Transform your PDFs into Flipbooks and boost your revenue!
Leverage SEO-optimized Flipbooks, powerful backlinks, and multimedia content to professionally showcase your products and significantly increase your reach.
Sekapur Sirih

Salam Sejahtera dan Salam 1 Belia 1 Malaysia.

Dengan izin Tuhan, Buku Coffee Table “Menelusuri

Legasi~Aspirasi Belia Cemerlang” telah diterbitkan

bersempena Majlis Sambutan Jubli Emas Institut

Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua

yang berperanan melaksanakan latihan kemahiran

kepada belia negara.

Dalam kesempatan ini, saya ingin menyampaikan

ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada barisan mantan pengetua, pengarah dan

bekas kakitangan IKTBN Dusun Tua atas perkongsian

pengalaman berkenaan perkembangan institut ini sejak

dari mula penubuhannya. Seterusnya, penghargaan

tulus ikhlas dari saya kepada pihak Jabatan Arkib

Negara Malaysia dan Jabatan Penerangan Malaysia

kerana telah memberi kebenaran untuk mengambil

maklumat dan gambar bagi tujuan penerbitan buku ini.

Tidak dilupakan juga, penghargaan kepada kakitangan

IKTBN Dusun Tua atas sumbangan gambar-gambar

nostalgia yang menarik dan bernilai. Ucapan terima

kasih juga saya ucapkan kepada sahabat seperjuangan

pasukan Buku Coffee Table yang telah banyak

membantu dalam perkongsian buah fikiran dan idea.

Harapan saya agar buku ini bukanlah sekadar wadah

catatan kenangan pahit dan manis bermula dari

penubuhan institut ini sehingga ke usia Jubli Emasnya,

malah ianya boleh dijadikan sumber rujukan kepada

para penyelidik yang ingin mengetahui era permulaan

latihan kemahiran di negara ini dan perkembangannya

sehingga ke hari ini untuk melahirkan modal insan yang

berintelektual, berkemahiran tinggi dan bersahsiah

mulia serta menyokong aspirasi Malaysia untuk

menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan

tinggi menjelang pada tahun 2020.

Sekian, terima kasih.

KOMATHI CHELLAPAN

PENGERUSI

JAWATANKUASA PENERBITAN

MAJLIS SAMBUTAN JUBLI EMAS

IKTBN DUSUN TUA
Coretan Tinta

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam 1 Belia 1 Malaysia.

Dengan rendah hati saya memanjatkan kesyukuran

kepada Allah S.W.T. kerana dengan izinNya dapat kita

semua meraikan Majlis Sambutan Jubli Emas Institut

Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua pada

tanggal 30 September 2016 yang akan melakarkan

satu lagi catatan sejarah institut ini.

“Menelusuri Legasi” ~ Aspirasi Belia

Cemerlang merupakan wadah penuh ilustrasi yang

berbicara tentang permulaan institut ini, catatan detik

yang dilalui, sejarah perkembangan dan pencapaiannya

sepanjang lima (5) dasawarsa.

IKTBN Dusun Tua yang telah ditubuhkan pada

tahun 1966 dengan nama asal Angkatan Belia Pelupor

Negara, Pusat Latihan Belia Dusun Tua merupakan

antara institut perintis yang berperanan dalam

melaksanakan latihan kemahiran kepada para belia

negara. Bertunjangkan objektif melahirkan belia

cemerlang pengetahuan, berkemahiran tinggi serta

bersahsiah mulia, institut ini terus mengorak langkah

untuk sentiasa komited meneruskan legasi. Banyak

kecemerlangan telah dicipta dalam melahirkan jaguh

belia kemahiran yang akan menjadi tulang belakang

kepada agenda pembangunan negara. Pengiktirafan

dalam negara telah terpahat dan kini akan melakar

pencapaian di peringkat antarabangsa. Program

Transformasi IKBN 2014 – 2016 yang diaspirasikan oleh

YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia memberi anjakan

dengan membuka pelbagai peluang strategik ke arah

pencapaian matlamat tersebut.

Akhir kalam, saya merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua

yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung

dalam menjayakan Majlis Sambutan Jubli Emas ini.

Sekian, terima kasih.

Salam Hormat

DALILA SHARINGAT

PENGARAH

IKTBN DUSUN TUA

“KEMAHIRAN MERENTASI DASAWARSA”
ASAL USUL INSTITUT
Pemandangan kolam air panas merupakan daya tarikan bagi masyarakat setempat.

Institut Dusun Tua merupakan kawasan rumah rehat

(rest house) semenjak tahun 1906 dengan keluasan

tapak sebanyak 40 ekar. Persekitaran kawasan ini

mempunyai kolam air panas dan ianya wujud sehingga

kini.

Menjelang tahun 1941, Jepun telah menyerang tanah

melayu dan mengakibatkan kawasan ini ditawan dan

diambil alih oleh askar Jepun. Kawasan ini digunakan

sebagai markas hospital untuk merawat askar-askar

yang cacat dan tercedera sewaktu berperang. Jepun

telah menduduki kawasan ini selama tiga (3) tahun iaitu

Tugu Peringatan tentera Jepun yang dibina sebaik sahaja

mereka meninggalkan kawasan ini.

dari tahun 1941 hingga 1943. Apabila Jepun menyerah

kalah, kawasan ini diambil alih oleh British selama lebih

kurang dua (2) tahun.

Pada masa itu, kawasan ini dijadikan sebagai tempat

latihan askar British. Selepas itu, kawasan ini diambil

alih oleh askar Melayu sebagai kem tentera selama

lima (5) tahun. Akhir sekali, kawasan ini diambil alih

oleh Polis Hutan sebagai kem latihan selama lima (5)

tahun.

Kubu Peringatan Jepun digunakan untuk melindungi kawasan

ini sewaktu berperang.
Pada 22 Jun 1966, dijadikan kem Pusat Latihan Belia

melalui memorandum yang disampaikan kepada

Kabinet Perdana Menteri, Yang Teramat Mulia Tunku

Abdul Rahman Putra Al-Haj pada bulan Januari

1966 oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan

Sukan Malaysia. Pusat Latihan Belia (PLB) Dusun Tua

mula beroperasi di bawah kelolaan Bahagian Belia,

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Majlis Perasmian Institut Kemahiran Belia Negara

(IKBN) bersempena sambutan Jubli Perak telah

dirasmikan oleh Dato’ Annuar Musa, Menteri Belia dan

Sukan Malaysia pada tahun 1991. IKBN Dusun Tua

mula beroperasi di bawah Bahagian Pembangunan

Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pintu masuk ke PLB Dusun Tua.

Selaras dengan transformasi ILKBS, institut ini telah

diberi pengiktirafan melalui Majlis Perasmian Naiktaraf

Tujuh IKBN Kepada IKTBN yang disempurnakan oleh

YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan

Malaysia pada 5 November 2015. Institut ini dijadikan

sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun

Tua di bawah Bahagian Pembangunan Kemahiran

Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk

melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi bagi

pembangunan negara.

(Sumber: Diadaptasi daripada Tesis Sejarah Penubuhan dan

Perkembangan Pusat Latihan Belia Dusun Tua oleh En. Anuar

bin Haji Yop)

Pejabat Pentadbiran PLB Dusun Tua.

Asrama dan Pusat Sumber sumber kemudahan pertama di PLB

Dusun Tua.
TRANSFORMASI LOGO

INSTITUT
PUSAT LATIHAN BELIA DUSUN TUA

Dirasmikan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan

Perdana Menteri dan Pengarah Gerakan pada tahun 1969.

ANGKATAN BELIA PELUPOR NEGARA,

PUSAT LATIHAN BELIA DUSUN TUA

Dirasmikan oleh Dato’ Senu bin Abdul Rahman, Menteri

Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia pada tahun 1966.

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA DUSUN TUA

Dirasmikan oleh Dato’ Annuar Musa, Menteri

Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia sempena

Sambutan Jubli Perak pada tahun 1991.

INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA DUSUN TUA

Dirasmikan oleh YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan

Sukan Malaysia sempena Majlis Perasmian Naiktaraf Tujuh IKBN

Kepada IKTBN pada 5 November 2015.
BARISAN PENGETUA/

PENGARAH INSTITUT
PENGETUA KEDUA

ENCIK MOHD SUBHI BIN SAYUTI

PENGETUA

PUSAT LATIHAN BELIA DUSUN TUA

1971 – 1976

PENGETUA PERTAMA

ENCIK MOHAMED SHUKOR BIN ALI

PENGETUA KETIGA

ENCIK SYED MUSTAFFA BIN ALI

PENGETUA

ANGKATAN BELIA PELUPOR NEGARA,

PUSAT LATIHAN BELIA DUSUN TUA

PENGETUA

PUSAT LATIHAN BELIA DUSUN TUA

1976 – 1977

1966 – 1970
PENGETUA KEEMPAT

ENCIK MOHAMAD BIN MOHD NOR

PENGETUA

PUSAT LATIHAN BELIA DUSUN TUA

1977 – 1978

PENGARAH KEENAM

ENCIK YAP YONG YIH

PENGARAH

PUSAT LATIHAN BELIA DUSUN TUA

1982 – 1983

PENGARAH KELIMA

ENCIK SUKVEER SINGH

PENGARAH

PUSAT LATIHAN BELIA DUSUN TUA

1979 – 1981
PENGARAH KELAPAN

ENCIK OMAR BIN AWANG SULAIMAN

PENGARAH

PUSAT LATIHAN BELIA DUSUN TUA

1984 – 1986

PENGARAH KETUJUH

ENCIK ABD. AZIZ BIN HJ. ABDAN

PENGARAH KESEMBILAN

ENCIK RUS ANUAR BIN ISMAIL

PENGARAH

PUSAT LATIHAN BELIA DUSUN TUA

PENGARAH

PUSAT LATIHAN BELIA DUSUN TUA

1983 – 1984

1986 – 1987
PENGARAH KESEPULUH

ENCIK ABDUL MANAF BIN IBRAHIM

PENGARAH

PUSAT LATIHAN BELIA DUSUN TUA

PENGARAH KEDUA BELAS

TUAN HJ. MD WAHI BIN MD ARSHAD

PENGARAH

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA

DUSUN TUA

1987

1996 – 2002

PENGARAH KESEBELAS

ENCIK ABD. HALIM BIN ABU BAKAR

PENGARAH

PUSAT LATIHAN BELIA DUSUN TUA

1987 – 1992
PENGARAH KEEMPAT BELAS

TUAN HJ. BORHAN BIN HARMAN A.M.P

PENGARAH

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA

DUSUN TUA

2009 – 2010

PENGARAH KETIGA BELAS

ENCIK ABDULLAH HAPIPI BIN DAIMON

PENGARAH KELIMA BELAS

ENCIK ZAHARI BIN JUSOH

PENGARAH

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA

DUSUN TUA

PENGARAH

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA

DUSUN TUA

2003 – 2009

2010 – 2015
PENGARAH KEENAM BELAS

ENCIK YUSOP BIN IBRAHIM

PENGARAH

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA

DUSUN TUA

2015

PENGARAH KETUJUH BELAS

PUAN DALILA BINTI SHARINGAT

PENGARAH

INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA DUSUN TUA

2015 – KINI
DASAWARSA PERTAMA

1966-1976
Menteri Penerangan dan Penyiaran, Dato’

Senu bin Abdul Rahman telah melawat Pusat

Angkatan Belia Pelopor Negara di Dusun Tua

Daerah Ulu Langat, Selangor pada 12 Julai

1966.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

Kelihatan belia-belia pelopor dan para peserta jemputan yang hadir di acara

penyampaian Sijil di Pusat Latihan Belia Pelupor Negara, Dusun Tua, Ulu Langat

pada 15 Februari 1969.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato’ Senu bin Abdul Rahman telah

menyampaikan sijil-sijil kepada 204 orang belia di Pusat Latihan Angkatan Belia

Pelopor Negara, Dusun Tua, Ulu Langat pada 15 Februari 1969.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)
Timbalan Perdana Menteri dan Pengarah Gerakan,

Tun Abdul Razak telah melawat Pusat Latihan

Angkatan Belia Pelopor Negara di Dusun Tua, Ulu

Langat pada 15 Ogos 1969 diiringi oleh Menteri

Muda, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Engku

Mohsin bin Abdul Kadir.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)
Seramai 100 orang anggota Angkatan Belia

Pelopor Negara telah menderma darah kepada

tabung darah negeri Selangor pada 24 September

1969 di Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Ulu Langat.

Dr. Sneh Paul sedang mengambil darah dari

pelopor Pusat Latihan Belia.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)

~ Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak yang menjadi

Kolonel Ketua Pasukan Jurutera Angkatan Tentera

Malaysia pada 25 September 1969 telah melihat

kemajuan dalam kerja pembinaan yang sedang

dijalankan dan diiringi oleh Kolonel N.Selvarajah,

Ketua Jurutera Angkatan Tentera Malaysia Barat,

Major Jeneral Dato Syed Mohamed bin Syed Ahmad

Alsagofs.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)

~ 500 orang belia Malaysia telah melaporkan diri di

Pusat Latihan Angkatan Belia Pembina Negara pada 1

Oktober 1969 di Dusun Tua, Ulu Langat, Selangor.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)
Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak berbual selepas merasmikan

Pembukaan Latihan Angkatan Pembina Negara pada 14 Oktober 1969.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

~ Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Pengarah Gerakan, Tun

Abdul Razak bin Hussein telah merasmikan Pembukaan Latihan Angkatan Belia

Pembina Negara di Dusun Tua, Ulu Langat pada 14 Oktober 1969.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)
| Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak

menyerahkan cenderamata kepada anggota semasa

perasmian Pembukaan Latihan Angkatan Pembina

Negara pada 14 Oktober 1969.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

} Timbalan Perdana Menteri, Tun

Abdul Razak memeriksa perbarisan

semasa perasmian Pembukaan Latihan

Angkatan Pembina Negara pada 14

Oktober 1969.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)
~ Menteri Muda, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Engku Mohsin bin Abdul

Kadir sedang melawat tapak perkhemahan Angkatan Pembina Negara di Dusun

Tua, Selangor.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)

~ Kira-kira 200 orang belia dari Pusat Latihan Belia Pembina Negara di Dusun Tua,

Ulu Langat telah menderma darah kepada Hospital Universiti pada 5 November

1969.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)

Aktiviti Belia di Pusat Latihan Belia

Kebangsaan Dusun Tua, Selangor pada 1

Disember 1969.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)
~ Kawad kaki semasa aktiviti-aktiviti Latihan Kor Pembangunan Belia Negara Pusat di Dusun Tua, Selangor pada 13 Januari 1970.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

Latihan Pancaragam semasa aktiviti-aktiviti

Latihan Kor Pembangunan Belia Negara

Pusat di Dusun Tua, Selangor pada 13

Januari 1970.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)
Rombongan pegawai-pegawai dan pekerja-pekerja Pembangunan Masyarakat Thai telah melawat Pusat Latihan Vokasional Belia Dusun Tua pada 23 Januari

1970. Pn. Akha Khittasangka, Pegawai Teknik Bahagian Latihan Jabatan sedang menemuramah En. Thomas Lai, seorang pelatih dari Melaka bersama En. Mohd.

Kamaruddin bin Hj. Ibrahim, Penolong Pengarah Pelajaran Pusat Latihan Dusun Tua.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)
| Perdana Menteri, Tunku Abdul

Rahman mencuba mesin bajak

semasa lawatan ke Pusat Latihan

Belia Pelopor Negara di Dusun Tua

pada 26 Januari 1970.

(Sumber: Jabatan Penerangan

Malaysia)

| Perdana Menteri, Tunku Abdul

Rahman melihat pameran semasa

lawatan ke Pusat Latihan Belia

Pelopor Negara di Dusun Tua pada

26 Januari 1970.

(Sumber: Jabatan Penerangan

Malaysia)

~ Yang Teramat Mulia Perdana Menteri Malaysia,

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengadakan

lawatan rasmi ke Pusat Latihan Pembina Negara Dusun

Tua pada 26 Januari 1970 untuk memeriksa bengkel

kenderaan. Turut hadir adalah En. Sulaiman bin Mohd.

Amin, Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Belia

dan Sukan Malaysia.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman duduk mendengar ucapan semasa lawatan ke Pusat

Latihan Belia Pelopor Negara di Dusun Tua pada 26 Januari 1970.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

~ Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menerima

hadiah semasa lawatan ke Pusat Latihan Belia Pelopor

Negara di Dusun Tua pada 26 Januari 1970.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)
Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan

Pengarah Gerakan, Tun Abdul Razak bin Hussein, telah

melawat Pusat Latihan Belia Pembina Negara di Dusun

Tua, Selangor pada 26 Mei 1970. Tun Abdul Razak bin

Hussein telah diberi sambutan yang meriah dan telah

memeriksa berek-berek yang terdapat di situ. Turut

hadir adalah, Setiausaha Kementerian Kebudayaan,

Belia dan Sukan, Encik Wan Sulaiman bin Mohd. Amin

dan Pengarah Angkatan Belia Pembina Negara, Encik

Mohamed Shukor bin Ali.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)
Yang Berhormat Menteri Penerangan dan Kebudayaan, Dato Musa bin Hitam, memeriksa perbarisan tamat latihan kumpulan ketiga Belia Angkatan Pembina

Negara di Pusat Latihan Dusun Tua, Selangor pada 17 Oktober 1970. Pegawai-pegawai lain yang turut hadir adalah (dari kiri) Leftenan Othman bin Putong;

Komander Perbarisan Encik Mohd Nor bin Sulan dan yang separuh terlindung oleh menteri adalah Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,

Encik Wan Sulaiman bin Mohd. Amin.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)
} Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana

Menteri, Tun Dr. Ismail bin Dato Haji Abdul Rahman,

telah membuat lawatan ke Pusat Latihan Belia

Pelopor dan Pembina Negara di Dusun Tua, Ulu

Langat pada 8 Januari 1972. Beliau telah melawat

pelatih-pelatih bekerja di bengkel motokar. Turut

hadir, Yang Amat Berhormat Menteri Kebudayaan,

Belia dan Sukan, Dato Hamzah bin Haji Abu Samah

dan disertai oleh Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi,

Pengarah Belia Kementerian Kebudayaan, Belia

dan Sukan.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

| Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail

meninjau aktiviti-aktiviti pelatih semasa lawatan

beliau ke Pusat Latihan Pembangunan Remaja

Perintis Kor di Dusun Tua pada 8 Januari 1972.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)
~ Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail berucap semasa lawatan beliau ke

Pusat Latihan Pembangunan Remaja Perintis Kor di Dusun Tua pada 8 Januari 1972.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

~ Aktiviti bercucuk tanam di Belia Kebangsaan Pembangunan Kor, Dusun Tua pada

Februari 1972.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

Sesi Pembelajaran di Belia Kebangsaan Pembangunan Kor, Dusun Tua dalam era

1972.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

Pelatih-pelatih Kor Pembangunan Belia Kebangsaan menjalani latihan kawad di

Dusun Tua pada Mac 1972.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)
} Aktiviti Belia Kebangsaan Pembangunan

Kor, Dusun Tua pada Mac 1972.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

Pelatih-pelatih Kor Pembangunan Belia Kebangsaan berbaris semasa mengambil makanan di Dusun Tua pada Mac 1972.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)
Sesi pembelajaran di Pusat

Latihan Belia di Dusun Tua,

Hulu Langat, Selangor pada

20 Julai 1972.

(Sumber: Jabatan Penerangan

Malaysia)
DASAWARSA KEDUA

1976-1986
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah

berkenan membuat lawatan rasmi di Pusat Latihan

Belia Pelupur Negara Dusun Tua, Daerah Ulu Langat

pada 28 November 1976. Baginda telah berkenan

merasmikan Dewan Pelbagaiguna di pusat latihan

tersebut.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)
Temuduga untuk mengambil petani-petani belia di Pusat Latihan Dusun Tua oleh panel temuduga diketuai oleh Pengarah Sukveer Singh.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)
~ Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Samad Idris mengaminkan

doa semasa Perasmian Institut Usahawan Belia dan Pengambilan Pertama Latihan

Wanita di Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Selangor pada 23 Mac 1979.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

~ Ahli-ahli belia yang hadir semasa Perasmian Institut Usahawan Belia dan

Pengambilan Pertama Latihan Wanita di Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Selangor

pada 23 Mac 1979.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

| Suasana semasa Perasmian Institut Usahawan Belia dan Pengambilan Pertama

Latihan Wanita di Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Selangor pada 23 Mac 1979.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)
Suasana semasa Perasmian

Institut Usahawan Belia dan

Pengambilan Pertama Latihan

Wanita di Dewan Pelbagaiguna,

Pusat Latihan Belia Dusun Tua,

Selangor pada 23 Mac 1979.

(Sumber: Jabatan Penerangan

Malaysia)

~ Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Samad Idris berucap

semasa Perasmian Institut Usahawan Belia dan Pengambilan Pertama Latihan

Wanita di Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Selangor pada 23 Mac 1979.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)
Laluan masuk ke Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Selangor pada tahun 1980.

(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan untuk berangkat melawat ke Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Selangor pada 3 Mac 1980. Baginda telah

disambut oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Samad Idris.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)
Aktiviti-aktiviti di Pusat Latihan

Belia Dusun Tua, Ulu Langat

Selangor pada 11 November

1980.

(Sumber: Jabatan Penerangan

Malaysia)
DYMM Sultan Selangor, Sultan

Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni

Almarhum Sultan Hishammuddin

Alam Shah Al-Haj berkenan melihat

hasil tangan peserta belia semasa

lawatan rasmi baginda di Pusat

Latihan Belia Dusun Tua, Selangor

pada 21 Mac 1981.

(Sumber: Jabatan Penerangan

Malaysia)

~ DYMM Sultan Selangor, Sultan

Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni

Almarhum Sultan Hishammuddin Alam

Shah Al-Haj berkenan merasmikan

plak semasa lawatan rasmi baginda

di Pusat Latihan Belia Dusun Tua,

Selangor pada 21 Mac 1981.

(Sumber: Jabatan Penerangan

Malaysia)
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah berkenan untuk berangkat melawat Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Ulu Langat Selangor

pada 5 November 1981.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)
Datuk Engku Mohsin bin Abdul Kadir, Menteri Muda, Kementerian Kebudayaan,

Belia dan Sukan sedang memeriksa perbarisan belia-belia di Pusat Latihan Belia

Dusun Tua.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)

~ Pelawat Kenamaan sedang melihat jentera kereta di Pusat Latihan Belia

Dusun Tua.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)
~ Belia-belia sedang membantu memasak makanan di dapur masak Pusat Latihan

Belia Dusun Tua.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)

~ Belia-belia sedang menjalankan latihan menjahit di Bengkel Jahitan di Pusat

Latihan Belia Dusun Tua.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)

Belia-belia sedang menjalankan latihan jasmani di Pusat Latihan Belia Dusun Tua.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)
~ Latihan Jurusan Pertanian di Pusat Latihan Belia Dusun Tua.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)

~ Latihan memandu traktor di Pusat Latihan Belia Dusun Tua.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)

Belia-belia sedang membersihkan kawasan belakang MESS, di Pusat Latihan Belia Dusun Tua.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)
DASAWARSA KETIGA

1986-1996
Pusat Latihan Belia Dusun Tua pada tahun 1987.
Kejohanan Sukan Tahunan Pusat Latihan Belia Dusun Tua pada tahun 1987.

~ Pasukan bola jaring Pusat Latihan Belia Dusun Tua telah menjuarai

Pertandingan Sukan Tahunan pada tahun 1987.
Perarakan Hari Kemerdekaan

oleh pasukan pancaragam Pusat

Latihan Belia Dusun Tua di Dataran

Merdeka, tanggal 31 Ogos 1988.

~ Pasukan pancaragam Pusat

Latihan Belia Dusun Tua pada tahun

1988 dibawah bimbingan En. Jalil bin

Yem.
| Lawatan sambil belajar ke Pusat Latihan

Kemahiran di Johor pada tahun 1988.

| Jamuan Perpisahan Tamat Latihan Pelopor

bersama Allahyarham Kapten Haniffa bin Hussin

pada tahun 1988.
~ Kumpulan Band Boy yang mengiringi persembahan pelatih bagi setiap program yang diadakan

sepanjang tahun.

~ Penari kebudayaan Pusat Latihan Belia Dusun Tua sempena

Malam Kebudayaan Serumpun Muhibah. Zalina Nordin dan

Manhur Ithnim dari Jurusan Jahitan dan Perabot mengambil

bahagian dalam tarian Melayu Asli.

| Persembahan Tarian Zapin di Gelanggang Budaya Perlis yang

dianggotai oleh pelatih dari jurusan Pertanian, Paip Air, Jahitan dan

ERTV.
~ Malam Bakat Pusat Latihan Belia Dusun Tua.

Norlida Hussin dari Jurusan Tukang Jahit Pemotong

Pakaian menjuarai pertandingan nyanyian solo.

} Pertandingan Akhir Bahas dan Kuiz Agama

antara pelatih-pelatih Pusat Latihan Belia Dusun Tua

yang dirasmikan oleh Pengarah Allahyarham En.

Abdul Halim bin Abu Bakar pada tahun 1988.
JUBLI PERAK

IKBN DUSUN TUA 1991

Majlis Perasmian Institut Kemahiran Belia Negara bersempena sambutan Jubli

Perak telah dirasmikan oleh Dato’ Annuar Musa selaku Menteri Belia dan

Sukan Malaysia pada tahun 1991. Majlis penjenamaan kepada IKBN Dusun Tua

dilancarkan semasa sambutan Jubli Perak.
Majlis Perasmian Hari Kualiti dan Pelancaran

Piagam Pelanggan disempurnakan oleh YB.

Tuan Haji Abdul Ghani Bin Othman, Menteri

Belia dan Sukan Malaysia pada tahun 1993.
Sambutan Hari Keluarga IKBN Dusun Tua pada tahun 1994 yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kakitangan (KESKEB) IKBN Dusun Tua.
DASAWARSA KEEMPAT

1996-2006
Perarakan Hari Kebangsaan

oleh pasukan pancaragam

IKBN Dusun Tua di Dataran

Merdeka pada tahun 1997.
~ Pelajar-pelajar IKBN Dusun Tua sedang membawa bendera negeri-negeri

sempena Perarakan Hari Kebangsaan pada tahun 1997.

~ Panji utama Perarakan Hari Kebangsaan 1997.

Majlis Penyerahan Pelajar Baru siri 1/1999 dirasmikan oleh Tuan Hj. Wahi bin Hj. Arshad, Pengarah IKBN Dusun Tua di hadapan bangunan pentadbiran.
Majlis Perasmian Kempen

Derma Darah, IKBN Dusun

Tua disempurnakan oleh Yang

Berbahagia Tuan Hj. Mohd.

Azmi bin Razak, Timbalan

Ketua Setiausaha Kementerian

Belia dan Sukan Malaysia di

IKBN Dusun Tua pada tahun

1999.
Majlis Konvokesyen IKBN Dusun Tua

disempurnakan oleh Yang Berbahagia

Dato’ Hishammuddin Tun Hussein,

Menteri Belia dan Sukan Malaysia

pada tahun 2000.
Majlis Konvokesyen IKBN Dusun Tua

disempurnakan oleh Yang Berbahagia

Dato’ Hishammuddin Tun Hussein,

Menteri Belia dan Sukan Malaysia

pada tahun 2000.
Majlis Perasmian Kempen Derma

Darah Perdana dirasmikan oleh YB

Dato’ Zainal Abidin Hj. Ahmad,

Timbalan Menteri Besar Selangor di

Dewan Pelbagaiguna, IKBN Dusun

Tua dengan kerjasama SUK Selangor

pada tahun 2002.
Lawatan Kru Sauber Petronas ke IKBN Dusun Tua untuk

menjalinkan kerjasama teknikal dengan institut. Turut

hadir En. Abdullah Hapipi bin Daimon, Pengarah IKBN

Dusun Tua.
DASAWARSA KELIMA

2006-2016
Bengkel HRMIS diadakan

bertujuan untuk memberi

pendedahan tentang Modul

Pengurusan Prestasi (SKT& LNPT)

dan Sub Modul Pengisytiharan

Harta pada 30 hingga 31 Mac

2010.
YB Dato’ Ahmad Shabery

Cheek, Menteri Belia

dan Sukan Malaysia

telah membuat lawatan

ke Program Khidmat

Masyarakat pada 19 April

2010.
Majlis perasmian Bulan Bahasa Inggeris, Sains dan

Inovasi telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Borhan

bin Harman, Pengarah IKBN Dusun Tua pada 30

April 2010. Program ini dianjurkan oleh Sekolah

Pengajian Umum. Sempena bulan ini, para pelajar

institut telah menyertai Pertandingan Inovasi dan

Sains, Pertandingan Public Speaking dan Drama/

Sketsa.
Sesi pengambilan pelajar baru pada tahun 2011 di

IKBN Dusun Tua. Dato’ Salim bin Parlan, Timbalan

Ketua Setiausaha (Strategik) KBS membuat lawatan

kerja ke IKBN Dusun Tua.
IKBN Dusun Tua menerima kunjungan delegasi dari negara Brunei Darussalam pada 28 Januari 2012 yang dipimpin oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Brunei (KKSB), Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah bagi melihat bentuk pengajian dan latihan kemahiran yang

disediakan khusus bagi golongan belia. Lawatan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Hj. Saari bin Salleh, mantan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan

Kemahiran, KBS Malaysia.
Lawatan Audit Pensijilan Amalan 5S daripada

Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah

diadakan di IKBN Dusun Tua pada 28 Mac 2012.

Pn. Saliza binti Saari, Juruaudit MPC mengesyorkan

Pensijilan Amalan 5S kepada En. Zahari bin Jusoh,

Pengarah IKBN Dusun Tua pada tahun 2012.
IKBN Dusun Tua menerima rombongan delegasi dari negara Maldives pada 28 Julai 2012 yang dipimpin oleh Menteri Belia dan Sukan Republik Maldives, En.

Mohamed Hussain Shareef dan Menteri Dalam Negeri, En. Mohamed Gahassan Maumoon untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penglibatan IKBN Dusun

Tua dalam pembangunan belia khususnya dalam bidang kemahiran. Lawatan ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Pengurusan Tertinggi KBS Malaysia.
IKBN Dusun Tua komited dalam melaksanakan ISO 9001:2008 mulai 13 September

2012. En. Zahari bin Jusoh, Pengarah IKBN Dusun Tua memimpin landasan pertama

ISO di institut ini. Sehingga kini, IKTBN Dusun Tua diiktiraf dan dianugerahkan sijil ISO

9001:2008. Kejayaan ini akan berterusan demi memastikan produktiviti kerja yang cekap

dan berkesan.
Majlis Pra Graduasi telah disempurnakan oleh En. Zahari bin Jusoh, Pengarah IKBN Dusun Tua pada 30 November 2012. Turut hadir En. Wan Asmawi bin Wan Shariff,

Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan Pn. Siti Ratnasari binti Abdul Razak, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar.
YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan

Sukan Malaysia melancarkan Majlis Perasmian

Kejohanan Sukan IKBN kali ke-27 pada 25 Oktober

2013. IKBN Dusun Tua diamanatkan untuk menjadi

tuan rumah bagi Kejohanan Sukan IKBN yang

berlangsung pada 25 hingga 29 Oktober 2013.
Kursus Penambahbaikan ISO di IKBN Dusun Tua pada 9 hingga

10 Oktober 2014.

~ Laman Web IKBN Dusun Tua dinobatkan sebagai Johan bagi kategori IKTBN/

IKBN sempena Pertandingan Pengemaskinian Maklumat/Kandungan Portal/

Jabatan/Agensi di bawah KBS Malaysia pada Disember 2013. YB Encik Khairy

Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia menyampaikan sijil penghargaan

dan cek bernilai RM1000 kepada En. Zahari bin Jusoh, Pengarah IKBN Dusun Tua.
Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat kementerian bagi Kategori Pengurusan dan Teknikal. IKBN

Dusun Tua juga tidak ketinggalan dalam menyertai konvensyen tersebut.

~ Pasukan MULTIFARIOUS membawa projek KIK bagi permasalahan pengurusan sisa bahan latihan yang tidak berkesan di Jabatan Teknologi Awam dengan

memperkenalkan Eco Paver bagi kegunaan bengkel Landskap Pembinaan serta membantu menjimatkan perbelanjaan mengurus. Pasukan ini diketuai oleh En. Loke Kok

Fong dan berjaya dinobatkan tempat kedua. Sebagai tanda pengiktirafan, pasukan MULTIFARIOUS menerima wang tunai sebanyak RM3000 berserta sijil penghargaan.

| Pasukan SWAR telah membawa projek KIK yang bertajuk Proses Menilai

Kertas Penilaian Prestasi (AMALI) Yang Mengambil Masa Terlalu Lama Di Jabatan

Teknologi Automotif IKBN Dusun Tua dengan memperkenalkan Sistem e-Prestasi

sebagai platform penyelesaian masalah berkenaan. Pasukan ini diketuai oleh En.

Nik Syaful dan berjaya mendapat tempat ketiga. Sebagai tanda pengiktirafan,

pasukan SWAR menerima wang tunai sebanyak RM2000 berserta sijil penghargaan.
BIL. NAMA SYARIKAT TARAF

1 SYARIKAT BINA SUCI ENTERPRISE EMAS

2 SYARIKAT SINCRO POWER AUTO SDN.BHD EMAS

3 SYARIKAT FLOFUEL SDN.BHD EMAS

4 SYARIKAT MAJU ENGINEERING SERVICES SDN.BHD. EMAS

5 SYARIKAT SEPADU MERDU SDN.BHD. PERAK

6 SYARIKAT PUNCAK ALAM ENTERPRISE PERAK

7 SYARIKAT VICTORY CAR SPRAY & WELDING SDN.BHD PERAK

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) di antara tujuh buah

syarikat dengan IKBN Dusun Tua pada 19 hingga 20 Mei 2015. Majlis ini telah

disempurnakan oleh Pn. Norlia Abdullah, Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik

dan Kreatif, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan

Malaysia.
Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) disempurnakan oleh En. Yusop bin Ibrahim,

Pengarah IKBN Dusun Tua pada 17 Jun 2015. Turut hadir Pn. Siti Ratnasari binti Abdul Razak, Timbalan

Pengarah Hal Ehwal Pelajar, IKBN Dusun Tua.
IKBN Dusun Tua telah mengadakan lawatan penanda aras Program Diploma di IKTBN Chembong, Negeri Sembilan pada 7 Oktober 2015 untuk meninjau

dan melihat bagaimana Program DKM dan DLKM dipraktikan supaya ia menjadi persediaan bagi pelaksanaan Program DKM dan DLKM di IKBN Dusun Tua.

Turut hadir En. Wan Asmawi bin Wan Shariff, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, IKBN Dusun Tua.
Program Gerbang Kerjaya di IKBN Dusun Tua untuk memberi pendedahan halatuju kerjaya kepada para pelajar. Taklimat Gerbang Kerjaya disampaikan oleh Animation

Theme Park Sdn. Bhd pada 14 Oktober 2015.
Education Innovation of Motosports & Automotive Race (EIMARace) suatu pertandingan yang berasaskan pendidikan inovatif dalam sukan Permotoran dan Automotif.

Pertandingan ini sentiasa mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. IKBN Dusun Tua telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan

UTM EIMARace 2015 bagi kategori TS250 di Litar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang pada 16 hingga 18 Oktober 2015.
Bengkel Pemurnian Prosedur Kualiti ISO di Bilik Pencahayaan IPD, IKBN Dusun Tua pada 27 hingga 29 Oktober 2015.
Majlis Perasmian Naiktaraf Tujuh IKBN Kepada IKTBN disempurnakan oleh YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 5 November 2015. IKTBN

Dusun Tua adalah salah satu institut yang dinaik taraf bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi untuk pembangunan negara.
Majlis Perpisahan mantan Pengarah En. Yusop bin

Ibrahim, Pengarah IKTBN Dusun Tua di Dewan

Serbaguna IKTBN Dusun Tua anjuran KESKEB pada 20

November 2015. Turut hadir Pn. Dalila binti Sharingat,

Pengarah IKTBN Dusun Tua dan En. Abd. Rashid

bin Deraman, Pengarah Operasi Latihan, Bahagian

Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia

dan Sukan Malaysia.
~ Sesi pengambilan Januari 2016 diadakan di Ruang Legar, Jabatan Pengajian

Umum pada 5 Januari 2016.

~ Pn. Dalila binti Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua menyampaikan cek

pampasan kepada Pn. Rosnah binti Mohd Din, ibu mangsa kemalangan saudara

Nur Izwan Bin Nor Ramli dari Bahagian Penyelenggaran Jentera Berat di kediaman,

Damansara Damai pada 6 Januari 2016.
~ Kursus Pemasangan Pagar Cyclone untuk ternakan rusa di Pusat Ternakan

Haiwan di Lenggong, Perak pada 14 hingga 20 Februari 2016.

~ Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) anjuran Unit Pentadbiran IKTBN Dusun

Tua di Bilik Pencahayaan IPD, IKTBN Dusun Tua pada 26 Januari 2016. Ceramah

disampaikan oleh Pn. Aisyah binti Abdul Rahman, Penyelaras Kursus Inovasi Intan

Wilayah Tengah.
Lawatan Penanda Aras Sistem Pengurusan Stor IKTBN Dusun Tua oleh Bahagian Khidmat Pengurusan diketuai oleh En. Ahmad Hasanuddin Afendy Ridzuan, Setiausaha

Bahagian serta delegasi dari IKTBN Sepang dan IKBN Kuala Langat untuk perkongsian ilmu Sistem Pengurusan Stor di IKTBN Dusun Tua pada 16 Februari 2016.
Majlis Penyerahan Anak Angkat Sempena Program Mentor Mentee Peringkat IKTBN Dusun Tua dirasmikan oleh Pn. Dalila binti Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua

di Auditorium IKTBN Dusun Tua pada 19 Februari 2016. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dalam kalangan kakitangan dan pelajar institut.
Lawatan dari Syarikat Roberlo, Sepanyol pada 22

Februari 2016 untuk mengadakan perbincangan awal

bagi mewujudkan kerjasama dengan IKTBN Dusun

Tua khususnya bagi kursus Semburan Cat. Turut serta

Pn. Dalila binti Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun

Tua dan pegawai-pegawai dari Kementerian Belia

dan Sukan Malaysia.
~ Simbolik penyerahan pelajar Politeknik TEDC

Bandung Indonesia oleh En. Rudi M.S. kepada Pn.

Dalila binti Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua

pada 10 Mac 2016.

| Seramai 19 orang pelajar dari Politeknik

TEDC Bandung telah menamatkan latihan selama

sebulan di IKTBN Dusun Tua dari 9 Mac hingga

9 April 2016 menerusi program kerjasama antara

KBS melalui Bahagian Pembangunan Kemahiran

Belia dengan Kementerian Riset, Teknologi dan

Pendidikan Tinggi Indonesia. Pelajar-pelajar ini

ditempatkan di Bahagian Teknologi Pemesinan,

Jabatan Teknologi Mekanikal.
~ Kursus Pemantapan Akaun Amanah anjuran Bahagian Pentadbiran dan

Kewangan di Bilik Pencahayaan IPD, IKTBN Dusun Tua pada 10 Mac 2016. Kursus

ini disampaikan oleh En. Mutalib bin Abdullah dari Jabatan Penjara Malaysia.

~ Warga IKTBN Dusun Tua khususnya pengajar dan pelajar dari bahagian

Pembuat Perabot dan Hiasan Dalaman telah diberi kepercayaan menyediakan

cenderahati berupa cermin berhias bagi pihak BPKB bersempena Majlis Perpisahan

Dato’ Sri Jamil bin Salleh, mantan Ketua Setiausaha KBS pada 15 Mac 2016.
Seramai 12 pegawai dan kakitangan dari IKTBN Dusun Tua telah diberi pengiktirafan melalui Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Belia

dan Sukan Malaysia bagi tahun penilaian 2015. Majlis ini telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 17 Mac 2016 dan disempurnakan

oleh YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Program Imam Muda anjuran Bahagian Hal

Ehwal Pelajar dirasmikan oleh En. Saiful

Bahri bin Abdul Hamid, Timbalan Pengarah

Pengurusan Latihan IKTBN Dusun Tua di

Masjid Asy-Syabab, IKTBN Dusun Tua yang

disertai oleh 150 orang pelajar pada 21

hingga 24 Mac 2016.
Malaysia Automotive Institute (MAI)

menyampaikan taklimat mengenai peluang

kerjaya dalam bidang Automotif di Auditorium

IKTBN Dusun Tua pada 31 Mac 2016.
IKTBN Dusun Tua telah mengadakan

Pertandingan Inovasi yang bertemakan

‘Teknologi Hijau’ bagi melahirkan generasi

yang berkemahiran tinggi serta berfikiran

kreatif dan inovatif. Sebanyak 18 projek

inovasi telah dipertandingkan pada 11

April 2016 di Ruang Legar Auditorium,

IKTBN Dusun Tua.
IKTBN Dusun Tua telah menyertai Pertandingan

Tilawah, Nasyid, Al-Quran dan Hafazan yang

dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan

Malaysia di IKBN Jitra pada 19 hingga 21 April

2016. IKTBN Dusun Tua telah mendapat tempat

kedua bagi Pertandingan Nasyid. Turut hadir

bersama Pn. Dalila Sharingat, Pengarah IKTBN

Dusun Tua untuk memberi sokongan moral

kepada para peserta.
Pertandingan Hulu Langat Trail Run anjuran Persatuan Kembara Negara telah berlangsung di IKTBN Dusun Tua pada 30 April 2016. IKTBN Dusun Tua

menjadi lokasi mula dan tamat bagi pertandingan ini.
Pusat Sumber IKTBN Dusun Tua telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku

Antarabangsa Kuala Lumpur pada 4 Mei 2016. Seramai 16 orang pelajar Diploma

Automotif dan 13 orang kakitangan terlibat dalam lawatan ini.

~ Hari keluarga IKTBN Dusun Tua anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan

(KESKEB) IKTBN Dusun Tua telah berlangsung di Kompleks Rakan Muda

Kuala Rompin, Pahang pada 30 April hingga 1 Mei 2016.
Pelajar dari Bahagian Landskap Pembinaan dan Pembuat Perabot dan Hiasan Dalaman,

Jabatan Teknologi Awam IKTBN Dusun Tua menyertai Pertandingan Floria Diraja bagi kategori

“Outdoor Garden Showcase” di bawah bimbingan Pn. Khairozi Hassan dan Pn. Zainab Abu

Bakar pada 2 Jun 2016.

~ Majlis Jamboree Dusun Tua dirasmikan oleh Pn. Siti Ratnasari binti

Abdul Razak, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, IKTBN Dusun Tua

pada 22 Mei 2016.
Jawatankuasa Induk Jubli Emas IKTBN DusunTua telah mengadakan sesi uji bakat bagi pencarian pengacara Majlis Sambutan Jubli Emas pada 2 Jun 2016. Turut hadir

Pn. Dalila binti Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua untuk memberi sokongan dalam menjayakan program.
Pengajar serta pelajar dari Bahagian Pembuat Perabot dan Hiasan Dalaman dan Landskap Pembinaan IKTBN Dusun Tua telah diberi kepercayaan untuk menyediakan

hiasan lobi bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri berupa anjung yang mempunyai ciri-ciri suasana kampung yang siap dipasang pada 19 Jun 2016 di Podium KBS,

Putrajaya. Hiasan ini juga bertujuan untuk dijadikan sebagai latar belakang bagi rakaman takbir oleh RTM pada 24 Jun 2016.
Aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk anjuran Masjid Asy-Syabab, KESKEB

dan Koperasi IKTBN Dusun Tua pada 21 Jun 2016.

~ Program Inventori Personaliti Sidek dikendalikan oleh Pn. Fairuz

Ibrahim, Pegawai Psikologi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di

Auditorium IKTBN Dusun Tua pada 28 Jun 2016. Turut hadir Pn. Dalila

Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua, Timbalan Pengarah Pengurusan

Latihan serta Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar.
Auditor MAMPU yang diketuai oleh En. Mohamed Azriza Abdul Karim

bersama En. Hishamuddin Ahmad dan Cik Venothini Retnam telah

membuat pengauditan amalan EKSA di IKTBN Dusun Tua pada 16 hingga

17 Mei 2016. IKTBN Dusun Tua telah berjaya mendapat Pengiktirafan

EKSA pada 1 Julai 2016.
Saudara Muhammad Hanafiah bin Musa, pelajar dari Bahagian Pembangunan Produk Industri, Jabatan Teknologi Mekanikal telah terpilih sebagai salah seorang Felo

Perdana untuk berkhidmat dengan YB Datuk Richard Riot, Menteri Sumber Manusia mulai 1 Julai 2016.
Majlis Pelancaran Logo Jubli Emas IKTBN Dusun Tua disempurnakan oleh Pn. Zakiah binti Mat Jali, Pengarah Cawangan Kurikulum dan Pentauliahan, Bahagian

Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 15 Julai 2016 di Auditorium IKTBN Dusun Tua.
| Seramai lima orang pengajar telah terpilih untuk

mengikuti Program Latihan Sangkutan Industri di

Politeknik TEDC Bandung pada 16 hingga 26 Julai

2016. En. Sukri bin Alias dan En. Mohd Yasmiadri

bin Yusop adalah antara pengajar yang terpilih untuk

mewakili IKTBN Dusun Tua bagi mengikuti program

tersebut.

| En. Mohd Khaleef bin Md Shaharil dan En. Ismail

Hakim bin Sukemi dari Jabatan Teknologi Automotif

IKTBN Dusun Tua mengendalikan sesi amali bagi

Modul Sistem Pacuan Kenderaan di Cure and Care

Vocational Centre (CCVC) pada 27 Julai 2016. Turut

hadir bersama Tuan Hj Ibrahim Bujang, Pengarah

CCVC dan En. Wan Hussin bin Wan Ahmad, Ketua

Jabatan Teknologi Automotif, IKTBN Dusun Tua.
Perlawanan persahabatan di antara IKTBN Dusun Tua dengan

IKBN Miri diadakan di Gelanggang Sukan IKTBN Dusun Tua pada

8 Ogos 2016. Antara acara yang dipertandingkan adalah bola

sepak, bola jaring, sepak takraw, bola tampar dan badminton.
~ Kakitangan IKBN Kuala Langat, JKR Hulu Langat dan IKTBN Chembong

telah mengadakan lawatan penanda aras amalan EKSA ke IKTBN Dusun

Tua pada 24 Ogos 2016.

| En. Wan Hussin bin Wan Ahmad, Fasilitator EKSA IKTBN Dusun Tua

menyampaikan Taklimat Pelaksanaan dan Pensijilan EKSA di Auditorium,

IKTBN Dusun Tua.
Para pelajar IKTBN Dusun Tua terlibat dalam Perarakan Hari Kemerdekaan dan Pembawa Jalur Gemilang Gergasi di Dataran Merdeka tanggal 31 Ogos 2016.
Pasukan Pancaragam dan Pembawa Jalur Gemilang Gergasi IKTBN Dusun Tua.
Program Persijilan Juruteknik Bertauliah bagi Sektor

Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara anjuran

Accreditation Training Centre (ATC) dengan kerjasama

Jabatan Alam Sekitar Malaysia dikendalikan oleh En.

Mohammad Fairuz bin Mohammad Bakror, En. Mohd.

Ezuan bin Tanuri, En. Shaiful Azli bin Shabaath Ali dan

En. Mohd Zulkarnain bin Jamaludin, tenaga pengajar

Bahagian Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

(PPU), di Bengkel PPU IKTBN Dusun Tua pada 2 hingga

4 September 2016.

Turut hadir Pn. Habsah binti Ismail, Penolong Pegawai

Kawalan Alam Sekitar Kanan dari Bahagian Ozon,

Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk memantau dan

memeriksa penilaian amali.
Sesi pembentangan bagi pertandingan EIMARace

2016 oleh saudara Muhammad Najmuddin bin

Ahya Arif bagi kategori TS131 dan saudari Aida

Adila binti Ruslan bagi kategori TS250. IKTBN

Dusun Tua telah dinobatkan sebagai Naib Johan

bagi pembentangan kategori TS131 dan tempat

ke-7 bagi kategori TS250 di Menara Tun Razak,

Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak pada

6 September 2016.
Ahli Jawatankuasa Penerbitan
Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang

telah memberi sumbangan dalam penerbitan buku ini. Ucapan ini ditujukan

khas kepada Jabatan Arkib Negara Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia,

En. Razali bin Haji Mohamed Yassin, En. Anuar bin Haji Yop dan semua pihak

yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.