31.08.2016 Views

e-majalah PM

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

NAMA-NAMA AHLI KUMPULAN

NAMA

MOHD AIDIL FADHIL BIN NARAWI

FAIZUDDIN BIN IBRAHIM

IRHAMADAN BINTI AMIRUDDIN

MARIE FELINI DAVID

NO. MATRIK

05DGU16F1043

05DGU16F1014

05DGU16F1061

05DGU16F1994

TAJUK: TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI BANDARAYA

KUCHING.

KURSUS: DIPLOMA GEOMATIK

SESI: JUN 2016

NAMA PENSYARAH: NURIZAN BINTI SAURY

JABATAN: KEJURUTERAAN AWAM

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah

rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan e-majalah ini dengan

penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan

Nurizan Binti Saury, Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia

(DUB1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami.

Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan ini

berlaku. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa, saudara

mara dan rakan-rakan kami yang memberi sokongan dan dorongan dari

segi fizikal dan mental sepanjang proses merealisasikan tugasan ini

berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami

menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh rakanrakan

ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami meyiapkan

tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin

kami dapat menyiapkan e-majalah ini dengan sempurna.

PENGENALAN

MUZIUM ETNOLOGI (BANGUNAN LAMA)

Muzium Sarawak (Bangunan Lama) didirikan dalam tahun 1891

dan dibesarkan seperti bentuk yang sedia ada dalam tahun 1911. Pada

asalnya, bangunan ini dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni

kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi binatang tempatan

seperti yang dicadangkan oleh Pakar Alam Semulajadi, Aelfred Wallace,

yang menjalankan kerja-kerja mengumpulkan sepsimen-spesimen di

negeri Sarawak pada masa tersebut.

Sejak ianya dibina, bangunan ini telah beberapa kali diubahsuai

serta diperbaiki. Reka bentuknya yang membujur, 44’ x 160,

mempunyai dinding dan tiang diperbuat daripada batu-bata dan

eratapkan belian dan konkrit. Ianya dibina mengikut senibina Eropah

dengan edifiknya mengikut stail Ratu Anne(Zaman Victoria). Galerigaleri

yang terdapat didalamnya diterangi melalui tingkap yang

berbantuk kubah pada bumbung bangunan untuk ruang dinding yang

luar.

Semasa zaman pemerintahan Jepun, muzium ini telak diletak di

bawah jagaan seorang Pegawai Jepun yang simpati terhadap muzium ini.

Disebabkan itu, tidak banyak kerosakan atau kecurian berlaku. Pada

masa ini, dengan perancangan yang teliti dan penjagaan yang rapi,

bangunan ini telah dijadikan pameran koleksi sejarah alam semulajadi di

Sarawak.

Pada tingkat bawah muzium, tersimpan koleksi alam semulajadi

dan spesimen fauna Sarawak, seperti reptilian, mamalia, burung dan

lain-lain dipamerkan. Tingkat atas bangunan ini mempamerkan bahanbahan

etnografik seperti model rumah-rumah panjang, pelbagai jenis

perangkap ikan dan haiwan, kraftangan, model perahu dan lain-lain.

MUZIUM SEJARAH CINA

Muzium Sejarah Cina telah dirasmikan oleh Menteri MUda

Kebudayaan, Belia dan Sukan, YB Alfred Yap Chin Loi pada 23

Oktober 1993. Bangunan ini memiliki ciri-ciri sejarah dan telah dibina

dalam tahun 1912 sebagai rumah mahkamah yang mengendalikan

pentadbiran undang-undang dan adat yang berhubungkait dengan

perkahwinan, perceraian, pembahagian harta dan lain-lain khusus untuk

masyarakat Cina di Sarawak. Ini bersesuaian dengan kehendak Raja

Charles Vyner Brooke yang mahukan orang Cina mengendalikan harta

mereka sendiri. Pada tahun 1930, ia telah diambil alih oleh Dewan

Perniagaan Cina. Ia kemudiannya telah dijadikan Muzium Sejarah Cina

yang dibuka secara rasmi pada tahun 1993.

Tujuan ditubuhkan adalah sebagai sumber maklumat tentang

sejarah pelbagai bangsa Cina yang menakjubkan. Peranan Muzium

Sejarah Cina yang paling mencabar ialah mendidik generasi sekarang

agar menghargai segala perjuangan dan nilai-nilai murni yang

dikembangkan oleh pelopor terdahulu.

Para pelawat berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut tentang

asal-usul setiap etnik Cina yang menggunakan berbagai-bagai dialek.

Selain itu, mereka dapat mengetahui dengan lebih mendalam akan

kemahiran tradisional dan seni kebudayaan serta perkembangan yang

telah dicapai sepanjang tempoh itu. Muzium ini terletak di Tebingan

Sungai Kuching dan merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan.

MUZIUM TEKSTIL

Muzium Tekstil yang dibuka kepada orang ramai dalam bulan

Ogos 2000 yang terletak di Bangunan Pavilion Bandaraya Kuching.

Senibina bangunan adalah campuran Renaissance Inggeris dan Penjajah

British. Rekabentuknya membujur panjang dan mempunyai tiga tingkat

serta beratapkan konkrit rata. Bangunan ini mempunyai dua tangga yang

diperbuat daripada kayu yang diukir.

Ia telah dibina dalam tahun 1907 sebagai Pusat Perubatan dan

kemudiannya dijadikan sebagai pejabat Jabatan Pendidikan. Muzium ini

telah dibuka kepadan orang ramai pada bulan Ogos 2000.

Muzium Tekstil ini menyimpan dan mempamerkan tekstil dan

busana asli tempatan yang ditenun dan dipakai oleh etnik masyarakat

Sarawak. Antaranya ialah Pua Kumbu masyarakat Iban dan Kain

Songket Melayu Sarawak.

Konsep pameran akan menunjukkan proses tekstil itu dihasilkan

dari penyediaan benang, bertenun sehingga ianya siap menjadi sehelai

kain. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada pelawat untuk

berinteraksi dengan bahan pameran selain dari media ‘touch on’ yang

disediakan.

Di penghujung pameran mempamerkan pelbagai masyarakat

tempatan.

MUZIUM SENI

ASTANA

banguanan Astana juga merupakan tempat bersejarah yang terdapat di

Sarawak. Bangunan Astana yang terletak di seberang Sungai Sarawak

memiliki sejarah romantisnya sendiri, Ia sebenarnya adalag tiga

banguann berasingan yang digabung menjadi satu. Rajah kedua, Charles

Brooke, membina istana ini pada tahun 1870 sebagai hadiah kepada

isterinya yang bergelar The Ranee Margaret. Bangunan ini telah

diubahsuai dan dijadikan kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri

Sarawak.

Astana merupakan sebuah istana yang terletak

di Kuching, Sarawak, Malaysia. Gedung istana ini terletak di utara

tebing Sungai Sarawak, bersemuka dengan Kuching Waterfront. Ia kini

merupakan kediaman rasmi bagi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, yang

mewakili Sarawak dalam Majlis Raja-raja. [1] Istana ini telah dibina pada

tahun 1870 oleh Raja Putih Sarawak ke-2, Charles Brookesebagai

hadiah buat perkahwinannya dengan isteri baginda Margaret Alice Lili

de Windt. Istana ini pada kebiasaannya dibuka untuk lawatan umum

oleh pelancong, dari pinggir Kuching Waterfront pengunjung dapat

melihat dengan jelas taman dan bangunan Istana, gedung istana boleh

dicapai dengan menaiki bot melintasi Sungai Sarawak.

Astana, kemudiannya dipanggil sebagai Rumah Kerajaan, ia dibina pada

tahun 1870 oleh Raja Putih Sarawak ke-2 Charles Brooke, sebagai

hadiah buat isteriya, Margaret Alice Lili de Windt. Pasangan diraja ini

berkahwin di Highworth, Wiltshire pada 28 Oktober 1869 dan

dibesarkan sehingga memakai gelaran Permaisuri Sarawak (Ranee

Sarawak). Selepas berkahwin ia memakai gelaran Yang Teramat Mulia.

Ranee Margaret tiba di Sarawak pada 1870, kemudian pasangan diraja

ini mentap di Astana sebagai kediaman rasminya. [2] Baginda Ranee

Margaret) kemudian dikenang tentang kehidupannya di Astana dan

merupakan suatu bentuk kolonial baru di Borneo dalam memoirnya My

Life in Sarawak, diterbitkan pada 1913.

Brooke dikatakan menanam pokok pinang di belakang Astana, jadi

baginda boleh memberi buah pinang segar kepada Ketua

OrangDayak yang melawatnya.

Kediaman ini asalnya dibentuk pada tiga binaan bangunan yang

berasingan, setiap satu dihubungkan dengan laluan pejalan kaki yang

pendek dan sempit. Pada tahun 1883, sebuah menara jam telah dibina

dihadapan istana bagi memperingati Charles Brooke (Raja Putih

Sarawak pertama) yang mendiami istana tersebut.

Bangunan Astana telah banyak melalui proses pengubahsuaian dan

penambaikkan sejak pembinaannya, disamping menjaga kualiti

bangunan yang mendapat status kediaman rasmi kepada Yang di-Pertua

Negeri Sarawak.

Fort magrieta

Fort Margherita adalah sebuah kubu lama dibina pada tahun 1879

oleh Charles Brooke, Raja Sarawak terletak

di Kuching, Sarawak,Malaysia. Kubu ini adalah sebuah mercu tanda dan

tugu dalam sejarah Sarawak yang bermula dengan Dinasti Brooke. Kubu

ini, dibina dalam gaya sebuah istana kota Inggeris, direkabentuk untuk

melindungi Kuching dari serangan lanun. Ia digunakan sebagai sebuah

Muzium Polis dari 1971 sebelum ia diserah kepada kerajaan negeri

Sarawak dan kini ia merupakan satu tarikan pelancong diKuching.

Fort Margherita dinamakan sempena isteri kesayangan

Brooke, Margaret Alice Lili de Windt, yang dikahwininya

di Highworth, Wiltshire pada 28 Oktober 1869; dia dilantik kepada

pangkat Maharani Sarawak dengan gelaran Tuanku Permaisuri ketika

perkahwinan mereka. [1]

Kubu ini dibina di atas sebuah bukit mengadap Sungai Sarawak dan

terletak di tebing utara berhadapan dengan pusat bandar Kuching yang

pesat berkembang. Kubu ini dilengkapi dengan baik untuk melindungi

ibu negeri ini dari pencerobohan melalui sungai.

Dinding bermenara tiga blok menara tingkat termasuk titik pemerhati di

atas, halaman yang dikelilingi oleh dinding yang tinggi dengan bertatah

serpihan kaca tajam untuk perlindungan dan dibenamkan ke dalam

dinding itu sendiri adalah tingkap kayu melalui mana meriam telah

dibedil melepaskan tembakan. Hukuman bunuh telah dilaksanakan di

halaman ini, sehingga pendudukan Jepun semasa Perang Dunia II.

Fort Margherita terletak di seberang Sungai

Sarawak berhampiran Astana, kediaman rasmi Yang DiPertua Negeri

Sarawak. Fort Margherita boleh dikunjungi melalui jalan raya. Ia

memakan masa 15-minit memandu sepanjang Petra Jaya, atau pelayaran

sungai yang singkat dari Pangkalan Batu, di hadapan Main Bazaar

Kuching Waterfront. Ia kini terletak di sebelah Bangunan Dewan

Undangan Negeri Sarawak Baru. [1]

OLD COURTHOUSE

The Old Courthouse. Ianya juga merupakan tempat bersejarah yang

terdapat di Sarawak. Bangunan The Old Courthouse dibina pada tahun

1883 oleh Sir Charles Brooke, Rajah Sarawak yang kedua. Ia dibina

daripada kayu belian dan dihiasi dengan motif Sarawak. Pada masa

pembinaannya, ia bertujuan sebagai pejabat-pejabat kerajaan dan satu

tempat untuk upacara negeri. Kemudiannya ia dijadikan sebagai

bangunan mahkamah. Beberapa peristiwa bersejarah pernah berlaku di

bangunan ini. Pada 1 Julai 1946, apabila Sir James Brooke, Rajah Putih

yang ketiga, menyerahkan Sarawak kepada Britain sebagai tanah jajahan

mahkota. Ketua menteri Sarawak, Sir Stephen Kalong Ningkan juga

mengangkat sumpah di sini, pada 22 Julai, 1963. Pada masa kini

bangunan ini menempatkan pejabat pelancongan negeri.

Di bahagian hadapan bangunan mahkamah lama ini terdapat sebuah

monumen Rajah kedua Sarawak, Charles Brooke. Monumen setinggi 6

meter tinggi ini dibina pada tahun 1924. Terdapat panel 4 angka pada

monumen ini yang mewakili masyarakat Sarawak – Cina, Dayak, Kayan

dan Melayu.

Selain daripada bangunan dan monumen yang ada di atas terdapat

beberapa lagi tapak bersejarah di sekitar bandar Kuching, antaranya

Sarawak Steamship Building, Bangunan Pejabat Pos, Round Tower, The

Pavillion, dan Fort Margherita.

History walk

History terdapat di sepanjang laluan pejalan kaki di Kuching Waterfront.

Tidak pasti ada berapa banyak kesemuanya kerana saya cuma sempat

mengambil gambar hingga ke History Walk yang ke-9. Pada setiap

History Walk ini ditulis sejarah-sejarah yang berkaitan dengan Negeri

Sarawak.

History Walk 5 (kiri): 1839-1841 – Seorang pengembara Inggeris, James

Brooke tiba di Kuching dengan Kapal Royalist pada 15 Ogos 1839. Raja

Muda Hashim memohon bantuan James Brooke untuk mententeramkan

para pemberontak yang menentang Sultan Brunei.

History Walk 9 (bawah): 1941-1946 – Sarawak ditakluki tentera Jepun

pada tahun 1941. Para anggota bersekutu ditahan dan dipenjarakan dan

penduduk tempatan menderita. Tentera Jepun tewas apabila tentera

Australia mendarat di Kuching pada 11 September 1945. Raja Vyner

Brooke kembali memerintah Sarawak untuk tujuh puluh lima hari.

Kuching waterfront

Salah satu tempat yang paling mudah untuk dikunjung apabila berada di

Bandaraya Kuching ialah Kuching Waterfront yang terletak di sepanjang

Jalan Tunku Abdul Rahman dan Sungai Santubong-Sarawak. Kuching

Waterfront atau juga The People Place bukan sekadar satu tempat

menarik tetapi juga memiliki sejarahnya yang tersendiri. Di sinilah

tempat di mana Pengembara Inggeris, James Brooke mula-mula

mendarat. Bermula dengan beberapa bangunan atap daun kemudian

bertukar menjadi sebuah pelabuhan yang sibuk dengan gudang dan

dermaga.

Apa yang menarik di Kuching Waterfront ini bukan sekadar pada

pemandangan sekitarnya tetapi juga dari sudut rekaan dan seni bina

kawasan tersebut. Tidak hairanlah jika Kuching Waterfront pernah

menerima anugerah seni bina antarabangsa pada tahun 1994, iaitu:

National Project Award in the Civic Design Category – 1994

(Dianugerahkan oleh Australian Institute of Landscape

Architecture)

Merit Award in the Overseas Category – 1994 (Dianugerahkan

oleh Royal Australian Institute of Architecture)

Excellence on the Waterfront/ Waterfront Centre Annual Award –

1994 (Dianugerahkan oleh Waterfront Centre, USA)

Sarawak River Cruise – MV Equatorial menyediakan

perkhidmatan menyusuri Sungai Sarawak. Waktu perjalanan 5.30

p.m – 7.00 p.m (1 jam 30 minit), 7 hari seminggu. Bayaran untuk

seorang sekali perjalanan ialah RM60 bagi dewasa dan RM30 bagi

kanak-kanak (4 – 12 tahun).

The Square Tower (Detention Camp)

Bangunan berbentuk segi empat dibina pada tahun 1879. Pada

mulanya bangunan ini dijadikan sebagai kem tahanan untuk

banduan. The Square Tower kemudiannya ditukar menjadi kubu

pertahanan. Pernah juga digunakan sebagai dewan tarian.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!