TERBESAR

mediaselangorku

c9ld305LgUQ

6

MEMBANGUN BANGSA, MEMAKMUR NEGERI

Laporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Norhayati Umor, Syasya Sufian & Ermizi Muhamad

#Selangor17

Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob

Fokus lima teras utama kembang peluang SME

Anjakan strategik

giat ekonomi

SATU anjakan strategik ke arah

industri berasaskan pengetahuan

dan berteknologi tinggi

serta mempergiat sektor sektor

ekonomi menerusi industri kecil

dan sederhana (SME) dilaksanakan

Kerajaan Negeri.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri

Mohamed Azmin Ali berkata,

lima teras utama yang mampu

mengembangkan peluang SME

turut dijadikan fokus utama

PROGRAM HIJRAH bakal menyediakan

dana pusingan RM185

juta bermula awal 2017, kata

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri

Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri

turut meletakkan dua kumpulan

sasar baru iaitu veteran angkatan

tentera dan wanita ladang.

"Peratusan kutipan bayar balik

seperti industri aeroangkasa,

bioteknologi, sains hayat, e-dagang

dan industri halal.

"Industri strategik seperti

aeroangkasa dan automatif yang

berlabuh di Selangor membabitkan

jumlah peaburan hampir

RM3 bilion akan mencipta lebih

1,200 pekerjaan dalam perkhidmatan

sokongan termasuk pekerja

mahir.

"Ia membabitkan syarikat gergasi

UMW Aerospace Sdn Bhd di

Serendah dan UMW Toyota Motor

Sdn Bhd di Bukit Raja," katanya.

Sejumlah 183,889 peluang

pekerjaan berjaya dicipta melalui

2,258 projek perkilangan bagi

tempoh 2008 hingga suku ketiga

tahun ini.

Selangor mempunyai 3.2 juta

tenaga kerja daripada 6.14 juta

penduduk negeri itu.

Dana pusingan HIJRAH RM juta

adalah tinggi dan menggalakkan

dengan bayaran semula setakat

tahun ini berada pada paras

RM59.7 juta.

"HIJRAH terbukti mampu

mengupayakan peniaga kecil

dan peserta dijangka akan terus

meningkat kepada 56,000 orang,

pada 2018," katanya.

Tahun ini, Yayasan HIJRAH Selangor

menerima pembiayaan

RM125 juta termasuk RM5 juta

sebagai dana khas untuk kumpulan

sasar Orang Kelainan Upaya

(OKU) dan ibu tunggal.

Sehingga suku ketiga tahun

ini, seramai 28,231 peserta

menerima manfaat dengan

pengeluaran pembiayaan

RM144.8juta.

Lawan petualang sebar fitnah

MODEL kejayaan Selangor

dalam memacu pertumbuhan

dan menjamin integriti dalam

pentadbiran menggamit pelabur

asing dan pemimpin dunia

datang ke negeri itu bagi menjalin

kerjasama ekonomi.

Dato' Menteri Besar, Dato' Mohamed

Azmin Ali berkata, pemimpin

dunia melihat Selangor

sebagai model kejayaan dan terus

menjadi tumpuan, sekali gus

membantu memacu pertumbuhan

ekonomi negeri termaju itu.

"Pemimpin Singapura minat

bicara soal keselamatan rantau

di Laut China Selatan. Saudagar

Jepun petah bicara peluang

pelaburan. Pemimpin British tertarik

dengan kecekapan pentadbiran.

"Pelabur suka melabuh di Selangor

kerana pentadbiran negeri

ini ibarat air jernih, bila dilihat

nampak terus ke dasarnya.

Tidak ada kekeruhan yang menutup

onak dan duri rasuah

juga korupsi.

"Bukan sahaja syarikat gergasi

yakin melabur di Selangor,

peniaga kecil terus diupaya dan

dipimpin," katanya.

Katanya, kejayaan itu mula

dicemburui gerombolan perasuah

dan anti kesejahteraan

rakyat, bahkan mereka menabur

fitnah, merekayasa tohmahan

dan memesong fakta.

"Kita akan lawan segala petualang,

kelapa komeng dan

pencemburu yang sakit hati,"

katanya.

RM juta dana awal

R&D bioteknologi

SEJUMLAH RM10 juta diperuntukkan

sebagai dana awal (seed

capital) bagi membiayai kajian

penyelidikan dan pembangunan

(R&D) bioteknologi di Bio Bay, Pulau

Indah.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri

Mohamed Azmin Ali berkata, ia

antara usaha penting menyokong

pemerkasaan ‘bioekonomi’

di Selangor.

"Menurut laporan Pertubuhan

Kerjasama dan Pertumbuhan

Ekonomi (OECD), penggunaan

bioteknologi akan menjana pertumbuhan

‘bioekonomi’ yang

merangkumi sektor pertanian,

industri dan kesihatan," katanya.

Mohamed Azmin berkata, sejumlah

RM5 juta geran pelancaran

turut disediakan bagi

pembentukan Majlis Halal International

Selangor.

"Dengan itu, Selangor bakal

menerajui industri halal yang

lebih inovatif dan bersifat ‘game

changer’ di Malaysia.

"Sesungguhnya, Kerajaan

Negeri sentiasa giat berusaha

meneroka dan menarik pelaburan

strategik serta berimpak

tinggi seperti industri aeroangkasa,

automotif, bioteknologi

dan industri halal," katanya.

Singkap tiga dekad jalinan

kerjasama serantau

HUBUNGAN simbiotik bersama

pelabur asing lebih dari tiga

dekad menjadikan Selangor sebagai

gedung kuasa ekonomi

negara.

Dato' Menteri Besar, Dato'

Seri Mohamed Azmin Ali berkata,

komuniti dan pelabur Jepun

terus kekal menjadikan Selangor

sebagai salah satu destinasi

pelaburan terpenting.

Katanya, Kerajaan Negeri bercadang

untuk membina sebuah

memorial taman di Shah Alam

bagi menghargai kepentingan

hubungan dagang berkenaan.

"Kerajaan Negeri ingin

mencadangkan pembinaan sebuah

taman di Shah Alam yang

akan memperkenalkan ciri estetika

Jepun dan akan dinamakan

sebagai Taman Persahabatan

Selangor-Jepun.

"Taman tersebut simbol kepada

kerjasama dua hala dalam

bidang ekonomi dan kebudayaan,"

katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri

pernah mengadakan Misi

Penggalakan Pelaburan Negeri

Selangor ke Osaka, Jepun yang

diketuai Dato' Menteri Besar

sendiri.

Fokus utama lawatan itu turut

memfokuskan kepada inisiatif

menarik pelaburan daripada

sektor industri farmaseutikal,

sains hayat dan teknologi hijau

selain mempromosikan kawasan

perindustrian negeri.

More magazines by this user
Similar magazines