Views
8 months ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

6.2.1.4 AKTIVITI 4 TAJUK

6.2.1.4 AKTIVITI 4 TAJUK : Diriku yang Unik OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Memberi input konsep membina melalui aktiviti membina sesuatu. MASA : 60 minit 2. Membina dan memupuk kreativiti para peserta. BAHAN-BAHAN: Gam, Kertas Surat Khabar, Bahan-bahan persekitaran LANGKAH : 1. Setiap kumpulan diberi 10 – 15 minit untuk mencari bahan-bahan persekitaran untuk membina sesuatu gubahan ( 30 minit ). 2. Hasil gubahan harus mempunyai tema dan keunikan tertentu. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil gubahan. 3. Fasilitator berbincang dengan para peserta tentang proses pembinaan dan pengajaran yang diperolehi. REFLEKSI/RUMUSAN : 1. Pembinaan sesuatu gubahan adalah suatu proses yang memerlukan kita mencari bahanbahan dari persekitaran. Ibarat gubahan, kita perlu mencari dan terima input daripada persekitaran (ilmu/ kemahiran dan pengalaman) untuk membina diri. 2. Namun bukan semua bahan sesuai untuk binaan. Kita perlu selektif agar gubahan kita unik. Bukan semua input persekitaran itu sesuai, kita perluberhati-hati dan bijiak untuk menerima input yang sesuai agar kita menjadi individu yang unik dan berguna. 57

6.2.2 Komunikasi 6.2.2.1 AKTIVITI 1 TAJUK : Menyebut beberapa jenis ayat dalam intonasi yang berbeza OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. memahami perbezaan intonasi membawa perbezaan maksud. MASA : 60 minit 2. mengenal pasti maksud intonasi dalam komunkasi harian. BAHAN-BAHAN: Kertas yang mengandungi pernyataan-pernyataan LANGKAH : 1. Fasilitator memaparkan beberapa pernyataan (yang digunakan dalam kehidupan harian dalam konteks pelbagai situasi : sedih, suka, geram menyindir dll) di layar putih. Contoh: A1: Silakan masuk Encik ....... A2: Masuk Encik! A3: Encik, masuk! B1: Selamat pagi Encik B2: Encik, selamat pagi B3: Selamat pagi C1: Jangan merokok, Encik C2: Jangan merokok C3: Encik, jangan merokok D1: Cepat, Encik .. 58

Draft Pedoman Penulisan Modul Diklat Keuangan Departemen ...
Buletin PKB - Politeknik Kota Bharu
Modul 1 Diklat Manajemen Kursus
Modul Pelatihan Pelatih Fasilitator Pemberdayaan ... - psflibrary.org
,iC [~ I - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan Malaysia
Modul HAM dan Islam - Elsam
MODUL - Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam
Dasar Harta Intelek UKM - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan ...
garis panduan penilaian kursus induksi modul khusus kementerian ...
kaedah penilaian kursus induksi modul umum bagi kumpulan i
Forum Generasi Muda Peringkat Kebangsaan 2012
Keseluruhan Modul dalam bentuk PDF - Tutor