02.11.2016 Views

TERBESAR

c9ld305LgUQ

c9ld305LgUQ

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

14

MEMBANGUN BANGSA, MEMAKMUR NEGERI

Laporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Norhayati Umor, Syasya Sufian & Ermizi Muhamad

#Selangor17

Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob

Kerajaan

Negeri akan

memperkenalkan

skim perlindungan

perubatan dan

kesihatan atau Skim

Peduli Sihat bagi

kumpulan isi rumah

berpendapatan 40

peratus terendah

(B40) iaitu kelompok

yang paling tertekan

berikutan kenaikan

kos sara hidup

MOHAMED AZMIN

Dato’ Menteri Besar

Rawatan kesihatan percuma RM125 juta

Peduli Sihat bantu

keluarga B

RM juta peruntukan

kesihatan luar bandar

KERAJAAN Negeri memperuntukkan

RM209 juta diperuntukkan

bagi tujuan pembangunan

sektor kesihatan dan pembangunan

luar bandar menerusi pembentangan

Belanjawan Negeri

2017.

Dato'Menteri Besar, Dato'Seri

Mohamed Azmin Ali berkata,

peruntukan itu meliputi pelaksanaan

program skim penjagaan

kesihatan yang memberi tumpuan

terhadap pembangunan

kesihatan luar bandar.

"Jumlah ini meliputi 11.6 peratus

yang diperuntukkan bagi

pelaksanaan program skim penjagaan

kesihatan asas dan program

menangani wabak denggi

juga zika.

"Selain itu, peruntukan ini meliputi

pembangunan ekonomi

luar bandar serta membangun

prasarana asas bagi tujuan kemudahan

di desa serta menaik taraf

jalan kampung," katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin

membentangkan Strategi Belanjawan

2017 dengan menterjemahkan

gagasan 'Membangun

Selain itu,

peruntukan

ini meliputi

pembangunan

ekonomi luar

bandar serta

membangun

prasarana asas bagi

tujuan kemudahan

di desa serta

menaiktaraf jalan

kampung

MOHAMED AZMIN

Dato’ Menteri Besar

Bangsa dan Memakmur Negeri'

meliputi beberapa strategi teras

kemajuan negeri.

Beliau berkata, fokusnya turut

tertumpu kepada program pembangunan

kesihatan dan kesejahteraan

rakyat demi mengekalkan

keharmonian masyarakat di

Selangor.

KERAJAAN Negeri memperuntukkan

RM125 juta setahun bagi

melaksanakan Skim Peduli Sihat

di Selangor di sebalik langkah

Kerajaan Persekutuan memotong

perbelanjaan bagi sektor

kesihatan.

Dato' Menteri Besar Selangor,

Dato' Seri Mohamed Azmin Ali

berkata, skim itu bakal menyediakan

perkhidmatan penjagaan

kesihatan percuma bagi 250,000

keluarga atau sejuta rakyat Selangor

yang mempunyai pendapatan

isi rumah RM3,000 ke bawah.

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO) mencadangkan perbelanjaan

kerajaan untuk perkhidmatan

kesihatan lima peratus

daripada KDNK. Namun, WHO

melaporkan kadar perbelanjaan

kesihatan Malaysia hanya pada

tahap 4.2 peratus dari KDNK berbanding

negara lain seperti Cuba

(11.1%), Brazil (8.3%), Vietnam

(7.1%) dan Thailand 6.5 (%), pada

tahun 2014.

"Kerajaan Negeri amat prihatin

terhadap tahap kesihatan

rakyat yang boleh menjejaskan

produktiviti. Walaupun Kerajaan

Negeri tidak mempunyai sumber

pendapatan sebesar Putrajaya,

namun kita memiliki rasa kepedulian

yang raksasa.

"Kerajaan Negeri akan memperkenalkan

skim perlindungan

perubatan dan kesihatan atau

Skim Peduli Sihat bagi kumpulan

isi rumah berpendapatan 40 peratus

terendah (B40) iaitu kelompok

yang paling tertekan berikutan

kenaikan kos sara hidup," katanya.

Mohamed Azmin berkata, skim

itu akan diuruskan Selgate Corporation

selaku 'Third-Party Healthcare

Administrator' yang akan

membiayai rawatan kesihatan

asas setiap keluarga yang layak

sehingga RM500 setahun dan

penerima skim boleh mendapat

rawatan di 1,000 klinik berdaftar

di Selangor juga Lembah Klang.

Katanya, mereka yang dilahirkan

atau menetap lebih 10 tahun

di Selangor layak untuk menyertai

skim itu dengan pendaftaran boleh

dilakukan di Pejabat Ahli Dewan

Negeri, pihak berkuasa tempatan,

pejabat daerah dan tanah,

klinik berdaftar termasuk pendaftaran

atas talian dengan menyertakan

bukti atau pengesahan

pendapatan.

"Setiap peserta akan menerima

kad kesihatan Peduli Sihat. Pemegang

akaun utama Peduli Sihat

serta tanggungannya iaitu isteri

serta anak di bawah umur 21 tahun

boleh menerima rawatan

doktor di klinik berdaftar menurut

had gunaan dan kelayakan yang

ditetapkan," katanya.

Katanya, klinik yang berdaftar

dengan Peduli Sihat akan mengenakan

bayaran yuran konsultasi

doktor yang tidak membebankan

rakyat selaras dengan yuran yang

ditetapkan Persatuan Perubatan

Malaysia (MMA).

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!