Views
5 days ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

6.2.3 Remaja dan Akil

6.2.3 Remaja dan Akil Baligh (Ceramah Power Point) 6.2.4 Latihan Lanjutan 6.2.4.1 AKTIVITI 1 TAJUK : Memahami Perasaan OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Menyegarkan fikiran dengan mendengar lagu. 2. Menghayati mesej dan perasaan orang melalui muzik. 3. Menyedari bahawa perasaan seseorang boleh diluahkan dengan caracara yang tertentu seperti melalui nyanyian lagu. MASA : 30 minit BAHAN-BAHAN: Kaset / CD Lagu ”Cinta Dusta” oleh Ella, Radio Kaset / Pemain CD LANGKAH : 1. Peserta diminta duduk dalam kumpulan kecil masing-masing (5-8 orang) di suatu ruang yang besar. 2. Fasilitator memberitahu ahli kumpulan bahawa lagu ”Cinta Dusta” oleh Ella akan didengarkan dan mereka diminta mendengar serta meneliti lirik lagu tersebut. 3. Mainkan lagu berkenaan. 4. Selepas mendengar lagu, dalam masa 10 minit minta semua ahli kumpulan bincangkan mesej yang hendak disampaikan oleh penyanyi dan penulis lagu. 5. Bincangkan juga jenis-jenis emosi atau perasaan penyanyi tersebut. 6. Fasilitator membimbing perbincangan dengan bertanya soalan- soalan seperti berikut: a. Apakah mesej yang disampaikan oleh nyanyian? b. Apakah perasaan penyanyi itu sesuai dengan mesej yang disampaikan? 67

c. Apa reaksi dan perasaan kamu terhadap lagu tersebut sebagai pendengar? 7. Fasilitator membuat rumusan. REFLEKSI/RUMUSAN : 1. Manusia mempunyai perasaan hasil daripada situasi hidup atau peristiwa yang dialaminya. 2. Perasaan tersebut diluahkan dengan pelbagai cara yang berbeza-beza mengikut keadaan dan maksud yang hendak disampaikan. 3. Kita perlu memahami perasaan dan mesej yang disampaikan oleh seseorang supaya kita dapat membantu atau bertindak demi kebaikan insan. Contohnya, mesej lagu yang memohon kita menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam perlukan reaksi kita. 68

Modul Pelatihan Animasi Dasar
status pelaksanaan dasar kepelbagaian biologi kebangsaan - NRE
Untitled - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan Malaysia
modul-enterprise-network-sandatindo
View/Download Modul - (SEAFAST) Center IPB
Modul 3 Diklat Manajemen Kursus
Modul Pelatihan Kader Dasar XXIV - pmii komisariat brawijaya
MODUL-MATEMATIKA-EKONOMI-2
modul-enterprise-network-sandatindo
Modul 4 Diklat Manajemen Kursus
Modul 1 Diklat Manajemen Kursus
Varia-C 2013 - Universiti Kebangsaan Malaysia
Modul 2 Diklat Manajemen Kursus
Draft Pedoman Penulisan Modul Diklat Keuangan Departemen ...
modul pelatihan identifikasi lesi rongga mulut dan penatalaksanaan ...
Buletin JPMD Edisi Pertama 2011 - Universiti Kebangsaan Malaysia
[ Modul 5] Membangun Jejaring Kerja (Kemitraan)