11.03.2017 Views

e-majalah dmb5

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

dan menjauhi fitnah. Sebagai

contoh, berkenaan dengan

keperluan wanita berbicara

kepada lelaki yang bukan

mahram, adalah seorang

wanita bertanya tentang

agamanya dan hal-hal yang ia

diperlukan.

Jauhi Hal-hal Yang

Menjadikan Wanita

Majoriti Penghuni

Neraka

Saudariku, para pembaca,

rahimakumullah….

Sifat suka melaknat dan

kufur (ingkar) terhadap

keutamaan dan kebaikan

suami adalah dua hal yang

disebutkan oleh Nabi dan

sebagai sebab para wanita

menjadi majoriti penghuni api

neraka, sebagaimana dalam

hadits yang diriwayatkan oleh

al-Imam Muslim dari

‘Abdullah bin ‘Umar

radhiyallahu ‘anhu.

Tidak hanya menyebutkan

penyakit, tetapi Nabi juga

menunjukkan jalan keluarnya.

Jalan keluar ini disebutkan

dalam riwayat yang sama,

dalam sabda beliau

sebelumnya, “Wahai para

wanita, hendaklah kalian

memperbanyak sedekah dan

beristighfar (meminta

ampunan) kepada Allah s.w.t.

Demikian di antara jalan

keluar yang diberikan oleh

Rasulullah s.a.w . Hal ini

mengisyaratkan bahawa di

dalam pergaulannya,

hendaknya seorang muslimah

senantiasa menjaga lisan dari

berbagai laknat dan celaan

dan menjaga diri dari sikap

tidak menganggap kebaikan

yang dilakukan oleh suami,

jika ia telah bersuami. Selain

itu, hendaklah ia banyak

bersedekah dan

memperbanyak istighfar,

memohon ampunan kepada

Allah s.w.t. Hal ini

mengisyaratkan bahawa ia

hendaknya memiliki sifat

dermawan dan banyak

berzikir kepada Allah s.w.t

Di Antara Akhlak-akhlak

Mulia dan Akhlak-akhlak

tercela di Dalam

Pergaulan

Selain hal yang disebutkan

di atas, masih banyak akhlak

mulia yang hendaknya

disandang oleh wanita di

dalam pergaulan, baik yang

terkait dengan lisannya

mahupun dengan perilakunya.

Di antaranya adalah

menjaga suaranya, tidak

banyak mengeluh, tidak

banyak bersumpah, tidak

mengatakan kepada manusia

selain kebaikan, menahan

ucapan, dan menjauhkan diri

dari perdebatan, terkhusus

terhadap al-haq; dan

menjauhkan diri dari

penyakit-penyakit lisan,

seperti ucapan kesyirikan,

kekufuran, dan kebid’ahan;

ghibah, namimah; berkata

dusta, menyebarkan rahsia,

meratap ketika tertimpa

musibah, dan akhlak tercela

lainnya.

Al-Ustadz Marwan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!