TERBESAR

mediaselangorku

c9ld305LgUQ

MEMBANGUN BANGSA, MEMAKMUR NEGERI

Laporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Norhayati Umor, Syasya Sufian & Ermizi Muhamad

#Selangor17

Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob

7

Selagi ada bulan dan matahari

Tekad pertahan Institusi

Raja Berperlembagaan

KERAJAAN Negeri berikrar mempertahankan

institusi Raja Berperlembagaan

sebagai payung kestabilan

dan kemakmuran untuk Selangor

terus kekal negeri termaju dan peduli rakyat.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed

Azmin Ali berkata, Institusi Raja Melayu

ibarat sauh agar bahtera rakyat tidak hanyut

taufan dan badai.

"Selagi ada bulan dan matahari, begitulah

kesetiaan rakyat kepada raja dan negara

kekal abadi," katanya.

Mohamed Azmin juga menyorot kembali

berita gembira buat rakyat Selangor apabila

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin

Idris Shah selamat diijabkabulkan dengan

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri

Norashikin pada 31 Ogos lalu.

Begitu juga Pemasyhuran Gelaran Duli

Yang Teramat Mulia, Tengku Amir Shah Ibni

Sultan Sharafuddin Idris Shah melakar sejarah

baru Kesultanan Selangor sebagai Raja

Muda Selangor ketujuh mewarisi tahta.

"Marilah kita mendoakan semoga Duli-

Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan terus

kekal bahagia dan terus bersemayam di atas

takhta Selangor," katanya.

Bantah persempadanan semula

KERAJAAN Negeri sekali lagi

mengulangi pendirian menolak

Syor Kajian Semula Persempadanan

Kawasan Pilihan Raya yang

dibawa Suruhanjaya Pilihan Raya

Malaysia (SPR).

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri

Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan

Negeri juga tidak akan berganjak

dengan pendirian menggunakan

ruang perlembagaan

melalui proses perundangan bagi

membantah cadangan SPR itu.

Katanya, ketetapan itu diambil

memandangkan ia bercanggah

dengan prinsip ditetapkan di

bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Penyisihan pengundi dari kawasan

mereka tanpa alasan sah

adalah satu penafian hak ke atas

rakyat kepada wakil dan pewakilan

pilihan mereka.

"Kita tidak mahu SPR menjadi

alat untuk mempertahankan kepentingan

penguasa," katanya.

More magazines by this user
Similar magazines