BULETIN FTKW

sirizham

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM....

Asalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera, salam sehati sejiwa

dan salam 1 UMK.

Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi, Fakulti

Teknologi Kreatif dan Warisan atau FTKW dapat

muncul sebagai salah sebuah fakulti di Universiti

Malaysia Kelantan yang berjaya melahirkan

para graduan dan usahawan dalam sektor

industri kreatif di seluruh Malaysia. Seiring dengan

visi UMK dalam memperjuangkan pembangunan

modal insan dengan berteraskan

ciri-ciri keusahawanan, saya berharap agar

mahasiswa FTKW dapat menggunakan ciri-ciri

keusahawanan melalui bidang pengajian yang

dipelajari dan seterusnya bersama-sama berusaha

membangunkan bidang keusahawanan

kreatif di Universiti Malaysia Kelantan dan juga

Malaysia.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas

saya tujukan kepada warga kerja penerbitan

Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan kerana berjaya

menerbitkan majalah FTKW bagi keluaran

pertama. Bagi pihak Fakulti Teknologi Kreatif

dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan saya

amat menghargai dan berterima kasih kepada

semua pihak yang menjadi nadi penggerak

dalam urusan penerbitan majalah ini.

Akhir kata, saya mewakili seluruh warga FTKW,

menjemput anda untuk menerokai majalah

FTKW bagi mendapatkan segala informasi,

kegiatan dan program yang berlaku di FTKW.

Kreativiti Tonggak Kecemerlangan

Prof Madya Ahamad

Tarmizi Azizan

Dekan,

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan,

Universiti Malaysia Kelantan.

Similar magazines