Views
9 months ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

5. MENGAJAR, MEMBERI

5. MENGAJAR, MEMBERI FAKTOR-FAKTOR YANG LOGIK – anda cuba mempengaruhi rakan anda dengan memberi faktor-faktor yang sah. Contohnya : “Awak fikirkan logiknya. Kita ada hanya 2 penggal, bagaimana kita boleh habiskan projek itu” 6. MENGEJEK, MELABELKAN NAMA – anda membuatkan rakan anda berasa bodoh, memalukannya. Contohnya : “ Kelakuan awak seperti budak 2 tahun, tak ada akal” 7. MENUDUH, MENGKRITIK – mengeluarkan komen negatif. Contohnya : “ Awak sebenarnya seorang pemalas” 8. MEMUJI, BERSETUJU, MENYEDAPKAN HATI – menyatakan sesuatu kepada rakan anda untuk menyedapkan hatinya sahaja. Contohnya : “Awak bijak, awak boleh menjadi ketua, semua orang tahu” 9. BERTANYA, MENCUNGKIL, MENYOAL SELIDIK – cuba mencari sebab-sebab berlaku, mencari maklumat dengan bertanya bertubi-tubi. Contohnya : “Bagaimana hal itu terjadi? Siapa yang melakukannya? Pukul berapa ia mula?” 10. MENARIK DIRI, PERKATAAN PEDAS, MENGALIH PERKATAAN – mencuba mengalihkan perhatian rakan anda daripada masalahnya. Anda cuba menarik diri daripada terlibat. Anda mempermainkan rakan anda dengan kelucuan. Contohnya : “Mari kita cakap hal lain” 63

6.2.2.3 AKTIVITI 3 TAJUK : Menghantar Mesej OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. menyedari kepentingan komunikasi melalui penggunaan perkataan yang sesuai dengan gerak-geri. 2. Mengenal pasti halangan komunikasi yang boleh menimbulkan masalah perhubungan manusia. 3. menyatakan kesan komunikasi sehala dan dua hala. MASA : 60 minit BAHAN-BAHAN: Kad mesej (lampiran 8), Kertas kosong, pen LANGKAH : 1. Peserta duduk dalam bulatan. 2. Pembimbing menyampaikan cerita yang tertulis di atas kad mesej secara berbisik kepada peserta pertama. 3. Peserta itu pula membisikkan cerita berkenaan kepada rakan sebelahnya. Ini dilakukan sehingga peserta terakhir. 4. Peserta terakhir dikehendaki menulis mesej yang diterima di atas kertas kosong yang diberi. 5. Pembimbing meminta peserta itu membaca mesej itu dengan kuat. 6. Bandingkan cerita terakhir itu dengan cerita asal. REFLEKSI/RUMUSAN : 1. Kemahiran mendengar adalah kemahiran yang amat penting dalam perhubungan menolong. 2. Menerima mesej yang berkesan perlu penyampaian mesej yang jelas dan tumpuan. 3. Kita harus bertindak bijak terhadap mesej bukan terbukti kesahihannya. 64

Modul 1 Diklat Manajemen Kursus
Draft Pedoman Penulisan Modul Diklat Keuangan Departemen ...
Buletin PKB - Politeknik Kota Bharu
Modul Pelatihan Pelatih Fasilitator Pemberdayaan ... - psflibrary.org
,iC [~ I - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan Malaysia
Modul HAM dan Islam - Elsam
MODUL - Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam
Forum Generasi Muda Peringkat Kebangsaan 2012
Dasar Harta Intelek UKM - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan ...
kaedah penilaian kursus induksi modul umum bagi kumpulan i
garis panduan penilaian kursus induksi modul khusus kementerian ...