Views
10 months ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

6.3.2.2 AKTIVITI 2 TAJUK

6.3.2.2 AKTIVITI 2 TAJUK : Debat OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Meningkatkan keyakinan diri, ketrampilan dan kemahiran berinteraksi dikhalayak ramai. 2. Meningkat kemahiran penerokaan dan kemahiran maklum balas. MASA : 120 minit BAHAN-BAHAN: Mikrofon, Kertas A4, Pen, Jam Randik LANGKAH : 1. Fasilitator meminta peserta berkumpul dalam dua kumpulan. Satu kumpulan pencadang dan satu kumpulan pembangkang. 2. Fasilitator meminta setiap kumpulan memilih tiga peserta sebagai wakil kumpulan. 3. Fasilitator akan memilih pengerusi dan penjaga masa. 4. Peserta akan diletak secara bertentangan. Setiap wakil akan diberi masa selama lima minit seorang untuk berhujah dan diakhiri dengan penggulungan. 5. Setiap peserta lain akan diberi peluang untuk berdebat. 6. Peserta lain memerhati dan mencatat untuk dikomen dalam perbincangan. 7. Setiap peserta mengulas aktiviti yang telah dilaksanakan. REFLEKSI / RUMUSAN : 1. Persediaan awal yang lengkap dari segi isi dan latihan akan meningkatkan yakin diri untuk penyampaian hujah yang berkesan. 110

6.3.2.3 AKTIVITI 3 TAJUK : Merancang Program OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. melatih kemahiran komunikasi dan kemahiran melaksanakan aktiviti. 2. Meningkatkan peserta berkomunikasi dengan jelas supaya dapat melancarkan kepimpinan kumpulan. MASA : 120 minit BAHAN-BAHAN: Kertas Mahjong, Kertas A4, Marker Pen LANGKAH : 1. Fasilitator meminta peserta berkumpul dalam kumpulan kecil. 2. Fasilitator memberi tajuk atau senario yang berbeza dan sesuai untuk perbincangan. 3. Setiap kumpulan berbincang masalah yang diberi dan merancang program untuk mengatasi masalah tersebut. 4. Setiap kumpulan memilih wakil untuk membentang perancangan program yang dihasilkan. 5. Setelah pembentangan dibuat, fasilitator menerangkan cara yang betul dan memaklumkan kesilapan yang telah dilakukan oleh peserta. 6. Peserta akan berbincang semula dan menghasilkan program yang baru berdasarkan format yang telah disediakn oleh fasilitator. REFLEKSI / RUMUSAN : 1. Setiap masalah akan ada jalan penyelesaiaan sekiranya sentiasa berusaha. 2. Setiap pemimpin perlu menguasai kemahiran komunikasi untuk mempengaruhi pengikutnya. 111

Draft Pedoman Penulisan Modul Diklat Keuangan Departemen ...
Modul 1 Diklat Manajemen Kursus
Buletin PKB - Politeknik Kota Bharu
Modul Pelatihan Pelatih Fasilitator Pemberdayaan ... - psflibrary.org
,iC [~ I - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan Malaysia
Modul HAM dan Islam - Elsam
MODUL - Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam
Dasar Harta Intelek UKM - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan ...
kaedah penilaian kursus induksi modul umum bagi kumpulan i
garis panduan penilaian kursus induksi modul khusus kementerian ...
Forum Generasi Muda Peringkat Kebangsaan 2012