Views
10 months ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

KATA ALU-ALUAN KETUA

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian atas penerbitan Modul Pembimbing Rakan Sebaya ini. Saya percaya penerbitan modul ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi semua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah dalam membantu proses kemenjadian murid umumnya khasnya Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Pendidikan yang berkualiti menjamin masa depan yang lebih cerah. Dalam mengharungi cabaran abad ke-21 yang semakin hari semakin mencabar, para Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah perlu dilengkapi dengan PRS yang berkualiti dan berkeyakinan tinggi di samping mempunyai kemahiran kaunseling asas yang betul. Justeru, peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang sekian lama telah diperjuangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dilihat dengan lebih jelas dengan kemantapan Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah kelak. Sumbangan Modul Pembimbing Rakan Sebaya ini dapat merealisasikan hasrat KPM untuk melihat permasalahan dan disiplin murid dapat ditangani oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling bahkan menjadi wahana kepada kecemerlangan murid. Sehubungan itu, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang terus mengambil langkah aktif dan proaktif menghasilkan Modul Pembimbing Rakan Sebaya ini demi manfaat diri, keluarga, masyarakat dan negara. 2

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdullilah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya dapat bersama-sama dengan Kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling, dalam sebuah buku yang sangat memberi makna kepada Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Modul Pembimbing Rakan Sebaya ini. Sesungguhnya, Modul Pembimbing Rakan Sebaya yang dihasilkan kumpulan Guru Bimbingan Kaunseling yang merangkumi aspek Kemahiran Interpersonal, Kemahiran Kepimpinan, Kemahiran Menyelesaikan Masalah, Kemahiran Membuat Keputusan, Kemahiran Kaunseling Asas dan juga Penilaian dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam proses membentuk kemenjadian insan yang sempurna dalam semua aspek. Justeru, saya sangat percaya, menyediakan masyarakat 20 tahun akan datang yang berteraskan 1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, adalah bermulanya dari pelaksanaan Modul Pembimbing Rakan Sebaya yang dibina oleh kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang sangat dedikasi. Saya ingin menegaskan bahawa Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah sebagai warga pendidik telah terbukti memainkan peranan utama dalam membina negara bangsa. Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu berfikiran global dan bertindak secara terarah dengan menjadikan modul yang dihasilkan sebagai wadah untuk membentuk warganegara dengan ciri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia. Justeru, negara akan hilang daya saing dan ketinggalan dari kemajuan global sekiranya para Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak menjalankan tugas secara jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab. Akhir kata, ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan menghasilkan Modul Pembimbing Rakan Sebaya ini. 3

Draft Pedoman Penulisan Modul Diklat Keuangan Departemen ...
Modul 1 Diklat Manajemen Kursus
Buletin PKB - Politeknik Kota Bharu
Modul Pelatihan Pelatih Fasilitator Pemberdayaan ... - psflibrary.org
,iC [~ I - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan Malaysia
Modul HAM dan Islam - Elsam
MODUL - Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam
Dasar Harta Intelek UKM - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan ...
garis panduan penilaian kursus induksi modul khusus kementerian ...
kaedah penilaian kursus induksi modul umum bagi kumpulan i
Forum Generasi Muda Peringkat Kebangsaan 2012