BULETIN LESTARI 2016

chewyingying

BULETIN

Lestari


Perutusan Pengarah

BULETIN LESTARI 2016

03

PENGENALAN

04

POLISI

PEMBANGUANAN LESTARI

Salam Transformasi, Salam 1 Malaysia: Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan

Salam Sehati Sejiwa.

Komitmen negara ke arah pembangunan lestari telah

bermula sejak tahun 2009 dan dipergiatkan lagi pada

tahun 2015 di mana Malaysia telah bersetuju dalam

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu (COP 21) di Paris untuk mengurangkan

pelepasan karbon atau gas rumah hijau sehingga 45%

menjelang tahun 2030 yang diambil kira dari tahun 2005

(Baseline).

Justeru, ke arah mencapai komitmen tersebut, JKR

sebagai agensi teknikal utama di Malaysia telah

memainkan peranan penting dalam merancang dan

melaksanakan pelbagai inisiatif yang berkait rapat

dengan tunggak utama kelestarian iaitu perlindungan

alam sekitar, kecekapan tenaga, kesejahteraan sosial

dan pertumbuhan ekonomi.

Sehubungan dengan itu, terbitan pertama Buletin

Lestari 2016 adalah bertujuan untuk berkongsi dengan

warga JKR segala inisiatif kelestarian yang telah JKR

laksanakan sepanjang tahun 2016. Seterusnya,

diharapkan ianya dapat membantu melahirkan satu

komuniti lestari yang lebih prihatin dan

bertanggungjawab ke atas pembangunan secara lestari.

Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ribuan

terima kasih kepada semua staf yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam penerbitan Buletin

Lestari pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

Ir. Gopal Narian Kutty J.M.W., A.M.N.

Pengarah CASKT

Ibu Pejabat JKR Malaysia

“Every small action matters because when 7

billion people do that thing, it changes the

world”

- Achim Steiner

05

JAWATAN KUASA INDUK

PEMBANGUNAN LESTARI (JKIPL)

08

WIKIGREEN

06

MESYUARAT PEGAWAI PENYELARAS

PEMBANGUNAN LESTARI (MPPPL)

10

PENARAFAN HIJAU

(pH JKR)

09

PEROLEHAN HIJAU

KERAJAAN (GGP)

DAFTAR ISI

13

THEMATIC WORKING

GROUP (ThWG)

16

SISTEM PENGURUSAN

ALAM SEKITAR

26

CAWANGAN

ARKITEK

12

GREEN PRODUCT SCORING

SYSTEM (GPSS)

28

JKR PUTRAJAYA

32

PENSIJILAN PROFESSIONAL

14

SISTEM PENGURUSAN

TENAGA

24

CAWANGAN KERJA

KESELAMATAN

33

KURSUS LESTARI 2016

30

JKR MELAKA


P E N G E N A L A N

BULETIN LESTARI 2016 diterbitkan sebagai salah satu usaha meningkatkan

kesedaran terhadap kelestarian di kalangan warga JKR. Cawangan Alam

Sekitar dan Kecekapan Tenaga (CASKT) yang bertindak sebagai penyelaras

aktiviti kelestarian di JKR, amat berbesar hati untuk berkongsi pelbagai

inisiatif dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2016. Aktiviti ini

melibatkan pelbagai program yang telah dijalankan di Ibu Pejabat JKR dan juga

yang telah dilaksanakan di JKR Negeri atas usaha Pegawai Penyelaras

Pembangunan Lestari (PPPL) yang memainkan peranan penting sebagai Duta

Lestari JKR.

Diharapkan penerbitan buletin ini dapat membantu warga JKR dalam

merancang lebih banyak aktiviti kelestarian di peringkat Cawangan dan JKR

Negeri yang mengambil kira pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan

perlindungan alam sekitar selaras dengan aspirasi negara ke arah pembangunan

lestari dan mampan.

Dalam usaha menuju ke arah kelestarian, negara telah memberi komitmen dalam

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 21) di Paris

(2015), yang telah menyasarkan bahawa Malaysia akan mengurangkan pelepasan karbon

atau gas rumah hijau sehingga 45% menjelang tahun 2030 yang diambil kira dari tahun

2005. Rancangan Malaysia ke-11 juga telah menyatakan dengan jelas agar negara menuju

ke arah Pertumbuhan Hijau bagi Meningkatkan Kemampanan dan Daya Tahan.

Justeru, JKR yang merupakan agensi teknikal utama di negara ini memainkan peranan

penting untuk bertindak sebagai agen yang membawa perubahan yang akan memberikan

inspirasi dalam pemikiran dan tindakan inovatif ke arah kelestarian dalam

pembinaan negara.

industri

Pembangunan lestari ialah pembangunan

yang dapat memenuhi keperluan pada masa

sekarang tanpa menjejaskan keupayaan untuk

memenuhi keperluan pada masa hadapan.

Brudtland Report, 1987


BULETIN LESTARI 2016

POLISI PEMBANGUNAN LESTARI 2 0 1 6 – 2 0 2 0

Pelaksananan Polisi Pembangunan Lestari bagi tahun 2016 –2020 dimulakan

dengan menggariskan Objektif Korporat bagi sepuluh (10) Jawatankuasa Kerja

(JKK) yang dibuat melalui bengkel di Janda Baik, Pahang. Selepas dipersetujui

dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Lestari (JKIPL) Bil. 1/2016,

bengkel menetapkan Pelan Tindakan pula diadakan bagi menetapkan KPI yang

perlu dicapai oleh setiap JKK. Seterusnya, Buku Polisi Pembangunan Lestari

2016-2020 diterbitkan susulan dari buku polisi yang sebelumnya sebagai rujukan

warga JKR dalam pelaksanaan projek secara lestari.

Penetapan O b j e k t i f Korporat

Tarikh : 24 - 26hb Februari 2016

Lokasi : Hotel Cherengin Hills, Janda Baik, Pahang

Penetapan Pelan T i n d a k a n

Tarikh : 20 - 22hb Julai 2016

Lokasi : Institut Semarak FELDA, Bangi, Selangor

• 10 JKK telah menyediakan Pelan Tindakan bagi

setiap Objektif Korporat yang telah ditetapkan dan

dimuktamadkan dalam JKIPL 1/2016.

• Menetapkan KPI yang perlu dicapai oleh setiap JKK.

• Mendapatkan persetujuan ahli JKK dan pelaksana

aktiviti.

• Pelaporan adalah dalam mesyuarat JKIPL., iaitu dua

(2) kali setahun.

• 10 JKK telah dibahagikan kepada lima (5) kumpulan

untuk menyediakan Objektif Korporat.

• Kajian dan analisa telah dibuat kepada Pencapaian

Polisi 2013-2015 dan diambil kira di dalam penetapan

Objektif Korporat yang baru (2016-2020).

• Setiap kumpulan telah membentangkan Objektif

Korporat setiap JKK bagi mendapatkan maklumbalas

keseluruhan JKK dan seterusnya persetujuan

Pengerusi setiap JKK, sebelum dibawa ke Mesyuarat

JKIPL Bil 1/2016.


J K I P L JAWATANKUASA

INDUK

PEMBANGUNAN

LESTARI

• Penubuhan Jawatankuasa Induk Pembangunan Lestari

(JKIPL) adalah untuk mendapatkan penglibatan secara

menyeluruh semua warga JKR terutamanya Cawangan

Sektor Pakar dalam menyepadu, menyelaras dan

menggariskan inisiatif pembangunan lestari

dalam perlaksanaan projek JKR.

• JKIPL terdiri daripada sepuluh (10) Jawatankuasa Kerja

(JKK) yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan/ Pengarah

Cawangan.

• JKIPL bermesyuarat dua (2) kali setahun dan

dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR).

• Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga (CASKT)

adalah penyelaras untuk menyelaraskan perjalanan 10 JKK

tersebut.

J K I P L 1/2016

Tarikh : 7hb April 2016

Lokasi : Bilik Berlian, Aras 2, Blok G

• Pencapaian

Objektif Korporat

2013 - 2015.

• Pembentangan

Objektif Korporat

Polisi Pembangunan

Lestari 2016-2020

untuk kelulusan.

• Pembentangan

Cadangan Institut

Hijau Malaysia (IHM).

Majlis Penyerahan Sistem Fotovolta

(PV) Kompleks Kerja Raya oleh

SEDA Malaysia kepada JKR telah

diadakan pada JKIPL 1/2016.

Seterusnya, Cawangan Senggara

Fasiliti Bangunan telah diamanahkan

untuk menyelaras sistem tersebut.

J K I P L 2/2016

Tarikh : 6hb September 2016.

Lokasi : Bilik Berlian, Aras 2, Blok G

• Pembentangan Pelan Tindakan bagi setiap

Objektif Korporat yang telah diluluskan

dalam JKIPL 1/2016 oleh sepuluh (10)

Jawatankuasa Kerja (JKK).

• Pelan Tindakan disediakan bagi tempoh

lima (5) tahun iaitu 2016 - 2020.

• Pelan Tindakan akan dikemaskini setiap

tahun mengikut keperluan.


BULETIN LESTARI 2016

M P P P L

MESYUARAT PEGAWAI PENYELARAS PEMBANGUNAN LESTARI

Mesyuarat Pegawai Penyelaras Pembangunan Lestari (MPPPL) diadakan

dua (2) kali setahun sebagai persidangan perkongsian ilmu yang

membincangkan segala cabaran, perlaksanaan dan penyaluran maklumat

terkini berhubung pembangunan lestari.

MPPPL dihadiri oleh Pegawai Penyelaras Pembangunan Lestari (PPPL)

yang dilantik di setiap Cawangan dan JKR Negeri sebagai

‘Duta Lestari’.

Pelaksanaan MPPPL adalah bersama Taklimat Lestari dan Lawatan Tapak

Lestari bagi meningkatkan kompetensi setiap PPPL.

M P P P L 1/2016

Tarikh : 18 –20hb April 2016

Lokasi : Langkawi, Kedah

Tema : Ekosistem Paya Bakau di Kilim Karst Geoforest

Merupakan MPPPL yang pertama dalam RMK11, CASKT

telah membentangkan aplikasi SPAS, pH JKR & MyCREST

dan Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) kepada semua PPPL.

Lawatan Tapak Lestari ke Projek Menaiktaraf Jeti

Kuah, Langkawi.

• Pasukan Projek telah memberi taklimat dan membawa

meninjau kawasan tapak.

• Telah diadakan Taklimat Lestari oleh Perunding Alam

Sekitar EnviroSustain Consult terhadap isu dan penemuan

terhadap alam sekitar sepanjang pelaksanaan projek.

Lawatan Tapak Lestari ke Kilim Karst Geoforest

Park, Langkawi

• Pihak LADA telah membentangkan keajaiban alam

semulajadi di Langkawi yang merupakan salah satu tapak

UNESCO dan menjadi pusat rujukan dari negara-negara

lain. Batuan di sini telah berusia melebihi 250 juta tahun

dan dipercayai menjadi asal usul pembentukkan

Semenanjung Tanah Melayu. Juga terdapat spesis pokok

bakau yang hanya terdapat di sini.

• Spesis bakau di sini juga istimewa kerana ada spesisspesis

yang tiada di tempat lain.


PERANAN &

TANGGUNGJAWAB

PPPL

• M e n y e l a r a s p r o g r a m

pembudayaan lestari

• M e n g u r u s k a n l a t i h a n

berkaitan pembangunan lestari

• Memantau projek SPAS, pH

JKR & MyCREST

• Menjadi pusat komunikasi

bagi maklumat, dokumen dan

bahan rujukan berhubung

kelestarian.

M P P P L 2/2016

Tarikh : 28—29hb September 2016

Lokasi : FRIM

Tema : Kelestarian Hutan Seiring dengan

Pembangunan Negara 2020

MPPPL Bil. 2/2016 - Penglibatan PPPL yang begitu

bersemangat membentangkan inisiatif yang telah

mereka laksanakan di Cawangan dan JKR Negeri.

Taklimat Lestari kali ini bertajuk Pematuhan Akta

Kualiti Alam Sekeliling 1974 – Perintah Kualiti Alam

Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan

Kepada Alam Sekeliling) 2015 yang telah disampaikan

oleh Pengarah JAS Kuala Lumpur.

Lawatan Tapak Lestari ke FRIM

• Mendaki hutan di FRIM bersama renjer hutan bagi

mempelajari ekosistem dan lapisan hutan

khatulistiwa.

• Melihat keajaiban pokok kapur yang mana

perimeter kanopi pokok tidak bersambung antara

satu sama lain akibat tindakbalas semulajadi dalam

pokok tersebut.

• Mempelajari flora dan fauna yan ditemui sepanjang

sesi lawatan.

• Canopy Walk - Dibina pada tahun 1992 sebagai

platform kajian untuk pemerhatian ke atas kanopi

pokok dan kajian flora dan fauna. Pada tahun 1993,

telah dibuka untuk dikongsi bersama orang ramai.


BULETIN LESTARI 2016

Wiki G R E E N

DI ATAS TALIAN J—P E D I A

Laman WikiGREEN (http://jpedia.jkr.gov.my/

index.php/WikiGREEN) telah dibangunkan di atas

talian J-Pedia sebagai medium penyaluran

maklumat kelestarian yang dapat

diurus dan diakses dengan mudah

oleh semua warga JKR bagi menggalakkan

pembelajaran berterusan.

Seramai 1,334 orang telah melayari laman wikiGREEN sepanjang tempoh

dari Januari 2016 sehingga November 2016. Ini telah melepasi sasaran

untuk menerima minima 1000 pelawat setahun yang dikira bersama laman

wikiTAM.

Kandungan WikiGREEN dibina sepenuhnya

merujuk kepada Jawatankuasa Induk Pembangunan

Lestari (JKIPL). WikiGREEN diselaraskan secara

keseluruhan oleh Cawangan Alam Sekitar &

Kecekapan Tenaga (CASKT) dan dikendalikan

oleh administrator setiap Jawatankuasa Kerja (JKK)

di bawah JKIPL.

BENGKEL WikiGREEN 2016

Tarikh : 14hb November 2016

Lokasi : Bilik BIM, Aras 20, Menara PJD

Bengkel WikiGREEN dilaksanakan secara tahunan, iaitu sekali setahun

untuk mengemaksini laman wikiGREEN di atas talian J-PEDIA secara

keseluruhan melibatkan 10 Jawatankuasa Kerja (JKK).

WikiGREEN telah berjaya mendapat

anugerah penghargaan di PROGRAM

PERSADA MINDA JKR 2016 -

KOMUNIKASI JENDELA ILMU pada

28 September 2016.

Bengkel pada tahun 2016 dilaksanakan secara ushasama dengan Unit

Enterprise Content & Knowledge Management, Cawangan Perancangan

Aset Bersepadu (CPAB). En Khairil Hizar B. Md Khuzaimah telah

dilantik sebagai fasilitator untuk menyelaraskan perjalanan bengkel.


PEROLEHAN HIJAU KERAJAAN (GGP)

Pengenalan

Perolehan Hijau Kerajaan (Government Green Procurement;

GGP) adalah merujuk kepada pembelian

produk, perkhidmatan dan kerja di sektor awam

yang mengambil kira kriteria alam sekitar untuk

memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi

serta meminimumkan dan mengurangkan kesan

negatif daripada aktiviti manusia

GGP ialah perolehan pintar - maksudnya ia

meningkatkan kecekapan perolehan Kerajaan dan

pada masa yang sama menggunakan kuasa pasaran

awam untuk mentransformasi ekonomi Malaysia

menjadi Ekonomi Hijau.

Terdapat banyak faedah yang boleh dicapai melalui

pelaksanaan GGP, di antaranya ialah:-

• Menyokong inovasi dan ekonomi domestik.

• Mewujudkan pasaran yang lebih besar dan

baharu untuk penyelesaian kelestarian yang

inovatif.

• Meningkatkan prestasi alam sekitar dalam

perniagaan.

• Membantu mencapai matlamat alam sekitar

nasional.

• Membantu penjimatan jangka panjang.

• Menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.

Surat Pekeliling Perbendaharaan

berhubung pelaksanaan GGP

Jawatankuasa Kerja

Perolehan Hijau

Kerajaan (GGP) JKR

Malaysia -

• Ditubuhkan pada

Mesyuarat JKIPL

Bil.2/2015 dan

dipengerusikan oleh

Pengarah Kanan CKUB

• Bertanggungjawab untuk :-

a. Menyelaras dan

mendokumenkan

pelaksanaan GGP bagi skop

perolehan Kerja di peringkat

Jabatan.

b. Pelaporan pencapaian nilai

perolehan hijau bagi skop

kerja adalah kepada KKR.

c. Mengenalpas. projek

Pelan Tindakan GGP

Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) telah

mensasarkan sebanyak 20 % daripada Perolehan

Kerajaan adalah menggunakan GGP menjelang tahun

2020. Pelan Tindakan Jangka Pendek (Short Term

Action Plan; STAP) GGP telah dibangunkan bagi

tujuan pelaksanaan GGP. Pelan ini merupakan

tindakan jangka pendek bagi tempoh mulai Julai 2013

sehingga Disember 2014 mengenai kaedah

pelaksanaan GGP yang tertumpu kepada Perolehan

produk dan perkhidmatan.

Satu Pelan Tindakan Jangka Panjang (Long Term

Action Plan; LTAP) GGP yang merangkumi dasar

Projek Perintis GGP JKR Malaysia

Mesyuarat berkaitan pelaksanaan GGP – Perolehan

Kerja pada 13 Jun 2016 di Kementerian Tenaga,

Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah

memutuskan tiga (3) projek yang berdaftar di bawah

kriteria Penarafan Hijau iaitu pH JKR / MyCREST

dijadikan sebagai projek perintis GGP seperti

butiran di bawah :-

Pelaporan GGP untuk projek perintis akan dibuat

berdasarkan kepada penggunaan produk-produk hijau

dan pelaksanaan GGP oleh semua Agensi

Kerajaan meliputi tempoh masa 2015 – 2025

turut sedang dimuktamadkan pada masa ini. Pada

tahun 2016, Kerajaan telah memutuskan skop

pelaksanaan GGP akan diperluaskan kepada

perolehan kerja yang melibatkan projek-projek

pembangunan fizikal baru seperti pembinaan

bangunan Kerajaan. JKR merupakan agensi

perintis bagi skop perolehan kerja merujuk

kepada LTAP.

hijau dalam projek berkenaan. Manual Green

Product Scoring System (GPSS) akan digunakan

sebagai panduan untuk penilaian penggunaan

produk hijau dalam projek terlibat.

Bengkel penilaian GGP bagi kesemua projek

perintis akan dibuat setelah projek berkenaan

ditender bagi mendapatkan senarai produk hijau,

kuantiti dan kos yang terlibat untuk dilaporkan

kepada pihak KKR / KeTTHA.

perin.s GGP berdasarkan

projek yang dida/arkan

dengan pHJKR/MyCrest bagi

tempoh 2016-2020.

Projek Perintis GGP

Pembinaan Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan Hospitaliti dan Alam Sekitar

Universiti Utara Malaysia (UUM) Colgis

Universiti Pengurusan Sultan Idris (UPSI)- Bangunaan Fakulti Pendidikan Teknikal dan

Vokasional di Kampus UPSI Teluk Intan Fasa 2

Menaiktaraf Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (PLKPM) Bandar Baru

Enstek, Negeri Sembilan

Pengurus Program

Caw. Kerja Pendidikan (CKP)

Caw. Kerja Pendidikan (CKP)

Caw. Kerja Bangunan Am 1

(CKBA1)


BULETIN LESTARI 2016


Jawatankuasa pH JKR Bangunan yang terdiri

daripada Cawangan Alam Sekitar &

Kecekapan Tenaga (CASKT) serta semua

Cawangan PAKAR Ibu Pejabat JKR

(CA,CKM,CKE,CKS,CFSB,CKUB) telah

melaksanakan penambahbaikan kepada

kedua-dua manual pH JKR (KB1a & KB2)

dan menjadikannya lebih praktikal. Manual

pH Bangunan versi terkini ini telah diberi

penambahbaikan dan dipermudahkan supaya

lebih mesra pengguna.

BENGKEL DAN MESYUARAT : KATEGORI BANGUNAN pH JKR 2016

MESYUARAT PENAMBAHBAIKAN MANUAL PH

JKR –KATEGORI BANGUNAN SEDIA ADA BUKAN

KEDIAMAN (KB2)

MESYUARAT PENYIAPAN DAN PEMURNIAN

MANUAL PH JKR - KATEGORI BANGUNAN

BAHARU BUKAN KEDIAMAN (KB1A) DAN

BANGUNAN SEDIA ADA BUKAN KEDIAMAN (KB2)

15-17 MAC

2016

5-7 OKTOBER

2016

MH Hotel , Ipoh, Perak

Institut Latihan Kehakiman

Dan Perundangan (ILKAP),

Bangi, Selangor

Jawatankuasa pH JKR Jalan yang terdiri

daripada Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan

Tenaga (CASKT) serta Cawangan Jalan (CJ)

telah melaksanakan penambahbaikan kepada

kedua-dua manual (KJ1 & KJ2) dan

menjadikannya lebih praktikal dan mesra

pengguna.

Di dalam Manual pH Jalan Versi 2.0 (NEW ROAD & UPGRADING ROADWORKS)

ini, kriteria jalan baru dan naik taraf jalan telah digabungkan di dalam satu manual

yang telah diberi penambahbaikan dan dipermudahkan supaya lebih mesra

pengguna.

BENGKEL DAN MESYUARAT : KATEGORI JALAN pHJKR 2016

PENAMBAHBAIKAN MANUAL PENARAFAN

HIJAU JKR (pH JKR) KATEGORI JALAN BARU

PERSEKUTUAN (KJ1)

24–26 OGOS 2016 Institut Semarak Felda

(ISEF), Bangi, Selangor

MESYUARAT PENAMBAHBAIKAN DAN PEM-

URNIAN MANUAL PENARAFAN HIJAU (pH

JKR) SEKTOR JALAN

19-21

SEPTEMBER 2016

Di Hotel Royal, Pulau Pinang


BULETIN LESTARI 2016

NO

GPSS: pHJKR 7 projek GPSS: MyCREST 3 projek

PROJEK DAFTAR pH JKR DAN MyCREST : GPSS

1 KB1/04/15 Pembangunan Pejabat Cawangan KPDNKK, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

2 KB1/10/15 Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan

3 KB1/01/15 Klinik Kesihatan Jenis 4 (KK4) dengan Kuarters, Pulau Pangkor, Perak.

4 KB1/03/15 Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri (Bangunan Suk Baru), Mukim Seriab, Perlis

5 KB1/05/15 Universiti Malaysia Terengganu – Pembinaan Bangunan bagi Institut Bioteknologi Marin

6 KB1/23/15 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim, Perak

7 KB1/02/16

(Projek perintis GGP)

Pembinaan Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan Hospitaliti dan Alam Sekitar UUM

Colgis – Universiti Utara Malaysia

8 MyCREST : 0006 Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Selama, Perak.

9 MyCREST : 0025 Universiti Sains Islam Malaysia – Pembinaan Bangunan Fakulti Pergigian

10 MyCREST:0027

(Projek perintis GGP)

UPSI – Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Kampus UPSI Teluk Intan (Fasa 2

- Bangunan)

11 MyCREST:0026

(Projek perintis GGP)

Menaiktaraf Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (PLKPM) Bandar Baru

Enstek, Negeri Sembilan (Fasa 2)

Inisiatif JKR Malaysia membangunkan JKR Standard :

Manual for Green Product Scoring System (GPSS)

sebagai dokumen yang menyediakan garis panduan

bagi mengira peratusan penggunaan produk hijau di

dalam sesebuah projek dan ini akan menggalakkan

penggunaan sumber dan bahan hijau dalam projek

yang dilaksanakan oleh JKR. Aspirasi Pengurusan

Atasan JKR telah dapat direalisasikan melalui

penyediaan standard ini kerana ia adalah dokumen

pertama JKR yang telah dijadikan Standard JKR.

BENGKEL DAN MESYUARAT : JKR STANDARD GPSS-SIRIM

NO AKTIVITI TINDAKAN TEMPOH CATATAN

1 Persediaan Deraf Permulaan SIRIM 1 BULAN Pertengahan Jun 2016

2 Perbincangan Deraf Committee

Members

1 - 2 BULAN Julai– Ogos 2016

3 Komen awam dan rundingan pihak

berkepentingan/ Stakeholder

SIRIM/

Stakeholders

1 BULAN (Konsultasi ‘Stakeholder’– proposed

21 – 27 September 2016)

4 Deraf Akhir JKR Standard on GPSS SIRIM, JKR 1 BULAN Oktober

5 Pengesahan Akhir JKR 1 BULAN November

TEMPOH PENYIAPAN DOKUMEN

6 BULAN


JKR telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk

mempengerusikan mesyuarat ThWG–Infrastructure di bawah

Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar. Tujuan utama

jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan laporan peringkat

antarabangsa kepada United Nations Framework Convention on

Climate Change (UNFCCC) mengenai status terkini inventori

pelepasan karbon, pelan mitigasi, penjejasan dan pengubahsuaian

serta penyelidikan dan pembangunan yang dilaksanakan di

Malaysia. Projek ini dibiayai oleh United Nation Development

Project (UNDP) bagi mengira pelepasan karbon di dalam negara

dalam usaha memelihara dan memulihara kepentingan alam

sekitar.

ThWG-Infrastructure ini melibatkan kerjasama daripada pelbagai

cawangan dalaman JKR dan juga pelbagai agensi luar yang

berkaitan infrastruktur negara dalam menyumbang maklumat data

dan analisa serta membantu menyediakan dokuman TNC & BUR.

Kumpulan Jawatankuasa Kerja terbahagi seperti berikut:

• Kumpulan 01 : Bangunan

• Kumpulan 02 : Jalan dan Perparitan

• Kumpulan 03 : Pengangkutan (Air, Udara, Darat)

• Kumpulan 04 : Sisa Pepejal

• Kumpulan 05 : Utiliti (Air, Pembentungan, Elektrik)

• Kumpulan 06 : Telekomunikasi

THEMATIC WORKING GROUP (ThWG) INFRASTRUKTUR DI DALAM

TECHNICAL WORKING GROUP (TWG) VULNERABILITY & ADAPTATIONS (V&A)

BAGI PROJEK PENYEDIAAN THIRD NATIONAL COMMUNICATION (TNC) &

BIENNIAL UPDATE REPORT (BUR)

JULAI 2000

NC pertama dikemukakan; dinamakan sebagai Initial National Communications (INC)

JANUARI 2011

NC kedua dikemukakan; dinamakan sebagai NC2

FEBRUARI 2015

MAC 2017

BUR pertama dikemukakan

NC ketiga dan BUR kedua perlu dikemukakan oleh Jawatankuasa ThWG kepada TWG

V&A untuk penyediaan laporan

DISEMBER 2017

TNC dan BUR kedua akan dikemukakan kepada UNFCCC


BULETIN LESTARI 2016

SPT : 2016 MS ISO 50001:2011

SPT

SISTEM PENGURUSAN TENAGA

Sistem Pengurusan Tenaga merupakan sistem

pengurusan bersistematik bagi memastikan tenaga

elektrik digunakan dengan cekap.

Berdasarkan Surat Arahan KPKR Bil.4/2016

bertarikh 18 Februari 2016 melalui Pemakaian Sistem

Pengurusan Bersepadu (SPB) 04 Dalam Sistem Kerja

JKR Malaysia adalah termasuk Sistem Pengurusan

Tenaga (SPT JKR MS ISO 50001:2011) berkuatkuasa

mulai 1 April 2016.

OBJEKTIF PENGURUSAN TENAGA

Meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga elektrik

secara berterusan dalam rekabentuk, operasi dan

penyenggaraan bagi bangunan yang dipilih.

SKOP PEMAKAIAN ISO

50001:2011

Pengurusan Atasan JKR menetapkan skop pemakaian

MS ISO 50001 bagi pengurusan tenaga elektrik

melibatkan bangunan sedia ada terpilih yang

dikawal selia oleh JKR.

PENSIJILAN

Pensijilan SPT yang mematuhi MS ISO 50001:2011 telah

Berjaya mendapat

pengiktirafan daripada

Jabatan Standard

Malaysia iaitu SIRIM

QAS International Sdn.

Bhd. yang melibatkan

keseluruhan operasi

dan penyenggaraan

b a n g u n a n b a g i

Kompleks Ibu Pejabat

JKR Malaysia (Blok A,

B, C, D, E dan F)

pada 12 Jun 2015.

TAHNIAH!!

4 SASARAN OBJEKTIF PENGURUSAN TENAGA

SASARAN

PENJIMATAN

PENGGUNAAN

ELEKTRIK

1

Mencapai 100% daripada

sasaran penjimatan elektrik

yang telah ditetapkan

dalam PIPT bagi bangunan

yang dipilih

PELAN

TINDAKAN

PENGURUSAN

TENAGA

2

Melaksanakan 100% Pelan

Tindakan mengikut aktiviti

yang dipersetujui dalam

PIPT dengan varian 10%

PERLAKSANAAN SPT DI JKR PERAK

PROGRAM

KESEDARAN &

LATIHAN

3

Melaksanakan 100% program

latihan dan kesedaran yang

dirancang dengan varian 5%

PERBELANJAAN

4

Membelanjakan 100% peruntukan

untuk aktiviti

pengurusan tenaga dengan

varian 5%

KE ARAH PENSIJILAN

MS ISO50001:2011


ROADSHOW SPB-SPT

2016

4

APRIL

♦JKR WP Kuala Lumpur

PELAKSANAAN SPT DI IP JKR

MEI

5

♦IPJKR di Menara PJD

♦Zon Utara di Kedah

♦Zon Selatan di Johor

8

♦Zon Tengah di JKR

Selangor

OGOS

PENCAPAIAN PELAKSANAAN SPT IPJKR

TAHUN /

TEMPOH

PURATA

PENJIMATAN TENAGA

(kWj/bulan)

PURATA

PENJIMATAN

PERBELANJAAN

(RM/bulan)

PENJIMATAN

TAHUN 1

(JULAI 2014 –

JUN 2015)

TAHUN 2

(JULAI 2015 –

JUN 2016)

14,000 5,130 4%

38,000 14,088 10%

MS ISO50001:2011


BULETIN LESTARI 2016

SISTEM PENGURUSAN

ALAM SEKITAR

AUDIT PEMANTAUAN ISO 14001:2004 (Surveillance Audit) OLEH SIRIM

Audit Pemantauan (Surveillance Audit) Sistem Pengurusan

Alam Sekitar (SPAS) JKR ISO 14001:2004 telah diadakan

pada 10 hingga 15 April 2016. Sebanyak 8 projek telah

dipilih oleh Pasukan Audit SIRIM QAS International Sdn.

Bhd. untuk diaudit iaitu :

1. Klinik Kesihatan (Jenis 5) Dengan Kuarters, Pulau

Redang, Terengganu

2. Projek Membina Lebuhraya Kota Bharu Ke Kuala Krai,

Kelantan. Pakej 2a: Kadok Ke Ketereh, Kota Bharu,

Kelantan

3. Kerja-Kerja Pembinaan Semula Cerun Di Laluan Ft185,

Seksyen 46.0, Jalan Simpang Pulai - Blue Valley, Perak

4.Menaik taraf Jalan Dari Rps Legap Ke Kg. Orang Asli

Beswok, Sungai Siput, Perak

5. Menaik taraf Jalan Pos Sinderut, Dun Jelai, Cameron

Highland, Pahang

6. Cadangan Hospital Rembau, Negeri Sembilan (76 Katil)

Fasa 2 - Kerja Bangunan Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan

7. Pembinaan Jalan Pintas Rawang Bagi Mengatasi

Kesesakan Lalulintas Di Bandar Rawang Secara 'Design

And Build' Dan 'Deferred Payment'

8.Cadangan Pembinaan Hospital Petrajaya (300 Katil)

Petrajaya, Kuching, Sarawak


Audit Dalaman Sistem Pengurusan Alam

Sekitar (SPAS) merupakan salah satu

prosedur yang terkandung dalam Sistem

Pengurusan Bersepadu (SPB). Audit

Dalaman tersebut telah dilaksanakan ke

atas projek-projek persekutuan JKR yang

tertakluk di dalam Kawasan Sensitif Alam

Sekitar (KSAS) dan/atau tertakluk kepada

keperluan Kajian Impak Alam Sekitar

(Environmental Impact Assessment – EIA),

JKR Negeri dan Cawangan Ibu Pejabat JKR

Malaysia.

Carta 1 : Pelaksanaan Audit Dalaman SPAS 2016

Audit dalaman untuk projek telah

dilaksanakan antara Februari hingga April

2016 manakala bagi JKR Negeri dan

Cawangan Ibu Pejabat JKR pada Mei hingga

November 2016. Ringkasan bilangan audit

adalah seperti Carta 1:

Antara aktiviti dan penemuan semasa audit adalah

seperti berikut:

Hasil audit yang telah dijalankan pada 2016,

sebanyak 35 Non-Conformance Report (NCR) dan

164 Observation For Improvement (OFI) telah

dikeluarkan. Perincian adalah seperti di Carta 2.


BULETIN LESTARI 2016

PETUNJUK PRESTASI SISTEM PENGURUSAN

ALAM SEKITAR ( P2SPAS )

P2SPAS adalah tool bagi menilai tahap pencapaian

pelaksanaan SPAS ke atas projek, JKR Negeri dan

Cawangan Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Tahap pencapaian P2SPAS adalah seperti berikut:


Tahukah anda????

P2SPAS adalah hasil idea

oleh kumpulan KIK

CASTarians pada tahun

2014. Ianya telah

digunapakai dalam audit

dalaman bermula pada

tahun 2015 sehingga kini.

Tahniah kepada pasukan

KIK CASTarians!!!!!


BULETIN LESTARI 2016

AUDIT PEMBINAAN

Bahagian Pengurusan Projek telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Audit Pembinaan bagi

projek – projek yang tidak tertakluk pada Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS). Tujuan audit ini

dijalankan adalah untuk memastikan pelaksanaan kerja- kerja perlindungan alam sekitar di jalankan

ditapak. Berikut adalah senarai projek yang telah diaudit.

PERAK

1. Mahkamah Baharu Tapah, Perak

2. UPSI Teluk Intan, Perak.

TERENGGANU

1. Baiki Jalan Kota Bharu-Kuala

Terengganu, KM 10 – KM 21

2. Hospital Dungun

KEDAH

1. CIQ dan Jeti Baru di Jeti Kuah, Langkawi

2. Perlabuhan Kargo Tjg.Lembung,Langkawi -

Pejabat Daerah Pertahanan Awam

Langkawi

3. Politeknik Hulu Terengganu

4. Hospital Pengajar UNISZA K.Terengganu

MELAKA

1. Naiktaraf Jalan Ayer Keroh Ke

Bandar Melaka -Fasa 1: Pembinaan Persimpangan

Peringgit & Persimpangan MITC

PULAU PINANG

1. Naiktaraf Jalan FT006 dari Teluk Kumbar

ke Lapangan Terbang Antarabangsa,

P.Pinang

2. Naiktaraf Jalan P10,daripada Batu Maung ke

Jln Sultan Azlan Shah

NEGERI SEMBILAN

1. KPDNKK, Kuala Pilah,

2. FT51dari Kg. Sawah Liat ke Kg. Gedang,

3. Membina Jalan Baru dari Kg. Chennah ke

Kg. Esok, Jelebu

KELANTAN

1. Naiktaraf Jalan Morak—Kebakat-Cabang

Empat Tok Mek Ngah,Tumpat

2. Kem Tentera Darat, Batu Melintang

3. Jalan Pasir Mas Fasa 2

4. Naiktaraf Seksyen KM326.7 FT008,Jalan

Kuala Krai ke Kota Bharu

KUALA LUMPUR / SELANGOR

1. Menaiktaraf Bangunan Parlimen (Fasa 3B)

2. Balai Polis Country Homes, Rawang

3. Jalan Persekutuan FR5 dari Tjg. Karang ke

Sabak Bernam

4. Naiktaraf Lebuh raya Pulau Indah, Klang

5. Naiktaraf Jln PersekutuanFR5 Tjg Karang

Hutan Melintang-Jabatan Penjara

Malaysia ,Kajang

SARAWAK

1. Hospital Seri Aman,Sarawak

JOHOR

1. UTHM-Fakulti Kejuruteraan,

Johor

2. IPD Johor Baru Selatan, Johor


Kategori penemuan NCP seperti rajah dibawah: -

GAMBAR SEKITAR AUDIT PEMBINAAN YANG TELAH DIADAKAN PADA TAHUN 2016


BULETIN LESTARI 2016

MIGRASI SPAS JKR MS ISO 14001:2015

OBJEKTIF PELAKSANAAN MESYUARAT

• Meneliti dan memahami keperluan MS ISO 14001:2015 bagi mengemaskini

dokumen SPAS JKR sedia ada mengikut standard yang baru.

• Mengambil peluang mengenalpasti dan menambahbaik dokumen sedia ada SPAS

dan akan diselaraskan kedalam SPB JKR

BENGKEL DAN MESYUARAT MIGRASI

SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR

(SPAS) JKR KE ARAH MS ISO 14001: 2015

Selaras dengan penerbitan MS ISO

14001:2015 bagi menggantikan MS ISO

14001:2004 yang akan tamat tarikh sahlaku

penggunaannya pada September 2018. Oleh

itu, CASKT telah merancang untuk

mengadakan beberapa siri mesyuarat

bertujuan untuk mengemaskini dokumen SPAS

JKR berdasarkan MS ISO 14001:2015 ini.

Sehubungan dengan itu, beberapa bengkel

dan mesyuarat telah dilaksanakan sepanjang

tahun 2016 bagi tujuan berkenaan.

Ahli-ahli mesyuarat yang dijemput dan terlibat

dengan bengkel dan mesyuarat migrasi adalah

dari kalangan para pegawai yang

berpengalaman dan telah banyak

menggunakan dokumen SPAS bagi mendapat

maklumbalas serta cadangan pengemaskinian

berdasarkan MS ISO 14001:2015.

BENGKEL DAN MESYUARAT MIGRASI SPAS JKR MS ISO 14001:2015

26 MEI 2016 MESYUARAT HALATUJU SPAS - CASKT 1/2016 CASKT

14 JUN 2016 MESYUARAT HALATUJU SPAS - CASKT 2/2016 CASKT

15 - 17 OGOS 2016 BENGKEL MIGRASI SPAS JKR MS ISO

14001:2015 BIL. 1/2016

24 OGOS 2016 PERBINCANGAN LANJUT BERSAMA JK

MESYUARAT MIGRASI SPAS 2016

SWISS INN HOTEL,

JOHOR BHARU

CASKT

7 - 9 NOVEMBER

2016

MESYUARAT PENAMBAHBAIKAN SPAS

KESELURUHAN

KLANA RESORT

SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN


BULETIN LESTARI 2016

CAWANGAN KERJA KESELAMATAN

INISIATIF LESTARI YANG DILAKSANAKAN

INISIATIF LESTARI YANG

DILAKSANAKAN:

GOTONG-ROYONG PERDANA BAGI PROGRAM EKSA

• 3 TONG RECYCLE DI

LOBI LIF.

Program EKSA telah dirasmikan oleh

Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan pada

4 Mac 2016 bertempat di Bilik La)han,

)ngkat 18, Maju Tower.

Ak)vi) Gotong Royong Perdana bagi

Program EKSA telah diadakan di Cawangan

Kerja Keselamatan pada 4 Mac 2016 di

se)ap Bahagian.

LAWATAN KE KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

(KKM) BAGI PROGRAM EKSA

• 2 TONG RECYCLE DI

DALAM PEJABAT.

• TANDA PERINGATAN

JIMAT PENGUNAAN AIR

Lawatan Program EKSA Ke Kementerian

Kesihatan Malaysia Putrajaya yang telah

memperolehi pensijilan EKSA telah diadakan

pada 11 Mac 2016. Peserta seramai 40 orang

telah menyertai lawatan tersebut.

Seramai 40 orang peserta yang menyertai

lawatan Program EKSA telah melawat pejabat

Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya

iaitu pada 11 Mac 2016.


CAWANGAN KERJA KESELAMATAN

INISIATIF LESTARI YANG DILAKSANAKAN

PROGRAM GO GREEN WEEK 2016

INISIATIF LESTARI YANG

DILAKSANAKAN:

Bagi memas)kan amalan EKSA sen)asa berterusan,

pihak Ahli Jawatankuasa EKSA CKS telah mengambil

inisia)f untuk melancarkan KEMPEN GO GREEN WEEK

2016 untuk semua sub Zon Emerald CKS. Kempen ini

bermula pada 18 hingga 22 April 2016. Pelbagai

inisia)f telah diambil seper) penjimatan kertas,

penjimatan air dan kempen hijau (kitar semula).

•PEMBERITAHUAN BAGI

WAKTU PEMBERSIHAN

TANDAS.

PROGRAM JOM SIHAT 1MALAYSIA

• ANDA PERINGATAN SUIS

PERLU DIPADAM SELEPAS

GUNA.

Kesejahteraan sosial merupakan salah satu

aspek kelestarian, justeru Ak)vi) Jom Sihat 1

Malaysia telah diadakan pada 22 Ogos – 21

September 2016.

Seramai 21 orang peserta yang menyertai

Ak)vi) Jom Sihat 1 Malaysia telah dipimpin

oleh jurula)h iaitu Encik Rizal Rosli dan Puan

Aminah.

•TANDA PERINGATAN

SELEPAS PENGUNAAN

AIR.


CAWANGAN ARKITEK

Day Lighting Factor Tool

Penganugerahan Df TOOL:

• Gold Medal di Anugerah Ciptaan dan Inovasi, Malaysia

Technology Expo MTE 2014) pada 20-22 Februari 2014.

• Silver Medal dan Thailand Award for Best International

Invention di International Exibition of Invention of Geneva

pada 14-20 April 2015

• Bronze Medal di International Invention, Innovation &

Technology Exibition (iTEX ) pada 21-23 Mei 2015

Lawatan Reka Bentuk Lestari ke Hospital Rehabilitasi

Alor Gajah Melaka pada 25 Mei 2016

BULETIN LESTARI 2016

CAWANGAN

ARKITEK

Produk inovasi ini telah dibangunkan untuk membantu

perekabentuk menghasilkan reka bentuk bangunan lestari

melalui pendekatan rekabentuk pasif terutamanya ciri-ciri

cekap tenaga. Aplikasi ini merupakan kaedah pantas untuk

mengukur kemasukan cahaya siang ke dalam ruang-ruang

bangunan dari fasa awal reka bentuk.

OBJEKTIF produk:

• Mengoptimumkan penggunaan

pencahayaan siang ke dalam

bangunan (iaitu sekurangkuranngnya

DF=1.5% atau 300

lux di dalam bangunan pejabat)

bagi mematuhi standard MS

1525 : Code of Practice for EE &

RE for non residential buildings

• Sebagai rujukan yang menepati

konteks iklim setempat

Capaian aplikasi dari laman web rasmi

Cawangan Arkitek atau taipkan alamat

seperti di bawah sekiranya dari luar laman :

CA komited dalam pelaksanaan agenda

amalan hijau Kerajaan. Maka banyak

program lestari telah dianjurkan untuk

meningkatkan kemahiran teknikal dan

memantapkan lagi pengetahuan para

Arkitek.

Lawatan ini bertujuan untuk memberI

pendedahan secara terus mengenai

ciri-ciri bangunan yang berkonsepkan

rekabentuk hijau dan menerapkan banyak

kriteria rekabentuk pasif . Bangunan

Hospital yang direka bentuk oleh Arkitek

Anuar Aziz ini telah mendapat

penarafan GBI untuk Blok Utama.

Projek ini telah dipilih kerana kriteria

rekabentuknya yang menarik.

Di samping itu, projek ini juga telah:

• Disenarai pendek pencalonan projek

kategori kesihatan di dalam World

Architecture Festival 2014.

• Memenangi anugerah ‘Design & Health

International Academy Award’ untuk

“Salutogenic Design Project for

Rehabilitation Environment’, Hong

Kong 2015

• Memenangi PAM Silver Award di

dalam Architecture Malaysia May

2015 di bawah ‘Transformative

Architecture’.

Seminar Rekabentuk Lestari pada 24 Mei 2016

di Menara TIMA

Program seminar ini bertujuan untuk meningkatkan

kesedaran perekabentuk di CA berkaitan pelaksanaan

penarafan hijau & penekanannya dalam perlaksanaan

projek. Sesi ceramah telah dibentangkan oleh

penceramah jemputan iaitu Pn. Syaifatul Afzan dari

CASKT dan juga Dr. Fairuz daripada UPM.


Building Façade : An Analytical Journey

Penghasilan buku ini adalah salah satu inisiatif Cawangan Arkitek

untuk memantapkan kemahiran pereka bentuk di dalam strategi

penyelesaian rekabentuk pasif terutamanya kepada fasad

bangunan.

Objektif :

• Menjalankan analytical analysis menggunakan perisian simulasi

sebagai pendekatan di dalam membuat rekabentuk fasad yang

efisyen.

• Menilai prestasi bangunan yang terpilih dan mengkaji kaedah

penyelesaian rekabentuk bangunan yang digunakan.

• Menggalakkan perekabentuk menggunakan perisian simulasi

di dalam rekaan fasad bangunan bagi menghasilkan bangunan

yang efisyen, cekap tenaga dan lestari.

Lawatan Teknologi & Alam Sekitar

pada 31 Mei 2016 ke projek:

- Universiti Pengajar, Hospital Serdang

- Naiktaraf Bangunan Parlimen

Objektif Program:

Program ini bertujuan untuk

meningkatkan kesedaran dan

pendedahan kepada warga

Arkitek mengenai pematuhan

kepada keperluan alam sekitar

bermula daripada peringkat

perancangan (konsep, preliminari

dan rekabentuk yang dihasilkan).

Selain itu, peserta juga telah

diberikan penerangan mengenai

kawalan operasi di tapak bina

yang dapat memberikan impak

yang ketara kepada alam sekitar.

Seminar Bahan Binaan Lestari & Expert Talk

di Menara TIMA

Seminar bahan binaan telah diadakan sebanyak 3 sesi iaitu pada 22-23 Mac, 23-24 Ogos dan 9-10 November. Tujuan

seminar ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran teknikal para perekabentuk dan memberi pendedahan

kepada bahan-bahan binaan terkini yang terdapat di pasaran. Selain itu, taklimat dari Pengeluar juga diadakan untuk

memberikan penerangan spesifikasi teknikal bahan yang berkenaan seperti contoh siling, cat dan dan kelengkapan

kunci bagi memantapkan pengetahuan teknikal para perekabentuk.


BULETIN LESTARI 2016

Program 3R (Reduce, Reuse, Recycle)

Program 3R telah dilaksanakan

mulai tahun 2015 di JKR Wilayah

Persekutuan Putrajaya. Antara

aktiviti yang dilaksanakan adalah:

• Penggunaan tong kitar semula yang

ditempatkan di Aras 2 dan Aras 3.

• Langkah mencetak pada kedua-dua

permukaan kertas

• Penggunaan semula kertas terpakai

• Penjualan kertas dan bahan kitar

semula seperti kotak/kertas keras,

botol-botol plastik, ink cartridge, tin

aluminium, botol kaca, majalah dan

bahan buangan elektronik.

• Mengubah fungsi bahan kitar

semula menjadi tempat

simpanan fail dan kotak

simpanan kertas kitar semula

yang diletakkan di lokasi yang

strategik.

Hasil jualan daripada bahan

kitar semula digunakan untuk

pembiayaan program EKSA.

Kecekapan Tenaga (Penjimatan Tenaga)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya,

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Malaysia dan Suruhanjaya

Pilihanraya Malaysia adalah

merupakan Jabatan/Agensi yang

menghuni di bawah satu bangunan di

Blok C7, Kompleks C, Putrajaya yang

mengaplikasikan bidang kecekapan

tenaga dalam menghasilkan

pengurusan tenaga dalam sesebuah

bangunan. Ia juga mengesyorkan

langkah penjimatan tenaga bagi

operasi sistem di dalam bangunan.

Jabatan berhasrat ia dapat

mengurangkan perbelanjaan bil

utiliti ke tahap yang optimum.

Antara langkah-langkah

penjimatan tenaga yang

dilaksanakan adalah:

• memadam lampu semasa

waktu rehat tengahari.

• memadam lampu di bilik

semasa tidak digunakan/

tiada penghuni.

• menetapkan suhu

penghawa dingin bangunan

kepada 24°C sepanjang

masa.

Taklimat Kelestarian

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

juga telah mengadakan beberapa sesi

taklimat berkaitan bangunan dan bahan

lestari sepanjang tahun 2016.

Antaranya termasuklah:

• Taklimat Towards Green Building:

Energy Savings, Audits, Self—

Cleaning pada 12 Ogos 2016

• Taklimat “Innovative Cooling

Solution For Green Data

Centre” pada 6 Oktober 2016.

• Taklimat bahan Exaltech:

Hyprex Rapid Cooling Nano

Technology Fire Extinguisher

pada 14 Oktober 2016.


JKR

Ekosistem Kondusif Sektor Awam

JKR Wilayah Persekutuan Perlaksanaan EKSA di JKR

Putrajaya telah turut membuat Wilayah Persekutuan Putrajaya

langkah ke aras perlaksanaan bertujuan untuk:

Ekosistem Kondusif Sektor Awam

• Mewujudkan persekitaran kerja

(EKSA) bermula tahun 2016.

yang kondusif

Taklimat EKSA oleh pihak

• Meningkatkan imej jabatan

MAMPU telah diadakan bagi

• Menyemarakkan aktiviti,

warga JKR WP Putrajaya pada 12

April 2016. Satu lawatan ke JKR

Negeri Terengganu telah diadakan

kreativiti dan inovasi selaras

dengan objektif EKSA

• Mewujudkan persekitaran hijau

pada 31 Oktober 2016 bagi

melalui pembudayaan amalan

memberi pendedahan terhadap

hijau

aktiviti EKSA.

Lawatan Bangunan PAM Centre, Bangsar

Bahagian Arkitek JKR Wilayah

Persekutuan Putrajaya telah

mengadakan lawatan ke bangunan

baru pejabat Pertubuhan Akitek

Malaysia (PAM) di Jalan Tanduk,

Bangsar pada 9hb Ogos 2016.

Bangunan 10 tingkat yang

berkeluasan 3,782 meter persegi

ini merupakan bangunan GBI

Platinum yang menempatkan

fasiliti Pusat Khidmat Ahli PAM,

pejabat pentadbiran PAM, bilik

mesyuarat PAM Council,

auditorium, ‘sky-bar’, dan ruang

pameran bagi ahli-ahli PAM.

Bangunan yang direkabentuk olah

perunding arkitek HMA &

Associates ini merupakan

pemenang pertandingan

rekabentuk yang dianjurkan oleh

WP

PUTRAJAYA

PAM. Antara elemen hijau yang

diaplikasikan di bangunan ini

termasuklah sistem tadahan air

hujan yang digunakan semula

untuk irigasi dan toilet flushing,

pemasangan panel sistem

photovoltaic 25kWp untuk

tenaga solar, penanaman hijau

secara vertical di fasad bangunan,

rekabentuk bangunan terbuka

yang mengoptimumkan

pencahayaan dan pengudaraan

semulajadi, penanaman taman

herba di belakang bangunan serta

penyediaan parkir yang minimum

bagi menggalakkan aktiviti

berjalan kaki, berbasikal,

penggunaan kenderaan awam

dan perkongsian kereta (carpool)

bagi ahli-ahli PAM.


BULETIN LESTARI 2016

14 NOV 2016 (Isnin)

Program Kesedaran

Warga JKR Melaka

Terhadap Kelestarian

Pelbagai aktiviti yang memberi

kesedaran kepada warga JKR

terhadap penjimatan tenaga ke

a r a h k e le st ar i a n telah

dilaksanakan. Antaranya ialah

penampalan poster dan pelekat

penjimatan tenaga di lokasi yang

sesuai sebagai peringatan.

Sumbangan dan kerjasama

setiap orang dalam menjimat

tenaga boleh membawa kepada

kelestarian hidup.

Poster dan pelekat penjimatan tenaga ditampal di pejabat

setiap bahagian dan daerah JKR Melaka

Laman intranet JKR Melaka

yang dikenali sebagai “Anjung

JKR Melaka “ merupakan media

info kepada warga JKR Melaka.

Ia juga memaparkan media

l e s t a r i y a n g m e m b e r i

peringatan kepada warga JKR

Melaka ke arah penjimatan

tenaga.


Aktiviti Ke Arah

Kelestarian

Gotong Royong Perdana

Taklimat Produk Lestari

Gotong Royong Perdana telah

diadakan pada 6 Mei 2016 yang

melibatkan seluruh warga

bahagian dan daerah JKR

Melaka. Program ini bukan

sah aja dapat memupuk

semangat kerjasama antara

warga JKR Melaka malah dapat

menggalakkan mereka ke arah

kelestarian.

T a k l i m a t p r o d u k y a n g

b e r k a t i t a n k e l e s t a r i a n /

eco-friendly juga sering diadakan

dan disertai oleh warga JKR

Melaka. Ini bertujuan untuk

m e n d e d a h k a n m e r e k a

mengenali jenis produk dan

teknologi hijau di mana ia boleh

diguna pakai dalam rekabentuk

bangunan dan infrastruktur.

“Usaha Anda Membantu Ke Arah Menuju Kelestarian ”

Amalan Kelestarian

Tanpa Kos

Konsep 3R

Tutup lampu pada waktu rehat

Memo pad dari draft paper

Kesedaran terhadap penjimatan

tenaga meuju ke arah

kelestarian adalah penting.

Namun sekadar kesedaran

adalah tidak mencukupi,

Tindakan oleh setiap warga JKR

Melaka adalah penting dalam

memacu kelestarian dengan

cara pelaksanaan yang paling

mudah dan tanpa melibatkan

kos ialah:-

• mengawal penjimatan tenaga

elektrik dengan menutup

lampu/ alat elektrik apabila

tidak digunakan dan

memastikan semua suis

lampu & elektrik telah

ditutup sebelum

meninggalkan pejabat.

• amalan mengasingkan bahan

buangan melalui konsep 3R

(recycle, reuse, reduce).

• Penggunaan kertas dikawal

dengan mencetak 2 muka

surat di sehelai kertas (double

sided printing).

• Penggunaan semula kertas

yang telah dicetak (draft

paper) untuk dijadikan note

paper/ memo pad.


BULETIN LESTARI 2016

Program Pensijilan Profesional Jurutera Alam Sekitar (PPJAS) ini adalah merupakan inisiatif

cawangan ini selaku sponsor dan owner bagi Bidang Kompetensi Kejuruteraan Awam (Alam

Sekitar) memberikan pentauliahan dan pengiktirafan terhadap seseorang pegawai yang telah

mencapai tahap kompetensi yang telah ditetapkan.

BIL NAMA PENERIMA LEVEL

1 Ir. Cheong Pui Keng 4

2 Farah Binti Abdul Samad 4

3 Zuraini Binti Zainal 4

4 Ir. Razmann Bin Abdul Rashid 3

5 Lim Chi Chon 3

6 Hasnaliza Aini Binti Abd Talib 2

7 Noor Maziana Binti Mazlam 2

8 Nur Azrinawati Binti Abdul Rahman 2


KURSUS LESTARI 2016

KURSUS TARIKH TEMPAT

Kursus Audit Eksa Bagi Auditor & Ketua Sub

Zon CASKT 2016

Kursus Pembangunan Lestari CASKT Bil

1/2016

Kursus Hands on Manual pH JKR Bil.1/2016

Kursus Penilai pH JKR

5 Februari

20 Februari

30 Mac -1 April

6 - 8 April

Tingkat 23, Ruang BPS,

CASKT

Tingkat 22, Bilik Raflesia,

CASKT

Bilik Komputer Oxalis,

Menara PJD

Bilik Komputer Dahlia,

Menara PJD

Mesyuarat Pegawai Penyelaras Pembangunan

Lestari Bil 1.2016

Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS)

14001

Taklimat Sistem Pengurusan Perolehan Dan

Pemantauan Kerja (S3PK)

Mesyuarat Pegawai Penyelaras Pembangunan

Lestari Bil 2.2016

18 - 20 April Langkawi

10 - 11 Mei

Bilik Komputer Oxalis,

Menara PJD

25 Julai JKR Daerah Besut

28 - 29 September Blok G & FRIM

Taklimat Tatacara Dan Kos Bagi Pelaksanaan

pH JKR

Mesyuarat Cawangan Bil. 3/2016

Kursus Perolehan Perlantikan Perunding

Kursus Kerja – Kerja Perlindungan Alam

Sekitar (EPW)

24 Oktober

28 Oktober

4 November

24 November

Tingkat 22, Bilik Raflesia,

CASKT

Tingkat 22, Bilik Raflesia,

CASKT

Tingkat 22, Bilik Raflesia,

CASKT

Tingkat 22, Bilik Raflesia,

CASKT

Kursus Aplikasi Perisian Kecekapan Tenaga

- BEIT

29 November Bilik Vitex, Menara PJD


Dari kiri: Siti Asza Shahiza Mohd Shariaf, Norinayah Bukhar Ismail Bukhar, Siti Maizura Mahbob, Marzianna Ahmad, Siti Rohani Suardi,

Zuraida Idris, Yuvabalan A/L Govindasamy, Monalisa Mohd Hassan, Meor Ridzwan Ismail, Kueh Hiong Mui, Mohd Nazri Sulaiman, Chew Ying

Ying, Siti Mazlina Zar*ani, dan Abdul Halim Mat Yani,

Tiada dalam gambar:

Samsiah Omar, Marzura Marzuki, Nur-l Ainan Abdul Rahim, Roslina Hj.

Abdul Aziz. Siti Sarah Adnan, Khar0-s Ismail, , Norazlina Mohamad Abu,

Nur-lasikin Hamid, Ab Kadir Yusoh, Khalid Abdul Kadir, Addy Shahelmy

Abdul Salam, Razmann Abdul Rashid, Noor Maziana Mazlam, Mohd Fatihi

Mustafar, Siti Sarah Adnan, Nik Nor Shyzleen Mohd Azizi, Noor Hamisah

Mohd Sahroni dan Ahmad Hasbullah Mahmud.

Hubungi kami

CAWANGAN ALAM SEKITAR &

KECEKAPAN TENAGA (CASKT)

Ibu Pejabat JKR Malaysia

Tingkat 22-23, Menara PJD

No. 50 Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur

03-4041 1979 / 03-2618 7701

03-4041 1988

Lestari.jkr@1govuc.gov.my

www.jkr.gov.cast

Menyampaikan berit a k e p ada anda…

Similar magazines