11.12.2016 Views

BULETIN FTKW

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bersama

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia

Kelantan (UMK) telah berjaya mengadakan satu

Bengkel Pengaturcaraan Java Bagi Guru-Guru Mata Pelajaran

Sains Komputer Negeri Kelantan Kali Pertama. Bengkel

ini telah dikendalikan oleh Dr. Tan Tse Guan, Pensyarah

Kanan, FTKW dan dibantu oleh fasilitator seramai 4 orang

yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah FTKW iaitu Dr.

Nik Zulkarnaen Bin Khidzir, Dr. Khairul Azhar Bin Mat Daud,

En. Tenh Hock Kuan dan En. Anuar Bin Mohd Yusof, serta

diselaraskan oleh Pn. Zuriah Binti Muhamad, Ketua Unit ICT

dan Pengkomputeran, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

dan YM Tuan Mohd Rizal Bin Tuan Rahim, Penolong Pengarah

Unit ICT dan Pengkomputeran.

Bengkel ini telah diadakan selama 2 hari pada 7-8

November 2016, dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.30 petang

di Makmal Komputer, Sekolah Kebangsaan Raja Bahar,

Kota Bharu, Kelantan yang dihadiri oleh guru-guru sekolah

menengah. Seramai 46 orang peserta dari seluruh Kelantan

telah terlibat dalam bengkel ini. Kebanyakan peserta yang

hadir mempunyai latar belakang yang berkaitan dengan

bidang teknologi komunikasi dan maklumat. Bengkel ini bertujuan

memberikan kefahaman kepada guru-guru mata

pelajaran Sains Komputer sebagai mata pelajaran baharu

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bermula tahun

2017 dan mendedahkan guru-guru dengan pengetahuan

asas pengaturcaraan Java. Kaedah-kaedah pengajaran

dalam bengkel ini adalah secara syarahan teoritikal,

latihan praktikal dan amali. Antara kandungan bengkel ialah

pengenalan kepada pengaturcaraan Java, pembolehubah,

aliran kawalan, kaedah, membina aplikasi kalkulator

dengan Java dan membuat borang-borang dengan

java.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!