Views
1 week ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

6.3.1.2 AKTIVITI 2 TAJUK

6.3.1.2 AKTIVITI 2 TAJUK : Bersatu Teguh Bercerai Roboh OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Membina semangat berkumpulan di kalangan ahli kelompok. 2. Mencungkil semangat kepimpinan dalam diri peserta. 3. Menilai perpaduan di kalangan ahli kumpulan. 4. Melatih ahli kelompok supaya menghargai sesama ahli. MASA : 60 minit BAHAN-BAHAN: Surat khabar, bola kertas(yang dibuat sendiri) LANGKAH : 1. Fasilitator memberikan sepuluh helai surat khabar kepada setiap kumpulan. 2. Peserta diminta membuat satu bangunan yang kukuh dan setinggi yang mungkin dengan menggunakan helaian surat khabar yang diberi dalam masa 20 minit. 3. Hasil peserta diletak di hadapan dewan dan fasilitator menilai hasil kerja peserta. 4. Fasilitator meminta wakil daripada peserta untuk menjatuhkan bangunan kumpulan lain dengan bola kertas yang dibuat dalam jarak 5 meter dari tempat hasil peserta diletakkan. Hanya 2 kali peluang diberikan. 5. Fasilitator meminta pandangan wakil yang membaling dan seterusnya perasaan peserta apabila hasil mereka dijatuhkan oleh orang lain. 6. Fasilitator memberi rumusah hasil maklum balas dan membuat rumusan keseluruah. a. proses menghasilkan bangunan kertas b. proses menjatuhkan bangunan kumpulan lain c. perasaan apabila banguna yang dibina dijatuhkan REFLEKSI / RUMUSAN : 1. Kerjasama dalam memberi pandangan dan bekerja penting dalam menghasilkan satu matlamat. 2. Sebelum kita menerima arahan, kita perlu berfikir dahulu kesan tindakan kita. 3. Kita perlulah sentiasa menghargai usaha orang lain dan jangan sesekali menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan. 106

6.3.1.3 AKTIVITI 3 TAJUK : Timang-timang anak OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Mewujudkan kerjasama dalam kalangan peserta. 2. Peserta-peserta menyedari bahawa sesuatu kerja yang dibuat secara terancang dan bekerjasama dapat disempurnakan dengan lebih baik. MASA : 30 minit BAHAN-BAHAN: Tali rafia, 6 biji belon bagi setiap kumpulan LANGKAH : 1. Bahagikan ahli kumpulan kepada kumpulan kecil, tujuh orang setiap kumpulan. Minta mereka meniup keenam-enam biji belon yang diberikan kepada setiap kumpulan. 2. Potong tali rafia sepanjang 3 meter. Setiap kumpulan diberikan empat utas tali rafia ini. 3. Setiap kumpulan diberikan masa 3 minit untuk menjalankan aktiviti ini. Berikan arahan yang jelas sebelum aktiviti dimulakan. 4. Minta dua orang ahli memegang dua utas tali rafia dan menarik hujungnya sehingga tegang dengan tangan kiri dan kanan. Ahli 1 Ahli 2 Dua orang ahli lagi memegang hujung seutas tali rafia lain dan Ahli 3 Ahli 4 menariknya sehingga tegang. Ahli 5 Ahli 6 107

Modul Pelatihan Animasi Dasar
status pelaksanaan dasar kepelbagaian biologi kebangsaan - NRE
Untitled - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan Malaysia
View/Download Modul - (SEAFAST) Center IPB
Modul Pelatihan Kader Dasar XXIV - pmii komisariat brawijaya
Varia-C 2013 - Universiti Kebangsaan Malaysia
Modul 2 Diklat Manajemen Kursus
Buletin JPMD Edisi Pertama 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia
[ Modul 5] Membangun Jejaring Kerja (Kemitraan)
modul-enterprise-network-sandatindo
Modul 3 Diklat Manajemen Kursus
modul-enterprise-network-sandatindo
MODUL-MATEMATIKA-EKONOMI-2
Modul 1 Diklat Manajemen Kursus
Modul 4 Diklat Manajemen Kursus
Draft Pedoman Penulisan Modul Diklat Keuangan Departemen ...
modul pelatihan identifikasi lesi rongga mulut dan penatalaksanaan ...