Views
5 months ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

6.2.4.3 AKTIVITI 3 TAJUK

6.2.4.3 AKTIVITI 3 TAJUK : Adakah Kita Berbeza? OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. mengenali rakan dengan lebih dekat. MASA : 60 minit 2. maklum balas tentang diri mereka mengikut pandangan rakan. 3. menerima dan member maklum balas yang jujur secara terbuka. BAHAN-BAHAN: Kertas pendua dan pensil LANGKAH : 1. Minta peserta mencari pasangan masing-masing. 2. Edarkan kertas pendua dan pensil kepada setiap peserta. 3. Berikan arahan berikut: (10 minit) a. Lipatkan kertas pendua kepada dua bahagian melintang. b. Dalam ruang pertama, tulis dengan huruf besar perkataan “SAYA”. Catatkan lima sifat diri anda sama ada dalam satu perkataan atau satu frasa, yang menggambarkan diri anda ini unik. c. Dalam ruang kedua, tulis perkataan “RAKAN SAYA” (nama rakan). Catatkan lima sifat diri rakan anda itu yang dapat menggambarkan dirinya. 4. Minta semua peserta bertukar kertas catan tadi dan melihat bagaimana rakan mereka menulis sifat diri dan membandingkannya dengan sifat yang ditulis sendiri. Minta mereka berbincang dan bertukar pendapat tentang sifat-sifat diri mereka. REFLEKSI/RUMUSAN : 1. Apa yang dilihat pada diri sendiri mungkin berbeza daripada apa yang dilihat oleh orang lain. Terdapat perkara tertentu dalam diri sendiri yang tidak disedari dan memerlukan orang lain untuk memberitahunya supaya kita sedar. 71

6.2.4.4 AKTIVITI 4 TAJUK : Kemahiran Belajar OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. belajar dengan cara yang lebih menyeronokan dan mudah. 2. mempelbagai cara pembelajaran yang lebih berkesan dan kurang tekanan belajar/menghafal. MASA : Bergantung Kepda Pemilihan Teknik BAHAN-BAHAN: Tiada/Bergantung kepada teknik yang dipilih LANGKAH : 1. Fasilitator mengenalpasti masalah pembelajaran para peserta. 2. Fasilitator memilih teknik yang bersesuaian berdasarkan masalah pembelajaran peserta. Antara teknik yang boleh digunakan: i. Latihan Teknik Mengingat Max Recall ii. iii. iv. Peta Minda Peta Konsep Tulang Ikan 3. Peserta perlu dijelaskan faedah penggunaan teknik yang sesuai dalam membantu proses pembelajaran peserta. 4. Setelah peserta jelas teknik-teknik yang bersesuai diajar. 5. Peserta perlu menghasilkan nota atau diuji dengan memilih satu tajuk yang bersesuaian. 6. Peserta membentang/menghantar hasil kerja. 7. Peserta lain memberi komen hasil kerja peserta lain. 72

Draft Pedoman Penulisan Modul Diklat Keuangan Departemen ...
Buletin PKB - Politeknik Kota Bharu
Modul 1 Diklat Manajemen Kursus
Modul Pelatihan Pelatih Fasilitator Pemberdayaan ... - psflibrary.org
,iC [~ I - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan Malaysia
Modul HAM dan Islam - Elsam
MODUL - Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam
garis panduan penilaian kursus induksi modul khusus kementerian ...
Dasar Harta Intelek UKM - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan ...
kaedah penilaian kursus induksi modul umum bagi kumpulan i
Forum Generasi Muda Peringkat Kebangsaan 2012
Keseluruhan Modul dalam bentuk PDF - Tutor