BULETIN FTKW

sirizham

Asalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dan Selamat Sejahtera.

Syukur alhamdullilah, akhirnya majalah Fakulti

Teknologi Kreatif dan Warisan ( FTKW ) yang

diberi nama ‘FOLIO’ dapat diterbitkan buat kali

pertama. Dengan kesempatan yang diberikan

ini, saya sebagai ketua editor mewakili unit

penerbitan FTKW ingin mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada Prof. Madya Ahamad Tarmizi bin Azizan

selaku Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan

Warisan ( FTKW ) kerana telah memberikan kepercayaan

kepada kami untuk mengolah dan

bersama-sama menjayakan penerbitan FOLIO

2016 edisi pertama dan tak lupa juga kepada

warga kerja unit penerbitan yang bertungkus

lumus bersama-sama menyiapkan majalah

FOLIO. Syabas saya ucapkan kepada kalian

semua atas kerjasama dan komitmen yang

telah diberikan.

Saya mewakili unit penerbitan FTKW memohon

maaf andai terdapat kelemahan dan juga

kekurangan dalam kandungan majalah ini dan

kami akan sentiasa memperbaikinya dari semasa

ke semasa. Saya amat berharap semua

pembaca akan berpuas hati dengan hasil

majalah ini. Akhir kata, diharapkan agar semua

pembaca mendapat impak positif daripada

FOLIO edisi pertama ini.

Sekian, terima kasih.

Majalah FOLIO telah ditampilkan dengan imej

baru yang lebih segar dan kreatif sebagai salah

satu kelainan yang kami bawakan pada keluaran

pertama ini dan ianya seiring dengan imej

fakulti yang berteraskan industri kreatif . Tujuan

FOLIO dihasilkan adalah untuk mendedahkan

dengan lebih jelas tentang segala hal yang

berlaku di FTKW. Majalah ini akan diisi dengan

pelbagai berita dan juga aktiviti serta program

yang berlangsung di Fakulti Teknologi Kreatif

dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan. Juga

diselitkan dengan segala informasi dan isu

semasa berkenaan FTKW.

Similar magazines