Views
1 week ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

1.5 Etika Sebagai

1.5 Etika Sebagai PRS mereka perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika, iaitu: a. Amanah dan menyimpan rahsia. b. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain. c. Memahami batasan dan keupayaan diri. d. Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek. e. Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkkan diri dan/atau orang lain. f. Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling g. Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat dan agama. 1.6 Peranan Sebagai Guru/ Jurulatih PRS 1.6.1 Memilih ahli-ahli PRS berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. 1.6.2 Melaksana dan melatih ahli-ahli PRS berpandukan modul yang telah disediakan. 1.6.3 Merancang, menyelia dan melaksanakan program PRS. 1.6.4 Menjadi fasilitator dalam aktiviti-aktiviti PRS di sekolah. 1.6.5 Memberi ujian kepada ahli-ahli PRS mengikut tahap yang ditetapkan. 1.6.6 Memberi anugerah latihan PRS mengikut tahap dan kelayakan yang digariskan. 1.6.7 Mengawal selia dan menasihati PRS dalam peningkatan prestasi akademik dan sahsiah. 1.6.8 Membimbing PRS dalam memainkan peranan mereka di sekolah. 1.6.9 Menjadi pakar rujuk (sesi bimbingan atau perundingan) bagi setiap isu berkaitan murid yang dikemukakan oleh PRS. 12

1.6.10 Memastikan setiap PRS membuat catatan dan laporan dalam buku log PRS. 1.7 Peranan Murid Sebagai PRS Sebagai seorang PRS, antara peranan yang perlu mereka lakukan adalah: 1.7.1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. 1.7.2. Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. 1.7.3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan. 1.7.4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu. 1.7.5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu. 1.7.6. Sebagai Role Model kepada pelajar lain. 1.7.7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati. 1.7.8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat. 1.7.9. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan. 1.7.10. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif. 1.7.11. Mematuhi etika kerahsiaan. 1.7.12. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi. 1.7.13. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal. 1.7.14. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya. 13

Modul
Modul Abakus
inovasi untuk kemandirian bangsa - Hakteknas
Modul Pelatihan Animasi Dasar
status pelaksanaan dasar kepelbagaian biologi kebangsaan - NRE
Untitled - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan Malaysia
View/Download Modul - (SEAFAST) Center IPB
Modul Matematika
Modul Pelatihan Kader Dasar XXIV - pmii komisariat brawijaya
MODUL
Modul 3 - library
Varia-C 2013 - Universiti Kebangsaan Malaysia
Modul 2 Diklat Manajemen Kursus
Buletin JPMD Edisi Pertama 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia
[ Modul 5] Membangun Jejaring Kerja (Kemitraan)
Modul 2 - psflibrary.org
MODUL UNTUK SEMINAR_2
modul-enterprise-network-sandatindo
Brandschutzerfassung „BASIS“-Modul
Modul 1 – Java
MODUL OPTIKA XV
modul-enterprise-network-sandatindo
MODUL-MATEMATIKA-EKONOMI-2
MODUL MTEMATIKA KELAS XII
Modul TKJ Yerri S
Modul 3 Diklat Manajemen Kursus
Modul 1 Diklat Manajemen Kursus
Modul 4 Diklat Manajemen Kursus
Draft Pedoman Penulisan Modul Diklat Keuangan Departemen ...