sungai Buloh, Selangor

Program Hand-Holding Kewangan dan Perkhidmatan

Bersama Pegawai dan Kakitangan Pejabat MMKN

Tarikh : 05.02.16

Tempat : Bilik Gerakan, Dewan Annex, Bangunan SSAAS

BULETIN SELANGOR : EDISI JAN-MAC 2016

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

19

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!