edisi-31-22-september

alumni.semekas

edisi-31-22-september

SMKA Segamat, 20 September : Ustaz Mohd. Fauzan Bin Mohamed Mokhtar,

Pengetua SMKA Segamat menyampaikan ucapan dalam sesi Post Mortem Peperiksaan

Percubaan PT3 selepas pembentangan analisis pencapaian semua mata pelajaran oleh

Ustaz Jamil Bin Husin, GPK Kurikulum di Bilik Mesyuarat SEMANGAT baru-baru

ini. Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru kerana

pencapaian bagi semua mata pelajaran adalah meningkat terutama mata pelajaran Sains.

"Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru Bidang Sains Sosial

kerana berjaya menyelesaikan tugasan semua calon PT3 bagi mata pelajaran Sejarah

dan Geografi", ujar beliau dalam mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh semua guru yang

mengajar kelas-kelas Tingkatan 3. Namun begitu beliau menaruh harapan supaya mata

pelajaran Bahasa Melayu akan mencapai semua A dalam peperiksaan sebenar nanti

selain berkeyakinan tinggi bahawa mata pelajaran yang lain akan mencapai keputusan

yang tidak jauh beza dengan keputusan Sejarah dan Geografi. Beliau turut menyatakan

antara syarat pengekalan pelajar di SMKA ialah wajib mendapat keputusan A atau B

dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Pendidikan Islam, sekurang-kurangnya C

dalam Bahasa Arab, juga diikuti 4A dalam mata pelajaran yang lain.


Renungan bersama untuk

menjadi Mukmin yang hebat ;

Dia beramal sampai ikhlas,

bukan dah ikhlas baru nak

beramal ; Dia bersedekah

sampai kaya, bukan dah kaya

baru nak bersedekah ; Dia

berdakwah sampai jadi alim,

bukan dah alim baru

berdakwah ; Dia pergi ke

masjid/surau sampai ke tua,

bukan dah tua baru nak pergi

ke masjid ; Dia meninggalkan

dunia, sebelum dia

meninggal dunia.

BULETIN INSPIRASI SEMANGAT 2016

Penasihat Ust. Mohd. Fauzan Bin

Mohamed Mokhtar

Editor Ust. Rumaja Bin Sarmin

Penolong Editor Uzh. Arifah Binti Ayub

Fotografi Ust. Abd. Rauf Bin Abd.Rahim

Promosi Ust. Mohsen Bin Miskam

Terbitan Pusat Sumber Sekolah (PSS)

SMKA Segamat, Johor

Penaja Tabung Kebajikan Guru Jumlah Sumbangan 1 September 2016 RM 237.00


PESERTA SEMANGAT : Uzh. Mariatul Kaptiah Binti Mohd.Kassim, Eiman Haiqal Bin Zaidi dan Nur Hayani Binti Zamzuri

Penyampaian Hadiah NAIB JOHAN Pertandingan Lanskap Hari Kebangsaan dan JOHAN Pertandingan Perbarisan

Latihan Pusat Sempena Perkhemahan Sambutan Kor Hari Kadet Kebangsaan Polis Peringkat Kebangsaan Daerah Segamat di Pusat (4 Koko September JPN (19-22/9/2016)

2016)

KEPONG INVITATION TAEKWONDO CHAMPIONSHIP '16

(16-18 Ogos 2016)

PRA-U ; Kem Kecemerlangan PENCAPAIAN Akademik PASUKAN di Hotel SEMANGAT KT : 1) 8 Emas, 1 Perak dan 5 Gangsa

Mutiara Kuala Terengganu 2) Juara (2 September Keseluruhan 2016) Kategori Lelaki & Perempuan 15-17 Tahun

3) Naib Juara Keseluruhan Kategori Lelaki & Perempuan 12-14 Tahun

4) Pencapaian 100% Kejayaan

Program Pengantarabangsaan ke Sumatera Barat, Indonesia (14-17/9/2016)


GAMBAR Arkib Negara mengenai sambutan Hari Malaysia pertama pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

INFO HARI MALAYSIA

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati

penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama pada tahun 1963.

Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan

Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan Persekutuan baru ini

dirancang berlaku pada 1 Jun 1963, tetapi ditangguhkan kepada tarikh 31 Ogos

1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari

kemerdekaan ke-6 pada tahun itu. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan

Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia menyebabkan tarikh

pengisytiharan menjadi lambat sehingga dipersetujui tarikhnya pada 16 September

tahun yang sama.

Hari Malaysia merupakan cuti am di Negeri Sabah sempena Hari Keputeraan

Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung

Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia merupakan cuti am semua negeri

di Malaysia.


PENGENALAN

Perkhemahan Gabungan Badan Beruniform merupakan program rutin yang dijalankan setiap tahun bagi

memberi peluang kepada semua ahli berhimpun dan menjalankan pelbagai aktiviti yang membina semangat

perpaduan dan kerjasama dalam kalangan mereka.

OBJEKTIF




Melahirkan kumpulan pelajar yang berdisiplin dan saling bekerjasama.

Menggalakkan pelajar mengunjungi tempat rekreasi yang kaya dengan flora dan fauna

Menjayakan perancangan program Sekolah Kluster Kecemerlangan.

SASARAN : 80 orang pelajar ; 10 orang pelajar (Tingkatan 2 dan 4) daripada setiap unit Badan Beruniform

Pertandingan Mathematical Miracle of Al-Quran, Maze Number

& Menjejak Al-Khawarizmi Peringkat Daerah Segamat

Di SMKA Segamat (21/9/2016)


IKHLAS

Katakanlah: “Sesungguhnya solatku,

ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah

untuk Allah, Tuhan semesta alam”

(Al-An’am: 162). Rasulullah S.A.W.

bersabda, “Ikhlaslah dalam beragama ;

cukup bagimu amal yang sedikit”

Tatkala Jibril A.S. bertanya tentang

apakah ihsan, Rasulullah S.A.W. berkata,

“Engkau beribadah kepada Allah seolaholah

engkau melihatNya. Jika engkau

tidak melihatNya, maka sesungguhnya

Allah melihatmu”. Rasulullah S.A.W.

bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak

menerima amal kecuali dilakukan dengan

ikhlas dan mengharap redhaNya.”

Imam Syafi’i R.H. pernah memberi

nasihat kepada seorang temannya,

“Wahai Abu Musa, jika engkau berijtihad

dengan sebenar-benar kesungguhan untuk

membuat seluruh manusia redha (suka),

maka itu tidak akan terjadi. Jika

demikian, maka ikhlaskanlah amalmu

dan niatmu karena Allah S.W.T." Ibnu

Qoyyim pula memberi perumpamaan ,

“Amal tanpa keikhlasan adalah seperti

seorang musafir yang mengisi kantungnya

(beg) dengan kerikil pasir, ia hanya akan

memberatkannya tetapi tidak memberi

sebarang manfaat kepadanya.”

Ikhlas adalah buah dan intisari

daripada iman. Seorang tidak

dianggap beragama dengan benar jika

tidak ikhlas. Secara bahasa, ikhlas

bermakna bersih dari kotoran dan

menjadikan sesuatu bersih tidak kotor.

Maka orang yang ikhlas adalah orang

yang menjadikan agamanya murni

hanya untuk Allah saja dengan

menyembahNya dan tidak

menyekutukan dengan yang lain dan

tidak riya' dalam beramal. Sedangkan

secara istilah ; ikhlas bererti niat

mengharap redha Allah saja dalam

beramal tanpa menyekutukanNya

dengan yang lain, serta memurnikan

niatnya daripada kotoran yang boleh

merosakkan amalannya.

Seseorang yang ikhlas ibarat orang

yang sedang membersihkan beras

daripada kerikil-kerikil dan batu-batu

kecil di sekitar beras. Maka, beras yang

dimasak menjadi nikmat dimakan.

Tetapi jika beras itu masih kotor,

ketika nasi dikunyah akan tergigit

kerikil dan batu kecil. Demikianlah

keikhlasan, menyebabkan beramal

menjadi nikmat, dan segala

pengorbanan tidak terasa berat.

Sebaliknya, amal yang dilakukan

dengan riya' akan menyebabkan amal

tidak nikmat. Pelakunya akan mudah

menyerah dan selalu kecewa.

Wallahu A'lam


( جمع القرءان ( AL-QURAN 'ULUM AL-QURAN – SIRI 11 : PENGUMPULAN

SEJARAH PENGUMPULAN

AL-QURAN (2)

Sejarah pengumpulan

Al-Quran pada asalnya

berlaku dalam 2 keadaan

iaitu :

1. SECARA HAFAZAN

2. SECARA PENULISAN

Pengumpulan Al-Quran

secara penulisan terbahagi

kepada 3 zaman iaitu :

1. Zaman Rasulullah

S.A.W.

2. Zaman Saidina Abu

Bakar As-Siddiq

3. Zaman Saidina Usman

Bin Affan

MOTIVASI MEMBACA

AL-QURAN

ZAMAN RASULULLAH S.A.W.

Penulisan Al-Quran pada zaman

Rasulullah S.A.W. dilakukan oleh

beberapa orang sahabat dengan bimbingan

baginda yang mendapat panduan dan

tunjuk ajar daripada Malaikat Jibril A.S.

Mereka menulis di atas pelepah tamar,

kulit binatang, kepingan batu dan tulang

yang kemudian disimpan di rumah

Rasulullah S.A.W.

PENULIS-PENULIS AL-QURAN PADA

ZAMAN RASULULLAH S.A.W.

TERBAHAGI KEPADA 2 GOLONGAN

IAITU :

GOLONGAN MEKAH :

Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab,

Usman Bin Affan dan Saidina Ali Bin

Abu Talib, Talhah Bin Ubaidillah,

Muawiyah Bin Abi Sufian, Huzaifah Bin

Yaman, Salim Mawla Abi Huzaifah, 'Alla

Bin Hadrami, Abban Bin Said.

GOLONGAN MADINAH :

Ubai Bin Kaab (Abu Munzir), Zaid Bin

Thabit, Muaz Bin Jabal, Amru Bin Said,

Abu Darda' dan Anas Bin Malik.


TERJEMAHAN

(44) "Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah syaitan, sesungguhnya

syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah

rahmatNya".

(45) "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena

azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang

selainNya ; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi

syaitan di dalam neraka".

(46) (Bapanya) menjawab : "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku,

wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada

menyeru dan menasihati aku sudah tentu aku akan melontarmu dengan

batu ; dan (lebih baik) engkau tinggalkan aku sepanjang masa".

BACAAN & TAFSIRAN AYAT PROGRAM BUDAYA AL-QURAN (GURU) DIBIMBING OLEH : UST. M. NAZOM BIN MOHD. YUSOF

More magazines by this user
Similar magazines