Views
5 months ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

6.1.3.2 AKTIVITI 2 TAJUK

6.1.3.2 AKTIVITI 2 TAJUK : Halangan Komunikasi OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. meningkatkan kemahiran halangan dalam berkomunikasi. MASA : 60 minit BAHAN-BAHAN: Kertas Arahan komunikasi (KAK) (Lampiran 2); aksi senyum, gembira, marah, runsing, sedih; Mencari tiga jenis barang berwarna putih, biru, dan hitam; berbual-bual dengan rakan. LANGKAH : 1. Peserta diminta berbaris mengikut kumpulan (anggaran 10-13 orang dalam satu kumpulan) 2. Peserta diminta berdiri dalam jarak 1-2 meter antara satu sama lain dalam barisan masingmasing. 3. Setelah memastikan peserta berada dalam kedudukan selesa serta membolehkan aktiviti diteruskan, fasilitator memberi ‘kertas arahan komunikasi’ (KAK) kepada peserta pertama untuk dibaca serta diingatkan. 4. Seterusnya fasilitator memberi peserta pertama tadi tugasan lain (seperti membuat aksi senyum, gembira, marah, runsing, sedih) yang boleh dijadikan halangan komunikasi atau cubaan melekakan peserta daripada mengingat maklumat “KAK”. 5. Lanjutan aktiviti seterusnya, peserta pertama dibenarkan untuk sampaikan secara lisan maklumat “KAK” kepada peserta kedua, juga untuk disampaikan kepada peserta seterusnya. Catatan : Fasilitator boleh adakan pelbagai halangan komunikasi mengikut kreativiti dan kesesuaian situasi masing-masing. 6. Pemberian “Halangan Komunikasi” dilakukan setiap kali selepas peserta menerima maklumat “KAK”. 24

7. Peserta terakhir dalam kumpulan masing-masing diminta menyampaikan berita hangat kepada semua peserta kursus. 8. Fasilitator memproseskan rumusan bersama peserta-peserta. REFLEKSI/RUMUSAN 1. Halangan hidup akan menjejaskan komunikasi yang berkesan. 2. Kita akan hilang tumpuan apabila berhadapan dengan halangan, maka mesej yang disampaikan tidak tepat dan jelas. 3. Kita perlu sentiasa menyemak mesej yang disampaikan untuk mengelakkan berlakunya halangan komunikasi. 25

Draft Pedoman Penulisan Modul Diklat Keuangan Departemen ...
Buletin PKB - Politeknik Kota Bharu
Modul 1 Diklat Manajemen Kursus
Modul Pelatihan Pelatih Fasilitator Pemberdayaan ... - psflibrary.org
,iC [~ I - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan Malaysia
Modul HAM dan Islam - Elsam
MODUL - Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam
Dasar Harta Intelek UKM - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan ...
garis panduan penilaian kursus induksi modul khusus kementerian ...
kaedah penilaian kursus induksi modul umum bagi kumpulan i
Forum Generasi Muda Peringkat Kebangsaan 2012
Keseluruhan Modul dalam bentuk PDF - Tutor